3 KALI TABIK

Saya ke Turki dua kali pada akhir 1990an. Sekali melancung dan sekali lagi kerana menghadiri persidangan International Busines Forum(IBF) mewakili Pemuda Pas Pusat. Ketika itu Parti Islam yang memerintah di Turki.

Semalam saya terkejut beruk apabila melihat catatan peribadi Abdul Rashid Ahmad. Kau jangan terkejut Redzuan oi. Ya, Rashid bertugas di Turki selama 4 tahun pada tahun 2000-2004. Pi sekejap pun tak tahan cuaca sejuknya. Inikan pula empat tahun. Tabik kali pertama untuk Rashid.

Kini Rashidku berpangkat Leftenan Kolonel di Institut Pegawai Kanan Tentera Darat di Port Dickson. Tabik kali kedua.

Dalam sibuk bertugas di dalam dan luar negara, sahabat kita ini sempat belajar Sarjana Sains Pengurusan di UUM pada 2006-2007 lalu. Wau!! Bagi pelajar yang berasal dari aliran sastera, bukan mudah mengambil jurusan ini kerana banyak subjek yang berkaitan dengan matematik, statistik, operasi penyelidikan dan sistem maklumat. Subjek sistem maklumat(IT) di sini bukan sekadar nak buat emel, buat blog aja wahai Mastura oi, malah lebih mendalam dan berkaitan juga dengan perancangan Cyberjaya tu. Boleh berasap kepala tau. Ha ha. Memang hebat kau Rashid. Tabik kali ketiga.

Banyak betul rahsia kehebatan sahabat-sahabat Munshi yang terpendam, lantaran berpisah lebih tiga dekad.

Sekali lagi TABIK kepada Tuan Leftenan Kolonel Abd Rashid Ahmad. Jika ke PD, Rashid tentu boleh belanja teh kosong!!!

(Gambar: Abd Rashid dengan isteri kesayangan)

0 comments: