NYANYI NEGARAKU

Padan muka kena nyanyi Negaraku. Ada yang dah lupa senikata kot..

Kelihatan Sham, Datuk K dan Md Jadi di hadapan. Bukan senang nak pekenakan orang-orang besar ni..

20 comments:

maznah said...

Slm, kwn2, Lagu Munshi tak hafal tak ape, janji lagu Negara Ku masih ingat liriknya. Teringat pulak masa nyanyi tiap2 Isnin masa perhimpunan.

kharis said...

Ya, kawan-kawan. Walaupun dah 30 tahun, tapi kita mesti juga ingat yang lima itu.

majezan said...

Kau ingat tak siapa pemain piano setiap kali lagu dimainkan?
Cikgu Usmar Sitohang.

noorsir said...

Majezan..Betulke cikgu Usmar Sitohang?.Aku dok lama kat Munshi tak pulak dengar nama cikgu tu..
Teringat Edy Silitonga dan Sanisah Huri

mastura bachik said...

Majezan itu masa kita f5 memang semua subjek sains dan mat diajar oleh bapak2 dari Indon... Bapak Maksum ajar kimia. Budak2 pendatang dari luar seperti Ali, Razak k, dan lain2 memang tak kenal bapak2 tu.. Budak2 munsyi ada 2 versi itu yang konfius..

aziz said...

Noorsir, betullah kata Majezan tu yg main piano Bapak Usmar Sitohang, aku pun ingat. Dia kawan dgn Bapak Karim yg ajar kita Maths f4. Aku ingat bukan apa, masa tu aku ni minat muzik piano, gitar. Lagi pun cakap bapak Indon lembut mcm org Kelantan, menarik kita dengar.

kharis said...

Aku kalau bapak umar aku tak ingat. Tapi kalau Bapak Panagian Sihombing aku ingat. Dia ajar Kaji Hayat masa tingkatan 5 dulu. Masa belajar bedah katak, dia tanya kami 'apa enggak pernah makan katak'. Sebab masa itu budak pompuan terjerit-jerit bila nak pegang katak. Rupa-rupanya dia suka makan katak sebab dia org kristian.

Che Pah said...

Kelas kita orang bapak Sihombing bedah argus (arnab/tikus)masih ingat hampir seminggu saya takleh makan daging asyik nak termuntah masa tu dok asrama. Kelas kitorang cuma 2 org jejaka Mohan & Daniel jd terikut macam pompuan geli geleman juga diarang.Dengar kt Daniel dah jd arwah semoga tuhan cucuri rahmat atasnya.Sebenarnya ada 3 org bapak Indon ajar kita (Kajihayat,kimia dan Fizik)dan satu Mat Salleh Miss Georgie masih ingat tak?

noorsir said...

A.. tang Miss Georgie tu aku ingat.Yang lain aku memang tak ingat.Sebab kita budak sastera tak ade cikgu Indon.Oh agaknya yang sekarang ni dok ramai mat dan minah indon sebab ikut jejak dulu kot..
Sorry ya Pak!

majezan said...

Noorsir,Mastura,Pah(takut bgtau nama),dll.
Cikgu Usmar Sitohang tu lama mengajar di Munshi,Ilmu Hisab Tambahan untok kelas sains.Bapak Karim,Sihombing dan Maksum(kaki pukul sbb dia lanyak aku sbb aku tanya dia apa ugamanya).
Ttg makan katak tu mungkin cikgu tu pengikut mazhab Maliki,jadi jgn kita pertikai.
Ttg Miss George,memang pandai ajar Kimia,tapi aku tak faham.
Budak sastera pun mesti jumpa dgn cikgu Indon ni,mithalnya tak kan kau org tak belajar sukan dgn Pak Maksum yg gagah perkasa tu?

noorsir said...

Majezan. Kita belajar sukan tapi belajar lari,lompat dan kejar-kejar. Tak belajarpun anatomi.Dulu mana ada subjek sains sukan.Yang ada PJ... Kesihatan ada tapi cikgu PJ hentam PJ aje. Jadi yang pandai lari,lompat dan kejar-kejarlah... Walupun Pak Maksum gagah.. tak ada pulak acara "weight lifting".. sebabtu kawan-kawan kita kurus aje..
Tapi kini sihat kan..

mastura bachik said...

Kharis, Aziz, ingat tak bapak siumbing ajak kita buat kajian dekat gunung ledang sapa geng kita yang dagu dia berdarah jatuh . Masa itu kajian luar ekosistem.. Bapak maksum pulak yang kurus tu tak kawin . Dia selalu kata "kominis kamu" Aku kumpulan koir sekolah dulu. Diorang main piano..

kharis said...

Aku ingat Mas. Balik kena marah sebab tak buat apapun. Tak de langsung hasil kajian ekosistem tu.

Che Pah said...

Kau ni betul le pelupa Mas, kawan kita yg dagu berdarah tu darahnya manis org tengah bertunang katakan aku pun dah lupa nama dia tp Sarah mesti ingat sbb dekat kg dia.Kita mandi manda di Asahan kita buat ekosistem di Cincin aku masih ingat tu sbb bapak Sihombing suka menyakat aku masa sekolah bila aku tak concentrate dia kata itu Sharifah matanya juling sebenarnya aku tengok org kat padang kau ingatlah Mas masa tingkatan empat kitakan aktif hoki wakil sekolah lepas tu bila tingkatan lima kena slow down jd pantang nampak pdg.Aku sebenarnya tak tau ramai dr kelas2 kita f6 ni dr aliran sastera.Yg aku tau kelas aku aje dan beb.budak sains semasa di f4.

Sahara said...

Salam kawan kajian kita di Gunung Ledang kwn kita yg jatuh dan giginya sikit tu Pak Berahim Jantan. bila saya call dia fasal cerita tu , dia ketawa tedekah-dekah. Mas /Pah bapa apa yg ajar kita Bola tampar betul ke Bapa Sihombing. Bapak Maksum yg ajar Kimia tu saya ingat dia tinggal kat belakang kedai budak asrama sukA beli barang. Ari-Ari jalan denga dukunya yg tebal. agaknya sekarang berapa umur mereka ye.

razakhussin said...

Aku kira saudara Mat Jadi tak lupa lirik tetapi lupa nak berdiri tegak dan tangan lurus kiri dan kanan.

mastura bachik said...

Bapa maksum anti sungguh bebedah perempuan yang main hoki , dalam kelas dia selalu menyindir "masturanya di padang up, up , down, down , dikelasnya ya malas... Satu hari bebudak perempuan aku, uji, bakyah kenakan dia.. pasang mercun tarik kat kerusi dia. Meletoplah mercun tu, apa lagi mengamok lah dia,. Ayuh katakan siapa yang melakukan?.. Budak2 jantan semua cover line..semua tak mengaku,, itu yang dia kata "Kominis kamu yang melakukan".. Ha ha sebenarnya budak2 perempaun yg buat....

mastura bachik said...

Kharis kau kenaltak budak paya dalam nama dia Basarah Satimin? Dia budak jawa pernah mengurat aku, pergi lah aku ke rumah dia di paya dalam .. Dia di mana sekarang? Kitaorang bercinta monyet tak lama , belum sempat pegang tangan dah putus... Kalau tidak aku sekapal lah dengan kau Kharis.. Bahasa Jawa aku tau satu je Orak Eneng...he he Jangan lah bini Basarah baca blog ni . ha ha

kharis said...

Akupun tak tahu Mas. Aku ada dengar angin-angin dia dah berpisah dgn bininya. Agaknya dia masih ingat kat engaku tak.........he..he..

mastura bachik said...

Salam Kharis , dah la tu, janganlah besar2kan.. Selepas f5 tak pernah jumpa dia . Dia ada kawan nama Ani keja jururawat dan pernah saya berjumpa dia, dia beritau Basarah kerja TNB.. Dia sebaya kharis ke atau dia senior kita? He he kenangan mengusik jiwa.. Aku tak tau dia sekampong dengan kau.. Yati yang ceta masa reunion ..