BLOG SEORANG PENSYARAH

Blog ini wajar dibaca. Fuad Latif adalah seorang pensyarah

Saya rasa amat bahagia jika ada kekawan Munshi yang berlatar belakang guru menulis segala ilmu dan pengalamannya dalam blog khas sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran anak bangsanya. Di samping itu dapatlah kita berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sebagai pendidik.

Mat Aris Bakar sudah menawarkan bilik latihan percuma di Akademi Memandunya. Terharu hati saya apabila beliau mempelawa agar kawan-kawan Munshi menggunakan kemudahan itu dengan percuma untuk sebarang kursus.

Saya mencabar Razak Kanapiah, Mastura dan Zol untuk menulis dalam blog khas berkaitan dengan pendidikan. Jangan mare.

2 comments:

Fuad Latip said...

Assalamualaikum saudara Munshi,

Cukup menarik dengan tawaran bilik latihan. Saya berminat untuk tahu. InshaAllah boleh kita buat kursus komunikasi dengan Allah dan Latihan solat khusyuk.

Terima kasih kerana war-warkan blog saya. Semoga pengalaman dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.

mastura bachik said...

Geng-geng munshi yang anak2 masih dibangku sekolah saya banyak modul untuk membantu teknik2 menjawap, cara belajar berkesan, syukur Mat Aris Bakar menawarkan tempat untuk berseminar dan bengkel.. Ali akan membantu saya membuat Blog Smart exam yang masih bengap ni. Semoga Allah memberi nur kepada saya yang lemah IT ni.. Nampaknya dengan rakan sebaya je boleh mengajar kita.. Anak2 tak boleh harap sangat , asyik kena mara je orang tua ni bila bertanya....tak reti2