PENANGAN CIKGU MAT DAUD

Rohana dalam emelnya semalam mengatakan bahawa beliau takkan melupakan tindakan Cikgu Mohamad Daud yang menahan biasiswanya selama dua bulan sehingga tak dapat shopping kat bandar Melaka. Shopping kita selaku student ialah menghirup cendul kat Jalan Hang Tuah sahaja. Selepas itu dia dok selalu berselisih dengan cikgu Mohamad Daud semasa belajar di MPM. Kira gianlah tak dapat membalas dendam agaknya...

Pada jam 2 tadi, Shamsudin menalipon dan bercakap panjang dengan saya. Kesah dia lagi tragis kerana dia dilempang oleh cikgu ini di dalam kelas atas alasan rambut beliau yang kononnya panjang. Bukan lempang perlahan oi, tapi dengan kuat. Sampai ke mati Shamsudin terasa sakitnya. Ha ha.

Yang syoknya Shamsudin pernah bertemu dua kali dengan cikgu Mohamad Daud selepas keluar Munshi. Kali pertama di bank yang Shamsudin sendiri menjadi pengurusnya. Apabila Shamsudin melihat cikgu ini memasuki bank, beliau pun segera menghampiri cikgu berkenaan. Adakah Shamsudin akan membalas dendam semula?

Ha ha, Shamsudin hanya sekadar bertanya adakah cikgu masih kenal dengan dia yang pernah dilempang olehnya ketika di Sekolah Munshi dulu? Memang Mohamad Daud tak kenal....Ha ha. Shamsudin hanya mengingatkan peristiwa itu sahaja. Nasib baik Shamsudin tak membalasnya. Kira-kira Shamsudin tu wali juga le....

Wahai Rohana dan Sham... maafkanlah sahaja. Anggap sahaja dia berniat baik yang kita tak tahu. Bukan mudah nak dapat makam memaafkan orang ni. He he. Kalau kita tak selalu memaafkan anak isteri kita setiap hari, hancus bib. He he.

Cerita saya dengan cikgu ini di lain kalilah. Bagi suspen sikit. Mungkin ada yang tahu agaknya. Teka... akan saya belanja cendul. Ha ha.

0 comments: