MAKAN SYUKUR DI SEREMBAN AHAD INI

Fauziah Hashim, 6 Sastera 1, yang kini mengajar di Kota Tinggi menjemput sahabat Munshi 78 ke majlis kesyukuran anaknya yang akan belajar ke luar negara pada Ahad ini, 28hb Jun 2009, jam 1 tengahari di rumah ibunya di No 995, Jalan Teratai 12, Taman Mirida, Senawang, Seremban.


Jika nak ke sana, selepas tol Senawang, jalan terus arah ke Kuala Pilah. Anda akan melalui 4 traffic light. Trafic light yang terakhir itu pula selepas stesyen minyak Petronas di sebelah kanan. Pada trafic light keempat ini belok ke kanan. Kemudian jumpalah Jalan Teratai 12 di sebelah kiri. Jangan melepasi bangunan TM. Nak pasti lagi taliponlah Rohana 012-6976897.

Sila sahkan kesudian anda yang nak hadir kenduri ini kepada wakil Fauziah iaitu nenek muda Rohana Hashim di 012-6976897. Si Fauziah tu ketinggalan zaman atau mungkin mensabotaj Amerika - tak mau pakai HP. Ha ha.

Saya, Insyaallah akan hadir. Harap-harap jangan ada orang Kajang nak tumpang saya. He he.

Hayati kena hadirlah fasal kita nak seketul batu Gunung Berapi dari Bandung. Woo.

Zakaria wajib datang fasal Fauziah tu member ketatnya dulu.

Panjang-panjangkan jemputan ni kepada kekawan yang tak buka blog.

14 comments:

rohana bt.md.dali said...

Asslmkm ji,
Saya tidak dapat ikut serta.Tarikh yang sama saya hantar anak saya mendaftar di UPM. Kau ingat saya lagi tag ji. Kita duduk asrama sejak tgkn.4.Kau memang kepoh dan banyak sangat masalah masa tu.Tapi itu semua dah jadi kenangan.Selamat untuk kamu dan keluarga.

mastura bachik said...

Setakat Seremban kacang je memandu.. Saya pergi kalau tak ada haral melintang.. Orang kajang suka berdikari.. Pah dan maznah camne?

maznah said...

mas, kita naik satu kereta. macm biasa kau ambil Pah dulu, lepas tu ambil aku. kita makn2, minum kat umah aku dulu, dah kenyang perut baru selesa memandu,,,, duit tol, ,minyak jng risau...aku dng Pah boleh uruskan.....

Che Pah said...

Salam,
Maznah macam tau2 aje hati aku.Ok no problem pasal kengkawan insyaallah aku datang.Mas jangan lupa ambik member Kajang dulu lepas tu baru ambik Maznah.Yang lain bisa diurus.

Rohaya said...

Salam, G hajat dihati memang nak hadir sama majlis G, tapi roy hantar anak mendaftar ke UPM sama dgn Ana Dali juga harap2 dpt jumpa dia kt sana. Semoga kamu dan keluarga dalam selamat selalu. amin.......

mastura bachik said...

Hoi geng mendaftarlah dulu pastu gi lah seremban.. Upm tu bergolek pun boleh sampai.. Roy cari lah masa untuk gi seremban..Maznah dan Pah sampai hati Ali tak kasi kita tumpang...Tak pe ye kita pergi bertiga.

Rohaya said...

Mas aku tak dapat nak cari masa, apalagi kalau nak bergolek mungkin malam aku sampai org dah basuh kuali pulak..... Kau asyik nak bertenggek keta Ali je...pandai2 lah kau pergi sendiri aku nampak kau pun dan ada geng 3 serangkai, nasi lemak, sambal tumis dan ikan bilis bagus le tu.......

mastura bachik said...

Roy maznah kata , si roy dah mula berblog sekarang.. Tak mengeletau ke tangan? Elok lah kalau da mula memijit jari depan komputer.. kurang2 tak lah boring dengan keja.. Kita orang bertiga tak keja lain jln2 makan2.. Maznah siap bawa raga kalau datang ke kajang... Sambal bilis dia memang sedap.. Pah pulak pakar buat agar2.. Jom lah keta aku muat sorang lagi..

ALI BUDAK BATANG MELAKA said...

Bukan tak sudi mengangkut orang tetapi banyak sangat agenda ahad ni...

mariah ibrahim said...

Insyak_Allah nak pergi juga, walaupun lambat banyak, ada kelas ,ada kenduri dll.

Jumpa di sana.....

G...lauk tu simpan utk Maria sikit ya...

Heee makan tak banyaklah...

Rohaya said...

Hei Maznah tangan aku tak mengeletau cuma aku lama x berblog ada urusan penting sampai x de masa dan PC aku kt rumah buat hal pulak. Lepas ni siap la kau maznah oi... Silap2 raga nasi lemak kau tu akan sampai kat rumah aku pulak... Tapi aku cuma nak sambal nya aje, nasi aku tak nak..... Sbb dulu Mas kata sambal tumis S.Jibeng pun bolih buatkan.. tu pasal aku nak rasa bagaimana umphnya sambal maznah... Kau guna belacan yang dipijak oleh org tanjung keling ke Maznah? Hahahaha....

Maznah said...

Slam. Roy... kau dengarlah temberang si Mastura tu...psl perut dia dah lapar sangat, itu sebab semua makanan dia kata sedap. Sebenarnya Roy si Mastura tu pakar dalam masakan ala2 Barat tau...Malam tadi dia belanja aku dan suami makan di Kedai Lemon David Teo di Kajang. Klu kau ke Kajang kau kosongkan perut, cont Mastura, buat pilihan kedai mana kau nak, pasti tak mengecewakan....

rohana bt.md.dali said...

Roy,saya nak sangat jumpa kau.Harap kita jumpa di sana.Ini nombor h.phone saya kau ambiklah, nnti kau contact saya boleh kita jumpa.
019-3581540

ida said...

Ida dah seminggu tak baca blog. Baru tahu tentang jemputan Uji ptg td, bila anak Ida berjumpa bekas cikgunya Mastura.Wah! bukan main lg Mastura kutuk Ida, "mak kau x pandai memandu,Imran".Sorry lah Uji Ida x dapat datang kerumah Uji sebab akan menghantar anak mendaftar di UKM.Apa2 pun terima kasih kpd Mastura yg kirim perencah mee bandung pd Imran tadi.