DARI KOPERASI KE JAWATAN KUASA AMANAH

Berdasarkan soal selidik di blog ini, beberapa rumusan dapat diambil:

1. Lebih kurang 30 orang sahaja yang aktif atau mengekses blog ini secara berkala.

2. Majoriti dari 30 orang di atas bersetuju koperasi ini terbuka kepada bekas pelajar Munshi sahaja, tanpa melibatkan pasangan.

3. Ramai lagi yang tidak ada emel untuk komunikasi antara kita.

Saya cadangakn idea koperasi ini dibatalkan kerana koperasi memerlukan sekurang-kurangnya 50 orang. Jika 30 orang sahaja, maka kita cadangkan wujudkan satu Jawatan Kuasa Amanah untuk mendapatkan pendahuluan diantara kita untuk melaksanakan satu projek yang dikenalpasti boleh mendapat pulangan segera. Siapa ada idea silalah beritau.

Apabila mendapat pulangan projek, maka wang pendahuluan itu dikembalikan serta merta. Selepas itu hanya wang keuntungan itu sahaja yang diuruskan untuk tujuan menjananya lagi dan bolehlah digunakan untuk tujuan khas perjumpaan tahunan geng Munshi 78 adanya.

Sila beri komen di bawah dan buat undian di tepi blog ini.

Kalau ikut Mat Aris, dia nak kita terlibat dengan projek hartanah yang nilainya jika tak juta, tentu ratusan ribu. Ha ha ha, tak terikut dek eh...

6 comments:

basir said...

Saya setuju idea ini dan cadangkan pendahuluan RM 1000.00/2000.00 seorang.

razakhussin said...

Salam semua kawan2
Aku kalau berniaga yang terjamin mendapat untungnya, SETUJU AJE.Tambahan pula untuk TABUNG REUNION, CANTIKKKK.........
RM1,000.00 OK KOT.
HIDUP MA78!!!

ALI MAIDIN said...

Janji bisnes ialah prospek - tiada jaminan untung secara mutlak. Tu sebab kita berkongsi risko dan prospek secara minima secara beramai-ramai.

rohana md.dali said...

Asslmkm,
Saya rasa idea yang dilontarkan sangat baik,walaubagaimana pun ia memerlukan satu pengurusan yang teliti dan telus ke atas dana yang terkumpul nanti.Takkan tak ada pakar ekonomi kot? Saya dapat tahu ramai businessman di kalangan kawan2 kita! Saya berniaga kecil2an bolehlah!

mariah ibrahim said...

Assalamualaikum,
Kumpulkan dulu wang yg dicadangkan, jgn fikir yg negatif, kemudian baru cari idea, wang kalau dah ada semua boleh diusahakan.....

Betulkan.....
Buat baik pasti dapat balasan baik, itu janji Allah.

ALI MAIDIN said...

Maria kita semangat koperasi sungguh sejak 1978 lagi nampaknya. He he