YB MAT SIRAT

Karektor pelajar aliran sains lebih kurang sama di mana-mana. Pengalaman saya di Sekolah Menengah Sultan Ab Halim, Jitra dengan pelajar matrikulasi dan adik-adik di Tingkatan 4 dan 5 Sains serta sahabat-sahabat di fakulti sains semasa di UKM, lebih kurang sama dapatannya. Ha ha.

Depa ini kurang bercakap, suka mendengar dan menjadi pemerhati dengan penuh analisis secara senyap. Bila depa bersuara, baru kita tahu ketajaman fikirannyanya. Mana-mana yang jadi isteri atau suami kepada bekas pelajar aliran sains kira bertuahlah kerana depa sudah menganalisa habis-habisan sebelum membuka bicara melamar anda. Wooo.

Antara pelajar aliran sains di Munshi yang dapat dijejaki dan dapat bertemu ialah YB Datuk Mat Sirat, Darussalam Budin, Razak Hj Lajis dan Yahya Sharif.

Manakala mereka yang sudah tahu berada di mana tetapi belum sempat berjumpa ialah Zolkaply Yunus, Ramli Ahmad, Razali Baharom, Rohizan Ab Rahman dan Mansor Kasim. Setakat ini Ramli, Razali, Rohizan belum memberi respon kepada sms saya. Manakala kita tiada nombor talipon Mansor.

Saya pernah berjumpa YB Mat Sirat selepas tamat belajar di Munshi sekitar tahun 86, tetapi kurang pasti di mana. Tidak sempat berbual panjang, hanya sekadar mengambil kad nama sahaja. Baru Ahad lalu kami dapat berjumpa lama, namun tak boleh berbicara panjang juga. Kena minum teh berdua sahaja baru boleh borak lama kot. Harap beliau tak ajak saya isi borang Umno. Ha ha, gurau aja.

Berliku juga sejarah hidup YB kita ini. Selepas tamat Munshi, masuk Maktab Pergurusan dan menjadi guru dari 1981 sehinggalah pada tahn 1995. Lama tu. Beliau pernah bertugas di Temerloh, Kuala Lumpur dan akhirnya di Melaka.

Tak silap saya, beliau amat aktif dengan pertubuhan belia sehinggalah akhirnya beliau menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pengangkutan pada 1995-1998. Tak payahlah sebut siapa Timbalan Menteri tu. Semua orang tau. Pada 1999, beliau jadi Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Kesihatan. Tahun 2000 beralih menjadi Setiausaha Politik KM Melaka. Kira dimana ada Datuk Seri Ali Rustam, disitulah Mat Sirat ada. Yaa hooo.

Yang hebatnya sempat juga beliau menjadi YDP Majlis Perbandaran Melaka pada 2001-2002.
Selepas itu sekali lagi pada 2004-2008 jadi Setiausaha Politik KM Melaka.

Kini sahabat kita YB Bukit Katil. Tubuhnya yang tinggi langsing pada 1978 dulu, kini sasa macam YB lain juga. Isteri saya kata, agaknya YB mesti bertubuh macam tu juga. Ha ha, apa taknya, dok dinner aja tiap malam.

Bila saya sms akan program reunion tempohari, beliau dan Datuk Kamaludin Said yang segera menjawab. Razak langsung tak jawab tapi hadir. Darussalam paling akhir jawab. Beliau antara yang datang awal. Hampir saya tak kenal kerana putih beliau putih kemerah-merahan macam Mat Saleh. Apa yang beliau borak dengan Darussalam dan Adam tak tahulah. Tak sompek den mendongarnya.

So, jika kita buat program tak perlu sesiapa yang merasmikannya kerana YB Sirat bisa merasmikannya. Siapakah akan menduga Ketua Murid Munshi ini akan jadi YB? Tuah ayam nampak dilihat....

Yang penting beliau tetap akan dapat pencen YB. Ha ha

Kita doakan beliau jadi menteri. Bolehlah Mokhtar minta apa-apa permit yang patut. Wooo.

No Tel beliau 019-667 0007. Tapi jangan telepon minta projek ya.

0 comments: