MASTURA DI ASTRO PAGI TADI

Spy Munshi berada di mana-mana sehinggakan ada yang memantau Astro. Pagi tadi Mastura Bachik menyertai salah satu program Astro yang dihoskan oleh Aznil.

Katanya bukan main sakan Aznil mewawancara Mastura. Mastura kelentong Aznil bahawa dia sudah round separuh dunia...Ha ha ha.

23 comments:

Maznah said...

Rancangan itu ulangan dari Astro. Dah banyak kali diulang tayang di Astro. Bagus tu Mas, kau kelentong Aznil, sbb Aznil pun kaki kelentong juga.

mastura bachik said...

Mana ada kelentong.. Saya dijemput khas tau . Anak murid saya Pengurus Rancangan Astro. Bukan Rancangan Aznil saja rancangan politik Awani pun selalu saya ada , rancangan pespektif, temu janji dan lain2.. Saya berdebat habis2.. Cuma aku bukan orang politik je...Juruhebah astro suka saya bercakap.. Suhaimi Sulaiman .. Dia cakap saya banyak idea... Murid munshi hebat2.. Tahun satu diukm saya ambil sains politik tau...

kharis said...

Walau bagaimanapun tahniahlah. Itulah yang dikatakan kurniaan yang Maha Agung.Sekiranya kita sentiasa bersyukur, banyak lagi yang akan dikuniakan olehNya kepada kita.

razakhussin said...

Tahniah anak Melaka.
Sejarah telah membuktikan bahawa anak Melaka tidak boleh dikelentong. Malah Hang Jebat telah memahatkan kata-kata HIKMAT-"Tak kan hilang Melayu di Dunia" Manakala Tun Teja pula telah berkata..........???Aku lupa.....

amin said...

Apa nama rancangan tu Mastura?

majezan said...

Razak,
Hang Tuah ckp Tak Melayu Hilang Didunia.
Tun Teja ckp Dunia Hilang Melayunya.
Sbbnya,Hang Tuah ni bangang,dah pikat Tun Teja,nak di beri kpd Sultan,setakat nak di jadikan gundik.
Kat silver,benda mcm ni org buat sedekah jer.
M.Nasir ckp raja2 dulu telah fana' di telan zaman.

mastura bachik said...

Majezan dalam sejarah tak dikatakan Hang Tuah tu ujud , ia menyedapkan sejarah kegemilangan melaka.. Ia hanya berberguna dalam prosa2 dan karya2 sastera.. Ahli sejarah hanya menggunakan buku Sejarah Melayu sebagai bukti ia satu karya Tun Sri Lanang. Buku Hikayat Hang Tuah adalah Legenda semata-mata. Kata2 Hang Tuah adalah falsafah orang melayu , sebab sebelum ini sebelum Islam datang , Agama Hindu penuh dengan Epik dan Dogeng... Jadi Hang Tuah pun hampir di samakan dengan ramayana dan mahabarata.. Allah je yang mengetahui...

mastura bachik said...

Salam Amin, Saya selalu pergi Astro bawa budak2 jadi penuntun je, dan kadang2 saya di temubual.. Antara rancangan yang saya pernah uruskan ialah Mcam2 Aznil, Perpektif, Temu janji, Ac Disini, Oh lelaki dan Jangan Lupa Lirik... Diorang sediakan bus dan makan minum kadang2 cenderamata.. Ia hanya boleh membawa penuntun di sekitar lembah kelang je. Sekolah saya kebetulan dekat.. Mereka suka sekolah saya sebab ada f6... Itu lah sebabnya saya selalu ke udara.. Tv pendidikan pun pernah menjemput saya berlakun dalam tajuk sejarah.. cuba tengok di tv 9..

majezan said...

Mastura,
Han Tu Yah,Han Ji Bat,Han Ler Kher,Han Ler Kiu,Han Khor Ngeh,nama2 ni memang wujud.Cubalah cikgu2 bawa rombongan peminat sejarah melawat Pak Ngah di Muzium Bugis,Pontian.Bebudak buat Phd pun selalu kesana siapkan thesis.
Masalahnya sekarang,org Melayu di buaikan mimpi oleh pembesar negara utk kepentingan mereka terus berkuasa dgn menwujudkan polemik2 yg memainkan emosi.
Hang Tuah memang tak wujud,sbb annal Portugis,Belanda,Inggeris dan China memang tak ada pun,kecuali nama yang berlima diatas tu terdapat dlm catatan pengembara China yg bersama Tuan Haji Cheng Ho.
Kesimpulannya,Hang Tuah adalah lagenda China,
dan org Melayu memang sukanya Cina,termasuk hadits,belajar lah walaupun sampai kenegeri Cina,hadits tu hadits ahad je.
Aku nak pi jumpa Ali dan Zak di Vistana jap.

mastura bachik said...

Majesan . Melaka bersahabat dengan cina kerana Hadis nabi tu.. Akhir nya dari persahabatan yang iklas ujud perdagangan, perkawinan yang mulia.. Cheng Ho dan Ying Ching memelok islam, manakala Puteri HangLi po dikirimkan untuk berkawin dengan Mansor Syah.. Balasannya Cina mengiktiraf Melaka dengan memberi Cop Mohor.. Sejarah itu terletak kebenarannya oleh yang menulisnya.. Ia terbukti kebenaran jika ia didorong oleh keiklasan dan Nur dari Allah S.W.T . Sejarah itu jadi benar..

razakhussin said...

Mastura dan Majezan,
Aku kagum dengan pengetahuan Sejarah kau orang,terutama sejarah Melaka.Apa komen kamu berdua melalui sejarah,orang Melaka didapati amat IKHLAS dan PEMURAH.Contohnya Bukit diberi kpd. Cina,Tanjung diberi kpd. Keling,durian diberi kpd. Belanda, selipar diberi kpd. Jepun dan mungkin banyak lagi yang telah disedekahkan kepada PENJAJAH.

basir said...

Zak aku tambah lagi dua. Timun Cina dan Lubok Cina. Di Perak ada yang duduk di Dinding dan Lumut, di Johor ramai yang duduk di Parit2, di Kelantan pun ada yang duduk di Gunung. Aku pun nak tumpang tanya negeri Melaka yang cipta sejarah Raja-raja Melayu tapi dah lame tak de raja, Gabenor yang ada pun tak pernah dari anak jati Melaka. Ramai anak jati Melaka yang hebat2 tak kan tak de yang layak. Pakar sejarah tolong beri idea. Harap2 dikalangan penuntut Munshi78 yang bijak2 ni akan jadi Gabenor Melaka nanti. Idea ini memang sensitif untuk dibincangkan tapi kenyataan dan ciptaan manusia ini boleh diubahkan.Fikir2kan bersama.

mastura bachik said...

Tapi Batangnya Ali yang pegang... Ha ha Razak H aku da jawap solan tu...

razakhussin said...

Salam Mastura,
Jawapan tu tak cukup kuat kerana tiada fakta dan bukti yang kukuh.Ianya masih boleh dicabar dalam Court.Kalau tak caya cuba tanya Dato'K dan Majezan mungkin tengah mendapatkan buktinya kot?

majezan said...

Kadang2 pemberian Allah menjadi org besar ni sebagai suatu kifarah,contohnya jadi gabenor.
Ttg nama2 tu,biasalah kita org Melayu selalu confuse.Nama2 tempat utk menyenangkan tok nenek kita sbb mereka biasanya buta huruf.
Tak baik kita cabar sesuatu dimahkamah,sbb mahkamah adalah taman permainan penguasa yg berkuasa.
p.s Masturah,kau perlu ingatkan Ali supaya ambik wudu'
Bunyi macam saya,nampak macam saya,tapi bukan saya.
Apakah jawapannya?
Jawapan diluar mahkamah ialah saya.
Jawapan didlm mahkamah ialah bukan saya.

Fatimah Az Zahra Ali said...

auntie mastura, nak ikut jugak gi astro... :)

mastura bachik said...

Jom lah anak ku Fatimah.. Rancangan apa2 pun boleh seperti Pop Kuiz, Awani, Perpektif, Temu janji, Ac di sini, Macam2 Aznil, Oh lelaki.. Bekas anak murid antie selalu jemput, kadangkala kita boleh makan dengan Artis jugak di cafe Astro.. Hari tu budak2 sek antie makan bersama Farid Kamil, Farah fauzanah, Nana, Ac mizal, dan lain2.. Suhaimi Sulaiman rumahnya dekat rumah Makcik Pah...

Razak Kanapiah said...

Aku tak berkawan dengan Suhaimi Sulaiman, tapi aku kawan dengan arwah bapak dia, Sulaiman Md Atan (bekas Pendaftar UPM)

mastura bachik said...

Ye la razak Suhaimi Sulaiman tu sekolah dulu sekolah rendah jalan semneyih tempat anak2 kita belajau. Emaknya cikgu sekolah dikajang . Da pencen kot.. Suhaimi murid yang pandai dia belajar luar negeri sebelum jadi pengacara Astro.. Dia suka ajak budak2 Sek tinggi kajang jadi penuntun terutama f6..

Che Pah said...

Ye ke Mas setahu aku dekat sekali dengan rumah aku Adnan Abu Hasan dengan Azlina Aziz nampak rumah dia kalau dari rumah aku tu,tp kalau bertemu muka diaorang pun tak kenal kita.Agak-agak dekat mana ya Mas mungkin mak dia aku kenal.Tapi tak taulah artis ni yang dekat rumah aku tak campur orang dia dengan dunia tersendiri kalau campur pun di kalangan artis.

mastura bachik said...

Pah, tanyalah Razak k . Ayah si Suhaimi Sulaiman tu kenalan dia di Upm. Rumah dia dekat sekolah Abim tu kot... Situ memang banyak pensyarah tinggal , tempat orang kaya2...

majezan said...

Kau org memang terror,
jiran dan kawan kauorg semuanya celebrities,

mastura bachik said...

Apa boleh buat kitaorang hanya guru.. berkawan dengan semua lapisan dari Guru besar hingga ke tukang sapu dan tukang kebun.. Lain lah doktor dan Lawyer dan Datok2 nak berbelog pun kena fikir dua tiga kali... ha ha .. Hiburan hanya yang pecuma sahaja kitaorang boleh layak...