EMEL DARI MASTURA

Zaman dulu, kita gelakkan ibu ayah kita yang tak reti dengan alat letronik. Sekarang anak-anak kita pula gelakkan kita kerana "slow" dalam IT. Anak-anak kita laju je berSMS, berMMS, berEMEL, berYM dan bermacam lagi cara berhubung dengan kekawannya.

Semalam Mastura memecah rekod dunia, ada emel sendiri dan hantar sedikit berita kepada kita untuk berkongsi berita. Yang tak syoknya berita air mata sahaja, macam tengok filem Hindustan pula. Ha ha. Ini emelnya:

setelah ada blog ni, 50 th baru ada e mail -baru aku celik it-smlm ku selongkar album lama air mata mengalir rohani dah tak ada- Dia kawan baik aku-Tadi dpt info rohaya plk- thankAli kuatnya persahabatan kita semua-Tak sabar nak tunggu re union esuk- Ana',daya, roy, zaini; dan lain2 saya rindu sgt----

Si Rohana tu hilang nombor telepon Rohaya kerana tak save dalam taliponnyalah dan hanya dicatatkan di dalam kertas resepi sahaja. Bila dah pandai masak, kertas resepi pun dibuang bersama nombor telepon Rohaya. Nasib le Wahid ada kontek dengan Kak Rohayanya lagi. Ha ha.

(Gambar: Kanan: Hidayah, kiri: Mastura - depa satu "parti' kat Munshi)

1 comments:

Unknown said...

Selamat berjumpa semula kita diblog ini.
(kharisbahari78) email aku.