Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

AKSI DI KENDURI MASTURA - 1 OKTOBER LALU

DIMANA REUNION KITA?

Tarikh reunion besar-besaran dicadangkan ialah pada AHAD, 10 MEI 2009, JAM 10 PAGI HNGGA 2 PETANG.

Agendanya:

10-11 pagi - Raptai Mengenal Rakan Lama Dan Berpelukan Antara Anda - laki dengan laki, perempuan dengan perempuan le.

Well come drink

11-12.30 thari - Ucapan Ketua Kelas, Ketua Murid dan Pengerusi Persatuan dan Wakil Guru.

12.30 - 1 petang - Bacaan Puisi Islam

1- 2 petang - Makan Tengahari

Sesiapa nak bawa hadiah, bawalah. Ha ha. Siapa nak bayar hutang pun bayarlah hutang hari ini. Hanya hutang budi dibawa mati.

Isunya ialah tempat dan kos.

Jika di Dewan Mushi, mungkin RM 20 seorang, tetapi tak selesa dan tak ada hiasan serta suasana tak grand. Ha ha. Dan katanya banyak surat saman dari pihak Sekolah akan sampai kepada anda semua.

Jika di hotel, kos seorang paling kurang RM 40.00. Jika seorang dua ok. Tapi jika bawa anak kena tambah kos le. Tak apa kot, 30 tahun sekali. Ha. Ha,

Sila beri pandangan anda.

Jawap segera melalui catatan di comment atau sms ke 012-2104244 atau telepon saya terus.

HAYATI HARUN ORI MUNSHI

Majoriti pelajar Tingkatan Enam Munshi datang dari luar Sekolah Munshi. Hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul lepasan SPM di Sekolah Menengah Munshi.

Mengikut empunya cerita Zakaria Osman, antara pelajar ori dari Munshi ialah beliau sendiri, Hayati Harun dan Sahara Tawil. Mungkin ada lagi tetapi Zakaria tak beritau. Patutlah Zakaria begitu eksyen di kelas kerana dia perasan bahawa dialah paling senior di Munshi tu. Ha ha. Ada berita sahih melapurkan bahwa ramai pelajar perempuan yang dipikatnya tetapi pelajar perempuan tak menerimanya kerana rasa tak setanding dengan kehebatan Zakaria. Ha ha.

Semalam, langit pun tersenyum apabila Hayati Harun menghantar emel kali pertama dalam sejarah hidupnya. Emelnya disertakan sekali gambar beliau dengan suaminya tersayang. Lihatlah gambar sebelah itu, kan ibarat Sultan Melaka dengan permaisuri. Ha ha.


Saya turunkan emel beliau yang merakamkan rasa terkilan apabila datang ke majlis reunion tanpa suami tempohari hari:


Assalammualaikum wm.wb Ali,

Setelah saya baca blog munshi78 dan lihat gambar2 rakan yang datang berpasangan, terasa pula saya bersendirian rupanya pada hari tu. dahlah sesat barat masa nak pergi kat rumah Rohana. walaupun ditemani adik sebagai pemandu, tak sama rasanya jika bersama pemandu peribadi(suami).Nak kata apa, kebetulan suami ada urusan lain.

Jadi tak nak menghampakan sesiapa yang tak mengenali suami idaman saya dulu, kini dan selamanya,(Datuk Md Sirat senyum lebar agaknya!) saya sertakan gambar saya dengan suami, yang mana ikut macam cerita penglipurlara, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, tidur sama lena. Kata orang tua, pasangan sebegini murah rezeki (Alhamdulillah!!).

Bezakan dengan rakan kita yang lain yang berdiri, sahih ada tinggi rendahnya. Saya tak tau pula Ali macamana, ada perbezaan ke? Lagi satu Li, Rohana Md Dali ada hari tu, yang bergambar ramai, duduk paling kiri bersebelahan isteri awak tu.

Kisah saya selepas keluar SMMA akan saya cerita lain kali, jika ada masa Insyaallah. Untuk pengetahuan kawan2, no. tel Md Amin Rohani 0122229607, (MRSM Jasin), Aziz Md Yassin 0122643784 (sekolah kat Jasin).

Sekarang Hayati bertugas di Akademi Kastam Melaka sebagai Penolong Pengarah. Selepas belajar di UM, beliau terus joint Kastam dan ditempatkan ke Bahagian Air Cargo, Airport. Cerita lanjut kenalah beliau sendiri hikayatkan. Oh ya, Rohana Mat Dali pun bertugas di Pejabat Kastam, Melaka juga.

Saya sendiri langsung tak ingat akan kewujudan beliau di Tingkatan Enam dulu sehinggalah bertemu di rumah Tajuddin/Juwita 7 tahun lalu. Alahai. Jika tak ada insiden manis atau pahit, kita memang tak ingat akan kesahnya kekawan kita kan, macam kenakalan Rohaya tu. He he.

No Tel Hayati 012-6830041