SAH 15 MEI DI D'NELAYAN, PENGKALAN BALAK

Semalam petang saya, Suhdi dan Mansor melawat Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Maka kami telah memutuskan Perjumpaan Tahunan Munshi 78 akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 15 - 16 hb Mei, 2010.

TEMPAT: D'NELAYAN BEACH RESORT, PADANG KEMUNTING, PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH, MELAKA. TEL: 06-384 8777

AGENDA:

15 hb Mei:

2 - 7 petang : Pendaftaran

8.30 Malam : BBQ dan bersantai

16 hb Mei :

8 pagi : Sarapan pagi dan bersantai

12 Tengahari: Bersurai

PENGINAPAN:

Kami telah booking 15 bilik pelbagai kategori seperti berikut:

1. Teratak Desa - 2 unit. Harga sewa RM 110.00. Sesuai yang datang suami isteri. Saya dah ambil satu. Baki satu lagi.

2. Chalet Kayu - 4 unit. Harga sewa RM 90.00. Sesuai yang datang suami isteri.

3. Bilik Standard - 8 unit. Harga sewa RM 100.00. Sesuai yang datang seorang, maka berkongsilah dengan kekawan lain. Harga berkongsi setiap orang RM 50.00.

4. Bilik Superior - 1 unit. Harga sewa RM 120.00. Sesuai yang datang suami 1steri bersama anak kecil. Jika datang seorang, berkongsi dengan rakan lain dengan kos seorang RM 60.00.

Sila sahkan kehadiran anda dengan membuat bayaran ke akaun May Bank Mansor bin Kassim - 1040 3023 2417 sebelum 25 hb April 2010. Elok disahkan segera, agar mudah bagi kami membuat tindakan untuk menambah booking bilik jika ramai yang hadir dan membatalkannya pula jika semua pakat-pakat tidur kat tepi pantai sahaja. Ha ha.

Selepas bank in, bagi tau Mansor melalui tel atau sms - 019 663 3461.

Kos makan malam secara BBQ sedang dicari tajaannya. Harap berjaya.

Kami booking bilik dengan andaian 30 orang yang bakal hadir. Jika ramai, kami buat booking tambahan. Maka respon segera dari kekawan amat diharapkan.

Ok, petang ini saya bertolak ke Kota Bharu lagi. Mak oi, mentang-mentang dah sihat, merayau je. Kata orang Kelantan ada bas SKMK. SKMK - Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan. Yang masyurnya ialah Sampai Kelantan Mesti Kahwin atau Sudah kahwin Mahu Kahwin. Hanya Karim kita aja tak buat macam tu ketika bertugas di Kelantan dulu. Ha ha. Baik punya kawan...

SIAPA INI?

Sabtu, petang semalam saya menghadiri kenduri kahwin di Batang Melaka. Ada seorang perempuan menegur saya. Saya tak kenal pun. Nasib beliau pakai name tag, maka segeralah saya membalas sapaannya.

Ini gambarnya. Siapa agaknya. Tekalah. Mastura kata Cikgu Kamisah agaknya.

Hari ini, Ahad, Basir berada di Lumut, Perak, urusan rasmi. Mokhtar di Hospital Klang melawat abangnya kot. Rosnah Isa pula sedang fly dari Surabaya ke LCCT. Saya, Suhdi dan Mansor melawat Pengkalan Balak, sempat makan mee mamak masakan Melayu. Ha ha. Maznah pula sedang memantau kita orang yang sedang lalu lalang di kampongnya....

ROSNAH DI SURABAYA

Petang semalam saya terima sms dari Surabaya, Indonesia.

Menurut empunya diri, Rosnah Mohd Isa, beliau dan suaminya akan berada di kemuncak Gunung Bromo Surabaya pada jam 3 pagi tadi untuk melihat keindahan matahari terbit.

Ketika saya ke Surabaya dahulu untuk menziarahi makam wali songo, tak tahul pun kesah keindahan melihat matahari terbit dari Gunung Bromo ini. Kalau tahu, memang takkan dilepaskan peluang itu.

Jika kekawan Munshi nak ke Indonesia, tempah tiket Air Asia sebulan awal, dapatlah tiket murah sekitar RM 150 ke RM 200 sahaja. Jom ramai-ramai ke Gunung Berapi Bandung hujung tahun ini. Sapa nak pi?




JUWITA DI KL 5 HARI

Tauke mee kuning kita Juwita Hassan berkursus 5 hari di KL sejak Isnin lalu sehingga tengahari esok. Tadi, saya, isteri dan emak mertua saya berjumpa Juwita dan sempat makan kebab bersama di The Mall, KL.

Juwita selalu berkursus. Sekejap anjuran Jabatan Pertanian. Sekejap anjuran Risda. Sekejap Mara pula. Puas Juwita berkursus. Jika jumlah jam kursus dicampurkan, layak dapat ijazah rasanya.

Latihan - adalah satu kemestian dalam hidup ini. Geng pekerja kerajaan pun tak sudah-sudah dengan kursus. Tak percaya, tanyalah dengan Yati atau Zaini. Orang Kedah kata - dah mangli dengan kursus.

Ketika saya berkhidmat dengan kerajaan dulu, memang saya suka berkursus, walaupun tak relevan dengan kerja saya. Ha ha. Banyaknya kursus di Intan. Paling lama 11 bulan, kursus Diploma Sains Management. Kuliah bahasa Inggeris, jawab dalam Bahasa Melayu. Terasa Bahasa Melayu bukan Bahasa Ilmu. Walhal yang diajar semuanya dah ada pun dalam Bahasa Melayu. Ha ha.

YAAKOB DI JEPUN

Yaakob Othman sekeluarga bercuti di Jepun. Sikit pun dia tak khabar kat kita. Saya dapat info dari facebooknya. Dah balik baru saya tau.

Kejam sungguh dikau wahai sahabat ku tak bagi tau daku ye.. ha ha.

Rupa-rupa anaknya ada di Jepun.

Tunggu Mansor pi Perancis bulan Jun ni lak...wauuuu

AHAD INI PENENTUAN

Alhamdulillah nampak semuanya aktif dalam blog ini. Hanya ramai yang pakai nama anon, maka payah nak tahu siapakah gerangan. Macam gadis sunti lak.

Insyallah, saya dan Basir akan ke Pengkalan Balak berjumpa Mansor di hujung minggu ini untuk menentukan tempatnya secara muktamad. Kalau sapa-sapa nak joint pun boleh juga. Saya belanja asam pedas di Pengkalan Balak, kok ada. Orang pompuan jangan mai fasal kami nak merapu. Ha ha.

Saya tiba di KL semula jam 12 malam hari Sabtu. Naik kejang kaki kerana panjat bukit dan lama memandu. Manja sungguh saya ni. Ketika nak menunaikan fardhu haji dulu, saya berjoging di Titiwangsa supaya boleh tahan apabila berjalan kaki selepas bermalam di Muzdhalifah dan saei. Selepas tu kasut joging pun entah ke mana dan pasti dah berlapuk. Ha ha. Ketika menunaikan ibadah haji, macam-macam analisa kita boleh buat, tetapi eloklah kita pendam sahaja dalam hati supaya hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu.

Ini emel Mansor yang melapurkan intaiannya di Pengkalan Balak:

Assalamualaikum sahabat,

Bersama ini disertakan gambar-gambar yang berkaitan ngan lokasi reunion Munshi 78 bagi tahun 2010. Tarikh yang difikirkan sesuai adalah 15-16 Mei 2010 (Sabtu-Ahad). Cuba kau buat survey ttg tarikh dan tempat.

Aku rasa tempat yang paling sesuai kali ini ialah di Pengkalan Balak. Satu kelebihan di Pengkalan Balak ialah sesiapa yang bawak anak kecil macam Karim; ade swimmimg pool untuk mereka. Lagi pun di Pengkalan Balak ade banyak warung untuk kaki ngeteh macam kau Li.

Lagi satu...Sebenarnya untuk reunion kali ini cadangnya tak mau bagi makcik-makcik Munshi memasak. Nak bagi mereka rilek sambil berehat sesama kekawan atau keluarga. Itulah sebab pilih tempat tsb.


Walaupun ada cadangan untuk di buat di Kuala Linggi.. aku rasa..tempat-tempat tu kita 'reserve'kan untuk perjumpaan tahun 2011. Tentang bayaran terpulang..kalau nak datang ngan famili better book satu bilik.. dan kalau nak kongsi ngan kekawan lagi murah. Tentang rate bilik di Kamunting Beach Resort ialah Standard - RM 100.00, super Standard - RM 110.00 (boleh muat 5 orang), Superior - RM 120.00 (boleh muat 5 orang),Deluxe - RM 130.00, Famili - RM 150.00 (boleh muat 5 orang).

Manakala di Seraya Pantai Chalet pula.. Bilik Famili - RM 130.00, bilik Air Cond. - RM 85.00 dan bilik berkipas RM 65.00.

Sekian untuk makluman awal.

KE GUA MUSANG

Sabtu ni, sebelum Suboh saya akan ke Gua Musang, Kelantan. Bukan kerana nak jumpa Ku Li atau nak masok gua mencari musang. Saya berhajat melawat ladang castor. Kalau ok, nak pakat dengan Yahya Ghani buat kilang minyak castor. Kalau tak nanti, Yahya akan sibuk buat emel palsu. Ha ha.

Nampaknya kaki saya semacam sihat 100%. Dah boleh pakai kasut. Boleh berlagak sikit macam pegawai kali ini. Boleh pandu kereta 120km/jam.

Bila sihat otak mula berjalan. Fikir sana fikir sini. Jalan sana jalan sini. Ha ha. Bila ajak Basir, beliau sentiasa ada misi khas. Nak ajak Dr Majezan, kok kena tutup klinik pula. Nak ajak kekawan di Melaka, tentu tak ada harapan. Akhirnya isteriku menjadi mangsa, kena ikut sama. Kalau tak, basilah mulut selama 6 jam berkereta seorang diri.

Ok, jumpa lagi Isnin hadapan. Dan harap sangat Mansor dah tetapkan tarikh dan tempat kita berjumpa di Pengkalan Balak. Anta bincanglah dengan Tuan Lft Kolonel Basir tu. Maznah tak sabau nak bawa sambal bilis dengan ubi rebus untuk disantap pada petang perjumpaan tu nanti. Saya setakat menengok ajalah ubi tu. Ha ha


YAHAYA KECURIAN

Hari ini ada cerita kelakar.

Kononnya Yahya Ghani berada di kota London. Dia kecurian. Jadi orang papa kedana. Dia pun hantar emel ke kawan-kawannya untuk minta bantuan wang beribu paun. Wau. Emel dalam bahasa omputih lak tu. Ha ha.

Rupa-rupanya emel Yahaya dah diceroboh. Yahya dah buat lapuran ke pihak berwajib.

Nasib baik tak ada orang yang percaya. Kalau tak, tak fasal-fasal lesap duit geng kita. Woooo.

SABTU DAN AHAD YANG SIBUK.

Sabtu, 13 Mac, saya dan adik bongsu saya Jamal, ke majlis kenduri kahwin rakan separti di di Tabuh Naning pada jam 1.30 petang. Selepas itu melawat projek ikan keli adik ipar Samiah Salim. Jam 5.30 petang minum teh bersama kekawan lama di Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Jam 8.30 malam ke Seremban pula untuk bersama dalam majlis kenduri sempena "masuk rumah baru" sahabat separti juga. Jam 11.30 malam baru sampai ke KL semula.

Pepagi Ahad saya dan Jamal mendengar taklimat projek baru. Petang Ahad, saya sekeluarga balik rumah mertua saya di Felda Bukit Rokan. Balik kali ini kerana mak mertua nak sangat anak cucunya makan buah durian yang terakhir gugur. Seulas pun saya tak menjamah. Kalau menjamah, alamat berdenyutlah kaki saya. Nasibnya badan. Bermalam di rumah mertua.

Hari ini baru balik KL dan tiba di opis jam 4 petang. Banyak kerja yang mahu dibuat sebelum ke Kelantan pada jumaat ini. Ada peluang baik di tapak projek tembikai dan labu yang mahu ditentukan. Jika baik, saya akan hantar lapuran khas ke Basir, Hayati, Maznah, Sharifah dan Sahara.

Harap Sharifah dan Sahara akan beri emel personalnya bukan emel @ opis masing-masing. Payah nak masuk ke peti emel jika @ emel opis. Jika projek ini benar-benar bagus, saya akan buat presention khas kepada semua geng Munshi sambil makan-makan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Sabau le...Yang pasti tak perlu susah buat koperasi, memadai anda tanam sendiri dan buat duit tiap bulan. Boleh pencen segera jika siapa berhajat. Ha ha.

Yang boleh ligat ini fasal luka dipeha dah mengering dan mengecil.

Mansor ke Kelantan pada jumaal lalu kerana majlis kahwin anak saudaranya. Entah bila dia nak umumkan tarikh dan tempat perjumpaan kita tu pun tak tau. Cepatlah Mansor oi.

Sahara pun berada di Kelantan pada khamis lalu. Sempat shoping di Rantau Panjang. Urusan rasmi atau urusan keluarga, tak taulah saya.

Maznah dan Mastura berkumpul di rumah Sharifah meratah ubi rebus dan sambal bilis pada jam 5 petang semalam. Entah apa diumpatnya kita tak tahulah. Ha ha.

Zek, awat mogok tulis blog u?

ANAK ZAKARIA 9A

Semalam, keputusan SPM keluar.

Anak perempuan Zakaria Osman dilapurkan dapat 9A. Alhamdulillah.

Saya dah cadangkan anak beliau ambil bidang perubatan selanjutnya. Baik untuk kaum perempuan, fardhu kifayah, dan meramaikan profesional Melayu.

Mungkin ada anak kekawan lain yang cemerlang, tapi tak dimaklumkan kepada saya. Kalau result sederhana pun, masa depan tetap ada. Hanya kena pandai mencari dan meneroka hidup....

KESAHNYA AMIN DAN ZAINI

Yang lama menghilang dari blog ini ialah Cikgu Amin kita di Jasin tu. Tak dengar komennya. Tak taulah pula kalau-kalau dia tetap mengintai blog tetapi tak mengomen atau menyamar dalam mengomen.

Amin tu banyak jasanya kat Shamsudin kita tu. Beliaulah yang memberi inspirasi kepada Sudin untuk ambik exam STP lagi. Dibaginya duit yuran exam kat Sudin sebagai tanda sokongan. Kalau saya jumpa Sudin, cerita inilah yang dingatnya sangat. Penuh nostalgia. Itulah kawan sejati.

Yang saya ingat kat Amin ini fasal beliaulah yang mengofferkan dirinya menjadi Juri Hakim ketika Majlis Perandingan Perbahasan Sekolah Se Melaka. Ketika tu saya tercari-cari siapa yang patut jadi juri hakim. Saya mana kenal bebudak Tk 6 kelas lain selain 6 Sastera 1. Bila Amin sanggup jadi sukarelawan, maka lega amat sangat saya.

Yang Zaini Samani pula, bila saya keluar UKM dapat kerja di JPK, KL dan kena cari rumah hinggap. Entah macam mana saya ada no telepon pejabatnya. Saya pun hairan kini, macam mana saya boleh dapat no telepon tu walaupun telah berpisah dengan beliau dari Munshi pada 1978. Maka saya menumpang rumahnya semalam di Kg Baru, KL sebelum berangkat ke Kedah.

Yang saya marah kat Zaini ni ialah ketika beliau bertugas di Jabatan Orang Asli Gombak sekitar tahun 1990an dan ulang alik melalui rumah sewa saya di Kg Chubadak tetapi beliau sekali pun tak singgah. Baik punya kawan kan. Beliau sendiri yang pecah rahsia ulang alik depan rumah saya tu pada tahun lepas. Macam ini punya kawan pun ada ye. Apa boleh buat. Oh ya, hanya rumah orang tua Zaini sahaja saya pernah bermalam di kalangan bebudak Tk 6 Munshi Abdullah78. Sempat meratah rambutan gadingnya. Dan mengulangi makan rambutan gading tu semula pada akhir tahun lalu bersama Suhdi di rumah orang tua Zaini di Alor Gajah tu. Bukan mudah sejarah nak berulang semula tau.

Tahun-tahun 1986 hingga 2004 saya aktif dan sepenuh masa dengan politik, tak ada masa menjejak semula sahabat Munshi 78 kecuali jika bertembung aja. Ha ha.

Sekadar ingatan lama di pepagi ni.

2 KALI KE MELAKA

Saya ke bandar Melaka pada Jumaat dan Ahad lalu. Saya minta panduan jalan dari Zaini dan Hayati pada hari Jumaat tu. Maklomlah dah tak ingat nama-nama jalan di bandar. Rupa-rupanya kini banyak jalan sehala. Nasib tak sesat di negeri sendiri.

Kali ini saya jadi penumpang 100%. Maka dapatlah saya menghayati perubahan keindahan Melaka.

Saya hanya berurusan selama 3 jam sahaja setiap kali ke bandar Melaka. Tak nyaman nak memanggil kekawan Munshi untuk mengeteh. Kawan-kawan politik pun saya tak jumpa. Ini khas urusan juta-juta sahaja. Ha ha.

Rasa tak puas pula meronda sekejap di bandar Melaka tempohari. Kami suami isteri bercadang bermalam di bandar Melaka untuk merayau habis-habisan di dalam bandar yang kini berubah wajah berbanding 10 tahun lalu. Yang duduk Melaka, memanglah tak terasa kerana hari-hari pandang bandar Melaka. Bila agaknya kami dapat bermalam ya. Kalau boleh bulan ini juga.

JUMPA DI PENGKALAN BALAK

Mansor dah bersembang dengan saya. Nampak bagus idea tentang perjumpaan tahunan kita di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kos menginapnya murah, mudah nak bakar kambing jika Samiah bagi kambing, mudah Maznah nak balik kampong dan berbagai lagi le hujah kebaikannya.

Acaranya hanya sembang-sembang sahaja. Tetapi kita tak menghalang jika Mat Aris nak bersajak, Rani nak berqasidah, Razak K nak bertahlil dan Zek nak berrselawat. Kalau Dr Majezan nak check gula dan tekanan darah semua orang pun boleh juga. Baru kita tahu siapa bakal umur panjang. Ha ha. Saya harap sangat Dr Majezan buat perkara tu sambil kita sembang-sembang dan makan-makan nanti.

Basir jangan lupa bawa laptop untuk ajar mana-mana kawan yang tak reti beremel, facebook, twitter dan komen di blog.

Norsir dan Sahara siapkan teka teki baik punya. Saya siapkan hadiah biskut kering.

KITA JUMPA RAMAI-RAMAI MEI INI. Mansor akan mengastrologi tarikh terbaik.



JUMPA DOKTOR

Pagi tadi ada temujanji dengan doktor di HKL. Ada cadangan nak menjahit peha saya tetapi doktor lain kata tak payah, biar baik sendiri. Bila saya kata, saya dressing sendiri, maka doktor pun membekalkan saya sebeban bahan untuk dressing. Kalau dah habis boleh ambil lagi di HKL. Bagus punya hopspital. Woo.

Sempat berborak dengan pesakit lain tadi. Macam-macam cerita ada. Yang syoknya kesah seorang Cina yang kemalangan lori 24 tahun lalu dan akibatnya terpaksa berkaki palsu. Sejak itulah beliau menjadi pekerja di kedai yang membuat kaki palsu di Kg Pandan, KL. Gaji beliau ketika mula bekerja ialah RM 500. Kini gajinya RM 2,500.00. Begitulah, walau pun kaki sebelah, tetapi dengan kemahiran yang sentiasa meningkat, maka gajinya juga menaik. Lebih tinggi jika berbanding jadi Pak Pacak, setakat RM 800 sahaja.

BASIR JUMPA DAYAK.

Hari ini saya cuba memandu kereta sendiri. Nampaknya boleh tetapi setakat 50 km/jam. Ha ha. Kalau tekan minyak deras lagi, ada sikit susahlah. Itu pun ok dah. Boleh menyertai borak-borak politik dengan kekawan KL di restoran mamak. Wooo.

Basir diam-diam dah sampai Kucing, Sarawak. Faham-fahamlah apa dia buat di sana tu. Jangan bawa balik mek Dayak sudah le. Mengamok darling u nanti. He he. gurau aja.

Maznah dok batuk-batuk lagi. Klinik bagi ubat batuk yang tak ori kepadanya. Kesian, baget dah kurang bib. Harga tak ori RM 6 je. Yang ori RM 20.

Sharifah Nuri tengah pulun pungat cukai 2009 da 2010 sekali gus. Ha ha. Tau tau le duit negara tengah susut ni. Nasib bilik Maznah boleh pakai air con lagi. Sekolah lain dah stop. Wooo. Dugaan, dugaan.

Agaknya Hayati pun kurang bikin kursus tahun ni. Kalau sama macam tahun lalu, kira hebatlah.

Rohaya yang kerja di HKL kata baget ubat macam tahun lalu juga. Yang kurang, baget kursus.

Kalau baget kursus kurang, saya khuatir Zaini Samani tarak kerja di BTN tu. Saya risau body dia tambah naik lagi. Ha ha.

Si Karim katanya dah tanam keledek mengganti tembakau. Ada butul ka?

Diramalkan tahun 2011, ekonomi meningkat semula. Janganlah risau. Hidup ini roda. Bergilir atas ke bawah dan ke atas semula.


DRESSING SENDIRI

Mulai hari ini saya dressing sendiri luka bekas bedahan pada 7 Februari lalu. Hospital Tawakkal dah beri lampu hijau untuk saya buat sendiri. Tak dapatlah saya jumpa para nurse Tawakkal lagi. Ha ha. Sejak berulang 2 minggu di Tawakkal, semua nurse kat situ dah jadi member.

Saya rasa dalam sebulan lagi bercantumlah daging dan kulit di peha saya ni. Selepas tu bolehlah saya meronda dunia, selepas tergendala beberapa perancangan bisnes dalam bulan Februari lalu.

Kalau anak dan isteri saya free dalam bulan Mac ini, saya bercadang ke Melaka. Kali ini nak ajak khusus Rani, Norsir, Ishak dan Anuar bersantap di mana-mana di Kota Melaka. Saya belanja. Kalau RM tak ada, saya guna Dinar Iraq. Katanya nak naik ke USD 0.85 bagi setiap Dinar. PM Iraq yang dah tak sabar Dinar naik. Ha ha. Yang lain kita jumpa di PD pada Mei nanti jika tak ada kenduri kahwin dah di Melaka dalam beberapa bulan ini.


PERJUMPAAN TAHUNAN 2010 MUNSHI 78

Dengar khabar perjumpaan tahunan Munshi 78 bakal diadakan di PD pada Mei ini. Katanya nak sewa Rumah Peranginan Persekutuan.

Agenda perjumpaan pun mudah je. Malamnya makan-makan dan borak-borak. Esok paginya minum pagi dan borak-borak juga. Nampak gaya Sahara dan Norsir kena siapkan banyak teka teki tu. Kalau tidak jenuh dengar sembang dan loyau buruk Mokhtar Ahmad. Ha ha. Sesiapa nak berqasidah pun boleh juga. Rani dah joint group tu sekarang. Berdengung kita nanti.

Bila tarikh tepat dan tempatnya ya? Kali ini Zakaria Osman cadangkan Mansor Kassim jadi chairman penyelaras. Tak payah mesyuarat-mesyuarat persiapan. Tak ada siapa yang kita nak raikan lagi dah ya. Masing-masing tempah dan bayar tempat tidur sendiri. Mansor totapkan tompek yo. Wooo.

Siapa nak bermalam sila daftar nama kat cooment untuk mudah Mansor tempah tempat tidur. Insyallah saya orang pertama setuju bermalam. Saya nak goda Mat Aris belanja BBQ pada malam tu. Saya belanja sate arnab. Rasa macam sate ayam je, janganlah risau. Ha ha.

MAIMUNAH DAH BALIK LE

Maimunah Baba sudah kembali dari Mekah tengahari semalam. Sesiapa nak merasa kurma dan air zam-zam, silalah ke rumahnya sementara stok masih ada.

Lapuran hal Maimunah ini ditaja oleh Maznah, sekutu rapatnya sejak sekolah lagi. Ha ha. Maznah dok semput sampai dapat MC. Kesian dia di musim panas ini.

Yahya Ghani dok menyorok kat makmal mencipta minyak hitam paling murah agaknya. Kalau kau jemput makan gear box, bertongkat, ku datang jua. Wooo

TEKA TEKI HARI INI

Pepagi lagi saya dan Dr Majezan bersms antara satu sama lain. Ada satu sms yang menariknya. Beliau berhajat bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU akan datang.

Sila teka beliau nak bertanding atas parti apa. Siapa betul saya belanja Fish n Chip di Restauran Haslam, dekat pejabat saya. Ha ha.

Puan Jamilah Jamian sudah mula bertugas selepas kena demam denggi. Namun masih keletihan dek serangan demam itu. Maznah pula dok diserang asma ketika musim panas ini. Macam-macam dugaan ya.

AZIZ NAK BERBESAN DENGAN GENG MUNSHI

Rupa-rupanya Juwita, Sahara dan Aziz adalah kumpulan terakhir geng Munshi 78 di majlis kenduri Saari, Sabtu lalu.

Dengar khabar hebat boraknya Si Aziz kita tu sehingga nak berbesan dengan Sahara dan Juwita. Gelak besau Juwita dan Sahara. Aziz mencadangkan buat kenduri bersama di dewan sekali. Ha ha. Emak bapak dok berangan bermacam-macam. Entah-entah anak kita mencari jodoh sendiri. Ini bukan zaman mak pak kita dulu. Ha ha. Apa pun niat Aziz tu murni sekali.

Tahun ni ramai geng Munshi akan menerima menantu. Aziz pada bulan Jun ini. Hidayah pada bulan Oktober. Lft Kolonel Rashid pada Disember. Anak Mastura akan bertunang dalam masa terdekat juga. Wau.

Reunion 2009 lalu adalah satu event yang tepat sekali kerana selepas itu menyusul 100 perjumpaan lagi. Yang gerentinya ialah kenduri kahwin.

Syabas Aziz yang nak berbesan dengan geng Munshi. Woooo.

REUNION DI KENDURI SAARI

Kenduri Saari di Dewan Bistari telah berjaya mengumpulkan ramai rakan Munshi 78. Md Jadi paling awal tiba dan Aziz orang terakhir sampai.

Mansor, Md Jadi, Basir, Zulkaply, Zaini Samani, Rosnah Mohd Isa, Mokhtar Ahmad, Mokhtar Salleh, Norsir, Karim, Mohd Han, Mohd Han, Maria, Hayati, Mastura, Sharifah Nuri, Sahara, Jaamat, Hasnah, Marhamah, Suhdi, Aziz dan Kamarudin tidak menghampakan jemputan Saari. Cemburu sekali saya kerana tak dapat hadir.

Dalam gambar tu macam ada Zaharah Ismail. Betul ke?

Ini komen Mansor melalui emelnya kepada saya sebentar tadi:

Assalamualaikum Li,

Aku doakan kau sihat sentiasa... Tadi kita orang gi kenduri Shaari. Ramai jugak geng-geng Munshi '78 yang datang. Cuma aku nak tabik dua belah tangan kat geng Kl, kerana sanggup turun ke Melaka berturut minggu kerana meraikan kekawan. Syabas dan tahniah..

Basir, Mastura dan Sharifah mengunjung saya selepas kenduri Saari. Jam 4.30 mereka sampai pejabat saya. Kita orang dok bertanya dimana Dr Majezan. Kok beliau ke Mekah pula tetapi selepas saya taliponnya, beliau berada di Melaka. Melawat kawasan, katanya. Ha ha.

Si Zakaria Osman pula tersilap hari. Dia ingat hari Ahad. Ya le, orang sibuk dengan ramai ahli keluarga. He he.

BERBONDONG KE MELAKA LAGI.

Hari ini gerenti highway KL Melaka sesak dek geng Munshi 78 yang hadir ke majlis kenduri Saari Mat Jelas di Air Keroh Melaka. Ha ha.

Pepagi lagi Sahara dah bergerak. Katanya mengangkut Sharifah Nuri dan Mastura di Kajang.

Makanlah ye puas-puas sementara boleh. Kalau dah jadi macam saya dan Mansor yang gula dah tinggi, dok menjamah sikit aja le nampaknya. Wooo.

Mat Jadi boleh melantak habis fasal dia sentiasa kerja kuat keluar peluh di tengah padang di Putrajaya. Ha ha.

Kepada Zek, jangan lupa bawa orang sebelah.

PERGI SELAMANYA

Bila petang menjelang maghrib di UKM pada 1980an dulu, rakan sebilik akan membuka kaset Al Suraya dan Ahmadi Hasan. Kira-kira dia nak ambil hati saya le tu. Ha ha.

Semalam Ahmadi Hasan telah meninggalkan kita selamanya. Sedih pula rasa hati kerana perintis lagu dakwah sudah tiada lagi. Dengarkan lagu rintihannya di sini dan ingatannya kepada kita di sini.

RAZAK HUSIN OK

Oleh kerana Mansor sedih teramat sangat fasal Razak Husin tak turun ke Kg Kandang pada Ahad lalu, maka saya pun menalipon Razak Husin. Beliau segar bugar di Pulau Pinang menemankan Lim Guan Eng makan limau. Ha ha.

Razak balik Serdang sempena Raya Cina lalu tetapi ada kenduri di kampong isterinya di Rembau. Maka tak sempat menjengah Melaka, katanya. Begitulah nasib orang bersemenda, kono balik kampong bini yo... Wooo.

Si Jamilah Jamian kita tu apa cerita ye. Dah ok ke dari demam denggi? Nak kena hantar spy meninjau....

AKSI DI RUMAH MARIA - 14 FEBRUARI

Ini emel Mansor yang melapurkan perjumpaan di kenduri kahwin rumah Maria/Mohd Han, Ahad lalu:

Assalamualaikum Li,

Syukur alhamdulillah kerana kau dah merdeka dari kepungan nurse-nurse yang cun kat hospital. Walaubagaimanapun aku doakan agar kau cepat sembuh agar dapat berjumpa di kenduri Shaari pada sabtu 20/02/10 nanti.

Bersama ini aku attachkan gambar yang sempat diambil pada kenduri dirumah Md Han dan dirumah Rosnah pada hari Ahad semalam. Antara yang hadir ialah Aku, Noorsir, Yati, Hasnah, Juwita, Hidayah, Jaamat, Kamarudin, Md Jadi, Karim, Aziz, Suhdi, Shaari (setakat yang aku ingat). Mokhtar dan geng KL tak jumpa sbb mereka terperangkap dek trafik jam.

Cuma yang aku heran kenapa aku tak nampak orang kampung Mariah ... sapa lagi kalau bukan si Razak... tapi aku rasa kalau musim-musim macam ni Razak pun tentu sibuk jugak ....ya tak?.. ada saham geng..



14 FEBRUARI YANG MANIS

Seperti dijanjikan kekawan Munshi 78 berrombongan ke kenduri kahwin di rumah Maria Ibrahim dan Rosnah Md Isa pada Ahad 14 Februari.

Zakaria paling awal sampai ke rumah Maria - lebih kurang jam 11.15 pagi bersama buah hati kesayangannya. Rugi sapa yang tak dapat jumpa tau.



Selepas tu group Mansor, Hayati, Hasnah Mohd, Mohd Nor, Suhdi, Karim, Kamarudin Arshad, Md Jadi , Jaamat, Saari, Aziz Mat Yasin, Norsir dan Hidayah agaknya.

Group terakhir ialah Mokhtar Ahmad dan keluarga, Mohd Amin dan keluarga, Sharifah Nuri dan suami, Sahara dan suami , Mastura, Hj Rani Embi dan YB Datuk Mat Sirat.

Menurut Hidayah, Juwita tiba ketika Hidayah nak balik dari rumah Maria.

Mansor dok mencari hero Kg Kandang, Razak Husin. Ke mana kau Razak oi. Ha ha.

MERDEKA DARI WAD

Genap seminggu saya beriktikaf di HKL akibat pembedahan di peha kanan saya. Petang semalam, Ahad, saya dilepaskan dari wad dengan berat hati oleh para doktor. Mereka mahu luka di peha saya tu benar-benar bersih dari sebarang anasir yang tak diingini sebelum dilepaskan dari wad.

Sabar - itulah modal utama duduk di wad. Tugas utama di wad tidak sampai beberapa minit sahaja iaitu menanti sessi lawatan doktor melawat pesakitnya pada jam 9 pagi. Lepas tu tunggu time makan tengahari, makan ubat, minum petang, makan malam dan minum malam.

Kalau kita rajin pergilah melawat rakan senasib dalam wad. Oleh kerana saya di wad ortopodik, maka pelbagai aksi dapat dilihat. Semuanya kes kemalangan jalan raya dan kes jatuh. Tak terfikir saya ada pelbagai tragedi berlaku di dunia ini yang anih dan pelik.

Dr Majezan melawat saya awal, Ahad lalu, 7 Februari dan pada masa itu saya belum pulih dari bius pembedahan. Maka tak dapatlah bersembang puas rasanya. Manakala Mastura dan Sahara datang pada Sabtu, 13 hb - dalam keadaaan saya telah pulih dan sedia menanti keluar wad. Maka rancaklah kami bersembang pelbagai kesah dunia ini. Ha ha.

Rohaya yang bertugas di HKL menjengah saya dua kali. Kali pertama saya tidur sehingga tak sedar beliau datang.

Si Mokhtar, Zakaria Osman dan Maznah rajin sms bertanya khabar ketika saya dalam wad.

Tugas saya sekarang ialah membuat aktiviti dressing setiap pagi di klinik kerajaan atau swasta sehingga luka di peha saya ni bercantum semula. 4 inici panjangnya dibelah. Saya pun tak gamak melihat dalamnya luka ini. Ha ha.

Tak tahulah adakah saya mampu menghadiri jamuan Saari pada Sabtu 20 hb ini. Kalau kuat dan sihat, saya pi fasal nak jumpa Zakaria yang ada cerita best darinya. Woooo.

Terima kasih atas doa sahabat supaya saya segera sembuh. Makbul doa anda semua

Jamilah Jamian pun ditahan wad di PP Kg Baru disyaki denggi pada Ahad lalu.

MAIMUNAH BUAT UMRAH

Menurut sms Maznah, Maimunah Baba bersama suami dan seorang anaknya akan menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada 10 hb Februari 2010.

Kita ucapkan selamat pergi dan balik kepada beliau sekeluarga.

Kos umrah zaman la ni taklah semurah era dulu. Kalau pernah ke Mekah dan Madinah. kekadang terasa kerinduannya. Maka, walaupun kosnya mahal, tetap hendak pergi lagi.

(Saya kurang sihat kerana peha kanan kena "bentan". Tertangguh pi Jambi Indonesia)


MINGGU DEPAN YANG SIBUK

Hajat di hati, pada hari Ahad ni nak ke rumah adik saya di Felda Serting Hilir 7, NS sekaligus menziarahi kubur ibu saya. Apabila saya masuk wad pada 30hb September lalu sehingga kini, saya belum kesempatan menziarahi semula adik saya serta kubur ibu saya. Dah sihat ini, kenalah menziarahinya.

Hari Isnin pula saya akan ke rumah ibu bapa saya di Kg Hilir Batang Melaka. Rumahnya dah diruntuhkan selapas raya lalu dan kini tinggal tapaknya sahaja. Sambil tu akan menziarahi rakan-rakan ibu saya yang masih hidup lagi.

Pada Rabu hingga Ahad pula, berhajat ke Jambi, Indonesia jika flight clear. Kononnya nak meninjau peluang bisnes cepat kaya. Ha ha. Kalau betul, hanya geng pompuan sahaja boleh ikut serta lawatan ini pada akan datang.

Nak tau ceritanya kenalah datang ke rumah Mariah pada 14 Febuari 2010 jam 1 petang.


KAD JEMPUTAN ROSNAH MOHD ISA

Klik imej sebelah untuk melihad kad jemputan perkahwinan anak Rosnah Mohd Isa pada 14 Februari 2010.

Selepas makan di rumah Maria Ibrahim, kita berarak ke rumah Rosnah.

Sejak ada jalan baru Melaka- Muar, saya pun tersesat di mana jalan lama Melaka - Muar. Ha ha.

Kali ini Mansor jadi pemandu jalan. Saya belanja labu masak lemak. Ha ha.

BILA PERJUMPAAN TAHUNAN

Hai, undian sebelah menunjukkan majoriti mahu diadakan perjumpaan tahunan Munshi 78.

Yang membuka blog ini pun sekitar 30 orang aja. Tak susahlah nak menempah tempat bermalam nanti. Yang kerja kerajaan tu bolehlah menempah mana-mana rumah rehat kerajaan di tepi laut.

Acaranya ialah makan dan sembang sahaja di malam petama. Pagi esoknya bolehlah diadakan ceramah kesihatan dan tazkirah mati. Ha ha. Ceramah kesihatan oleh Dr Majezan dan tazkirah mati oleh Aziz atau Amin. Mudah aja. Takkan nak adakan ceramah cara menjadi jutawan - dah lewat dah. Ha ha.

Tarikhnya bila? Beri idea anda.

KAD JEMPUTAN SAARI MAT JELAS


Klik imej di sebelah untuk melihat kad jemputan kahwin Saari Mat Jelas dan pelan ke dewan jamuan pada 20hb Februari 2010:

TERKENANG FEBRUARI 70AN

Kini, cuaca panas. Minggu ini minggu terakhir bulan Januari 2010. Sekejap sahaja telah berlalu satu bulan dalam tahun 2010. Apabila masuk bulan Februari, saya sentiasa terasa "cuacanya" dan "suasananya" sama seperti zaman persekolahan dan di kampus dulu. Ketika cuti Raya Cinalah, kami akan sibuk dengan pelbagai program jamaah tabligh, tamrin anjuran Arqam dan ABIM.

Masa tu keluar ikut jamaah Tabligh, kos makan sehari hanya RM 1 sahaja. Sekarang RM 7 atau RM 10. Bab kos makan ni kenalah tanya Aziz atau Mohd Amin. Saya seronok dengar ucapan pandakwah dari luar negara khususnya bab akhirat. Lain macam umphnya. Rugi kau Dr Majezan tak ikut tabligh. Ha ha.

Program Darul Arqam pun saya ikut. Oleh kerana kumpulan penyokong Darul Arqam masih kecil pada awal 70 an, maka saya agak rapat dengan pimpinan utamanya. Ishh, kalau istiqamah dengan Darul Arqam, mungkin saya dah jadi As Syeikh Ali agaknya, itu pun jika tak kena ISA. Woo.

Dalam masa yang sama, saya pun ikut program Abim. Saya pernah ke Dewan Bandaran Jasin pada tahun akhir tahun 1978 atau awal 1979 untuk mendengar pidato Anwar Ibrahim, sejurus beliau keluar dari ISA.

Hubungan awal saya dengan sahabat Abim, Arqam dan Tabligh ketika Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan di kampus itu terus bersambung sehingga kini. Lain sekali rasa ukhwahnya dengan mereka ini. Mungkin persahabatan ini kerana Allah semata-mata, bukannya kerana mencari projek agaknya. Ha ha.

Sekadar kenangan dan coretan di pagi hari, hari ini...

KAD JEMPUTAN MARIAH IBRAHIM

Untuk melihat kad jemputan perkahwinan anak lelaki Mariah Ibrahim pada 14 Februari 2010 dan pelan ke rumahnya, sila klik imej di bawah. Harap semua sahabat tak sesat sehingga kelaparan nanti.
























SEKITAR LAWATAN KE RUMAH NORSIAH WAHAB

Baru dapat gambar lawatan ke rumah Puan Norsiah Wahab di Klang pada 11 Disember 2009. Walaupun gambar tu dari hp isteri saya, asyik terlupa je nak menyambarnya. Ha ha. Kalau tak kenal, tanyalah ye dalam komen.















HI TEA 30 JANUARI

Bulan Feb ini ada kawan kita nak ke Umrah. Manakala bulan Nov nanti, ada lagi kenduri kahwin.

Tunggu pengumuman apabila dah sampai ketikanya. Sementara itu bolehlah kita berdiet sebelum kita makan- makan-makan pada 14 dan 20 Februari.

Siapa nak merasa Hi Tea saya, sila hadir ke pejabat saya pada Sabtu, 30 hb Januari, 2010, jam 2.30 petang. Ada sembang bisnes di kalangan pengedar kumpulan saya. Geng Munshi datang makan sambil pasang telinga aja. Dah 50an, dah lewat untuk mulakan bisnes. Ha ha.

Ini Hi Tea qadha jamuan Hari Raya tahun lalu yang tak jadi buat fasal masuk wad. Apa boleh buat. Wooo.

Hi Tea ini tak ada tembikai dan labu tau. Ha ha.


LAGI GAMBAR DI RUMAH JUWITA

Lagi gambar lawatan ke kilang mee Juwita tempohari. Melihat pakaian 4 Mak Dara tu, macam pi beraya kan...

Kalau klik gambar, nampak Suhdi relax habis. Wooo

KENDURI SAARI 20 FEBRUARI

Saari Mat Jelas menjemput semua sahabat Munshi 78 ke jamuan perkahwinan anak perempuannya pada Sabtu, 20hb Februari 2010 di Dewan Tamng Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Air Keroh, Melaka mulai jam 11 pagi hingga 4 petang.

Saya cadangkan kita hadir jam 1 petang bagi mudah berjumpa semua sekali serentak.

Bulan Mac ini nampaknya beras di rumah lambat susut yee.

JUMPA DI SANA LAGI...

GENG MELAKA LAWAT KILANG MEE

Tak fasal-fasal, tak ada angin ribut, tiba-tiba geng Melaka menggempur rumah dan kilang mee Juwita Hassan di Kg Kemuning, Tampin.

Siapa yang datang, ini lapuran oleh Juwita sendiri melalui emelnya kepada saya. Sapa kata Juwita tak reti emel. Ha ha. Emelnya:

Assalamualaikom:

Tak terucap rasa gembira bila Pn Hasnah call menyatakan nak datang kerumah bersama Pn Hayati dan cikgu Marhamah Sabtu ini (siang tadi).

Saya khabarkan pd saudara terdekat (Suhdi), dan dia suruh saya beritahu En Mokhtar. Alhamdulillah...rupanya ramai lagi kawan2 lain yang turut serta.

Tuhan saja yang tahu betapa gembira dan seronoknya saya hari ini, terharu pun ada! Boleh juga saya katakan hari ini hari pertama saya merasa bahagia sekali setelah ketiadaan orang tersayang.

Terima kasih pada semua..kehadiran kalian memberi semangat, menambah keyakinan dan menjadi satu motivasi dalam diri saya yang selalu rasa terpencil ini.

Antara yang hadir Hayati, Hasnah, Marhamah, Sudhi, Zaini, Alias, Muliati, Mokhtar n isteri, Karim, Mansor, Jaamat, Mohd Han dan Maria. Menu saya untuk mereka hanyalah mi kari dan cendol. Mereka pulang pun saya bekalkan mi kuning (itu saja yang ada).

Juwita

Moderator: Kekadang program tanpa perancangan awal lagi menjadi. he he.

UNDI JANGAN TAK UNDI

Tahun 2010 akan menyaksikan banyaknya kenduri kahwin di kalangan sahabat Munshi 78. Jika diatur dengan baik, maka kita bukan sekadar datang makan kenduri sahaja tetapi dapat bersilatur rahim antara kita dengan mudah.

Maka saya cadangkan tidaklah perlu dibuat perjumpaan Munshi 78 pada tahun ini.

Namun, saya buat undian di tepi blog untuk mendapat respon dari anda semua.

YANG TAK ADA FOTONYA

Berikut insan Munshi Abdullah Tingkatan Enam Atas 1978 yang belum diperolehi gambarnya:

Tingkatan 6 Sastera 1

Ishak Omar-013-693 7337
Arbaeyah Yusof - 012-6583306
Badariah Lajis - 06-6512566
Kamisah Ibrahim - 012-3805107
Norjan T.Mohd-012-3635991 - hanya ada dalam gambar ramai-ramai, kecil sangat.
Norsiah Wahab- 03-38840788 - dah ada dalam talipon isteri saya.
Rohana Mat Jais - 019-2133793
Salamah Nekmat- 019-6266731.
Fauziah Hashim - 07-8911837

Tingkatan 6 Sastera 2

Leele Ghani - 017-6296467
Rosnani Yus - 06-525 2425.
Faridah Ngah - 013-5103212
Fauziah Ayub - 019-2712501
Rashidah Rashid - 013-3744629.


Tingkatan 6 Sains

Ramlah Jaafar 013-745 2933
Yahya Sharif -012-6433962
Razali Baharom - 012- 6398059
Ramli Ahmad - 014-6079607
Rohizan Ab Rahman - 012-9080301
Nor Rohizah 013-6085908.

