ZALEHA ABU TIADA DI MALAYSIA

Zaleha Abu, 6 Sastera 1, bekas pelatih guru di MPMM, yang dikatakan pernah mengajar di Endau/Mersing gagal dikesan sehingga hari ini.

Pengkalan data beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan pun gagal mengesannya.

Norsir Sarif yang ada ramai kawan sebagai guru di seluruh Malaysia pun gagal menjejaknya.

Rosni Hashim pernah terjumpa ketika menghantar anaknya ke ITM Melaka, tetapi tak pernah terjumpa lagi selepas itu.

Bau Zaleha pun pun tak tak dapat dijejak tau. Kalau Mazlan tu- boleh bercakap tetapi tak boleh berjumpa. Ha ha.

Selepas tamat exam STP dan keluar dari asrama menunggu bas balik ke Batang Melaka, sempat Zaleha berbisik kepada saya akan satu rahsia yang sehingga kini menjadi misteri kepada saya - mengapa Zaleha perlu mendedahkan rahsia itu kepada saya, saya pun tak tahu. Jika siapa nak tahu apa rahsia tu, kena belanja biryani. Ha ha.

Siapakah yang mampu mengesan Zaleha ini.

1 comments:

Rohaya said...

Assalamualaikum, Ali begitu hebatnya Basir macamana masih tak dapat mengesan dimanakah Zaleha? Walau pun tiada orang yang terdengar apa yang Engku Zaleha bisikkan pada Ali tapi saya terdengar apa yang dibisikkan ..... Itu lah rahsianya.... kau kena belanja aku nasi briyani gum ok...........!Hahahaha......