PROGRAM 15 OGOS TUKAR LOKASI

Kenduri sambutan puasa pada 15hb Ogos, Sabtu, jam 3 petang ditukarkan lokasinya dari premis perniagaan Mastura ke rumah banglo Sharifah Nuri di NO 19, Pesiaran Teratai 5, Jalan Teratai, Sg Ramal Dalam , 43000 Kajang.

Lokasi itu bersempadan dengan Bandar Baru Bangi. Jika dari highway masuk ke tol Kajang dan terus ke arah Bandar Baru Bangi. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sharifah Nuri 013-2560736.

Sila sahkan penyertaan anda kepada insan berikut:

Sharifah Nuri - 013-2560736
Mastura - 019-3856673
Maznah -016-2632809

Anda hanya perlu bawa kueh sepiring sahaja. Kalau isteri tak ada masa buat kueh, bawalah roti benggali. Kita cecah dengan sambal masakan Maznah. Ha ha. Ini betul-betul, bukan cobaan.

Hanya saya nak ingatkan kepada Mastura, Sharifah dan Maznah - tolong panggil kekawan KL tu ya. Saya tak buat kerja itu, hanya maklomkan dalam blog sahaja. Dan bukan semua orang tu membaca blog tau. Pastikan sms dan telepon anda dijawab. Kalau tak, ramai pinggan dari orang nanti.

Saya sponsor RM 200. Minta akaun kau Mastura. Ha ha. Duit serai belum dapat lagi.


Mari kita sambut cabaran Mohamad Amin - reunion pada 10 Mei lalu bukanlah kali terakhir kita berjumpa semula.

9 comments:

maznah said...

Ali, tk kerna tulis dlm blog tukar lokasi perjumpaan. Aku dah mula tel dan sms. TQ kerana sponsor. En Ali Oi, rumah Cik Pah biasa aje bukan banglo lah..... jng silap tulis, betulkan semula ayat tu....

Karim said...

ok terima kaseh YB Ali

Karim said...

Saya nak jumpa Tok Bomoh Dollah dulu nak ejas eliment

maznah said...

Karim, aku wakilkan kau jemput semua kwn2 di Melaka untuk dtg ke Bangi umah Cik Pah, Tolong sahkan kehadiran mereka pada aku, Mas, Sahara dan Cik Pah atau YB Ali...kita meriahkan majlis ini dng menu yg cukup istimewa.... Yag akan sponsor sup gearbox utk kwn2 yg tak rasa lagi... kita suruh taukeh gearbox buat yg istimewa utk dihantar ke umah Cik Pah.
Puan Anna..... tolonglah kempen kwn2 yg dekat dengan anna untuk dtg pada 15.08.2009.

Hoi Senah and Hayati, senyap aje...luangkan sikit masa utk baca blog. Lepas renion menyepi diri.....

Bawalah suami, isteri dan anak2 utk memeriahkan majlis ini nanti.

KITA ADA KEJUTAN NANTI - NAK TAHU MESTI DTG....

mastura bachik said...

Salam, Yag, jangan lupa lawan Ali,dia sponsor rm200, yag mesti lebih punya.. Bulan rejap bulan rezeki dan kenduri.. Bole kami plan beli sate.. he he .

Yag said...

Salam Maznah,Mastura,Sahara & Cik Pah..

Saya mungkin tidak dapat hadir jamuan ni coz 15Aug family Melaka mungkin nak buat majlis kenduri arwah di Sg Rambai .

Apa pun bagilah peluang kawan2 kita yg lain utk menyumbang apa2 yg patut kot.....

MAZNAH said...

Yag, tak ape,,,yg penting kita dah jemput, tapi sebelum ke Melaka, klu ada niat nak sponsor ape2 tu tinggalkan kat umah Cik Pah ye, sbb umah kau dekat umah Cik Pah....kul 6.00 ptg tadi, aku ke umah Cik Pah ada urusan penting psl jamuan...Insyallah niat kami akan dipermudahkan allah.

SEKALI LAGI, JIKA TERBACA BLOG NI, HAI KWN2 DTG LE KE UMAH CHE PAH PADA 15.08.09. DAN SEBARKAN BERITA NI PADA KWN2 KITA YG LAIN....

Sharifah Nuri said...

Salam,
Masa berjalan begitu pantas.Td saya dapat SMS dari kak Saodah dia kena ikut suami ke Langkawi Itu sms pertama diterima.TKasih.Macam Ali kata jangan lebih pinggan dari orang dahle.Hari Ahad Sahara,Maznah dan Mastura datang rumah nak berbincang tentang menu dan apa yang perlu dibuat.Sebenarnya kengkawan kita ramai di KL dan Selangor berbanding di Melaka.Md Jadi apa dah jd terus sunyi sepi lepas reunion.Nanti jgn lupa bawa mem kalau boleh awal sikit pun tak apa boleh mem tolong kitarang.Dayah,Jah,Nyaros,Norhizan,Rosni semuanya area dekat2 sini sahaja rasanya takda masalah.Dr Majezan selalu ke Semenyih Kajang laluan dia aje.Dato K,Mat Aris dan Sham Sarah dah telefon kot.pelan tengah minta bantuan SOS Yag harap tak hampakan.

maznah said...

Pah, usah le risau pasal lebih pinggan dari orang. Ali memang mcm tu... dia nak tengok keupayaan kita dlm mengadakan majlis doa selamat ini... Pah, aku ingat geng2 Ali datang nanti mesti kacak2 belaka dan nampak muda sbb pakai syampoo noni,,,lebih muda dari usia.
Pinggan yg lebih simpan, guna Rumah Terbuka Hari Raya nanti,,,,