ZAHARAH ISMAIL DAH RESPON

Akhirnya Zaharah Ismail 6 Sastera 1 telah respon. Saya dah buang nombornya dari senarai hp saya. Sikap saya senang aja, kira-kira macam beri salam kat rumah orang. Jika 3 kali salam kita tak berjawab, balik aja le. Ha ha.

Dia mengatakan sejak akhir-akhir ini, banyak sekali nombor tak dikenali yang masuk ke hpnya. Dia tak sedia menjawab. Entah siapa nak mengurat mak cik ni tak tahu le. Ha ha.

Zaharah memang "low profile" sejak sekolah lagi. Ketika di UKM pun saya tak pernah perasan kerana berlainan kursus. Apa boleh buat. Si Mastura yang sama kursus dengan beliau pun tak bagi tau. Malah ramai rakan-rakan sekelas pun tak ingat akan nama beliau kerana betapa low profilenya dia. Macam ahli sufi; tak dikenali di bumi tapi amat mashur di langit. Ya hooo.

Ringkasnya Zaharah sudah 25 tahun berkhdmat di PKNM. Kita tunggu adakah beliau bersedia menghantar gambar terbarunya dan cerita selepas Munshi 78.

OK Zaharah, jelmakan diri anda dan pulihkan ingatan kekawan dengan cerita ceriti dari anda. Ayuh buk!

No HPnya 019-655 7715.

0 comments: