ROHANA SETENGAH ABAD

Esok, 17 Jun ialah ulang tahun kelahiran Rohana Hashim. Genaplah beliau setengah abad. Sudah bermenantu tetapi belum bercucu.

Kepada beliau kita doakan teruslah hidup dengan kejayaan dunia dan akhirat. Zakaria Osman pesan jangan lupa selawat seribu kali setiap hari.

Siapa nak kirim kek frozen kepadanya?. Ha ha.

22 comments:

basir said...

Happy bday untuk mak dara dan bakal nenek ni.Nanti saya kirim kek 5 tingkat melalui email.Semuga dimurahkan rezeki selalu. Ali kau jangan lupa 19 dan 23 Jun bday Sudi dan Zaini manakala pada bulan Jul Dr Majezan (6 Jul), Maimunah Baba (11 Jul), Rosni Hashim (24 Jul) dan Abdullah Bachik (30 Jul).

Sahara said...

Salam Rahana, Selamat menyambut hari lahir ke 50 tahun. Semuga diberi keberkataaan Allah akan hidup ini, dipanjangkan usia dan di perbanyak rezeki.Nak pesan kita dah sama-sama tua ingatlah ........

Kak Zawi said...

Aiii..Basir,
B'dy akak tk igt ke??? Ini tk leh jd ni.
Cari2 brape haribulan.
Utk Rohana "Selamat Hari Lahir" d panjangkan umur dn d murahkan rezki. Bahagia d dunia dn d akhirat.

zakaria osman said...

selamat menyambut ulang tahun kelahiran pada rohana hashim dan sy doakan pd allah s.w.t. agar allah lanjutkan usia mu ,murahkan rezki mu ,sehat badan mu dan yg plg penting allah terus memberi hidayah pd mu agar senantiasa mentaati nya ...semuga allah sentiasa memberi lidah si rohana berzikir mengingati allah sepanjang masa samada siang dan malam dan juga mengingati rasul lollah kita dgn memperbanyakkan selawat kepada nabi....amin !

basir said...

Sorry kak ur bday 5 tolak 2 Jul = ?. Nanti saya n Jann bagi present.

Dayah said...

Moga bahagia hidupmu wahai sahabatku

ALI BUDAK BATANG MELAKA said...

Bagi hadiah selepas serai dituai ye. Diut dah habis beli benih serai le, duit kek pun tak ada. ha ha

rohana bt.md.dali said...

Rohana Hashim,Selamat Harijadi. Usia sebegini sudah banyak duri dan enau yang engkau lalui.Tak kurang juga suka dan pengalaman bahagia.Anyway all the best and God bless u always.
Dari Rohana Md.Dali.

Saudah said...

Ana, rasa macam 18 lagi ke.

Suhdi said...

Kau datang le rumah aku, aku dah siap bubur merah...

mastura bachik said...

Geng2 Syabas dah menyahut pun kawan2 kita berbelog .. Ingatkan kita orang je syok sendiri.. Ana Dali, Saudah, dayah teruskan .. Saja nak rehat2kan minda.. Kawan yang lama lebih mudah faham dari kawan baru.. Ceriakan blog kita ni. Tak ada unsur2 berat yang menyusahkan.. Anah 5O thn waktu sudah menghampiri senja.. Beribadat dan bersedia..

hasnah said...

Anna, Selamat Hari lahir , semuga hidupmu diberkati Allah sentiasa. Amin...

Che Pah said...

Selamat hari jadi jangan lupa cuba semula resepi hari tu.

Anna said...

Assalamualaikum kawan-kawan,
Terima-kasih tak terhingga dengan ucapan selamat harijadi untuk saya hari ini daripada kawan-kawan semua. Gembiranya hati saya tuhan saja yang tahu...

maznah said...

slm, Anna..Selamat Hari Lahir, moga tambah ceria...
Banyak kan amal dan beribadat pada allah.

mariah ibrahim said...

Assalamualaikum Ana tersayang,


Ucapan dikirim penganti diri,
Untuk puan yg bijak bistari,
Dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki,
Panjang umur berjumpa lagi.

zolkaply yunus said...

Semoga kawan-kawan sentiasa sihat sejahtera walaupun dah menjangkau 50 tahun. Ingat kawan-kawan, banyakkan buat ibadat

rohaya said...

Salam,


Selamat Hari Jadi buat sahabatku tersayang (17.6.2009) didoakan semoga sihat sepanjang hayat.

ZAINAB said...

ANNA MAAF AKU TAK BUKA BLOG SEMALAM, MASIH BELUM TERLEWAT UTK AKU UCAPKAN SLMT HARI JADI SMGA PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI.

Jay Jay said...

Assalamualaikum,
Maaf ana tak buka blog tapi rasanya belum terlambat lagi selamat hari jadi semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan amal ibadat AMIN.

MUNAH BABA said...

Tua dah kita Ana oi. Bilo nak dapat cucu

mastura bachik said...

Hoi munah da pandai berbelog okey lah tu.. Jangan malu orang kampong tau. Sepupu kau tu maznah da berniaga sambal dan asam pedas di blog.. Mcam2 ikan keluar, ikan otek, ikan mayong, ikan duri, ..Jangan lupa bawa dak kamal datang kedai aku.. Usop pun ada.. jangan tidak2 kau boleh tidur di istana maznah.. di balakong..