SIBUKNYA HARI INI

Hari ini Jumaat pelbagai warna perjalanan hidup kekawan Munshi 78.

Amin dan Aziz sibuk di dataran Ijtimak Jamaah Tabligh berhampiran KLIA sehingga Ahad ini. Saya akan joint mulai petang Sabtu ini untuk ambil berkat Aziz dan Amin, insyaallah. Dr Majezan tak hendak joint tak apalah.

Malam ini geng KL dan Melaka akan berlawan makan gear box di Bandar Baru Bangi. Insyaallah sebelum itu, akan solat isyak berjemaah di Masjid BBB.

Yang terbaca blog ini bolehlah datang. Jangan kata tak jemput lak. Yang pompuan pastikan suami dah izinkan tau.

Saya memang sibuk mamantau projek timun saya, projek JV tembikai milik kekawan serta ladang serai milik koperasi yang saya asaskan pada 1994 lagi, disamping menawarkan strategi jutawan cara mudah kepada semua kenalan pada fasa terakhir ini.

Imam Mohd Razak akan hadir malam ini. So, jangan lupa doa selamat untuk Razak Husin ke PP dan Yahaya ke Mekah dalam beberapa hari lagi. Selamat dan berkat hidup kekawan kita semua hendaknya.

Begitulah harapan kita ketika usia sudah mulai melepasi setengah abad ini. Amin.

Mansor - di mana dikau?


1 comments:

zol said...

Salam semua. Geng cikgu Melaka sibuk dengan tugas. Hari Sabtu ni ada Latihan Dalam Perkhidmatan. Nak pergi sebelah malam takut tak cukup tidur. Nanti mis pulak program