IBUKU PERGI SELAMANYA

Ibu saya Sukini Abdullah, 72 tahun 1 bulan meninggal dunia pada kurang lebih jam 2.30 petang , Isnin, 28 September di rumah adik saya Mohamad di Felda Sertng Hilir 7, Jempul, NS. Dia sedikit sesak nafas dan di bawa ke klinik tempatan dan meninggal dalam perjalanan.

Ibu saya tinggal bersama saya sejak Mei lalu hingga ke raya kedua.

Sepanjang bersama saya, sesungguhnya Allah yang menjaga beliau kerana kami 3 beranak banyak menghabiskan masa di opis. Hanya salah seorang dari kami akan bertugas menyediakan minum pagi, makan tengahari dan makan malam setiap hari. Fasal itulah banyak program luar yang saya tidak dapat libatkan diri. Ibu saya banyak menghabiskan masa seorang diri.

Alhamdulillah selama hampir lima bulan bersama saya beliau terlalu sihat, malah lebih sihat dari kami kerana beliau tidak pernah demam, batuk, sakit kepala, hatta selsema pun. Dalam keadaan beliau ada sedikit stroke di tangan kanannya, beliau mampu mengurus diri dan tak tidak pernah terjadi apa-apa yang merisaukan kami. Sesungguhnya Allah menjaga beliau.

Semua orang akan melalui masa-masa sebegini. Kini giliran saya. Bukan mudah saya nak mengalir air mata. Keras betul hati saya ini. Tetapi kali ini saya tewas, air mata itu mengalir sendiri tanpa dipaksa dan disuruh-suruh.

Terima kasih atas ucap takziah, doa dan hadiah al Fatihah dari sahabat semua. Kita teruskan baki hidup ini dalam rangka mengabdikan kepada Allah swt jua. Amin.

OPEN HOUSE NORLIDA BABA DAN MUNSHI 78

Sabtu ini 3 Oktober jam 12 tengahari hingga 3 petang, Norlida Baba buat open house. Jemput hadir ke alamat No 13, Jalan PP20, Seksyen 2, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan.

Yang tak tau lokasinya, bolehlah pinjam atau beli alat GPS dari Mansor Kassim ye.

Manakala itu grand open house Munshi 78 akan di buat di Akademi Metro Driving di Puchong, jam 12 hingga 4 petang, 10 Oktober 2009. Saudara Mat Aris menaja kesemuanya. Detail lokasi akan saya paparkan dalam blog ini. Tunggu siarannya. La ni sibuk buka opis tak sempat nak nulis blog panjang-panjang. Ha ha.

MINGGU BERAYA

Hari ini ada open house di rumah Hj Zolkaply Yunus di Tangkera, 11 pagi-4 petang.

Sabtu ini ada open house di rumah Datuk Mat Sirat, 11 pagi - 4 petang.

Sabtu ini juga ada kenduri kahwin di rumah Hj Razak Lajis di Seremban.

Pakat-pakatlah pi ye. Bashir dan Mokhtar boleh jadi pemandu jalan.

Saya on the way ke Kelantan.

SELAMAT AIDIL FITRI

Kata orang, tak sama jumpa ibunda, kekawan dan balik kampung menjelang awal Syawal dengan jumpa di hari-hari lain. Walaupun selalu jumpa ibunda, tetapi pada awal Syawal wajib sekali. Yang sudah tiada ayah bonda pula, ingatan ketika Syawal mampu mengalirkan air mata.

Hari ini Jumaat, siapa yang tinggal jauh dari kampung mula menyusun jadual balik ke kampung masing-masing. Saya harap sangat agar semuanya balik dengan selamat. Tak sanggup mendengar cerita sedih ketika nak raya ini, macam yang terjadi kepada keluarga sahabat saya di Tampin semalam.

Saya tak kirim kad raya atau sms tetapi memadailah menulis di blog ini. Sebagai moderator, sayalah yang paling banyak bersalah dengan sahabat semua. Salah lapur ke, tak lapur ke, kurang lapur ke, tersindir ke, terkutuk ke, terguris hati ke, tak ingat langsung kawan ke dan 1000 macam kesalahan saya kepada sahabat sekalian. Apa yang yang boleh saya cakapkan kecuali memohon ampun maaf dari sahabat sekalian. Terima kasih terlalu banyak atas dorongan, kerjasama, pujian, respon dan pelbagai budi yang sahabat tanamkan sehingga tumbuh timun, tembikai dan serai di bumi ini sepanjang blog Munshi ini wujud. Entah mengapa saya beralih bidang hidup pula ketika umur 50 ini. Kelakar juga rasanya. Ha ha.

Jika terbuat open house, smslah kepada sahabat lain. Jika sempat kita menjengah sama. Mat Aris ada cuba telepon saya tetapi tak sempat bercakap. Mansor entah mana ghaib. Yahya sibuk kerana maidnya masih di wad. Adam dah bersiap ke Bagan Pinang. Basir sibuk dengan tugas khasnya. Yati tengah merancang menghabiskan baget latihan Akademi Kastamnya. Woo, sibuk sekali.

Ya, moga Syawal dilalui dengan suasana harmoni dan dalam keredhaan Allah swt jua. Jika sempat, saya menulis dari kampung. Tak jadi pi Kelantan pada raya ketiga kerana terlalu jem di sana. Kalau ada masa saya singgah rumah Juwita, Suhdi, Rohana dan Mastura.

Akhirnya SELAMAT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.



SEBENTAR BERSAMA SUHDI

Antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari tadi saya menziarahi satu lagi kes kematian. Kali ini anak seorang sahabat di Tampin yang berumur 21 tahun, meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Sempat bersama Suhdi dari masjid Tampin hingga ke tanah perkuburan. Suhdi akan beraya di Melaka kali ini.

Sampai KL jam 1.30 keletihan. So, tak mahu cerita banyak le.

MENCARI CINTA ALLAH

Alhamdulillah, promosi memakmurkan ramadan melalui kuliah subuh, zuhur dan tazkirah di celah solat tawawih cukup memberi kesan akhir-akhir ini. Pelbagai pendekatan yang diberikan oleh ramai para ustaz muda dan tua. Ada yang lucu, keras, mudah dan banyak akademiknya.

Diam tak diam tinggal 3 malam lagi kita akan berterawih dan berqiam di malam ramadan ini.

Seperti kata Ustaz di kuliah zohor tadi, carilah lalilatul qadr pada 3 malam terakhir ini dan bukannya lailatul kamdar. Ha ha

Kepada semua teman - teruskan baki ramadan ini dengan ibadah kepada Allah dengan sabar dan gigih - dengan niat mencari cinta dan redha Allah jua.

MINGGU YANG SIBUK

Menjelang cuti aidil fitri, semua orang makin sibuk. Antara mengejar lailatul qadr dan persiapan cuti memang memengahkan kita. Tambahan pula Hj Razak yang nak bermenantu. Ha ha.

Saya hanya mampu keluar dua kali sahaja dari KL sepanjang Ramadan ini - itu pun ke Seremban sahaja.

Seronok sekali melihat masjid makmur sepanjang Ramadhan ini. Di daerah Gombak banyak masjid yang mengadakan program iktikaf beramai-ramai. Ada satu masjid tu dihadiri seramai 800 0rang. Siap dengan makan sahurnya. Satu kelainan sejak 2008, disamping program tetap tazkirah yang menyegarkan para jamaah masjid. Tak tahu kat Melaka macam mana?

Nampaknya malam 23 dan 25 Ramadan - lain macam suasananya, Ada hujan. Adakah itu petanda lailatul qadr. Zek, apa komen?

Ok, kita mengeteh semula selepas raya ni. Dr Majezan nak mengkadha capati di restoran di bawah opis saya tu. Ha ha.

Dengar kabar Si Mansor dah bakar kotak rokok sejak 1 Ramadan. Wooo.


RAZAK BERMENANTU

Biasanya Zakaria Osman mengsms saya pada dini hari mengajak ibadah malam. Bagus ingatan Z tu. Itulah amalan Rasulullah mengejut dan mengajak ahli keluarganya beribadah malam.

Tetapi pada sahur tadi ada sms dari tetamu baru iaitu Hj Razak Lajis yang mengajak saya ke kenduri kahwin anak perempuannya pada hari Sabtu 26hb September di Seremban. Agaknya yang lain pun ada menerima jemputan itu.

Kebetulan saya akan ke Kelantan pada 23 atau 24 hb September dan beberapa hari di sana kerana urusan ladang tembikai yang telah mulai memetik hasilnya. Bashir pun ke Kelantan pada tarikh itu kerana kenduri kahwin dan berjanji untuk berraya di ladang tembikai juga. Ha ha.

Pandai-pandailah membawa diri ke Seremban tu bagi sesiapa yang dijemput.

Esok Rohaya kita genap 50 tahun. Moga berkat hidupnya, bahagia keluarganya, murah rezekinya dan terus istiqamah dalam iman dan islam. Amin.

KHUTBAH HARI INI

Hari ini solat jumaat di masjid INTAN. Surau tempat saya solat ketika berkursus 11 bulan di sini pada 1990 dulu, kini dah diupgrade menjadi masjid. Beraircond dan nyaman suasananya. Imam pun sedap khutbahnya dan bacaannya.

Mula-mula terpampang di skrin akan tajuk khutbah - JUALAN LANGSUNG. Hati berdetik ''pada 10 hari terakhir Ramadan ni pun nak cerita hal dunia juga ke". Apabila khutbah isinya sekitar apa perlu dibuat pada 1o Ramadan terakhir. Ha ha. Tajuk lain, isi lain rupanya...Alhamdulillah.

TASAWUR AKIDAH

Lazimnya kita berfikir bahawa menjadi orang baik ialah dengan beramal dan komited dengan ibadat khusus dan menjauhi yang haram.

Dalam Islam yang paling didahulukan ialah kepercayaan atau akidah kita. Akidah kita membentuk world view atau tasawur kita terhadap Allah swt, Rasulnya dan Kitabnya. Ia bukan sekadar kata lahiriah 'percaya" sahaja. Ia memerlukan satu revolusi pemikiran kita terhadap konsep kehidupan kita dan sekeliling kita. Ia memerlukan satu koreksi terhadap anutan pemikiran kita samada benar, keliru atau salah.

Maka pilihannya ialah BELAJAR DAN TERUS BELAJAR DENGAN PELBAGAI GURU. Tetapi bukan dengan "Guru Yahya". Ha ha ha.

Untuk Zakaria Osman - MOGA ALLAH MEMBERKATI USIAMU SETENGAH ABAD. Bak kata PRamlee - biarlah mati dalam iman dan jangan lupa wasiatkan harta dikau dengan bertulis. Wau!!!

CABARAN KAUM HAWA

Simpati sungguh melihat kaum hawa ya. Menjelang akhir Ramadan ketika orang lelaki sibuk mencari keberkatan lalilatul qadr, mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti persiapan menyambut Syaawal.

Apa pun jangan tinggal yang wajib dan setiap urusan rumah tangga tetap diganjari oleh Allah swt. Entah-entah dapat lebih lagi dari kaum lelaki. Ada dalilnya tetapi tak kuasa nak memanjangkan cerita.

Biasanya bila raya dan balik kampung, saya sempat singgah rumah Suhdi dan Juwita kerana on the way aja. Tetapi tahun ini tak tau lagi kerana ibu saya bersama saya di KL. Masih belum buat keputusan samada nak balik atau tidak. Dah separuh abad ini tak ghairah nak kemana-mana dah. Cukup le sekadar makan tairu dengan Dr Majezan. Ha ha.

Si Suhdi kita tu kalau sms pun lambat jawab. Entah apa yang sibuk tak tahulah....

MAKNA ALLAHU AKBAR

Bahagia rasanya melihat masjid penuh dengan anggota jemaah solat Isyak dan tarawih berjemaah. Mengapa ini tidak berlaku ketika di luar bulan Ramadan?

Sebabnya semua orang, akhbar, radia, tv, ibu bapa, para ustaz dan guru sekolah mewar-warkan kelebihan amalan di dalam bulan Ramadan. Walaupun solat tarawih itu sunat - ia direbut oleh semua orang. Walhal solat fardhu di masjid di luar bulan Ramadan pun hebat kelebihannya tetapi tidak diwar-warkan. Jika diwar-warkan, kita akan melihat makmurnya masjid walaupun di luar bulan Ramadan.

Jika di negara Islam lain, setiap pasaraya memiliki musolla yang besar untuk menempatkan jemaah bersolat khususnya pada waktu maghrib yang singkat masanya. Kita, lihat di Sogo KL - keluasan tempat solatnya ibarat sel penjara. Jenuh tunggu bergilir. Apa punya turr dah. Bagaimana kita nak uruskan budaya pasar malam supaya kita di lihat tidak meninggalkan solat maghrib....

Bagaimana kita nak rasakan makna Allahu akbar jika kita tak mampu meninggalkan urusan dunia untuk menyahut panggilan solat berjemaah di tempat kita bekerja dan bershopping. Kita mungkin boleh berzikir Allahu akbar 100 kali, tetapi belum tentu sanggup meninggalkan tugas sementara waktu untuk menyahut pangilan azan ke masjid sebagai tanda Allah Maha Besar. Dalam hal ini saya merindui suasana di Mekah dan Jeddah - seruan azan bisa menutup perniagaan sementara.

Wallahu 'alam

MULAKAN PADA MALAM 19 RAMADAN

Hari ini 17 Ramadan. Maghrib ini masuk malam 18 Ramadan

Esok, selasa 18 Ramadan. Malamnya di kira 19 Ramadan. Bagi sebahagian pendapat, disini bermulanya malam-malam lailatul qadr. Ia dikira dari malam 19hb. Bagi sebahagian pendapat bermula pada malam 20hb. Saya mengambil langkah selamat - mulakan dari malam 19hb. Tak ada ruginya bermula segera. Ha ha.

Umur seseorang pada zaman sekarang tak sampai 80 tahun. Maka jika beribadah pada malam lailatul qadr ibarat beribadah lebih 80 tahun. Itulah istimewanya umat Nabi Muhammad saw.

Inilah peluang yang sama yang akan kita perolehi jika kita beribadah sepanjang 10 hari terakhir pada bulan Ramadan ini. Rakan-rakan jamaah tabligh mengambil peluang untuk keluar dakwah pada 10 hari terakhir untuk dapat beribadah dan beriktikaf dalam salah satu malam lailatu qadr.

Oleh kerana janji Allah melalui Rasulnya bahawa lalilatul qadr itu ialah pada salah satu malam di 10 malam terakhir, maka barang siapa beribadah setulusnya sepanjang 10 malam itu, maka dapatlah ganjaran pahala seperti yang dijanjikan walaupun kita tidak tau malam manakah dikatakan malam lailatul qadr itu.

Carilah sahabat sekeliling dan ajaklah mereka beriktikaf di masjid yang berhampiran rumah anda. Inilah satu amal yang jarang diburu oleh umat Islam di negara ini. Ayah Md Jadi pun sama-sama iktikaf dengan saya di masjid Batang Melaka ketika saya tinggal di kampung masa persekolahan dulu... ha ha . Saya lebih kamcing dengan ayah Md Jadi berbanding dengan Md jadi sendiri tau.

SELAMAT BERTEMU LAILATUL QADR. MOGA IBADAH KITA DITERIMA ALLAH.

PELUANG YANG SAMA

Di dunia ini tak semua orang mendapat peluang yang sama. Contohnya sahabat-sahabat munshi 78.

Bashir berkesempatan ke Sierra Lonne - sempat mengenyit mata mak hitam di sana.

Rashid bernaung di Turki selama 4 tahun - kita setakat 4 hari aja, kena bayar pula tetapi Rashid dibayar dalam USD dollar.

Mastura meronda negara Eropah dengan percuma. Saya setakat meronda India dan Pakistan sahaja dan berbayar pula.

Hanya seorang sahaja pelajar 78 jadi doktor perubatan yang "gila" kat Syed Naguib Al attas. Wooo, siapa lagi jika bukan Dr Majezan.

Tak semua orang yang minat ugama tetapi diamanahkan menjadi imam surau macam Razak K kita tu.

Ramai jejaka handsome, macam Aris dan Majezan tetapi seorang sahaja dari kita yang bertuah mendapat teman baru, muda dan comel lote. Ha ha. Yang lain berangan sahaja.

Ya, bukan semuanya dapat peluang yang sama. Tetapi ada satu hal yang kita boleh dapat peluang yang sama. Apa dia. Tunggu esok jawapannya. Sambil tu, tekalah apa jawapannya melalui ruangan comment.

TERKENANG YANG SUDAH TIADA

Entah mengapa setiap Ramadan, ingatan kepada orang yang sudah tiada di di dunia ini begitu kuat sekali. Ayah, sahabat, pak cik-makcik jiran di kampong menghimbau ingatan saya. Maka saya memohon Allah merahmati mereka semua.

Kekadang saya terasa tak sanggup menerima jika kekawan yang ada ini pergi dahulu dari saya. Biarlah saya mengadap Allah dahulu.

MENUJU KE ILAHI

Apabila berjalan-jalan ke Jakarta, seronoknya dapat shopping buku-buku terbaru. Ada sebuah buku bertajuk Makna Kematian oleh Jalaludin Rakhmat yang sempat saya beli dan hadam membacanya.

Ada satu pandangan lain yang penulis buku ini lontarkan kepada pembaca. Beliau menekankan bahawa kita akan melalui fasa demi fasa sebelum berjumpa Tuhan. Dan setiap fasa itu merupakan proses pembersihan dosa sehingga membolehkan kita memasuki jannahNya.

Sudah pasti proses pembersihan dosa itu akan bermula di dunia. Banyak yang Tuhan lakukan kepada kita untuk membersihkan dosa kita tanpa kita sedari. Antaranya mungkin kerugian atau kehilangan harta, kesukaran dalam mencari rezeki dan derita sakit berpanjangan -semua ini merupakan proses pembersihan dosa. Dengan ini apabila kita menuju ke alam kubur(barzakh), maka kita telah bebas dari dosa dan hidup penuh kenikmatan.

Jika ada dosa yang tak sempat dibersihkan lagi di dunia, maka ianya akan dibersihkan di alam kubur pula. Beliau tak gunakan istilah seksa kubur tetapi mengatakan sebagai proses membersihkan dosa kita sehinggalah tak berbaki lagi. Agak positif Jalaludin Rakhmat mengupas kehidupan di alam barzakh ini. Membacanya - menimbulkan keberanian kepada kita untuk menuju ke alam barzakh.

Allah mahu menerima hambanya sebagai insan yang bersih. Maka cucian dosa terakhir ialah di neraka. Maka selepas bersih, maka mengadaplah kita ke hadapan Tuhan dengan diredhai....

Satu kupasan makna kematian yang cukup positif.

SETENGAH ABAD

Saya memang tak pantau tarikh lahir kekawan kita kecuali diberitahu. Tahun ini ramai yang telah genap dan bakal genap setengah abad.

Hari ini Sharipah Nuri genap 50 tahun.

Manakala yang lain ialah Norliah pada 7hb, Rohaya 14hb, Juwita 23hb dan Maznah 28hb.

10hb tu ialah Zakaria Osman

Kepada semua didoakan agar baki umur kita ini digunakan untuk mentaati Allah swt sahaja. Yang kek tu buat sendiri dan makan sendirilah ye. Ha ha ha.

TQ kepada Hayati kerana memaklomkan dalam komen blog ini.

Fasa kedua Ramadan

Mulai maghrib ini kita akan memasuki fasa kedua Ramadan. Sekejap sahaja telah berlalu 10 hari. Yang sudah berlalu memang pantas sekali rasanya. Tetapi yang kita tunggu - terasa lama pula.

Semalam saya menziarahi jenazah isteri seorang sahabat saya di Seremban yang terkena wabak HINI. Sejak beberapa tahun ini saya sering menerima kematian kekawan saya pada setiap bulan Ramadhan. Dah 6 orang. Terasa seolah-olah Allah memberi khabar atau ingatan kepada saya juga. Dalam keadaan telah berusia setengah abad, bila-bila masa sahaja kita akan dijemput oleh Allah swt.

Oh ya pada 10hb September ini, akan ada seorang sahabat kita lagi yang genap setengah abad. Teka siapa dan tolong siapkan kek selori tau.

SMS PALSU

Mazlan, Mokhtar dan Mastura mengsms kepada saya akan hal Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia. Lazimnya saya akan percaya berita kematian tokoh Pas dari kekawan yang rapat dengan Pejabat PAS Pusat terlebih dahulu.

Rupa-rupanya semalam syarikat talipon di negara untung besar kerana banyaknya sms khabar angin hal Ustaz Ismail kamus ini. Seorang rakan blogger saya, menerima tak kurang 700 sms.

Kekadang ada juga sms yang meminta kita memanjangkan sms berkaitan dengan kelebihan sesuatu zikir atau ayat al quran. Memang zikir dan ayat itu ada fadhilatnya tetapi jika diberi ugutan kena hantar sms kepada 10 orang lain, itu dah lain maksudnya. Entahlah. Dr Majezan tentu ada jawapannya...

CORETAN RAMADHAN YAHAYA GHANI

Pepagi lagi saya menerima emel tazkirah dari Yahaya Ghani kita. Saya turunkan dibawah untuk hidangan minda di Ramadhan yang mulia ini.

Salam,

Begitu cepat masa berlalu sehingga kita telah memasuki hari ke7 ramadhan.

Bagi saya, telah saya jangkakan bahawa ramadhan kali ini akan berlalu cepat. Perasaan begitu kerana kesibukan dan tekanan kerja. Mungkin semua org tertekan dgn kerja tetapi bila kerja berasaskan projek dan deliverables, tekanan kerja paling tidak 2 kali ganda dari biasa. Beruntunglah bagi mereka yang bekerja yg tidak berasaskan projek, deliverables, time-based dan melayan kerenah setengah client yg lupa diri.

Tapi ramadhan tetap perlu dijalani dgn baik. Jalan mudah ramadhan ialah dengan melakukan seperti majoriti muslim iaitu jaga sembahyang dan jaga puasa disiang hari dan ianya habis disitu. Tapi saya percaya ramai dari kita yg tidak mahu membuat setakat itu. Dalam alam pekerjaaan, kita tidak mahu di katakan sebagai mempunyai prestasi memenuhi keperluan. Kerana memenuhi keperluan bermakna bonus kita adalah rendah dan silap silap tiada bonus. Memenuhi keperluan bermakna kita sekadar cukup makan.

Ada beberapa perkara mudah yang perlu kita cuba terutama jika kita seorang lelaki. Ianya tidak mudah tetapi ianya tetap perlu dilakukan. Perkara perkara tersebut adalah:-

1. Sembahyang terawih, sebaiknya berjamaah dan paling tidak buat sendiri dirumah. Hari ke 7 kita telah mula melihat 75% jamaah terawih malam pertama telah hilang. Adakah kita sebahagian dari 75% tersebut.

2. Membaca satu juzuk quran sehari. Bagaimana prestasi anda. Bukan mudah utk melakukannya kerana satu juzuk memerlukan lebih kurang 60-90 minit. Terdapat purata 20 mukasurat utk satujuzuk maka 20x5minit adalah 100 minit. Kita perlu membahagi masa tersebut dgn teratur atau kita perlu pandai mencuri masa ditengah keletihan untuk membaca tersebut. Setakat ini, kita sepatutnya sudah habis 6 juzuk. Jika belum, jadikan sabtu ahad ini utk cover antara 4 hingga 7 juzuk.

Kenapa tidak, ditengah tengah kesibukan isteri anda menyediakan berbuka puasa, anda duduk dimeja makan untuk membaca alquran. Alangkah indah dan tenteramnya hati isteri mendengar anda membaca quran.

3. Bersembahyang tahajud minima 2 rakaat sebelum bersahur. Sembahyang tahajud ini perlu dibuat sebagai ringan ringan sebelum kita sampai ke climax mengejar lailatulqadar. Jika kita tidak mula dgn ringan ringan ini, kita takut badan tidak warm up untuk peak pada 10 malam terakhir.

4. Bersembahyang Dhuha. Sembahyang ini perlu kita lakukan kerana ia adalah antara sunnah rasullulah yang nyata. Ianya amat ringkas dan mudah. Ia juga penting utk melancarkan rezeki kita, Insyallah.

Pada hari ke 7 ini, kita perlu melihat kembali prestasi kita. Kerana kalau prestasi kita lemah, kita masih ada masa utk recover. Jangan terlalu cepat menyanyikan lagu raya seperti yang saya dengar nyanyian seorg staff di sebuah pejabat agensi kerajaan pada pagi semalam.

Malang jika kita seorang lelaki tidak mencuba melakukan yg terbaik utk perkara diatas. Malang jika suami anda tidak melakukan perkara diatas. Jika anda seorang perempuan, cabaran utk melakukan diatas lagi besar tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mencuba.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dgn kalian.

Mohon fwd kepada network circle anda.

Ya, panduan terbaik dari Yahaya kita. Satu panduan yang praktikal.

ADAT DAN IBADAT

Apabila saya jumpa orang, saya ucapkan selamat hari raya. Ha ha. Depa pun terkejut, kenapa cepat sangat ucap selamat hari raya.

Sebenarnya saya selalu memperli dan "bergaduh" dengan Fatimah, anak saya - mengapa orang Melayu terpaksa menunggu raya untuk segalanya.

Minta maaf, ziarah orang tua dan jiran, open house, ziarah kubur, balik kampung, shopping, makan-makan, dan 1000 macamlah termasuklah yang "lagho' di program tv - semuanya ketika dalam bulan Shaawal.

Yang ibadah dalam syaawal ialah solat aidil fitri dan puasa 7 hari. Yang lain boleh bikin bila-bila masa sahaja.

Yang nak kita pulunkan sekarang ialah mencari lalilatul qadr!!!

Banyak yang adat jadi ibadat dalam Syaawal. Entahlah...

Z, tolong bagi tau apa yang afdal di Ramadhan dan Syaawal ini. Wooo

SOLAT WAJIB DI MANA-MANA

Bulan puasa adalah bulan yang sibuk bagi kaum ibu yang bekerja. Kerja pejabat, nak siapkan juadah berbuka, nak berterawih dan nak bersahur pula. Macam lipas kudung dibuatnya.

Yang penting jangan tinggal yang wajib. Kekadang kita lebih utamakan program berbuka dari solat maghrib. Itulah jadinya kalau berbuka di kedai, restoran atau hotel. Pastikan kita solat maghrib!!!!.

PUASA DAN IBADAH SOSIAL

10 hari pertama Ramadhan adalah hari memohon keampunan Allah subhanahu wa taala

Di samping mengejar keampunan Allah, lakukan jua ibadah sosial.

Baca di sini. Maaf - bahasa Indon ya..

BERBUKA DI MASJID

Saya tinggal di Sentul dan berpejabat di Jalan Pahang. Keliling rumah dan pejabat saya banyak masjid yang boleh berbuka puasa berjemaah.

Jangan pelik, jika orang Melayu tak ramai buka bersama. Sebaliknya geng Nepal, Bangladesh dan India yang ramai. Ha ha.

Terasa berbuka di luar Malaysia pula.

Geng KL jika nak joint, boleh berbuka di Masjid Pekeliling, di bulatan Jalan Pahang. Sederhana, meriah dan masjidnya pun sejuk beraircond. Ini masjid rakyat kerana diuruskan oleh kakitangan pejabat yang berada di sekitar Jalan Pahang.

Wahai Dr Majezan, jika tersekat jem jalan raya, boleh singgah di sini ya...

SELAMAT PUASA

Mulai maghrib ini kita bersama dalam bulan Ramadhan al mubarak.

Selamat beribadah dan ampunan Allah jua diharapkan sangat.

Bersedekahlah banyak-banyak di bulan Ramadhan, bukannya di bulan Syaawal tau. Orang Melayu sibuk bersedekah di bulan Syaawal kan...Ha ha.

Saya tengah mencari duit supaya pada 10 hari terkahir ramadhan tahun hadapan berada di Masjidil Haram. Jom bersama. Harap dengan duit tembikai dapat ke sana. Ha ha.

JALAN-JALAN KE ALOR GAJAH

Saya berada sekitar Alor Gajah pada jam 4 hingga 7 petang tadi kerana menemankan kawan buat bisnes MLM. Leceh betul bisnes kena merayau-rayau ini. Fasal kawan, temankan juga le.

Z sibuk dengan lori beras, maka tak dapat makan cucur udang bersama dengannya.

Teringat Hasnah tetapi tak mau ganggu beliau.

Rasa nak tunggu Zaini Samani balik ke Alor Gajah tetapi tak mau kacau beliau hari ini.

Maka saya singgah di Seremban menziarahi isteri kawan yang kena H1N1. Alhamdulillah dah terlepas dari fasa bahaya.

Rupa-rupanya hari ini tengok anak bulan rupanya...Nasib puasa pada hari Sabtu. Ha ha.

Z dah update hal puasa pula di blognya.

Klik di sini untuk beberapa isu puasa

JOM JUMPA WALI SONGO

Surabaya kota wali songo - disini terdapatnya makam para pendakwah yang dianggap sebagai wali dan diziarahi 24 jam oleh rakyat Indonesia khususnya masyarakat Jawa. Selain di Iran atau Iraq, amalan menziarahi makam para ulama yang popular hanya ada di Surabaya.

Siapa nak jalan-jalan cari makan, jom daftar nama. Jika pi secara rombongan lebih 10 orang kos makan minum dan tambang kapalterbang mungkin tak sampai RM 800.00 sahaja. Namun elok diperuntukan RM1,000. Tarikhnya ketika cuti sekolah le.

Elok pi suami isteri. Paspot kena ada dulu.

Masih ingatkah lagu Surabaya oh Surabaya. Gerenti Razak K masih boleh mengingatnya. Kalau Razak K ada, mudah kita bertahlil di makam wali songo tuuu.

ADUHAI ARIS

Mula-mula Yahaya Ghani sms kat saya supaya rakamkam program Mat Aris Bakar kerana beliau berada di luar.

Lepas tu terima sms dari dari Maznah yang bertanya adakah Mat Aris Bakar pakai Shampu BSY ke, kerana bukan main hitam rambutnya.

Basir pun mengadu gambar Aris dah hilang.

Akhirnya Zakaria Osman dan Maznah sms bertalu-talu bertanyakan mengapa gambar Mat Aris hilang dari Astro. Ha ha.

Macamlah saya penerbit program Hello di Astro.

Yang pasti semua orang bayar bill Astro.

Sebenarnya saya pun di luar macam Yahaya juga.

Kita tunggu penjelasan Mat Aris, apa dah jadi!!!!!

Entah-entah Aris ada memakai kot....tak boleh keluar gambar kat tv. Ha ha ha

KESAHNYA MASTURA SABTU LALU

Si Mastura 3 kali berulang alik dari rumah Pah ke tol Kajang kerana menjemput kekawan perempuan pada Sabtu lalu. Kalau tak, kekawan wajib sesat jika tak pernah ke kawasan ini. Maka beliau tak dapat membaca yasin dan bertahlil ketika program sedang berjalan. Nasib saya hanya tunggu kekawan setakat jam 3 sahaja.

Saya tak sanggup buat kerja macam Mastura tu. Nak balik rumah-pejabat sehari 2 kali pun tak mau. Jika dah 12 malam saya tidur di pejabat sahaja. Balik pun nak tidur, maka baiklah tidur terus aja di pejabat. Ha ha.

MAT ARIS BAKAR DI ASTRO

Malam ini jam 10 malam, Mat Aris Bakar akan muncul dalam program Hello Malaysia di Astro 502.

Tajuk perbincangan adalah berkaitan dengan Francaisor dan Francais.

Mat Aris adalah usahawan berjaya dalam sistem francais. Terdapat lebih 80 rangkaian akademi memandunya ini.

Dan jangan tak tahu semua rahsia Z ada dalam tangan Mat Aris. Ha ha ha. Gurau aje Z. Depa kawan ketat semasa USA 78 dulu.

SEMBANG SAMPAI KELUAR AIR MATA

Entah apa yang lucu tak tahulah. Saya melihat Darussalam menahan ketawa sampai keluar air mata ketika berbual dengan ASP Redhuan ketika kenduri sambutan Ramadhan di rumah Pah, Sabtu lalu.

Tentu ada nostalgia 30 tahun lalu yang mencuit hari Darussalam. Mereka berdua tak dapat hadir semasa reunion Munshi pada 10 Mei lalu.

SEMBANG KENDURI RAMADHAN - 2

Ketika makan-makan di rumah Pah Sabtu lalu, Hayati berkata orang Melayu kesian sangat kat orang dah mati. Walau pun masa hidup seseorang tu berhutang dengan kita dan kita beria-ia menuntutnya tetapi bila orang tu meninggal dunia, kita dengan mudah menghalalkannya. Ha ha. Kesian kat ruhnya...

Begitulah manusia yang digelar insan ini. Dalam keras ada lembutnya. Dalam marah ada sabarnya. Dalam susah ada redhanya.

Tetapi janganlah ada hutang tak hendak bayar kerana nak harap dihalalkan hutangnya pula ya...

SEMBANG DI KENDURI RAMADHAN -1

Sesekali berjumpa bukan bermakna kita dapat bersembang semua perkara. Tambahan pula ramai sahabat yang nak ditanya khabar.

Semasa menunggu sahabat lain di tol Kajang, saya sempat bersembang dengan Zakaria Osman berkaitan prestasi saham di BSKL. Sebulan lalu beliau meramalkan saham Axiata akan naik RM 1.00. Tepat sekali apabila kami berjumpa semula, saham tersebut dah naik lebih RM1.00.

Malangnya saya tak beli saham itu kerana duit saya dah dilabur ke bisnes lain. Ha ha. Siapa sangka Z kaki motor pada 1978, kini pakar saham ya..

Siapa ada duit lebih boleh joint kelab saham Z kita ni. Wooo.

SEKITAR KENDURI RAMADHAN







KENDURI PUASA BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah kenduri menyambut Ramadhan selamat berjalan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin serta doa selamat dan arwah yang diketuai oleh Mohd Razak Kanapiah di rumah Sharifah Nuri di Sg Ramal Dalam, Kajang pada jam 3.30 petang tadi.

Sahabat-sahabat dari Melaka yang turut hadir ialah Zakaria Osman, Mokhtar sekeluarga, Mansor sekeluarga, Hasnah bersama suami, Hayati, Jaamat, Dr Hanipa, Marhamah dan Karim serta sahabat Karim, Khairul.

Sahabat dari sekitar KL ialah Md Jadi, Darussalam dan isteri, ASP Redhuan dan isteri, Ali, Mohd Razak Kanapiah, Lt Kolonel Basir dan isteri, Hidayah dan suami, Rohaya Rahmat, Jamaliah Jamian, Jamaliah Yusof, Norlida Baba, Rohana Md Dali dan suami.

Yang bertindak sebagai tuan rumah ialah Mastura, Sharifah Nuri, Maznah dan Sahara beserta suaminya. Mereka tak nampak penat pun walau bekerja keras masak sup tulang!!!!

Walaupun ada adegan sesat jalan, tetapi terhibur kerana dapat berjumpa dengan sahabat sekali sekala. Yang datang semuanya kelihatan ceria, muda dan manis sekali terutama Rohaya. He he. Yang rambut putih, Mansor kata bukan uban tetapi rambut matalic. Ha ha.

Ok jumpa lagi masa raya pula. Tunggu pengumumannya.

Kepada semua sahabat yang hadir diucapkan terima kasih. Yang tak dapat hadir, jumpa di agenda lain pula.

IKUT NABI MENYELURUH

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari.

Amalan utama sehingga maghrib nanti ialah berselawat. Berselawat maknanya kita mengingati Nabi kita Muhammad saw. Berselawat atas Nabi tak ada maknanya jika tak ikut ajaran Nabi keseluruhannya. Ajaran Nabi bukan sekadar dalam hal ibadat peribadi sahaja. Ikut Nabi dalam semua aspek kehidupan. Berat tu. Ikutlah ajaran Nabi dalam mengurus keluarga, masyarakat dan negara.

Ya, buat makruf seperti solat, zikir dan baca alquran - tak siapa marah, malah orang suka. Tetapi jika kita ajak orang mengamalkan ajaran Nabi dalam mencegah kemungkaran - ramai yang marah. Jika kita nak halang orang berjudi, minum arak, membuka aurat, mengamalkan rasuah, yang membazir dan yang tak adil - ramai yang tak suka dan tak mau joint usaha ini. Ha ha.

Kawan saya kata; jika hangpa nak baca al quran, Amerika boleh hantar al quran satu kontena. tetapi jika hangpa nak laksanakan perundangan Islam walaupun dengan satu hukum sahaja, bukan sahaja Amerika marah tetapi yang mengaku Islam pun bukan main sinis....

Jangan lupa jumpa di Sg Ramal Dalam esok. Saya akan rampas kuasa tuan rumah kerana suami Pah dah bagi power untuk sambut u orang. Suami Pah ada urusan di bumi kenyalang. Wooo.

LASKAR PELANGI

Pada tahun lalu ketika urusan bisnes di Jakarta, kami sekeluarga menoton filem Laskar Pelangi. Jika nonton film hindustan tersebak dada biasa aja. Tetapi pertama kali saya menonton filem Melayu menitis air mata. He he -jangan tak caya oi.

Laskar Pelangi ialah kesah nasib Sekolah Rakyat. Saya terasa kerana itulah yang terjadi kepada Sekolah rakyat di tanah air kita ini. Kebetulan cucu Abu Bakar Bakir - pengasas madrasah Ehya Al Sharif dan Hizbul Muslimin adalah sahabat baik saya yang kini masih meneruskan sekolah tersebut di Perak.

CD Laskar Pelangi ada di jual di negara ini. Novel pun ada. Pada saya syok lagi filemnya.

Menurutn Andrea Hirata, penulis novel Laskar Pelangi, ada dua falsafah penting dalam hidup yang beliau berikan dalam novel itu. Pertama, melalui watak bapak Harpan, beliau mengatakan ”Dalam hidup ini kita mesti memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.”

CARA CEGAH H1N1

Ketika wabak H1N1 melanda negara kita, maka ada emel yang memberi panduan mengelaknya, termasuk minum air kelapa muda dan makan buah kurma.

Sebentar tadi terima emel dari Dr Majezan yang beri komen seperti berikut:

Mana dtg pulak air gula, kelapa dsbg yg digunakan utk H1N1, ada research yg dah dibuatkah? tau tak apa tu H1N1. Mufti tiada kepakaran dlm mengubati, biarlah org yg Allah bagi ilmu pengetahuan utk mengubati sesuai dgn ilmu yg dimiliki.

Sebenarnya virus ini makhluk Allah, ia bukan makhluk bernyawa mcm kita, tapi boleh merebak sbb diturunkan Allah sebagai bala (org melayu panggil balak, pengkalan balak contohnya) sbb perbuatan manusia didunia ini.

Cara mengatasi ada 3 langkah.

1.BIOLOGIKAL- pastikan kita berkeadaan sihat,menjaga kesihatan dan membersih badan terutama dgn bnyk berwudu'.Dptkan rawatan jika ada tanda2 klinilkal.

2.PSIKOLOGIKAL- pastikan aqidah kita benar,percaya akan ketentuan ALLAH,yg virus ini adalah bala,bnyak mohon ampun atas dosa kita dan dosa manusia,moga diangkatkan bala itu.Kekuatan psikologi berkait dgn kekuatan iman.

3.SOSIAL- kurangkan kontak dgn org ramai, kurangkan keluar rumah tanpa tujuan, demo MLM tak apa, demo anti org yg mengaku nabi ISA OK sekali sekala.

Dalam melalui 3 peringkat ini, diminta kita berdoa pada Allah tujuan mohon Allah angkatkan balak yg dihimpit diatas kita.

Inilah ciri2 perubatan Islam, bukan hanya perubatan oleh org Islam. Ibnu Sina sangat menitikberatkan konsep BIOPSIKOSOSIAL ni dgn bahagian2 dlm Qanun fil al Tibb penuh dgn konsep burhan (ujian,demonstrasi).

Tetapi org Melayu cuma baca kitab Tibb Taj al Muluk wa al marduk saja dan jadi bomoh.

.p.s:tak perasan pulak Ibnu Sina ada guna air kelapa!!!!!

UNTUK ZAINI SAMANI

Zaini Samani nama diberi,
penuh misteri sejak Azali,
Cik Pah jemput kenduri,
mai le jangan menyendiri,
jangan lupa bawa isteri,
pisang rastali bawa sekali.

He he.

JAGALAH KESIHATAN

Jagalah kesihatan ketika umur macam kita ni.

Joging, makan ubat pencegahan, minum herba dan amalkan 1001 petua kesihatan serta DOA. Insuran pun kena ambik juga. Nak beli tanya kat Yahaya Ghani.

Sakit datang tiba-tiba.

Suami Jamaliah Yusof masuk wad di Hospital Tawakkal pagi tadi. Sakitnya belum dikenal pasti.

Kak Norsiah Wahab sedang melayan sakit buah pinggang. Beliau tinggal di Kg Jawa, Klang. Cerita lanjut tanya Shamsudin Yusof.

Suami Rohana Hashim terkena stroke sejak 3 tahun lalu. Namun kini sihat, hanya kurang boleh bercakap.

Mastura dan Maznah jual ubat macam-macam. Tanyalah ubat apa, semua ada. Yang Hospital tak ada, dia ada. Ha ha. Betul oi.

Wahai Jaamat dan Karim - kurangkan mengeteh banyakkan minum air ECPI. Ha ha. Aku pun kaki teh juga. Wooo.



SABTU DEPAN YA

Alamat rumah Sharifah Nuri - No 19, Pesiaran Teratai 5, Jalan Teratai, Sg Ramal Dalam , 43000 Kajang.

Jangan buat tak tahu lak.

Jumpa Sabtu depan, 15 Ogos jam 3 petang.

Saya tunggu di Tol Kajang jam 2.45. Nunggu setakat jam 3 saja.

Mak Cik Mas, Nah, Pah dan Sarah bukan main bersiap macam nyambut menantu. Wooooo.

JUMPA ADIK JUNIOR TINGKATAN SATU

Pagi semalam saya berjumpa dengan 2 orang adik junior Tingkatan 1 Munshi 1978 di Pelabuhan Klang. Sempat juga makan tengahari gulai asam pedas di sana. Mereka ialah Azmi dan Ab Halim.

Azmi dan Halim memang ingat sangat senior Tingkatan Enam Atas 1978 kerana engkau oranglah mengoriented mereka pada Minggu Suaikenal.

Mereka ingat Adam kerana kaki olahraga.

Mereka ingat Zolkaply kerana Imam surau.

Mereka ingat Bashir, Redhuan, Yahaya Ghani, Mazlan dan Md Jadi.

Mereka ingat Zaini Samani kerana beliau "tidak kiri dan tidak kanan". Saya pun merasakan begitu. He he.

Daripada cerita adik junior ini, saya terkejut rupa-rupanya arus dakwah di Munshi "kurang disenangi". Tetapi peliknya saya merasakan di Munshilah, saya merasa alam yang paling aman dan tenang dalam kehidupan pembelajaran saya. Ha ha.

Nampaknya dalam senyum orang Melaka, ada tersimpan rahsia lain rupanya. Entahlah. Semuanya dah jadi sejarah. Yang pasti, saya suka dengan kenakalan budak asrama, walaupun mereka dibuang asrama - kerana jiwa pemberontakan perlu ada sebagai persiapan masa hadapan...untuk merubah dunia. Wooo.

CERITA HARI INI

Cerita hari ini, sila klik

Lepas ni, jom memancing. Ha ha.

KOMUNIKASI ANTARA KITA

Bila dah ada blog Munshi - komunikasi kita dipermudahkan dalam blog ini sahaja. Tak gaduh-gaduh nak menalipon lagi.

Jika sms atau emel - biasanya hal antara induvidu sahaja.

Jika nak sms kepada semua orang - kira buang masa, penatkan jari dan perabis duit sen sahaja.

Namun Maznah berhempas pulas meghabiskan duit bil talipon mengajak kekawan Munshi pada progaram 15 Ogos nanti. Jangan buat tuntutan ya..Ha ha.

Ramai antara kita ada emel tetapi entah di buka ke tidak. Kalau buka pun, entah berapa hari sekali. Saya dah test. Ha ha.

Saya sentiasa teringat pesan Mohamad Amin - janganlah pertemuan 10 Mei lalu sebagai pertemuan terakhir kita. Dan kini dia pun tak dengar berita. Nasiblah badan...

Z jua sentiasa berfacebook dengan saya.

Penyajak Rani dan Pemantun Haris - hilang entah ke mana...

PENGEMBARAAN YANG MENGASYIKKAN

Pengembaraan cukup mengasyikkan malah mencabar kita. Saya adalah bekas Bendahari Unit Amal pertama Dewan Pemuda Pas Pusat pada lebih sedekad lalu. Kini diupgrade sebagai Yayasan Amal. Tugas utama Unit Amal ialah menggerakkan kerja-kerja amal ketika seperti musim banjir besar, gempa bumi dan apa-apa musibah besar.

Terlintas di hati juga nak berdakwah dengan orang asli.

Hari ini terjumpa kesah seorang anak muda yang berdakwah di kediaman pendalaman orang asli. Baca di sini.

TUNGGU DI TOL KAJANG

Kepada sesiapa yang tak tahu ke rumah Sharifah Nuri pada 15hb Ogos ini, harap berkumpul di Tol Kajang jam 2.45 petang.

Harap beritahu siapa yang nak ke sana supaya taklah kami tertunggu-tunggu. Tinggalkan nama kat comment di hujung posting ni.

Maznah dah kupas bawang untuk buat sambal special oi.

DARUSSALAM DI TV3

Norlida Baba melaporkan kepada saya pagi tadi bahwa Darussalam keluar di ruangan MHI TV3.

Tak sempat saya menontonnya. Mungkin beliau memberi taklimat cara menjadi banduan yang baik kot. Ha ha.

Siapa yang menonton, bagilah tau. Darussalam pun tak buka blog ni. Ha ha.

SEMUA SELAMAT

Semua selamat.

Adam tak kena pukul oleh pendemonstrasi. Kalau dia pukul orang - itu biasa sahaja, tak jadi berita.

Hayati dah balik dari Korea malam tadi.

Saya dah lama berlatih lari dari Polis FRU sejak zaman 80an ketika Adam masih bertugas di Maktab Kerjasama Malaysia lagi. Ha ha.

Dr Majezan berjumpa geng Jepun dengar kabarnya di UIA.

Mat Jadi sibuk korek bukit batu kat Jus, Selandar. Kaya kaya kaya.

Si Jaamat, Mokhtar, Karim dan Rashid Ahmad sedap meratah puyuh goreng pada Sabtu malam Ahad - sambil mengulas hal demonstrasi. Tak patut sungguh. Adam penat bertugas, depa sedap melantak. Gambar di sebelah

Mansor balik dari KL ke Melaka numpang kawan sekursus pada Sabtu petang - tak dan joint Himpunan Bantah ISA. Rindu kat bini...

Rohana Hashim makan cendul kat Rembau pada petang Ahad.

Ha ha - demikianlah hidup di hujung minggu. Opp, Z sibuk berzikir dan bertafakur - sambil dok fikir, giliran rumah sapa malam ini. Wooo.

ADAM KERJA KERAS ESOK

ASP Adam Ahmad kerja keras pada petang esok jam 2 di KL.

Dr Majezan dan saya akan menyibuk di Masjid Negara. Ha ha.

Mansor pun nak mengintai himpunan esok.

Moga-moga tak jumpa Adam. Leceh betul jika Adam yang angkut kami ke dalam trak FRU. Wooo.

MAZLAN MENYAHUT PANGGILAN

Akhirnya Mazlan Ahmad, 6 Sastera1, sahabat seasrama putera menyahut panggilan saya jua.

Kebetulan Mansor pun ada di KL, maka saya dan Basir berjumpa sekali dengan Mazlan di Restoran Hamid, Jalan Raja Laut, berhampiran ibu pejabat Pas Pusat pada 5.30 petang tadi.

Banyak rahsia lama yang Mazlan bongkarkan. Ha ha.

Mazlan - 2 dari kanan.

AZIZ LAYAN JAMAAH THAILAND

Aziz dan Amin kini sibuk menemankan rombongan jamaah tabligh Thailand di sekitar Jasin. Jika tak ada aral melintang, jamaah itu akan berkunjung kat masjid Batang Melaka pada Sabtu dan Ahad ini.

Kebetulan saya balik Gemencheh, rumah mertua saya pada hujung minggu ini. Bolehlah saya menjengah masjid Batang Melaka, tempat kelahiran saya. Sebenarnya ibu saya sudah tidak tinggal lagi di Batang Melaka sejak 10 tahun yang lalu dan kini tinggal bergilir rumah anak-anaknya.

Kita jumpa Ahad ini wahai sahabatku Aziz. TQ Aziz kerana bagi info melalui sms.

TAZKIRAH YANG BERMANAFAAT

Seronok sekali membaca blog Z kita tu. Umur macam kita ni, eloklah menatap ayat-ayat tazkirah.

Saya menunggu Aziz dan Amin menyampaikan pesanannya kepada kita.

TQ Z, tulislah selalu.

Geng pompuan aturkan program silaturahim - pun banyak pahalanya tu.

Yang banyak duit banyakkan sedekah pula.

Begitulah kehidupan adanya...

Dr Majezan, bila nak singgah opis untuk mengeteh lagi. Ha ha.

2O ORANG DAH SETUJU MAI

Yang sudah bersetuju hadir program 15 Ogos nanti ialah:

  1. Mansor
  2. Jaamat
  3. Karim
  4. Ali
  5. Dr Majezan
  6. Basir
  7. Mohd Razak Kanapiah
  8. Yahya Ghani
  9. Hasnah Mohd
  10. Marhamah
  11. Jamilah
  12. Jamaliah
  13. Rohaya
  14. Norlida
  15. Khatijah
  16. Rosni
  17. Rohana - katanya belum pasti oi
  18. Mastura
  19. Maznah
  20. Sahara
  21. Sharifah
  22. Norhizan Mahtob - katanya insyaallah
Jika 20 0rang ini boleh mai, kira ramai tu. Jika ada yang nak datang lagi, kira bonuslah

BLOG ZOLKAPLY MOHD YUNUS

Zolkaply atau mesranya Imam Zolkaply Mohd Yunus yang kini Pengetua SM Tun Mutahir pun ada blognya.

Klik di sini.

Zol kena lawan Zek yang banyak peri pedoman tasauf dalam blognya. Kita tunggu Basir berblog pula untuk membukukan pengalamannya menjejak musuh. Ha ha.

MAZLAN KENA UGUT

Dah tua-tua mana boleh marah kan. Tetapi hari ini saya marahkan Mazlan Ahmad dalam talipon. Sahabat 6 sastera 1 kita ini memang kerjanya banyak di luar kawasan. Maklomlah jentera kerajaan yang utama - Jabatan Penerangan.

Apa saya kata kat Mazlan? "Mentang-mentanglah aku ini orang Pas, kau tak hendak jumpa ya. Pasal Paslah ada Kemas, Risda dan Jabatan Penerangan tau. Pasal Paslah, kau kena keja luar tau. Dapat claim macam-macam tau. Takkan tak boleh belanja aku secawan teh?".

Terkedu dia mendengar suara saya kali ini. Maka dia janji nak jumpa saya sebelum 31 Julai kerana kini beliau berada di Sabah selama seminggu.

Jika Basir dah frust mengajak Mazlan, biarlah kali ini saya gunakan kaedah lain pula. Saya ugut tadi - "hilang persahabatan kita dunia akhirat jika tak hendak jumpa dalam seminggu ini". Harap ugutan saya akan berjaya. Tunggu dating saya dengan Mazlan sebelum 31 Julai. Ha ha.

Mat Jadi dan Basir sila lapangkan masa pada 30 atau 31 Julai kerana Mazlan balik ke sini pada 29hb. Set. Bukan mudah nak jumpa samseng kampong Lubuk Cina ini. Ha ha.

EMEL TERBAIK YAHAYA

Yahaya Ghani rajin hantar emel. Bukan emel beliau sahaja tetapi emel kekawannya pun dihantar kepada saya juga. Ada satu emel yang menarik untuk dikongsi sama. Baca:

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita. Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya......!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini:

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA. INI CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain

HAYATI KE KOREA

Dengar khabar Hayati akan ke Korea atas tugas rasmi jabatannya. Bekerja sambil makan angin nampaknya. Banyak juga lokasi yang menarik di sana.

Hanya yang perit nak makan le. Yati, bawalah maggi sekontena ya. Ha ha. Ambil gambar best-best dan emel ke sini apabila berada di Korea.

Selamat jalan dan selamat kembali.

MUNSHI

Makna Munshi:

M ESRA
U NGGUL
N EKAD
S YUKUR
H ARMONIS
I LTIZAM

Sumber: Klik di sini.

AZIZ SIBUK LAGI

Aziz Mat Yasin sibuk melayan rombongan jamaah Tabligh dari luar negara di Jasin.

Aziz bersembang dalam bahasa Urdu tau. Setakat "duniya hi anderker" bolehlah ya.

Buatlah apa yang patut Aziz ... Ramadhan nanti kita iktikaf pada 1o hari terakhir ya...

PROGRAM 15 OGOS TUKAR LOKASI

Kenduri sambutan puasa pada 15hb Ogos, Sabtu, jam 3 petang ditukarkan lokasinya dari premis perniagaan Mastura ke rumah banglo Sharifah Nuri di NO 19, Pesiaran Teratai 5, Jalan Teratai, Sg Ramal Dalam , 43000 Kajang.

Lokasi itu bersempadan dengan Bandar Baru Bangi. Jika dari highway masuk ke tol Kajang dan terus ke arah Bandar Baru Bangi. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sharifah Nuri 013-2560736.

Sila sahkan penyertaan anda kepada insan berikut:

Sharifah Nuri - 013-2560736
Mastura - 019-3856673
Maznah -016-2632809

Anda hanya perlu bawa kueh sepiring sahaja. Kalau isteri tak ada masa buat kueh, bawalah roti benggali. Kita cecah dengan sambal masakan Maznah. Ha ha. Ini betul-betul, bukan cobaan.

Hanya saya nak ingatkan kepada Mastura, Sharifah dan Maznah - tolong panggil kekawan KL tu ya. Saya tak buat kerja itu, hanya maklomkan dalam blog sahaja. Dan bukan semua orang tu membaca blog tau. Pastikan sms dan telepon anda dijawab. Kalau tak, ramai pinggan dari orang nanti.

Saya sponsor RM 200. Minta akaun kau Mastura. Ha ha. Duit serai belum dapat lagi.


Mari kita sambut cabaran Mohamad Amin - reunion pada 10 Mei lalu bukanlah kali terakhir kita berjumpa semula.

BLOG ZAKARIIA

Tauke beras Zakaria Osman mula berblog. Kaki saham wajib baca blognya.

Klik di sini.

Selepas ini siapa pula?

PROGRAM 15 OGOS

Hanya nak ingatkan Mastura, Sharifah, Sahara dan Maznah; ini nama kekawan kita yang duduk kat KL untuk dismskan berkaitan dengan program 15 Ogos nanti. Bukan semua orang baca blog tau. Pandai-pandailah membahagikan tugas menjemput tu ya.

  1. Hidayah Bahari -013-6180312
  2. Hanim Esa- 013-2592577
  3. Noor Kamariah Salam- 012-3998579
  4. Rohana Mat Dali- 019-3582540
  5. Rohaya Rahmat - 016-6468714
  6. Datin Saudah - 019-6691138
  7. Norlida Baba - 012-3155824
  8. Khatijah Kasim -019 6035442
  9. Jamilah Hashim - 012-2065645.
  10. Datuk Kamaludin Said - 012-237 6828
  11. Shamsudin Md Yusof- 019-620 9999
  12. Bashir Hj Amit -019-352 8312
  13. Dr Majezan - 012-9078511
  14. Jamilah Jamian -012-6123068
  15. Rosni Hashim - 019-6648703
  16. Nyaros Alias- 016-6793957
  17. Baharudin Baba -012-4707302
  18. Darussalam Budin- 019-6260006
  19. Mohd Razak Kanapiah - 012-6557362
  20. Raduan Mohamad - 017-3620913
  21. Md Jadi Larut - 019-3313013
  22. Ibrahim Jantan -019- 2707027.
  23. Yahaya Ab Ghani - 019-3564397
  24. Jamaliah Yusof -013-3417740/03-41077740
  25. Mat Aris Bakar-019-6626866
  26. Mazlan Ahmad -019-2238389
  27. Zakaria Jaafar 03-8880 5191
  28. Norhizan Mahtob - 012-3082447
Razak Husin dah pindah ke PP.

Pastikan mereka dijemput. Kalau tak, ramai pinggan dari orang. Jika separuh datang pun dah Ok. Jika semua geng KL datang - macam reunion GENG MUNSHI DI KL ya.

Jika geng Melaka datang kira bonus. Geng Melaka siapa yang nak mai? Jaamat ready je jika ada yang mengangkutnya. Ha ha.

Muka yang saya tak pernah jumpa ialah Ibrahim Jantan dan Jamilah Hashim sahaja. Kalau jumpa Ibrahim, saya nak tanya betul ke perangkaan yang kau buat tu. Ha ha.

ADAM DI WAD 4A

Menurut sumber spy kita di Seremban, ASP Adam Ahmad tercekik tulang. Beliau kini di Wad 4A, Hospital Seremban.

Jaamat yang makan gear box pun tak tercekik. Tak ada kojo cari kojo. Apa pun bersyukur, selamat jua sahabat kita itu.

Nak tahu tulang apa yang Adam tercekik taliponlah beliau 019-661 6602

PENYAIR KITA TERSESAT

Sabtu lalu, penyair kita Rani Embi ke pejabat GAPENA di Kg Atap, KL.

Khabarnya beliau tersesat selama 3 jam. Ha ha, itulah padah mai KL tak habak kat kita.

Rani bukan baca blog ini pun. Kalau nak mengata dia, dia pun tak tahu. He he.

No HP Rani 017-6144 950

JOM KURSUS BUAT BLOG

Group Syukur akan menganjurkan Kursus Membina Blog pada Sabtu, 8 Ogos 2009 bertempat di No 1A Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang 53000 Kuala Lumpur, jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Sila hubungi Fatimah : 017- 3971570 atau emel : fahimah_aqilah@hotmail.

Sila sahkan kehadiran dengan membuat pembayaran RM 50 sahaja sebelum 31 Julai 2009 kepada:

Fatimah Az Zahra
CIMB: 1436 0070 8415 23
Public Bank: 4929 834 206

atau:
Maybank: 162209993970 (Mohd Ariff Abdullah) lifutushi@yahoo.co.uk

Terhad kepada 20 orang sahaja. Siapa dulu dia dapat. Selepas ini ramailah blogger Munshi 78 dilahirkan. Kena bawa lap top nanti.

MOKHTAR SESAT DI KLCC

Mokhtar Ahmad ada di KLCC pada tengahari semalam. Beliau berjanji nak makan tengahari di Restoran Haslam dengan saya tetapi tak menjelma pun. Sebaliknya Basir pula yang muncul.

Lain yang ditunggu, lain yang datang. Ha ha

Agaknya Mokhtar sesat di KLCC.

TAK JUMPA AZIZ PUN

Petang kelmarin saya ke Nilai untuk meninjau Majlis Himpunan Jamaah Tabligh Sedunia. Kok dapat jumpa Aziz dan Amin kira bonuslah, harapan saya.

Selepas solat maghrib, mendengar bayan, solat isyak - saya pun meronda sekitar kawasan himpunan itu. Line tak berapa clear di sini. Maka tak dapat sms dan talipon dengan Aziz. Walaupun saya bersaei sepanjang khemah penginapan Aziz - tak dapat cari Aziz juga. Saya pun balik jam 11.30 malam.

Kira hebatlah kawan kita Aziz - berArafah di Nilai - Tak selesa mandi manda dan ke tandas tu. Saya memang sentiasa memerlukan tandas terbaik bila ke mana-mana. Ha ha.

Dah tengah jalan balik, baru dapat cakap dengan Aziz. Nampaknya kena jumpa Aziz di Melakalah nampaknya. Masih belum kesempatan berbual panjang dengan Aziz lagi selepas berpisah di Munshi tahun 1978. Nak korek rahsia macam mana beliau tackle Sapiah tu.


GENG MAK DARA DI GEAR BOX BBB


Geng Mak Dara yang mudah datang program makan ialah - Mastura, Maznah, Sharifah dan Sahara. Apa yang mereka umpan kat suaminya untuk boleh keluar rumah tak tahulah. Si Mastura umpan gulai asam pedas ikan tenggiri katanya...

AKSI MOKHTAR


Aksi Mokhtar di Restoran Dusun Gear Box, Bandar Baru Bangi pada Jumaat, malam Sabtu kelmarin. Bak kata Karim - bukan makan yang penting tetapi jumpa kawan yang paling besar nilainya.

GEAR BOX YANG MENGANCAM


Memang betul sedapnya makan bila perut lapar, bersama kawan lama dan free. Tetapi makan malam tadi ditambah satu faktor lagi - memang hebat tukang masaknya. Teh pun ummph. Rugi Dr Majezan tak datang. Yahaya dah siap RM1,000 tetapi bayar setakat RM 180.00 sahaja. Makan 15 orang, kira murah tu.

Geng Melaka yang datang ialah Karim, Jaamat dan Mokhtar. Geng KL ialah Ali, Bashir, Mohd Razak Kanapiah, Razak Husin, Mastura, Sharifah Nuri, Sahara dan Maznah. Tukang bayar Yahaya Ghani.

Inilah pertama kali saya dapat bersembang panjang dengan Karim dan Jaamat selepas 31 tahun berpisah. Banyak cerita misteri terbongkar. Hanya kami saja yang tau.

Sharifah berkorban mengambil Sahara di Putrajaya dan menghantar balik ke Subang Jaya. Mana nak cari sahabat macam ni oi!!!!

Gambar - Aksi Jaamat dengan gear boxnya

SIBUKNYA HARI INI

Hari ini Jumaat pelbagai warna perjalanan hidup kekawan Munshi 78.

Amin dan Aziz sibuk di dataran Ijtimak Jamaah Tabligh berhampiran KLIA sehingga Ahad ini. Saya akan joint mulai petang Sabtu ini untuk ambil berkat Aziz dan Amin, insyaallah. Dr Majezan tak hendak joint tak apalah.

Malam ini geng KL dan Melaka akan berlawan makan gear box di Bandar Baru Bangi. Insyaallah sebelum itu, akan solat isyak berjemaah di Masjid BBB.

Yang terbaca blog ini bolehlah datang. Jangan kata tak jemput lak. Yang pompuan pastikan suami dah izinkan tau.

Saya memang sibuk mamantau projek timun saya, projek JV tembikai milik kekawan serta ladang serai milik koperasi yang saya asaskan pada 1994 lagi, disamping menawarkan strategi jutawan cara mudah kepada semua kenalan pada fasa terakhir ini.

Imam Mohd Razak akan hadir malam ini. So, jangan lupa doa selamat untuk Razak Husin ke PP dan Yahaya ke Mekah dalam beberapa hari lagi. Selamat dan berkat hidup kekawan kita semua hendaknya.

Begitulah harapan kita ketika usia sudah mulai melepasi setengah abad ini. Amin.

Mansor - di mana dikau?


ADAM TAK PI MANEK URAI

Lazimnya ASP Adam kita akan berkubu di kawasan Pilihan Raya Kecil. Tetapi kali ini beliau dapat pelepasan tak bertugas di Manek Urai, Kelantan.

Tengahari semalam ASP Adam menalipon saya. Saya ingatkan dia nak ajak minum di mana-mana warung kopi di Manek Urai. Saya terus menjawab "aku tak ada di Manek Urai le". Rupa-rupanya beliau sedang menuju ke pejabat saya selepas bermesyuarat di Bukit Aman. Nasib dia tak bawa trak tangkap saya. Ha ha.

Adam singgah di pejabat saya sekadar 2o minit kerana ramai kawan-kawannya menunggu di bawah opis. Walaupun singkat pertemuan itu, sempat juga bercerita hal serai, tembikai, timun, forex dan dinar Iraq. Ha ha. Adam nak beli 100 lot dinar tu. Wooo, jutawanlah Adam nanti.

Kebetulan timun dari ladang Kelantan sampai di pejabat saya pada paginya, dapatlah Adam membawa balik beberapa biji untuk di makan dengan sate. Sate beli sendirilah ya. Ha ha.

MALAM GEAR BOX

Geng pahlawan Melaka akan menyertai karnival sup gear box di Bandar Bangi pada Jumaat, malam Sabtu ini. Mokhtar, Karim, Saari dan Jaamat akan menaiki jet bersama.

Wau. Yahya - kau siapkan kad kredit nanti kok duit bonus Skor A tak cukup nak bayar. Ha ha.

Kita akan solat Isyak di Masjid Bandar Baru Bangi dan kemudian ke istana gear box tu...

Basir, Dr Majezan dan Razak Husin dah sah hadir.

Makanlah sepuas-puasnya kerana Dr Majezan akan membawa alat mengukur kalestrol supaya jangan terlebih makan.

Inilah kojo orang tuo-tuo - jumpa, makan, sembang. Ha ha ha.

AZIZ DAN AMIN DI HIMPUNAN 3 JUTA ORANG

Aziz Mat Yasin dan Mohamad Amin sibuk membuat persiapan di tapak Ijtimak Jemaah Tabligh Sedunia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai di kawasan berhampiran dengan KLIA, Sepang. Dikatakan seramai 3 juta orang akan berkumpul.

Mereka berulang alik antara Jasin dan Sepang sejak dua tiga hari ni. Beliau menjemput geng lelaki datanglah ke perhimpunan ini.

Jom Dr Majezan, kita pi Sabtu ni selepas pekena gear box Bandar Baru Bangi pada Jumaat malam Sabtu ini. Satu sejarah tu...

EMEL NORSIR

Ini emel dari Norsir yang ditulis dari utara:

Assalammualaikum ... sahabat.

Aku (stail orang melaka kot) mohon maaf pada rakan sebab dah lama tak berbicara dan bersembang dengan rakan-rakan.Aku pun tak tahu kenapa bulan julai tahun ni rasanya terlalu sibuk.Hayati hantar sms untuk ambil cd gambar pun tak sempat nak balas.Malah tak sempat nak ambek walaupun pejabat aku dengan dia sebelah pagau je.Bila balik kat opis nak pikir siapkan cepat untuk program akan datang.Kalau lewat bala aku dibuatnya.Nanti program nak jalan pelajar tak ada ...mana aku nak ganti duit gomen!

Bulan Jun,Julai dan Ogos ni aku banyak out station...sorri. Email nipun aku buat guna laptop kawan sebab kat luar pejabat dan luar rumah... itu saudara Ali telefon aku petang tadi... kalau tidak aku dah terlupa dah dengan kawan-kawan.Dok pikir kerja kau.

InsyaAllah akan ke Kelantan dan Terengganu,Lepas tu ke Perak dan Kedah semula bulan oktober.Mungkin juga ke Sarawak dan Johor....tak tahu bila nak jumpa kawan-kawan..Rani ada juga telefon aku suruh ambik CD tapi aku tak sempat.. Member pun gasak aku... tak ape aku tak kisah memang tengah sibuk...

Sampai jumpa lagi.. Salam Sahabat.

Noorsr

NORSIR MERONDA SEMPADAN

Selain Mazlan Ahmad, sahabat Munshi yang payah diligan ialah Norsir Sharif. Setiap kali talipon beliau, mesti beliau out station. Kali ini beliau berkubu di Perlis. Mak oi, ada peluang masuk Siam tu. Kalau selalu out station kat utara, orang pompuan tak percaya oi. Ha ha.

Memang bidang tugas Norsir selalu keluar dari Melaka. Syok juga tu. Kalau isteri tak bekerja, sentiasa berbulan madulah nampaknya.


RAZAK HUSIN JUMPA GUAN ENG

Razak Husin akan berpindah ke negeri pentadbiran anak Melaka juga - Lim Guan Eng di Pulau Pinang mulai 15 Julai ini. Tinggallah anak isteri dan kekawan di KL sementara waktu. Pindah ada makna tu - ada sikit pangkat naik juga lah. Ha ha.

Wahai Yahya Ghani sila aturkan makan-makan kat Bangi tu..Geng KL dah le. Yang lain biar mendengar dah le. He he.

PROGRAM DI KAJANG

Program 15hb Ogos di premis perniagaan Mastura tak lama lagi.

Tolong sahkan kehadiran anda untuk kemudahan perancangan. Maklomlah si Maznah nak buat sambal paling sedap dalam dunia.

Sahabat sekitar KL wajib datang. Kalau sahabat di Melaka, kesian juga nak paksa kannn...

Imam Besar Mohd Razak Kanapiah tu dah tau ke Mastura oi. Kok makan tak bertahlil kita nanti.

ROHANA SESAT DI KANDANG

Rohana Hashim makan kenduri kahwin di Air Molek, Melaka tengahari tadi. Beliau sesat di Kandang kerana jalannya dah up grade. Nak cari rumah Maria pun tak tau katanya.

Alhamdulillah saya pernah ke rumah Maria dua kali dan rumah Rani Embi dua kali juga di kawasan Kandang dan Air Molek...

KE PADANG/BUKIT TINGGI

Dalam diam-diam Hidayah Bahari berbulan madu ke Padang/Bukit Tinggi minggu lepas selama 5 hari. Dah balik baru kita terima lapuran. Tak patut sungguh.

Katanya anak pertama beliau belanja ayahnya sempena Hari Bapa. Wau, bertuah dapat anak macam tu ya..

Bila minta gambar, macam biasa le - tak reti nak emelkan. Ha ha.

GAMBAR JANGAN TAK GAMBAR


Walaupun pokok anggur tu belum berbuah, Yahaya terpaksa bergambar juga. Kok terkilan nanti apabila balik Malaysia nanti. Ha ha.

EMEL DARI GERMAN LAGI


Emel dan gambar dari Yahaya Ghani:

Ni gambau aku lepak dengan Khaled_Libya & Frank_Germany masa dinner kat atas gunung Alpine black forest kekeke
Aku suka Khaled pasai dia cukup jaga makan tu halal ke tidak hahaha

YAHAYA MASUK PERANCIS?

Yahaya Ghani tengah merayau kat sebuah bandar di German yang berhampiran dengan sempadan Perancis.

Jika ada peluang beliau akan masuk Perancis untuk membeli pelbagai minyak wangi untuk geng pompuan Munshi. Ha ha.

Untung juga jadi peneman isteri yang kerja jauh-jauh ini ya. Macam kawan kita kat Kastam tu le. Teruk kakandanya meneman dia ke out station. Ha ha. Siapa tu...jangan mare, gurau aja.

KERJA DI RISDA

Anak siapa nak cari kerja di Risda?

Sila klik di sini.

SEMUA SIBUK

Basir ke Pulau Pinang

Mazlan di Manik Urai

Hayati ke Sarawak

Baharudin Baba out station

Yahya Ghani di German

Sahara tidur di opis

Sharifah ligan bisnes man hantar borang cukai

Mastura tusyen malam


Wau... semua sibuk

DI RUMAH IBU FAUZIAH HASHIM


Rohana Hashim menunggu geng mak dara dari Kajang - Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah di tol Senawang untuk ke rumah ibunya Fauziah Hashim di Taman Mirida tengahari semalam.

Adam dan isterinya pun datang juga.

Sahara pula ketinggalan makluman hal kenduri ini kerana terlalu sibuk di pejabat sehingga tak sempat menjengah blog. Ha ha. Nasib le..

Yang pi tu, bolehlah buat lapuran dalam komen ye...

BAHA ZAIN

Bagi kita bekas pelajar Sastera, tentu teringat subjek sastera. Antara tokoh sastera dan pejuang bahasa mutakhir ialah Baha Zain.

Bacalah blognya di sini.

EMEL DARI DUBAI

Sebentar tadi saya terima emel dari Yahya Ghani. Baca:

Salam Ali, aku kat Dubai ni baru je lepas sbyang subuh tadi 4.10am jemaah dgn group doctor dari indonesia ..... bukan jalan2 cari makan tapi jalan2 cari Iman insyaallah..... salam pada kawan ye...

JUWITA NAIB JOHAN USAHAWAN TANI


Pada 22hb Jun lalu, Juwita Hassan menerima anugerah Naib Johan Ushawan Tani oleh Kementerian Pertanian. Program diadakan di Hotel Legency, Jalan Raja Alang, KL.

Pada 23hb, Selasa, beliau sempat singgah di pejabat saya sebelum kembali ke rumahnya.

Bagi sesiapa belum pernah melawat kilang mee Juwita, eloklah melawatnya. Kilangnya menggunakan mesin automatik sepenuhnya- masuk tepung dalam mesin dan tunggu sahaja meenya di hujung kilang untuk dibungkus. Pelaburan mesin sahaja mencecah RM 500,000.00.

Mana-mana kekawan Munshi yang mengajar di sekolah, bolehlah memujuk tauke kantinnya membeli mee dari kilang Juwita ini. Setakat sehari 1 tan, kilang Juwita mampu mengeluarkannya.

SALAM DARI GERMAN

Semalam hati saya terdetik, mana Yahaya Ghani kerana dah lama tak nampak dia dalam komen blog.

Pagi ini saya terima emelnya dari Frankfurt, German. Beliau meneman isterinya yang ada seminar di sana. Disamping itu kenalah beliau memikul bagasi isterinya. Ha ha.

Beliau kirim salam kepada kita semua.

Moga beliau balik dengan selamat dan tak bawa kuman H1N1. He he.

MAKAN SYUKUR DI SEREMBAN AHAD INI

Fauziah Hashim, 6 Sastera 1, yang kini mengajar di Kota Tinggi menjemput sahabat Munshi 78 ke majlis kesyukuran anaknya yang akan belajar ke luar negara pada Ahad ini, 28hb Jun 2009, jam 1 tengahari di rumah ibunya di No 995, Jalan Teratai 12, Taman Mirida, Senawang, Seremban.


Jika nak ke sana, selepas tol Senawang, jalan terus arah ke Kuala Pilah. Anda akan melalui 4 traffic light. Trafic light yang terakhir itu pula selepas stesyen minyak Petronas di sebelah kanan. Pada trafic light keempat ini belok ke kanan. Kemudian jumpalah Jalan Teratai 12 di sebelah kiri. Jangan melepasi bangunan TM. Nak pasti lagi taliponlah Rohana 012-6976897.

Sila sahkan kesudian anda yang nak hadir kenduri ini kepada wakil Fauziah iaitu nenek muda Rohana Hashim di 012-6976897. Si Fauziah tu ketinggalan zaman atau mungkin mensabotaj Amerika - tak mau pakai HP. Ha ha.

Saya, Insyaallah akan hadir. Harap-harap jangan ada orang Kajang nak tumpang saya. He he.

Hayati kena hadirlah fasal kita nak seketul batu Gunung Berapi dari Bandung. Woo.

Zakaria wajib datang fasal Fauziah tu member ketatnya dulu.

Panjang-panjangkan jemputan ni kepada kekawan yang tak buka blog.

JAMALIAH YUSOF DAN ISTERI MUDA MOKHTAR

Ketika reunion lalu, Jamaliah Yusof sempat bergambar dengan isteri muda Mokhtar Ahmad.

Opps - disebut isteri muda kerana Mokhtar belum ada isteri tua lagi. Ha ha. Orang pompuan sensetif jika ada cerita isteri muda. Woooo

ZALEHA ABU TIADA DI MALAYSIA

Zaleha Abu, 6 Sastera 1, bekas pelatih guru di MPMM, yang dikatakan pernah mengajar di Endau/Mersing gagal dikesan sehingga hari ini.

Pengkalan data beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan pun gagal mengesannya.

Norsir Sarif yang ada ramai kawan sebagai guru di seluruh Malaysia pun gagal menjejaknya.

Rosni Hashim pernah terjumpa ketika menghantar anaknya ke ITM Melaka, tetapi tak pernah terjumpa lagi selepas itu.

Bau Zaleha pun pun tak tak dapat dijejak tau. Kalau Mazlan tu- boleh bercakap tetapi tak boleh berjumpa. Ha ha.

Selepas tamat exam STP dan keluar dari asrama menunggu bas balik ke Batang Melaka, sempat Zaleha berbisik kepada saya akan satu rahsia yang sehingga kini menjadi misteri kepada saya - mengapa Zaleha perlu mendedahkan rahsia itu kepada saya, saya pun tak tahu. Jika siapa nak tahu apa rahsia tu, kena belanja biryani. Ha ha.

Siapakah yang mampu mengesan Zaleha ini.

SIAPA NAK LIGAN MAZLAN

Dekat tapi jauh

Jinak tapi payah ditangkap

Itulah Mazlan Ahmad, 6 Sastera 1. Kalau Basir dan Md Jadi tak boleh heret dia untuk minum sama, inikan kita pula. Ha ha.

Saya nak buat tawaran siapakah yang boleh ajak budak Mazlan ini untuk minum atau makan bersama.

No Tel Mazlan 019-2238 389.

SIAPA NI



AMIR SAB AZIZ MAT YASIN


Selepas 31 tahun, pada awal Febuari lalu saya dapat nombor tel Aziz. Saya sms kepada beliau tetapi 3 hari tak dijawabnya. Akhirnya saya bahasakan dia- nak jadi apa jadilah bisik hati saya. Barulah dia menjawab dengan panjang lebar. Ha ha. Rupa-rupanya talipon tu isteri dia yang punya. Nasib kaulah Aziz oi. Nasib aku tak sumpah seranah - boleh hilang undi oi.

Kini Aziz tengah mencari siapa kekawan Munshinya yang boleh dijadikan besan. Wooo. Jaga-jaga bib. Diajaknya kita pi India 4 bulan nanti.

BISNES BERAS

Jika anak anda nak berniaga beras, jumpalah Zakaria Osman menuntut rahsianya. Boleh hidup bib.

Disamping tu boleh belajar ilmu saham.

Ini bukan gurau atau cobaan tapi BETUL-BETUL tau.

Saya tak ada anak lelaki, kalau tidak tentu diperintahkan jadi tauke beras...

KENDURI PUASA

Walaupun jauh lagi, namun diumumkan jua. Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah Asnawi menjemput kita ke premis perniagaan Mastura di Kajang untuk kenduri syukur menyambut Ramadhan pada 15hb Ogos, Sabtu jam 3 petang. Alamatnya :

6-1, Tingkat 1,
Jalan Jelok 6,
Kajang
(Betul-betul di sebelah Pasaraya Mydin).

Disamping menu khas tuan rumah, sahabat dialu-alukan membawa sepiring juadah untuk santapan bersama.

Razak Kanapiah akan mengetuai bacaan yasin. Sila sahkan kehadiran anda untuk persiapan makan minum. Tel Mastura 019-385 6673

Berkat-berkat...

CD REUNION DAH AMBIL KE?

Shamsudin Mat Yusof, Rosni Hashim dan Baharudin Baba belum lagi mengambil CD reunion tempohari.

Bila nak mai ambil? Kok berkulat nanti.

Saya boleh poskan tetapi sengaja tak hendak buat begitu supaya mereka kena datang ke opis saya dan boleh bersembang. Ha ha.

Kita masih menunggu panggilan hi tea di kuarters Basir di Sg Besi - dia tengah sibuk angkat almari. Ha ha ha.

ROHANA SETENGAH ABAD

Esok, 17 Jun ialah ulang tahun kelahiran Rohana Hashim. Genaplah beliau setengah abad. Sudah bermenantu tetapi belum bercucu.

Kepada beliau kita doakan teruslah hidup dengan kejayaan dunia dan akhirat. Zakaria Osman pesan jangan lupa selawat seribu kali setiap hari.

Siapa nak kirim kek frozen kepadanya?. Ha ha.

DARI KOPERASI KE JAWATAN KUASA AMANAH

Berdasarkan soal selidik di blog ini, beberapa rumusan dapat diambil:

1. Lebih kurang 30 orang sahaja yang aktif atau mengekses blog ini secara berkala.

2. Majoriti dari 30 orang di atas bersetuju koperasi ini terbuka kepada bekas pelajar Munshi sahaja, tanpa melibatkan pasangan.

3. Ramai lagi yang tidak ada emel untuk komunikasi antara kita.

Saya cadangakn idea koperasi ini dibatalkan kerana koperasi memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang. Jika 30 orang sahaja, maka kita cadangkan wujudkan satu Jawatan Kuasa Amanah untuk mendapatkan pendahuluan diantara kita untuk melaksanakan satu projek yang dikenalpasti boleh mendapat pulangan segera. Siapa ada idea silalah beritau.

Apabila mendapat pulangan projek, maka wang pendahuluan itu dikembalikan serta merta. Selepas itu hanya wang keuntungan itu sahaja yang diuruskan untuk tujuan menjananya lagi dan bolehlah digunakan untuk tujuan khas perjumpaan tahunan geng Munshi 78 adanya.

Sila beri komen di bawah dan buat undian di tepi blog ini.

Kalau ikut Mat Aris, dia nak kita terlibat dengan projek hartanah yang nilainya jika tak juta, tentu ratusan ribu. Ha ha ha, tak terikut dek eh...

YAAKOB OTHMAN

Yaakob Othman, 3 dari kiri, hadir lewat ke majlis reunion. Namun sempat beliau melayan Cikgu Mohamad Daud.

Jika ada lagi perjumpaan besar-besaran pada masa akan datang, maka Yaakoblah sepatutnya menjadi Pengarah pula. Biar dia buat kerja lak dengan Norsir. Woooo.

MULYATI IDRIS 6 SAINS 1

Mulyati Idris 6 sains 1, duduk di kanan sekali. Alias Nayan masih belum mendedahkan rahsia bagaimana memikat Mulyati ni. Ha ha ha. Mungkin Dr Majezan pun tak perasan tektik Alias ni agaknya ya...


BEREMBUN SEHINGGA 1.30 PAGI

Zakaria Osman punya fasal, kami - Dr Majezan, Mat Aris Bakar dan saya minum teh di restoran mamak di hadapan Hotel Vistana, KL pada 11 malam hingga 1.30 pagi tadi.

Bukan sahaja soal dunia kami bertukar fikiran, tetapi jalan singkat menuju syurga juga turut di hadamkan.

Nak tau tip saham yang akan untung 100% dalam tiga bulan sila hubungi Zakaria Osman. Ha ha ha.

Jika nak tau tip masuk syurga segera tanya Dr Majezan.

Jika nak tau cara menjadi muda segera tanya saya. Ha ha ha.

Yang pasti Mat Aris akan buat open house untuk kita semua sempena Syawal nanti di Puchong. Bolehkah orang Melaka datang? Takut sesat je...

BERKAMPUNG DI JALAN PAHANG

Pagi semalam, Jumaat, mulai jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang, 4 sekawawan Munshi berkampung di pejabat saya. Mastura, Sharifah Nuri, Maznah Asnawi dan Sahara membawa bekal nasi lemak sambal bilis dan agar-agar istimewa untuk disantap bersama-sama.

Sambil berbual sakan, sempat juga mereka merasai kenikmatan Aladdin Medic & Beuty SPA. Nak tahu apa jadi kepada mereka malam tadi, tanyalah sendiri. Ha ha.

Antara yang dirumuskan pada perjumpaan semalam ialah 4 sekawan ini akan mengadakan majlis sambutan puasa di Kajang. Tunggu pengumuman selanjutnya.