Sesiapa kawan rapat bolehlah minta mereka kirimkan gambarnya ke emel saya alifx59@gmail.com.

Yang hilang dari pemantauan kita ialah Hawa Baharom, Salamah Nekmat dan Zaleha Abu - kesemuanya 6 Sastera 1.

SUAMI ROHANA HASHIM DI WAD

Kadang-kadang saya merasakan adakah patut saya melapurkan berita kurang baik dalam blog ini. Biasalah dalam hidup ini, ada kalanya ayah, ibu, adik beradik dan anak kita meninggal dunia, sakit, kemalangan dan lain-lain.

Dua hari lalu, suami Rohana Hashim yang pernah mengalami stroke masuk wad Hospital Seremban kerana paru-parunya dimasuki air dan mengalami masalah bernafas. Kini sudah dalam proses ke arah lebih baik.

Kita harap Zahar, suami Rohana akan sembuh segera. Suami Rohana tu orang Tampin Jaya setaman dengan ibu ayah Hasnah Mahfiz.

Kesihatan suami Rohana ini menyebabkan Rohana sukar memenuhi program rakan-rakan Munshi atau pun jika dia datang terpaksa solo sahaja.

Nasib kita ini berbeza. Bersyukurlah bagi yang sentiasa sihat. Doakan yang baik kepada sahabat kita yang diuji dengan pelbagai. Giliran kita entah bila agaknya.

No Tel Rohana 012-6976897.

ISHAK DAN NORJAN DATANG YE

Saya sedang mengemaskini gambar rakan Munshi 78 di sebelah kanan blog. Bagi sesiapa yang merasakan perlu ditukar gambar lain, sila maklomkan kepada saya. Kekadang saya tak terjumpa posting gambar yang terbaik. Ha ha. Eloknya gambar suami isteri.

Pada kenduri Maria nanti, saya harap dapat berjumpa dengan Ishak dan Norjan untuk merakam gambar mereka yang terbaru. Ishak tak dapat datang ketika reunion lalu dan Norjan pula terlambat datang, maka gambarnya tak dapat dirakam oleh sang juru gambar.

Ada beberapa orang rakan 6 Sastera 1 yang masih gagal dikesan. Antaranya Zaleha Abu, Hawa Baharom dan Salamah Nekmat. Kemana mereka menghilang. Bagi sesiapa yang sekampong, rasanya boleh ditanya dengan adik beradik atau saudara mara mereka. Tolonglah.

Rohana Mat Jais ada di DBKL, tetapi siapa yang sanggup berjumpa dengannya. Jamilah Jamian boleh kot...

KENDURI ROSNAH MAT ISA PUN 14 FEBUARI

Rosnah Mat Isa, 6 Sastera 1 akan mengadakan jamuan perkahwinan anak perempuannya pada Ahad 14 Febuari 2010, mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di No JA 8728 Taman Pahlawan Umbai, Merlimau Melaka.

Nampak gaya berarak habislah kita pada tarikh berkenaan kerana kenduri Mariah Ibrahim pun pada tarikh yang sama.

Makan di rumah Maria jam 1 dan makan di rumah Rosnah jam 4. Apa macam?

Kepada Rosnah dan Maria, tolong bagi pelan rumah ya. Walau pun saya orang Melaka, boleh sesat juga nanti. Ha ha.

Tahun 2010, tahun geng Munshi berlumba-lumba jadi datuk dan nenek agaknya. Woooo. Setahun dua ini, nampaknya jika geng Munshi 78 berjumpa, maka perjumpaan itu adalah antara tuk-tuk dan nenek-nenek. Apa boleh buat, dah sampai masanya.

Namun apabila jumpa rakan sekelas, rasa macam umur 18 je....Tak caya cuba borak dengan Suhdi dan Zakaria Osman. Gelak habis bib. Ha ha.

Kenduri Shaari bila pulak?

KENDURI MARIAH 14 FEBUARI


Pasangan bahagia sejak 1978, Mohd Han Hassan dan Mariah Ibrahim, 6 Sastera 1 dengan suka citanya menjemput semua sahabat Tingkatan 6 Atas, SMMA, 1978 ke majlis jamuan perkawinan anak lelakinya pada Ahad, 14 Febuari 2010 di No 1092-1, Kg Kandang Bakar Batu, Melaka.

Jamuan bermula jam 12 tengahari.

Saya cadangkan semua sahabat Munshi hadir antara jam 1 hingga 2 petang supaya dapat kita berjumpa beramai-ramai sekali.

Razak Husin - anta kena balik lewat Penang hari berkenaan. Warismu ini kan...

Norsir, Rani dan Hayati bolehlah jadi penyambut tetamu. Teh tarik jangan lupa!!!! Kok tak berbaloi mai dari KL....

Maria kena talipon Rani tu fasal dia anti dengan blog. Ha ha.

JAMUAN PERTAMA 2010



Malam semalam geng KL beramai-ramai ke jamuan perkahwinan anaknya Jamaliah Hj Yusof di Dewan Zenterum, Taman Setia Wangsa. Kita orang terdiri dari Yahya Ghani dan isteri, Basir dan isteri, Shamsudin dan isteri, Redzuan dan isteri, Sahara dan suami, Jamilah Jamian dan suami, Mastura, Sharifah Nuri dan Rohaya dengan anaknya memenuhi ruang dua meja makan khas untuk geng Munshi 78 sahaja.

Nak jadikan cerita, rupa-rupanya ayah Jamaliah tu, saya kenal sejak 1990 lagi kerana beliau orang kuat Pas di Masjid Tanah. Tak tahu pula saya bahwa Hj Yusof ini ayahnya Jamaliah. Ha ha.i

Kocik jo dunio ni.

Kami sempat bergambar dengan ayah Jamaliah. Jamaliah dan suami sibuk melayan tetamu hampir 500 orang.

Orang Melaka dengar kita makan aje le nampaknya.

Saya akan meletakkan semua gambar sahabat Munshi di bahagian kanan blog. Harap emelkan gambar ukuran paspot anda ke emel saya alifx59@gmail.com.

KENDURI SIAPA LAGI?

Insyallah pada Isnin hadapan saya akan test sistem sms melalui internet terus ke hp anda untuk mempastikan semua sahabat Munshi 78 dijemput ke jamuan perkahwinan seorang sahabat kita lagi pada bulan Febuari ini.

Ramai rakan kita tak upadate maklumat melalui blog ini. Redzuan dan Baharudin baru saja tahu kenduri Jamaliah hari ini. Ha ha.

Nampak gaya, tahun ini banyak sekali kenduri menyambut menantu. Tahun hadapan kenduri akikah pula. Ha ha. Jenuhlah kita makan kambing. Kegemaran saya tu.

Oh ya, saja nak bagi tau, Razak Husin kita yang berpindah kerja di Pulau Pinang, rupa-rupanya balik ke KL setiap minggu. Hebat tu. Jangan reput badan sudahlah. Harap beliau berhati-hati jika merempit dengan motornya.

KE PENANG SAT

Petang ini saya akan ke Pulau Pinang. Petang esok balik semula ke KL.

Yang dah berjanji berkumpul di pejabat saya pada Sabtu ini, jangan buat lupa pula. Saya hanya siapkan teh kosong sahaja, sebab nak melantak kat kenduri Jamaliah pada malamnya. Ha ha.

Yang pi terus ke Dewan Zentrum, Taman Setia Wangsa janganlah tersesat. Lokasi tu dekat dengan Giant, SK Titiwangsa, stesyen minyak Petronas dan Bank CIMB. Tanyalah Basir atau Jamaliah jika tersesat jalan. Yang penting tepat jam 8.30 malam saya nak makan. Mana boleh tunggu orang yang sesat jika ada pada hari itu. Wooo

Alamak, tak fasal-fasal ada orang kena penggal kepala di Gemencheh, tompek ese bertanding pilihan raya. Kepalanya masih hilang lagi. Mengalahkan kes Saidina Husin di Karbala pula. Ontahlah. Katanya kes dadah. Pandai-pandailah Adam menjejak kepala tu. Wooo



SABTU INI KENDURI JAMALIAH

Jangan lupa Sabtu ini jam 8.15 malam, jamuan makan sempena majlis perkahwinan anak Jamaliah Mohd Yusof. Saya diberitahu sudah 20 orang sahabat Munshi mengesahkan diri untuk hadir. Jamaliah dah siapkan 2 meja khas untuk geng Munshi. Mesti riuh meja Munshi agaknya nanti.
Bulan Febuari nanti di rumah Rosnah Mat Isa di Merlimau pula. Tarikh sebenar belum dibagi tau.
Basir, hang siap kamera baik punya pada Sabtu ni. Geng pompuan nak melaram dengan baju baru. Wooo.

KENDURI RUMAH MOKHTAR SALLEH





















































Kenduri kahwin anak Mokhtar Salleh selamat berlangsung tengahari tadi.

Antara yang hadir dan sempat di ambil foto ialah YB Datuk Mat Sirat, Shaari Mat Jelas, Mansor, Mastura dan Sahara beserta suaminya.

Mansor menjadi juru fotonya.

YB Mat Sirat baru kembali dari Mekah pada Khamis lalu.

