BERKAMPUNG DI JALAN PAHANG

Pagi semalam, Jumaat, mulai jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang, 4 sekawawan Munshi berkampung di pejabat saya. Mastura, Sharifah Nuri, Maznah Asnawi dan Sahara membawa bekal nasi lemak sambal bilis dan agar-agar istimewa untuk disantap bersama-sama.

Sambil berbual sakan, sempat juga mereka merasai kenikmatan Aladdin Medic & Beuty SPA. Nak tahu apa jadi kepada mereka malam tadi, tanyalah sendiri. Ha ha.

Antara yang dirumuskan pada perjumpaan semalam ialah 4 sekawan ini akan mengadakan majlis sambutan puasa di Kajang. Tunggu pengumuman selanjutnya.


7 comments:

mastura bachik said...

Pagi2 Aku sudah dikejutkan oleh Mak2 Dara Pah dan Maznah, Diaorang buat timetable kat aku, baik punya kawan.. Maznah ada lesen gantung seumur hidup... re new setiap tahun . Buat malu orang kampong je.. 9.3O da terpacak kat rumah pah.. IO.3O sampai kat rumah maznah.. Hilang penat aku menjadi supir.. Nasi Lemak sambal bilis dan asam pedas sepesil .. Pas sarapan terus bawa bekal dan agar2 sepecial pah ke Spa Ali.. Sara sampai kemudian. Geng2 pompuan datang lah ke Spa Ali, bestnya sihat dan segar...Ada macam2 .. Yati, Hasnah, Sapiah, Ana, Mar bila lagi? Takut yang ke Spa reunion akan datang mengandong bongsu... He he

maznah said...

Hai kwn2 pompuan.. Untuk rawatan rambut, boleh dptkan shampoo dari Mastura...rambut kembali bermaya dan hitam. Aku tolong mastura jual di area Balakong, begitu juga sabun pemcuci muka.
Utk lebih jelas, klik iklan noni black hair magic.
Kiranya, semua dah lengkap, untuk dalaman minum alpha lipid, luaran shampoo rambut noni, sabun cuci muka emoura. Keayuan terselah...Harga murah - semua org mampu beli....
Halal dan guna tanpa was2
Utk kwn2 di Seremban - Anna, Melaka- Yati dan Senah... tolong promote di kawasan anda...kita luaskan bisnes ini... dpt ramai kwn dan erat silatulrahim. Amin....

razakhussin said...

Assalamualaikum saudara Ali,
SPA untuk kaum BAPA tiada ke?

Ali said...

Razak, ada juga

Rohaya said...

Assalamualaikum,

Hei kawan2 jgn la selalu sgt gi ke SPA bimbang Reunion akan dtg dah x kenal pa kau orang terutama Mas dan Pah. Maznah kau jual ubat dalaman dan aku jual ubat luaran utk nak ramping sila hubungi aku..

marhamah said...

Salam Mas.
Saya memang suka berurut tetapi pergi Spa belum cuba lagi.....Seronok kalau pi ramai-ramai.Nanti kalau berkesempatan dan Mas ada rancangan untuk Spa bagi Kita-Kita bolehlah saya ikut serta sekali. Jauh tak Spa tu?Maklumlah memandu ke luar Melaka ini saya Tidak berkeyakinan.......terutama di lebuhraya kalau jumpa lori dan bas kecut rasanya....

mastura bachik said...

Kat Jalan Pahang, Belakang Hospital Tawakkal . Selesa tau.. Isteri Ali dan Anak Perempuan dia yang menguruskan. Antara ramuan yang di gunakan ialah Minyak Lavender iaitu untuk mereka yang selalu stress seperti kita.. Relak lah sekali sekala Mar.. Kita selalu fikir untuk orang lain, tak pernah fikir untuk diri sendiri.. Dah penat bekerja relak lah biar orang manjakan badan kita . Lepas itu diorang guna haruman Aura Seri untuk membuang Aura2 yang negetif dalam diri kita..