ROHANA HASHIM BERTAUBAT

Selepas saya paparkan emel Hajjah Zaini, pelajar Tkt 6 Rendah 78, Rohana pun memberi responnya. Beliau bertaubat dan memohon maaf dari Zaini. Ha ha. Bacalah emel dia:

Salam Ali,

Saya dah baca emel dari junior kita. Ketawa saya seorang. Saya terkenang saat minggu orentasi di Munsyi. Semasa saya di ting 6 rendah teruk saya dikerjakan senior. Antara sebab ialah rupa saya hampir sama dgn Kak Aei...Kedua sebab saya melawan sekali...Bila saya senior saya balas dendam(Kononnya..he he!).

Tahun 1989 saya ke Maktab Perguruan Ppuan Melayu Melaka,teruk juga saya dikerjakan oleh Kak Dong(Zawiyah). Tahun depan tu saya dera junior.Di akhir m.orentasi saya demam teruk. Junior kata padan muka saya...he he.Wahai Dek Zaini,ia dah jadi kenangan manis,kan? Walau apa pun maafkan saya ye...

Saya nak cerita dengan kwn2,semasa saya di MPPM,saya menyewa rmh. Peristiwa yang tak boleh saya lupakan ialah setiap kali saya dlm pjlnan ke kuliah saya selalu berjumpa dgn cikgu" kesayangan" ali...Md.Daud. Rupanyadia mngajar di Mcca Girl High School,kan se jalan tu. Ingat tak Roy,rambutnya ada "atap". Kalau jumpa dia pepagi buta tu kira sue le. Dia pernah tahan biasiswa saya hampir 2 bulan.Kwn2 lain dah pi shopping saya kekeringan.

Setakat ini unt hari ini. Kita jumpa lgdi lain cerita. Saya demam ni. Dah telan panadol dan nak tidur...assalammualaikum..

Rohana bte Hashim (012-6976897).

Saya ketawa kerana Rohana sudah minta maaf secara terbuka dan tambah ketawa lagi kerana beliau dah pandai dan rajin beremel. Macam tu le guru abad 21. So, Hajjah Zaini, janganlah menghalang Rohana di pintu syurga nanti kerana kes deraan tahun 78 tu ya. Ha ha.

Kesah cikgu Mat Daud yang Rohana sebutkan tu akan saya cerita kemudian. Kesah dailog 2 jam di kantin. Jeng jeng....

0 comments: