ADAM TAK PI MANEK URAI

Lazimnya ASP Adam kita akan berkubu di kawasan Pilihan Raya Kecil. Tetapi kali ini beliau dapat pelepasan tak bertugas di Manek Urai, Kelantan.

Tengahari semalam ASP Adam menalipon saya. Saya ingatkan dia nak ajak minum di mana-mana warung kopi di Manek Urai. Saya terus menjawab "aku tak ada di Manek Urai le". Rupa-rupanya beliau sedang menuju ke pejabat saya selepas bermesyuarat di Bukit Aman. Nasib dia tak bawa trak tangkap saya. Ha ha.

Adam singgah di pejabat saya sekadar 2o minit kerana ramai kawan-kawannya menunggu di bawah opis. Walaupun singkat pertemuan itu, sempat juga bercerita hal serai, tembikai, timun, forex dan dinar Iraq. Ha ha. Adam nak beli 100 lot dinar tu. Wooo, jutawanlah Adam nanti.

Kebetulan timun dari ladang Kelantan sampai di pejabat saya pada paginya, dapatlah Adam membawa balik beberapa biji untuk di makan dengan sate. Sate beli sendirilah ya. Ha ha.

3 comments:

basir said...

Salam TOMPEK LUEH muncul juga kau akhirnya, lepas ni tugas kau cari n tangkap MAZLAN AHMAD

zol said...

Salam. Apo dah jadi kepalo Si Adam tu. Borkilat sangat

Zainab said...

Adam masuk Hospital Seremban hari ini, dia tercekik tulang ikan, siapa nak melawat dia bolih lah.. kesian Adam.