AMIR SAB AZIZ MAT YASIN


Selepas 31 tahun, pada awal Febuari lalu saya dapat nombor tel Aziz. Saya sms kepada beliau tetapi 3 hari tak dijawabnya. Akhirnya saya bahasakan dia- nak jadi apa jadilah bisik hati saya. Barulah dia menjawab dengan panjang lebar. Ha ha. Rupa-rupanya talipon tu isteri dia yang punya. Nasib kaulah Aziz oi. Nasib aku tak sumpah seranah - boleh hilang undi oi.

Kini Aziz tengah mencari siapa kekawan Munshinya yang boleh dijadikan besan. Wooo. Jaga-jaga bib. Diajaknya kita pi India 4 bulan nanti.

6 comments:

mastura bachik said...

Aziz, tak sangka kau jadi orang. Dulu 6a2 kaulah romeo.. kau pandai menyanyi lagi ke.. Baju t shirt dan seluar amithh bachan.. Masa jamuan akhir tahun kelas kau dengan Kharis paling hamsome.. malalak.. Kau dah kebas Sapiah Senior kami.. Maznah cukup takut dengan bini kau.. Alhamdulilah garang2 Sapiah.. Main2 je enam... Boleh lah lagi tu aziz cukupkan 11. Jangan lupa datang ke kajang tau ...

aziz said...

Ali dan semua member lelaki, kalau ads kelapangan jemputlah hadir ke Istimak (Perhimpunan) Malaysia di Quaters KLIA Sepang, berdekatan dgn Litar Sepang pada 10,11,12 July,2009. Ramai ulamak2 luar negara akan datang memberi ceramah, nasihat2 dan karkuzari mengenai usaha agama di seluruh dunia. Jgn lepaskan peluang keemasan ini. InsyaAllah aku, Amin dan Razak H akan berada di sana nanti.
Kaum Hawa, kaum ibu,isteri2 yg soleha memang tidak dijemput dan tidak digalakkan pegi, sebaliknya digalakkan membuat amalan Infradi di rumah masing2 saja.

SAHARA said...

Salam Aziz, Sapiah dan anak-anakk.Terima kasih menjamu kami dirumah dengan juadah istimewadan durian. Bukan itu saja dapat juga mendengar pengalaman berguna mengenai gerakan tabligh mu. Alhamdullillah dpt juga santapan rohani semuga kau terus gigihdan tidak jemu menjalankan dakwah mu. Betul kata mu Ziz hidaup ini sementara saja giliran kita tak tau bila gugugr daunnya.

mastura bachik said...

Aziz kenapa tablig tak ada orang pompuan ? Kau sorang ke nak dapat pahala? Kalau ada aku, maznah, pah nak gak pergi India 4 bulan.. Boleh gak tengok taj mahal... Sarah , suami Arwah Asah Johar kawin hari ini, orang lelaki dia suka kita gugur , boleh dia kawin baru.. Tak gitu Aziz...he he

Rohaya said...

Mas, kau memang internet bergerak hinggakan suami sahabat yang sudah tiada kawin lagi pun kau dapat hidu......... Kau pergi ke? Ada kompang dan renjis air mawar ke????? Begitu untungnya kaum Adam 10 kali pun sanggup naik pelamin.......... Aziz kau pasti Setuju pandangan saya ni?????????????

mastura bachik said...

Arwah Asah Johar dan suaminya tu sedara suami aku lah. Itu yang aku tau tu. Suami aku gi rumah orang kawin tu.. Biarlah asalkan anak2 tak terbiar.. Orang lelaki nisan isteri belum pasang lagi da nak mencari ganti.. Nak jaga makan minumlah, nak gosok bajulah.... Kalau diorang mati pulak diorang suruh tunggu dipintu syurga....