Hamidah Daud pun hadir tetapi tak sempat bergambar dengan rakan lain.

Yang hebat ialah Sahara dan Mastura - dari jauh mampu hadir.

Saya ada program kahwin juga di Masjid UIA, KL


NOSTALGIA 78

Reunion Munshi 78 pada 10 Mei lalu sesuatu yang bersejarah bagi saya.

Tak terfikir saya akan berjumpa dengan Zaini Samani yang menghilang dari saya sejak 1986 lalu. Selepas keluar Munshi, saya berjumpanya semula pada Januari 1983 dan sempat bermalam sehari dirumah sewanya di Kg Baru, KL, sebelum saya berangkat ke Jitra Kedah bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi. Apabila balik ke KL pada 1986, saya hanya dapat berjumpa beberapa kali sahaja. Selepas tu, apabila saya aktif dengan parti, masa memburu sahabat tak sempat lagi dah. Zaini hilang entah ke mana, rupa-rupanya balik ke kampong sendiri.

Si Mastura yang sama dengan saya di UKM pun terus ghaib sejak 1983. Top-top jumpa di Beijing pada 2001 semula.

Mat Aris saya jumpa dan hanya sempat berbicara sekejap sahaja apabila beliau singgah makan d Restoran Haslam pada tahun 1990 an dan selepas tu tak jumpa langsung.

Si Mokhtar Ahmad sempat berjumpa sekali di rumahnya di Wangsa Maju pada 1986 dan selepas tu hilang entah ke mana sehinggalah berjumpa semula pada reunion.

Oleh kerana arwah Tajuddin dan Juwita tinggal di kawasan Tampin, maka selalulah saya jumpa dengan mereka.

Berita Hidayah pula saya perolehi dari abang iparnya yang sama bertugas dengan saya di JPK Malaysia.

Nama-nama lain langsung saya tak jumpa sehinggalah reunion pada Mei lalu. Bagi budak-budak 6 Sains, yang tak tinggal seasrama, manalah saya tahu nama mereka untuk diingat dan dijejak semula. Tetapi kini, mereka seolah-olah sahabat yang amat rapat semasa 1978. Pokoknya kau bekas Munshi 78. Ha ha.

Selepas pemergian Tajuddin Othman, berita sahabat-sahabat mulai sukar diperolehi. Nasib le Suhdi, Shamsudin, Hayati, Juwita, Sharifah Nuri, Basir menjadi sebahagian agent James Bond menjejak semua rakan Munshi 78. Kejayaannya hampir 100%. Nun jauh di Kota Tinggi dan di Baling pun dapat kita jejak sahabat-sahabat kita. Sharifah hampir disaman kerana membuat panggilan misteri untuk menjejak sahabat-sahabat Munshi.

Tidakkah kita sedih apabila Hayati menjejak sahabatnya yang akhirnya diketahui sudah tiada lagi. Si Rohana pula menjejak Fauziah Hashim dengan mendengar berita sedih, Fauziah yang telah kehilangan suami tercinta.

Demikianlah memori 78 sehingga terjadinya perjumpaan terbesar Munshi 78 di Melaka, Mei lalu. Bukan mudah nak berjumpa semula sebegitu. Yang indah datang sekali sahaja.

KENDURI MOKHTAR SALLEH

Sms Mokhtar Salleh, 6 Sains 1978 ke Mansor Kassim :

Salam. Saya Mokhtar Salleh dengan segala hormatnya mempersilakan tuan/puan ke majlis perkahwinan puteri saya Mastura pada Sabtu, 2 Januari 2010. di KM 32, Kg Pulau, Masjid Tanah Melaka.

Mansor mengesahkan Mokhtar menjemput semua rakan Munshi ke kenduri ini.


HIJRAH - PANDANGAN SEKILAS

Tahun baru Hijrah dan Masehi agak rapat tahun ini. Muharam bagi umat Islam banyak sekali perspektifnya. Saidina Umar ra yang menjadikan Muharam sebagai bulan pertama di dalam kalendar Islam dan menjadikan Hijrah Rasulullah sebagai tahun asas bermulanya Tahun Pertama Hijrah.

Apa-apa yang diperkenalkan oleh sesiapa selepas Rasulullah tidaklah dianggap sebagai ibadat tetapi merupakan sebahagian budaya ummat Islam. Selagi budaya itu tidak bertentangan dengan akidah dan syariah, bisa sahaja disambut. Soalnya apakah tafsiran kepada sesuatu sambutan.

Sambutan Hijrah memberi implikasi besar kepada ummah. Ia menggambarkan bagaimana Rasulullah disingkir dari Mekah kerana perjuangannya menyampaikan dakwah Islam yang ditolak oleh kaum keluarga dan bangsa sendiri. Selepas Hijrah, Rasululah berperang banyak kali dengan golongan sebangsa dan wilayah sejiran kerana mahu membebaskan manusia dari perhambaan kepada ideologi ciptaan maanusia. Rasulullah masuk semula ke Mekah dengan bala tentera, menyerang negeri asalnya, negeri sanak saudaranya. Kalau zaman sekarang Rasulullah akan dikatakan sebagai pengkhianat negara!!

Itulah Islam, ianya melampaui darah daging, negeri, negara dan wilayah. Perjuangannya kerana nilai kebenaran Islam yang sejagat.

Sempena Hijrah, kita masih belum mendapat jawapan - mengapa negara-negara ummat Islam yang paling tinggi kadar kemiskinan dan kadar rasuahnya. Walaupun amalan ritual seperti solat, puasa dan haji begitu tinggi kadar kesedarannya, tetapi etika dalam pengurusan dan perkhdmatan awam jauh lebih teruk dari negara barat yang sekular.

Entahlah, pensil kecil yang hilang pun kita sedar, inikan jet yang besauuuu.

Yahaya, bila kau nak balik. Jangan lupa tanah air sendiri...

JAMUAN SAMIAH SALIM

Mastura melaporkan bahwa yang hadir ke kenduri Samiah Salim pada Sabtu lalu ialah beliau sendiri, Zaini, Juwita, Adam, Hayati dan Rosnah Md Isa.

Maznah ponteng ke datang lewat?

Katanya bukan main enak kari kambing.

Sementara itu Zakaria Osman bermalam pada sabtu lalu di KL bersama familinya.

Saya meronda ke Kelantan, Kuala Terenganu dan sampai di KL menjelang malam ahad. Banyak sungguh kenderaan sepanjang perjalananan.

Agenda 2010 yang pertama ialah kenduri Jamaliah Yusof di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa. Kalau nak bersantai, orang Melaka tidurlah di KL.

KE KELANTAN LAGI

Saya ke Kelantan pada jumaat ini. Ada majlis kahwin di rumah mertua adik saya di Machang. Oleh kerana sudah 3 orang anaknya berkahwin, saya tak pergi; maka kali ini kena pergi juga. Nanti ditudoh tak bersedara lak. Ha ha.

Jika sempat, saya ke ladang labu di Pasir Mas. Kok ada yang boleh dimakan, saya akan angkut ke KL. Sedap jika dibuat cekodok labu. Wooo.

Bagi kekawan yang tak ke mana-mana, jangan lupa majlis kenduri kahwin anak Samiah Salim di SM Datuk Naning pada Sabtu ini. Tak salah tidur di A famosa sambil menonton perarakan beburung. Yang tak tahan apabila sang gadis Aladin pun berarak dengan pakaian Arab Jahiliah. Hal kecil ini pun tak boleh dibuat peraturan oleh Pihak Berkuasa yang memberi lesen.

Oh Malaysiaku.

Jumpa Isnin depan ya...

JAUHNYA AZIZ BERBESAN

Dua tiga hari lalu Aziz Mat Yasin ke Rantau Panjang, Kelantan kerana urusan pertunangan anak sulongnya. Mak oi, jauh sekali sahabat kita ni nak berbesan, dah dekat dengan Thailand tu. Nasib baik selamat dari banjir.

Dah balik dari majlis bertunang, barulah Aziz bagi tau saya. Kalau tak boleh juga saya mengikutnya. Saya ada adik yang tinggal di Pasir Mas.

Aziz sibuk dengan kerja dakwah di musim cuti sekolah. Manalah saya sangka Aziz yang pendiam pada 1978, kini rajin buat kerja ziarah menziarah mengajak orang ke masjid. Nampak senang tetapi belum tentu Basir yang berjuang di Afrika sanggup buat kerja tu. Ha ha. Dr Majezan lagilah tak mahu buat kerja tu fasal dia sibuk dengan falsafah syair perahunya. Wooo.

Sementara tu, Yahaya Ghani sedang jalan-jalan di London. Jenuh beliau minum kopi memanaskan badan. Ini emelnya yang saya terima Sabtu lalu:

Salam sahabatku......
Apa khabar????? semalam kami sekeluarga di London snow tebal giler airport heathrow pun snow nasib pesawat MAS bisa mendarat syukur.....
Kami sekeluarga sekarang melepak di rumah anak di Dublin Ireland....nampaknya kat sini pun adalah sikit2 snow & temp pun - 1 deg C ni sejuk UUUUU
Kalu ada berita2 menarik saya akan cit-cat nanti OKKKK

KENDURI SAMIAH SALIM SABTU DEPAN

Puan Samiah Salim, 6 Sastera 1, menjemput kita semua geng Munshi 78 ke majlis kenduri anak perempuannya pada Sabtu, 26hb Disember 2009 bertempat di Dewan SM Datuk Naning, Simpang Empat, Alor Gajah, mulai jam 12 tengahari.

Oleh kerana lokasinya dekat sangat dengan tol Simpang Empat Tampin, maka taklah payah kita nak ke sana.

Puan Samiiah dan suaminya tak berapa sihat la ni. Elok sangatlah kita menjengah mereka sambil berjamu selera. Beliau tetap hadir program reunion pada Mei lalu walaupun kurang sihat.

Rasanya inilah program pertemuan terakhir kita pada tahun 2009 ini. Datang jangan tak datang.

No Tel Puan Samiah 013-656 0993.

Saya tak dapat hadir kerana ke Kelantan lagi untuk majlis kenduri di rumah adik saya di Machang, Kelantan. Harap Mokhtar dan Zek melayan kekawan Munshi yang datang nanti. Disamping tu panjangkan jemputan ini kepada kekawan yang tak mampu menjengah blog ini. Al maklomlah...he he he.

KENDURI AKIKAH DI ALOR GAJAH

Tengahari tadi geng pompuan Munshi 78 sahaja yang meronda pula. Kali ini mereka berkumpul di rumah Rohaya Rahmat di Alor Gajah sempena kenduri akikah cucunya Rohaya.

Maznah, Sharifah Nuri dan Mastura dari Kajang. Manakala Rohana Hashim dan Umi Kalsom dari Seremban.

Dengar cerita ada orang sesat kat Negeri sendiri. Ha ha.

Tak bagitau Suhdi dan Kamarudin Arshad ke?
















SAHKAN KEHADIRAN KE KENDURI JAMALIAH


Peta ke lokasi majlis jamuan perkahwinan anak Jamaliah Yusof. Sila klik.

Insyallah saya suami isteri akan hadir. Bab makan mana boleh tolak. Nak makan dengan tangan boleh tak?. Ha ha. Dr Majezan biasa dah membedah orang, maka senanglah makan dengan garpu. Wooo.
















Kad jemputan majlis perkahwinan anak Jamaliah Yusof. Sila sahkan kehadiran anda ini samada melalui blog ini atau sms ke HP Jamaliah 013-341 7740.


JALAN JALAN MENCARI TUHAN

Hidayah Bahari ke Mekah pada Jumaat, 18hb Disember bersama suami dan 2 orang anaknya.

Sharifah Nuri pula akan berangkat pada 23hb Disember, juga bersama suami dan 2 orang anaknya. Mungkin depa berdua akan bertembung di baitullah agaknya jika dizinkan Allah.

ASP Redzun telah pun selamat tiba dari Mekah 2 hari lalu.

Mengikut rekod di Amerika, kadar penceraian paling tinggi ialah pada bulan Disember kerana sang isteri tak puas hati kepada sang suami yang tak membawa mereka cuti jalan-jalan cari makan. Begitulah senario di barat. Nasib baik di Malaysia suaminya pengasih - bukan sahaja jalan jalan cari makan tetapi jalan-jalan berjumpa Tuhan. Wau.

Kalau tak bawa anak isteri ke luar negara - pi lah ke Taman Templer pun ok. Boleh terbayang sajak T.Alias Talib berkaitan dengan Taman Templer. Tasik Kenyir pun ok juga. Boleh memancing ikan kelah yang besar-besar. Sedap oi.

Saya dok memikir - dimanakah reunion tahun depan yang terbaik tempatnya. Kali ini kita bermalam makan steamboat buatan Mastura. Cadanglah tempat kesukaan anda. Kali ini bersantai sahaja supaya tak penat Zakaria Osman dan Mokhtar Ahmad bermesyuarat mengatur program. Kita bagi tau tempat dan tarikh aja dan masing-masing tempahlah tempat tidur mereka sendiri. Wooooo.

TRANSIT DI KB

Saya berada di Kota Bharu kini. Esok pagi ada di KL, insyaallah.

Kepada Zek, maaf kerana tak ajak ke rumah Norsiah tempohari.

Dua minggu terakhir ini saya sibuk dengan program luar, walaupun kaki berbungkus. Ada beberapa jemputan sahabat yang saya tidak dapat hadir.

Syok juga membaca ulasan dan sms kekawan berkaitan lawatan saya ke Selatan Tahailand. Secara mudahnya saya ingin menjawab bahawa sejarah perlu dilhat secara adil dari pelbagai perpekstif ketika ianya berlaku. Sejarah 10 tahun sebelum merdeka adalah satu dekad yang begitu pantas, gawat dan komplikated. Hanya kepala yang dingin sahaja, mampu memberi pertimbangan yang adil kepada para aktivis sejarah ketika itu.

Kalau Dr Majezan berada pada era pasca perang dunia kedua, barangkali beliau pun akan diISAkan oleh pemerintah British dan menyertai mana-mana golongan penentang British.


MENZIARAHI KAK NORSIAH WAHAB

Petang semalam selepas solat Jumaat kami ke Klang. Dari KL, saya, isteri saya, Mastura dan Hidayah bersama satu kereta dan berjumpa dengan Sahara, suami Sahara, Hanim dan 2 orang puteri Sahara di Tol Shah Alam.

Lebih kurang jam 4.15 petang sampai di rumah Norisah yang sedia menanti kami. Banyaklah yang kami bualkan. Malah ada cerita yang melucukan kami apabila Hanim sendiri lupa bahwa Norsiah Wahab inilah yang membeli rumah Hanin di Taman Ehsan beberapa tahun lalu. Yang ingat ialah Kak Norsiah sendiri. Hanim pun lupa dan kini teringat semula. Apa lagi saya pun berkata kepada Hanim - "apa sudah jadi daa".

Si Mastura pula yang berdekatan dengan kampong Kak Norsiah, rupa-rupanya ada bau durian dengan Kak Norsiah.

Sudah dua tahun Kak Norsiah mengalami komplikasi buah pinggang dan beliau telah pencen awal. Beliau berkhidmat di Kementah kali terakhir.

Sebelum balik kami dijamu dengan nasi minyak pelbagai lauk pauk. Kari kambing pun ada. Mastura bukan main syok meratahnya. Sambal udang pun ada. Kesian Maznah tak dapat merasa.

Semua salam sahabat - dari Juwita dan Sharifah telah disampaikan. Sumbangan sahabat sahabat pun telah disempurnakan. Baru saya terasa reunion pada Mei lalu "tersempurna" selepas dapat menziarahi sahabat yang tidak dapat hadir program reunion kerana sakit. Bagi yang sihat dan belum berjumpa datanglah ke mana-mana program anjuran kita. Atau jemputlah kami makan cekodok di rumah anda. Kita masih menjejak Zaleha Abu, Badariah Lajis, Rohana Mat Jais, Salamah dan Hawa.

Bertemu jangan jemu. Berpisah jangan gelisah. Ikatan sahabat sehingga akhirat.

Esok saya ke Selatan Thailand selama 3 hari. Jumpa pejuang kemerdekaan. Wooo.

LAGI AKSI DI KENDURI JAMILAH HASHIM

Ini gambar geng 6 Sastera 2 lagi yang hadir ke majlis kahwin anaknya Jamilah Hashim. Datuk Kamaludin, Kamariah, Hanim, Datin Saodah, Shamsudin Yusof ada dalam gambar ini.

Saya tak pasti suami Hanim, suami Jamilah atau suami Saodah di bahagian belakang tu. Yang pastinya di kiri sekali ialah suami Kamariah. No 2 dan no 5 tak kenal.

Yang depan tu saya kenal Kamariah -no 1 dari kiri,No 2- Saodah, no 3 - Hanim, no 4- Jamilah, no 6- isteri Shamsudin.

Sahara - please fill in the blanks. Ha ha.

Menurut empunya cerita, Sham, Datuk K, Jamilah, Sahara, Saodah dan Hanim pernah sekali sekala bertemu selepas keluar Munshi.

YATI TERBANG KE MIRI ESOK

Biarlah Zakaria dok terperosok di Bernas Alor Gajah tu. Tolong jaga bekalan beras di musim banjir. Kekawan lain mula terbang sana terbang sini.

Petang esok Hayati Harun terbang ke Miri, Sarawak pula untuk berkursus atau memberi kursus selama 5 hari. Kalau sempat mungkin beliau menyusup gua Niah mencari sarang burung. Ha ha. Demi keselamatan, Hayati menyediakan pengawal peribadinya. Siapa lagi kalau bukan kakanda Hj Hamsa. Wooo.

Nampak gaya habislah beras bukit di bawa balik oleh Yati kita nanti. Kalau tidak, ikan masin terubuk. Maznah dok nunggu tu. Ha ha.

MANSOR KEMBALI DARI PUNCAK KINABALU

Petang semalam Mansor dan pelajar puteri IPPM selamat kembali ke Melaka dari puncak Kinabalu.

Katanya, "Akhirnya dengan penuh kepayahan dan kesukaran, cabaran Kinabalu berjaya diharungi. Terasa betapa kerdilnya diri ini".