SUKA DUKA ZAKARIA OSMAN

Baru tadi saya 'mengumpat' Zakaria, sebentar tadi saya menerima emel darinya. Ada kesah dirinya selepas tamat belajar di Munshi dan tazkirah beliau kepada kita. Sesungguhnya peringatan itu bermanafaat kepada sang mukmin. Saya tak larat nak edit emel Zakaria ini, bacalah sendiri:

Salam Saudara Ali,

Apabila keluar keputusan exam stp dulu ,kecewa gila krn gagal dapat masuk ke universiti tempatan dan sedeh bertambahx2 apabila melihat sahabatx2 bjaya masuk ke universiti pada ketika itu...

Ketika itu apa pun yg terjadi ,kita kena akur dgn kehendak penentuan takdir ..sememangnya allah s.w.t. telah mengqadak dan qadarkan nasib seseorang setelah kita berusaha...namun apa jua ,utk meneruskan hidup ,sy terpaksa sekali lagi masuk kelas malam gpms utk memperbaiki sijil stp sy dan d samping itu juga sy cube memohon kerja dgn kerajaan dan akhirnya dgn ketentuan ilahi ,sy dapat tawarn bekerja d lembaga padi dan beras negara pada tahun 1981 dgn jawatan merinyu ting II bertempat d melaka wisma persekutuan ,jln h tuah...

Pada 1985 ,saya diarah bertugas d sempadan dgn unit pencegah penyeludupan selama 5 tahun dan d situ sy telah berjumpa dg saudara d sekatan jalanraya sanglang...setelah berkhidmat dg upp, saya telah bertukar semula ke LPN penguatkuasa MUAR dan akhirnya lpn telah d swastakan ...pada masa itu bhg penguatkuasa boleh memileh samada mahu ke kem pdgan hal ehwal pengguna atau ke bernas iaitu syarikat swasta bg menggantikan LPN..akhirnya sekali lagi dg ketentuan ilahi , sy telah masuk ke bernas dan terus meninggalkan badan kerajaan selama 16 tahun....

Cita2 saya sejak dulu mmg hendak juga belajar ke universiti...bg meraih citax2 ini ,maka universiti terbuka malaysia di buka pada tahun 2000 dan sy terus memohon utk masuk sebgai pelajar peringkat pertama dan akhirnya berjaya mendapat ijazah sarjana muda pengurusan pada tahun 2005 ..

Pada masa yg sama dari tahun 2002 hingga 2007 , sy terajui managment sebuah hotel d ayer keruh melaka iaitu ayer keruh country resort d sebelah mini malaysia sebagai pengarah , d samping juga bekerja sebagai pengurus d edaran bernas nasional melaka....setiap pagi kelaur kerja jam 7 pg dan balek rumah jam 1 pagi..pada hujung minggu pula pergi kuliah d oum melaka..akhirnya dgn tekanan ,kesihatan dan sebagainya ,sy meletakkan jawatan sebgai management di hotel akcr ini pada tahun 2007 bulan february dgn perasaan suka duka...

Sekarang sy hanya tumpu pd karier sy d bernas saja tapi pendapatan tidak lumayan saperti dahulu yg mana memegang 2 jawatan sekali gus..

Kini usia kita semua telah hampir ke 50 tahun dan sy ingin berpesan pd kawanx2 iaitu hidup ni walau apa pun yg kita buru kan ,kita kena ingat semuanya adalah tertakluk kepada kekuasaan allah s.w.t..allah yg menentukan semua perjalanan hidup kita setelah kita berusaha.pangkat,darjat ,kaya ,miskin,jodoh,bahgia atau kecewa, semuanya d tentukan oleh allah.....dan ajal kita dan tanah perkuburan kita juga adalah penentuan Allah...

Saya sebagai sahabat2 sebaya dengan ini menyeru kepada saudarax2 sekelian , d samping kita berlumbax2 mencari apa jua kemewahan ,kesenangan hidup d dunia, kita jgn lupa beribadat dan taat kepada perintah allah s.w.t. yg mana sebenarnya kita d hidupkan adalah utk menyembah allah dan mentaati perintah allah dan rasul...kalau d hitung seharix2 , umur yg kita ada sekarang ni adalah umur yg sudah sampai ke penghujungnya dan bukan lagi utk kita bersuka ria atau mengejar citax2 yg tak pasti akan ada kesudahannya....

Mari lah kita mempertingkatkan ibadat kita pada allah s.w.t. yg telah menghidupkan kita selama ini dan memberi kita rezeki dan nikmat yg tidak terkiranya....ingat ye. cinta pada allah kekal selamanya dan cinta pada isteri atau sahabat hanya sementara..dgn nama allah yg maha pengaseh lg maha penyayang , sy doakan agar semua sahabatx2 kita d rahmati allah hendaknya, amin..tq...

Zakaria Osman
Edaran Bernas Nasional,
Lot 451, Mukim Kelemak,
78000 Alor Gajah
Mmelaka...
Tel: 06 5562868/ 012 6815050
Email :
serimas7191@yahoo.com.my

Demikianlah adanya emel Zakaria kita tu. Ingat jangan tak ingat.

0 comments: