Geng pahlawan Melaka akan menyertai karnival sup gear box di Bandar Bangi pada Jumaat, malam Sabtu ini. Mokhtar, Karim, Saari dan Jaamat akan menaiki jet bersama.
Wau. Yahya - kau siapkan kad kredit nanti kok duit bonus Skor A tak cukup nak bayar. Ha ha.
Kita akan solat Isyak di Masjid Bandar Baru Bangi dan kemudian ke istana gear box tu...
Basir, Dr Majezan dan Razak Husin dah sah hadir.
Makanlah sepuas-puasnya kerana Dr Majezan akan membawa alat mengukur kalestrol supaya jangan terlebih makan.
Inilah kojo orang tuo-tuo - jumpa, makan, sembang. Ha ha ha.
Wau. Yahya - kau siapkan kad kredit nanti kok duit bonus Skor A tak cukup nak bayar. Ha ha.
Kita akan solat Isyak di Masjid Bandar Baru Bangi dan kemudian ke istana gear box tu...
Basir, Dr Majezan dan Razak Husin dah sah hadir.
Makanlah sepuas-puasnya kerana Dr Majezan akan membawa alat mengukur kalestrol supaya jangan terlebih makan.
Inilah kojo orang tuo-tuo - jumpa, makan, sembang. Ha ha ha.
21 comments:
InsyaaLLAH............
Rezki ALLAH beri sebahagiannya utk kita manakala sebahagiannya utk orang lain maka pergunakanlah sebaiknya....
Muga kita semua gumbira & mendapat keberkatan dari ALLAH .......
Elok jugak mintak Razak H. bacakan doa sekali coz wife& anak2 aku akan berangkat buat UMRAH 14/7 - 27/7 nanti muga semuanya selamat insyaallah.....................
Sdr Basir, tolong bawakan CD ye .... aku tak sempat nak singgah kesana pasai sibuk sangat lepas balik dari german ni hehehe
Geng Melaka yang datang tu bawa le durian kampung. Pegi rumah Zol Imam n Johari n Kamarudin LOBAI dia orang ada kebun durian
Basir... aku setuju benau tu kalu dapat mintak Mokhtar bawa durian TEMBAGA aduhai sedapnya...
Terima kasih le kepada kekawan yg sudi datang menjamu selera di restoran GEARBOX mlm tadi.
Kepada angkatan Melaka hajat kalian utk merasa sup Gearbox tercapai jugak yeeee...Syukur...
Salam,
Terima kasih sekali lagi Yag, semalam nak cepat hantar Sarah sampai terlupa nak cakap semoga panjang umur dan murah rezeki.Saya ikut Jalan Dusun lebih kurang 5 minit ke rumah saya.Malam td saya dan HB sampai rumah pukul 1.00 lebih pg. HB Sarah dah siap tunggu dpn gate .Ali jgn lupa siarkan gambar Jaamat pegang dua GEARBOX tu biar Yati dengan Senah meleleh air lior.Apa pun jgn lupa program terbesar di KL selepas 10 Mei pd 15 hb Ogos nanti kali ini jam 3.00 petang.Yg pompuan sudi-sudikanlah datang.Ini kempen pertama saya sbl ni Maznah dan Mas asyik kempen.
Yag, Tk belanja mkn sup Gearbox mlm tadi.. seronok jumpa kwn2 dan dengar mcm2 cerita. Mlm ni aku nak ajak suami aku mkn sup gearbox, kesian, aku sampai umah dia tanya, mana sup untuk dia... Semoga kau panjang umor, murah rezeki dan sentiasa berada dlm keredaanya.
Amin..... Utk kwn2 dari Melaka mlm tadi, moga selamat sampai.....
Hoi Maznah dan Pah aku balik dari makan gearbox selamat.. Aku dah umpan suami aku ikan tenggiri asam pedas masuk terung dan tomato, cili merah dan hijau di belah2.. Dia kata pergi lah lagi... Aku nak balik kampong nak cari ikan parang pulak.. Yahya terima kasih banyak belanja.. Bila saya tidur malam tadi saya da mula re call wajah yahya masa kat Ukm bersama anak2 melaka.. Haram jadah dia tak kenal aku.. Masa anak melaka kita sama gi buat program anak angkat dan kelas tambahan di sekolah.. Rahmat dan Ghafar Baba.. Yahya masa tu Jambul di depan.. Tapi dia tak banyak berubah dibandingkan dengan Ali yang sama diukm.. Ali banyak sangat fikir dan berdebat..dah nampak lebih tua dari usia..Ha ha
Mas, bila kau kena sup Geor box, baru kau ingat dpt re call balik wajah di Yag tu... Rupanya dia tu peramah juga orgnya...banyak cerita yg dibualkan...lucu bila aku dengar cerita psl PIBG sekolah anak dia.... Ali tu banyak fikir mcm mana nak tambah RM....RM.... Ape2 pun lepas ni kita tunggu jemputan si Basir selepas pindah ke Sg Besi.... Aku nak buat kunjungan hormat di premisnya .... Pekan Sg Besi tu tempat mainan aku aje....Aku pernah bertugas di SK Sungai Besi selama 10 tahun. Basir,,, sesekali kau pekena sup di laluan terus ke berek polis sebelah kiri, klu dari Pekan Sg Besi...(kws Perumahan Desa Tasek)
Wahai Che Pah, Maznah, Mastura & Sarah kau orang semua memang mulut.net kalu sembang2 mlm tadi tak control silap2 leh sampai ke pagi hehehe
Kami sekeluarga baru balik dari pekena sup gearbox ni bersama wife & anak2 ketemu semula tauke gearbox tu tergelak dia tengok kita orang..
Mastura, I dah kata kita sama2 bikin itu program anak2 melaka dulu kekeke
Apa pun kalu you all free anytime sunday I nak sponsor Mokhtar & semua gi kursus NDO nanti OK
I dah banyak kali cakap duit boleh cari tapi kawan susah mau cari loooooooooooooooooooooo
Yag, kul 6.30 ptg tadi aku dan suami pekena sup gearbox, sbb mlm tadi aku tak bawa bekal untuk dia..... tentang program hang tu, nanti aku, Pah dan Mas akan stady n fikir2kan..... Selamat utk semua kwn2....
Nmapaknya meriah sungguh restoran gearbox Azmi tu yeee..............
Ok lah I kejap lagi 8.30am nak gi melayan anak cucu nak attend kursus NDO_scoreA_scoreRM di presinct 16 putrajaya tu ..ramai benau cuma nak gi tengok takut tempat dah penuh je kebanyakan depa dari Petronas PDB & Carigali kira yg senior le pasai depa teringin nak early retirement & DDDD...hehehe
lepas tu 9.30am nak ngantau anak std6 tu pulak gi tuition almaklum UPSR dah hampir bebenau ..huk...huk..huk
Cik Pah oiiiiiiii smlm 9am - 11.30am I attended AJK PIBG meeting sek sg ramal U ... apa lagi I byk menghantam guru besau cikgu Aini tu pasai apa tidaknya results baru ni sangat teruk Science yg lulus ONLY 44% yg dapat A zero & Maths pulak % lulus cuma 51% ... I kata cikgu2 buat apa? ngapa tak buat tindakan? pusing2an semua cikgu pasai I mengamok kekeke
Lepas tu kita orang makan mee bandung & mee kari ..huk...huk..huk
Cik Pah Oiiiiiiiiiii
Jangan lupa yeeeeee
Peperiksaan percubaan UPSR_20-22july
Gerak gempur I - 4-5 Aug
Gerak gempur II - 10-13 Aug
Sola Hajat - 20 Aug
Minggu ni kalu U perasan budak2 std6 ada exam tu adalah pertukaran Q&A dari sek negeri Terengganu
GB_Cikgu Aini complaint buat extra class yg datang cuma 25% kesian........
OK lah lain2 lapuran akan menyusul...
Maznah, Sarah & Mastura U all jangan le marah pasai kita orang ni anak2 sekolah kampungan ...huk...huk...
Biasa le Yag, anak2 aku semua dah besar, yg kecik 19 tahun....tentang ,masalah sek dan UPSR ni memang aku dah faham sangat, sbb aku bertugas di sekolah... 4 org anak aku, masalah yg kau hadapi lebih dulu aku dah rasa...
Sek kampong ke, bandar ke, matlamatnya Skor 5A
Jng marah ye utk kwn2 kita yg jadi cikgu.....
YAG. Apa Nak kabau, Oh ya walaupun dah lambat tapi nak ucap TQ belanja sup Gear Box. Tapi klu benau gear box sup jadi kete tentu ramai yg dtg. Tapi You bagus , tree in one , kwn klu nak tau YAG bagi petua boleh dpt bukan setakat gear box kete tapi lebih dari itu.
Sahara, awat lain macam je bunyi cerita nya...
Syukur....kalu rezki bertambah2 nanti siapa tau hujung tahun ni kalu I jadi jutawan scoreA=scoreRM boleh le kita tinjau2 sup keting pulak kot kat sec7 diBBBangi kekeke
Salam,
Yag terima kasih info seronok dengar berita dr kau.Bukan apa HB saya sebok memanjang kalau tak ke Pusat Serenti dia gi menebas.Dulu masa anak no.1 dan 2(kembar) dia ajar dia orang membaca & menulis.Alhamdulillah ketiga2 di menara gading tp dah buah penghujung ni dia dah culas sikit mungkin dah berumur kot.Saya pulak Yag memang malas mengajar jd tak taule cerita anak i tu.Nak suruh baca buku, i pun kena duduk sama mengadap dia.Yag dia lelaki macam anak kau pompuan mungkin senang nak diajar.Saya nak bg dia belajar hantar tuisyen Sabtu,malam Selasa dan Rabu.Kerja sekolah pun dia tak buat.Hr tu ambik report kad cikgu kt tuhan dah bg otak dia ok cuma dia malas dan suka berjln2 dlm kelas cikgu kt dia manja dan kwn dia kt macam budak2.Entahle Yag risau juga saya.
Che Pah, hari kau hantar tuisyen tu, kau suruh dia buat kerja sekolah yg cikgu bg dengan guru tuisyen dia. Aku dulu pun buat mcm tu.... lps tu kau beli le examo dng en Ali kta untuk kuatkan minda (khasnya utk sains dan matematik) supaya dia fokus dng pelajaran. klu ada soalan2 skor sek aku, nanti aku bg kau...insyallah
Pah, Yag tak cerita betui2 ke program ScoreA tu kat awak. Kalau awak joint program tu, anak awak boleh belajar online je kat rumah, serupa tusyen juga, tak payah hantar anak tusyen kat luar. Anak dapat ilmu, emak dapat RM, tu pun kalau awak rajin cari ahli. Saya dah joint tahun lepas, guna sendiri je, taklah macam Yag, dia rajin buat RM.
Hayati...
Letih ni lari ke sg rambai kejap tengok bapak tak sihat....memang tengah musim rambutan, manggis, durian, langsat mcm2 ada kat kebun bapak saya tu ...cuma kesian semuanya masak kering atas pokok pasai orang malaysia ni ramai dah kaya buat scoreA=scoreRM...anak score A bapak scoreRM ... kami di group ZRB agency memang HEBAT semuanya TERHEBAT hehehe
Post a Comment