LAGI SAHABAT 6 SAINS DIJEJAKI

Belum pun sempat saya hendak laporkan majlis reunion pada petang Ahad semalam, saya telah menerima emel dari sahabat kita Haji Zolkaply Yunus pada malam tadi. Wah makin ramai geng lain yang dapat dikesan.

Zol, bekas pelajar 6 Sains atau kami panggil Imam adalah sahabat seasrama putera. Kini adalah pengetua Sek Men Tun Mutahir, sebelah Sekolah Munshi tu.

Berikut ialah salinan emel beliau:

Assalamualaikum, saudara Ali Maidin. Terima kasih atas SMS kepada saya. Saya sesungguguhnya rasa gembira dapat khabar dari kawan-kawan lama Munshi78. Usaha saudara itu, sedikit sebanyak dapat saya mengingati semula zaman kita bersekolah dahulu. Memang itu banyak meninggalkan kenangan kepada saya. InsyaAllah, kita berdoa akan berjumpa satu masa nanti. Kalau nak hubungi kawan-kawan lain lagi, Ramly Ahmad(0199641956/Kolej Matrikulasi Pahang), Razali Baharom(0126398059/Kolej Matrikulasi Melaka),Rohizan Abd Rahman(0129080301), Mansor Kasim(Maktab Perguruan Perempuan Melaka).
Wassalam. Terima Kasih
Haji Zolkaply Bin Yunus
Pengetua
SMK Tun Mutahir
Batu Berendam
75350 Melaka
Tel: 0123099439
Alamat Rumah
522B, Jalan Kenanga 1 / 2
Taman Kenanga Seksyen 1,
Kampung Lapan, Tengkera
75200 Melaka

Selepas menerima emel ini, baru saya teringat nama Ramli Ahmad dan Razali Baharom itu. Mereka berdua pun tinggal seasrama dengan saya. Nama Rohizan dan Mansor Kasim, langsung tak ingat dah. Mungkin kerana kami tidak sekelas dan tidak seasrama.

Kepada geng 6 Sains bolehlah menghubungi mereka ini dan teruskan pencarian rakan-rakan yang lain pula.

Sehari dua lagi, saya akan loadkan gambar majlis reunion Ahad kelmarin untuk tau siapa yang terus awet muda. Ha ha. Terima kasih kepada Rohana yang sanggup menjadi tuan rumah. Dilaporkan Mastura menggeletar gembira apabila berjumpa kekawan yang telah berpisah 31 tahun lamanya. Beliau langsung kekenyangan dan tak makan. Saya tak sempat melihat adegan itu. Rugilah kau Mokhtar yang tak datang!!!!!

2 comments:

mastura bachik said...

Hai Ali mana sy tak kenyang musuh ketat sy Dato K ada' Dulu sejarah dia sapu bersih. Cikgu pompuan sejarah suka kat budak2 jantan keras n maco mcm Dato Kamalludin ' Dia kata budk pompuan kerat jari tak dpt A . Norlida plk keciknnya dunia ni ank dia saya ajar sejarah kat hg school kajang da 4th rupanya dia mengulang anknya di asrama tak pernah jumpa . Kuasa aura Ali maidin berjumpa noolida kat reunion' Tabik Ali. Ali tak pernah ckp sia2'''

ALI MAIDIN said...

Ha ha nasib Datuk Kamaludin masuk dunia yang "betui". Nanti saya cerita....