SUHDI DAH BERBLOG

Orang macam usia kita ini memang tak mesra IT. Setakat guna word dan excell sudah kira hebatlah tu. Sebagai permulaan, masing-masing kenalah ada emel sendiri. Hantarlah emel kepada saya untuk dijadikan database bagi memudahkan perhubungan antara kita dengan pantas dan percuma.

Anak-anak kita boleh tunjukkan cara membuat emel dalam tempoh 5 minit sahaja. Setakat ini Hayati, Mastura, Rohana, Zolkaply dan Suhdi sudah ada emel. Hanim tengah mencari masa yang sesuai untuk mendapat tusyen dari anak-anaknya. Ha ha.

Suhdi sudah naik darjah. Ketika orang lain masih meraba nak buat emel, beliau sudah ada blog peribadinya sendiri. Satu kemajuan. Suhdi kenalah update satu hari satu cerita. Banyak cerita kelakar Suhdi fasal dia berkawan dengan geng tua-tua di koperasi kat Tampin tu. Teringat saya akan adanya orang tua-tua dalam koperasi tidak menyebut "cash book' tetapi "kissbook". Ha ha.

Klik di sini untuk menjengah blog Suhdi
. Yaahooo.

0 comments: