AZIZ DAN AMIN DI HIMPUNAN 3 JUTA ORANG

Aziz Mat Yasin dan Mohamad Amin sibuk membuat persiapan di tapak Ijtimak Jemaah Tabligh Sedunia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai di kawasan berhampiran dengan KLIA, Sepang. Dikatakan seramai 3 juta orang akan berkumpul.

Mereka berulang alik antara Jasin dan Sepang sejak dua tiga hari ni. Beliau menjemput geng lelaki datanglah ke perhimpunan ini.

Jom Dr Majezan, kita pi Sabtu ni selepas pekena gear box Bandar Baru Bangi pada Jumaat malam Sabtu ini. Satu sejarah tu...

7 comments:

mastura bachik said...

Salam untuk sahabat ku Aziz dan Mohamad Amin.. Selamat berhimpun Ijtimak Jemaah Tabligh .. Jangan lupa ajak Ali Maidin. Asyik pergi muktamar je sekali-sekali kena gi tempat yang berbeza baru hero sejati... Elok tu kalau Dr Majezan pergi.. Banyak ilmu dan pengalaman boleh timba.. Aziz, pastikan Sapiah dah bagi cukup bekalan untuk berjuang...

majezan said...

sory Ali,aku pengikut ayatollah ruhollah jaafar at thaghami,mereka tu ikut pangiran alamma maulana zakariya al kandahlawi,bukan apa,takut bertembung susah tak tau mana nak lari.
tapi sekalisekala mai kita baca mathnawi sama2,baru kow.

Yag said...

Aku jugak di ajak kesana oleh Syed_songkok_Petronas Carigali......

mastura bachik said...

Majezan , pergi lah baru kita tahu perbezaan pendapat dalam Islam itu mendekatkan diri kepada Tuhan. Banyak Aliran tak salah...Imam Shafie pun tak suruh ikut dia seratus peratus.. Tetapi ia memudahkan urusan untuk melaksanakan Hukum Syariat Islam..

aziz said...

Ali, Majezan, Yag,Mastura dan sahabat lain, satu dua minggu ni mmg aku dan Amin sibuk sikit berulang alik Jasin ke Tapak Istimak, di Sepang. Ni lepas sek kami pegi lagi, mlm balik Jasin. Esok, lepas sek dan lepas Solat Jumaat kami pegi semula smpai zohor Ahad. semata2 krn agama Allah swt.
Sebenarnya,ni Perhimpunan Ijtimak Umat Islam, tak kira apa fahaman, mazhab,bangsa, pengikut mana semua boleh dtg dengar bayan fikir iman dan amal, boleh tingkatkan iman dan amal ikut sunnah Nabi saw, kerana Allah swt. Sahabat llki jmputlah dtg kita boleh jmpa disana.

majezan said...

Kalau boleh kumpul 3 juta dtg keMalaysia,maka kalau keGaza,3 ribu pun dah kira OK.Biasanya bebudak ni suka dtg dinegeri yg aman jer kot?
Kalau veteran US makan metamphitamine,skuad kamikaze makan nimetazepam,German makan alkaloid sintetik utk perang,maka yg keGaza kita bg makan sup gear box pun dah kira OK tu.

Yag said...

Majezan, awat lain macam je bunyi cakapnya tu??