HAYATI HARUN ORI MUNSHI

Majoriti pelajar Tingkatan Enam Munshi datang dari luar Sekolah Munshi. Hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul lepasan SPM di Sekolah Menengah Munshi.

Mengikut empunya cerita Zakaria Osman, antara pelajar ori dari Munshi ialah beliau sendiri, Hayati Harun dan Sahara Tawil. Mungkin ada lagi tetapi Zakaria tak beritau. Patutlah Zakaria begitu eksyen di kelas kerana dia perasan bahawa dialah paling senior di Munshi tu. Ha ha. Ada berita sahih melapurkan bahwa ramai pelajar perempuan yang dipikatnya tetapi pelajar perempuan tak menerimanya kerana rasa tak setanding dengan kehebatan Zakaria. Ha ha.

Semalam, langit pun tersenyum apabila Hayati Harun menghantar emel kali pertama dalam sejarah hidupnya. Emelnya disertakan sekali gambar beliau dengan suaminya tersayang. Lihatlah gambar sebelah itu, kan ibarat Sultan Melaka dengan permaisuri. Ha ha.


Saya turunkan emel beliau yang merakamkan rasa terkilan apabila datang ke majlis reunion tanpa suami tempohari hari:


Assalammualaikum wm.wb Ali,

Setelah saya baca blog munshi78 dan lihat gambar2 rakan yang datang berpasangan, terasa pula saya bersendirian rupanya pada hari tu. dahlah sesat barat masa nak pergi kat rumah Rohana. walaupun ditemani adik sebagai pemandu, tak sama rasanya jika bersama pemandu peribadi(suami).Nak kata apa, kebetulan suami ada urusan lain.

Jadi tak nak menghampakan sesiapa yang tak mengenali suami idaman saya dulu, kini dan selamanya,(Datuk Md Sirat senyum lebar agaknya!) saya sertakan gambar saya dengan suami, yang mana ikut macam cerita penglipurlara, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, tidur sama lena. Kata orang tua, pasangan sebegini murah rezeki (Alhamdulillah!!).

Bezakan dengan rakan kita yang lain yang berdiri, sahih ada tinggi rendahnya. Saya tak tau pula Ali macamana, ada perbezaan ke? Lagi satu Li, Rohana Md Dali ada hari tu, yang bergambar ramai, duduk paling kiri bersebelahan isteri awak tu.

Kisah saya selepas keluar SMMA akan saya cerita lain kali, jika ada masa Insyaallah. Untuk pengetahuan kawan2, no. tel Md Amin Rohani 0122229607, (MRSM Jasin), Aziz Md Yassin 0122643784 (sekolah kat Jasin).

Sekarang Hayati bertugas di Akademi Kastam Melaka sebagai Penolong Pengarah. Selepas belajar di UM, beliau terus joint Kastam dan ditempatkan ke Bahagian Air Cargo, Airport. Cerita lanjut kenalah beliau sendiri hikayatkan. Oh ya, Rohana Mat Dali pun bertugas di Pejabat Kastam, Melaka juga.

Saya sendiri langsung tak ingat akan kewujudan beliau di Tingkatan Enam dulu sehinggalah bertemu di rumah Tajuddin/Juwita 7 tahun lalu. Alahai. Jika tak ada insiden manis atau pahit, kita memang tak ingat akan kesahnya kekawan kita kan, macam kenakalan Rohaya tu. He he.

No Tel Hayati 012-6830041

0 comments: