TULISLAH PERASAAN ANDA

Majlis reunion berlalu sudah.

Tak ada siapa lagi yang mengantar emel untuk merakam perasaannya. Sila tulis dan emelkan kepada saya.

67 comments:

Teman 6sas1 said...

Tak siapa yang tahu aku masih teringatkan mereka dari hari pertemuan yang baru berlalu.Namun hanya tuhan yang tahu apa tang tersirat.Yang paling jauh dengan kita adalh masa yang telah lalu yang mana ia tak akan kembali lagi.Wahai teman teman ku k kalau jam itu boleh jalan kebelakang aku rasa alangkah baiknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

CT Nuur said...

Sejak aku balik dari Reunion tempohari, ada sesuatu perasaan yg aku sendiri tak tahu mcm mana rasanya. Betapa aku punya kwn2 yg begitu baik dan tidak sombong w/pun punya jawatan yg tinggi....Segala nostalgia disekolah,dikelas dan di asrama semua muncul kembali. Masa itu itu kita semua ceria, tak pernah fikir masaalah....sekarang kita semakin matang dalam meniti usia. Syukur kita pada allah kerana dipanjangkan umur dan dipermudahkan dalam semua urusan. Peluang Reunion tempohari hanya dtg sekali, rugi sape yg tak datang......

Apa yg dirasakan oleh teman 6sas1 tu sama seperti yg aku dan teman2 yg lain rasa...
Semoga dapat berjumpa lagi, isyallah ....Terima kasih saudara Ali dan AJK lain dlm menjayakan majlis kita.

miskin harta kaya budi bahasa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hayati said...

Apa yg dikatakan oleh Zaini, itu pandangan peribadi beliau, sekurang2nya ada juga yg nak diperkatakan dalam blog kita ni. Dia beri pandangan guna nama sendiri, tak guna nama samaran kerana tak nak baling batu sembunyi tangan. Bila kita memperkatakan sesuatu, sebaik2nya jangan menyentuh peribadi seseorang. Kalau usik2 tu biasalah, saja nak menghangatkan suasana, kerana nak bergurau senda seperti zaman persekolahan dah tak sesuai lagi, walaupun kadangkala tersasul dan terlupa diri seketika. Berkenaan dgn sahabat kita si Zaini, beliaulah dibelakang tabir disebalik kejayaan majlis reunion kita. Cuma dia tak nak menonjolkan diri, dan beliau menyumbang dari segi kewangan untuk majlis reunion tempohari. Pada hari reunion, beliau baru selesai kendalikan kurus anjuran BTN, dan sepatutnya tak dpt datang, tapi beliau usahakan juga hadir untuk jumpa rakan2. Itu lebih baik daripada yg tak datang langsung. Tak usahlah ungkit apa2, yg penting majlis reunion selesai, kawan2 dapat berjumpa semula. Harapan saya, selepas ni Koperasi Munshi78 dpt direalisasikan. Dgn cara ini dpt merapatkan hubungan sesama rakan dan mudah2an ada sumber kewangan untuk reunion akan datang. Sekadar RM 500 - 1000 pd usia kita ni, mudah2an tak jadi masalah, terserah pd yg nak masuk. Itu pun suka2 je, untung sabut timbul. Yg penting ada org yg nak organise koperasi ni, kita cuma keluarkan duit je. Siapa yg tak nak tanggung risiko, tak perlulah joint, dan jangan menuding jari kalau projek yg koperasi jalankan tak menjadi. Kita tau Ali usahakan projek2 yg ada kontrak pasaran. Kita pun ada Md Jadi, Mat Aris Bakar, Yahaya & Majezan yg pakar dlm bidang bisnes & pertanian yg akan beri khidmat nasihat projek ni. Kita yg dalam bidang angka sawan, boleh bersantai2 tengok angka, kalau meningkat seronok, kalau menurun jangan kena sawan pulak. Lainlah kalau tok Ali kita ni nak adakan projek ladang tongkat Ali, barulah boleh dipertikaikan. Tak maulah dia sorang akhirnya yg pegang tongkat tu, si Suhdi dapat pandang je dari jauh. He he

Maznah said...

Slam, Yati dan teman2 yg lain.
Sebelum majlis Reunion, saya begitu teruja nak datang, mcm2 saya bayangkan. Apabila tiba masanya kita berjumpa, bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain bagi melepaskan rasa rindu selama 3O tahun tak jumpa. Tapi bila selesai majlis ada pula rasa yg tidak berapa enak didengar, dibaca dsbnya... Kita lupakan aje, kan sebelum berpisah kita minta maaf sekali lagi takut kita tak dpt bersua di lain Reunion. Ambil aje pandangan yg positiv, jadikan panduan dalam kita meniti usia emas ini.
Tentang koperasi tu, setiap pernigaan dan perlaburan mesti ada risikonya. Contoh kwn2 kita yg ada perniagaan sendiri seperti Saudara Ali, kita tak tahu jatuh bangunnya dia dalam membena empayer perniagaannya sehingga ketahap sekarang. Marilah kita bersatu padu dalam mengutuhkan siratulrahim agar kita, keluarga senantiasa berada dalam keredaan yg maha esa...

Amin......

mohdaminrohani@ymail.com said...

Assalamualaikum wr wbt kekawan semua.

Sebelum reunion :

Saya rasa macam masih bersekolah di Ting 6 Atas. Bila bangun tidur terasa macam nak pergi sekolah (Munshi). Terasa tension sebab nak ambil STP tahun ni. Lepas fikir-fikir, baru teringat, memanglah nak pegi sekolah sebab saya memang guru. Lega rasanya sebab tak perlu ambil STP lagi. Rupa-rupanya tension sebab t/jawab menyerahkan kad jemputan kepada guru belum selesai lagi. Kusut juga fikiran. Di mana nak cari mereka dan sentiasa membayangkan perasaan saya bila bertemu mereka kembali selepas 31 tahun tidak berjumpa. Selalu berbincang dengan Basir apa yang terbaik untuk persembahan slide.

Semasa reunion :

Riangnya hati bukan kepalang. Seronok dapat jumpa kekawan lama yang dirindui dan terharu apabila melihat guru-guru kita sanggup datang. Penat lelah mencari mereka terasa terubat sungguh ! Tak tahu nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Kekawan dtg dengan semangat 78 - tak ada perbezaan - amat mesra! Syabas !

Selepas reunion :

Lepas pulang terasa macam terawang-awang ! Fikiran menerawang jauh. Macam tak percaya pertemuan yang amat bersejarah seperti itu boleh menjadi kenyataan. Semuanya macam mimpi. Selama ini kita berhubung di alam maya saja. Tiba harinya, semua kawan dan guru muncul di depan mata. Macam tak percaya. Selalu terfikir lepas tu - bila kita boleh berjumpa lagi seperti itu ya ?

Che Pah said...

Salam,
Sebenarnya dlm cuba merealisasikan reunion ini memang banyak perkara yg berlaku.Dalam cuba menjejak kengkawan memang kadangkala terasa peritnya dan bila tiba reunion terasa indahnya sbb dah jd realiti.Yang lama tak dengar khabar berita muncul tiba-tiba.Yg selalu bercakap melalui telefon tiba2 terpampang depan mata bukankah satu yg indah.Memang tidak dapat dinafikan ada yang tercuit dan terusik perasaan.Tetapi cubalah kita buang mana yg keroh dan ambik yg jernih dan yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.Memang tidak dinafikan penubuhan koperasi memang bukannya mudah tp tidak dinafikan juga banyak koperasi yg berjaya.Cubalah kita semua berfikiran positif sebagaimana moderator kita kalau beliau boleh mengumpulkan kita pd.10 Mei yg lalu why not kita cuba koperasi,saya percaya dgn kehadiran Md Jadi,Mat Aris,Dr Majezan,Yahya dll tidak mustahil ianya berjaya spt 10 Mei.Macam Yati kata kita yg angka sawan ni memadai tengok2 dan bagi semangat aje.Yang pastinya saya sejak awal lagi dah sokong moderator kita.

basir said...

Salam untuk semua sahabat. Saudara Ali telah membina Blog MUNSHI78 sejak bulan Jan 2009. Idea ini diteruskan kesinambungannya oleh sahabat2 yang berjaya mengesan hampir keseluruhan penuntut2 Munshi78. Kemuncak kepada usaha jejak kasih ini adalah pada tarikh keramat 10 Mei 2009.
Sahabat2 semua teruskan hubungan silatulrahim ini. Perkara2 remeh temeh kita jauhkan. Jangan timbulkan syak wasangka antara satu sama lain. Kita semua ni dah dekat senja. Blog ini mesti terus dihidupkan. Maznah, mastura, hayati, cik Pah ,sahara,amin ,aziz, imam Zol, Mansur, Zeck Osman,Anna,YAG, Dr Majezan CT NUUR,kharis, kak Ringgo, Maria, karim, noorsir dll layarilah blog ini setiap hari. kau orang nak cerita kampung ke, cerita masak ke, jual Alpa Lipid ke, poco-poco ke asalkan kau dapat memeriahkan lagi blog ini. Kami seronok baca cerita kau orang ni. Jangan jadikan teguran peribadi si Miskin harta kaya budi bahasa kepada saudara zaini dijadikan alasan untuk kita kurang berblog selepas ni. Hai sahabat2 semua sama2 kita berdoa dan buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi. eeeeh macam cerita P Ramlee lak.
Ada juga sahabat2 bertanya hoi basir kau ni tak de keja terbang ke kesana kemari. Aku jawab aku pakai ilmu cap R bin I. Sampai sekarang aku tak bagi lagi jawapannya. Belum sampai masanya aku juga macam cik CT NUUR tu takut langgar pantang...........
Jangan lupa geng kl jumpa di restoran Haslam rabu ini. Kata Ali ada surprise nanti. Maaf mak dara yati dan Hasnah tak dapek den nak menolong kau orang kali ni. Sussah ajak aziz dia kan ada lesen k/terbang. Semalam Aziz belanja makan dan dia ni pun dah banyak turunkan ilmu dia pada aku dan isteri dia pada isteri aku untuk jadi lebih uuuump....Fikirkan yang positif ummmmmmmmp keakhirat lah.... dilain kali aku akan cerita macam mana rasa rindu dendam aku pada sahabat2 semua.

Maznah said...

Slm, Tuan Basir, aku dengar kau turun ke Alor Gajah hari Jumaat jumpa senah, aku mcm tahu kau ada kat sana, aku tiba2 tel senah, dia kata Basir baru balik jumpa aku, dia bawa cucur udang.....teringin aku nak makan sama, klu kau gi Alor gajah kau belilah sosnya ye. Tapi cucur udang sekarang tak sesedap zaman 70an,,, masa aku bertugas di Pejabat Daerah / Tanah th 1979 hingga 1984. Maaf pada semua kwn2 jika dalm blog ni aku terkasar bahasa.
AKHIR KATA CERIAKAN BLOG KITA DALAM SUASANA YG HORMONI...

basir said...

OK Maznah nanti aku belikan 10 botol untuk kau. Aku serah DVD pada senah masa tu jam 4 petang teringat kau cakap cucur udang tu aku terus beli untuk keluarga aku dan juga kawan ku senah. Rest kejap nak magrib dah ni.

Anna said...

Kawan-kawan,
Tersentuh rasa hati bila membaca luahan rasa kawan-kawan di atas. Lantas hati teruja untuk menyambung rasa hati tersebut.
Memamg tiada siapa terduga akan pertemuan itu.Bila selesai menonton vcd yang baru diambil dari Basir termenung saya seketika. Tak dapat untuk saya terjemahkan rasa hati di dalam catatan ini.Sedih,gembira,terharu dan tak percaya silih berganti.Entah bila dapat bersua dalam suasana begitu lagi.Namun begitu ada sedikit sesal di hati saya di hari tersebut.
Rasa sesal tersebut ialah saya tak puas berbual dan bertanya khabar dengan semua kawan-kawan pada hari itu.Terutama kawan-kawan AJK seperti Yati,Hasnah,Mariamah,Sahara,Jaamat,Abdullah dan Sudhi.Mungkin saya hanya duduk di meja dan hanya melihat agenda demi agenda. Apalah salahnya jika saya bangun dan pergi dari meja ke meja.Sudah pasti saya dapat berjumpa dengan semua kawan-kawan,sekurang-kurangnya dapat juga saya bersalam dan bertanya khabar.Menyesal pulak rasanya saya.Rasa nak ulang majlis tu semula..Bila difikir-fikir memang tak boleh hilang rindu 31 tahun tak bertemu hanya dengan perjumpaan selama 4 jam cuma...

mastura said...

Lepas ni kita buat ia lebih santai, tak perlu formal sangat.. Hadiah tu , tak de pun tak pe.. Hari tu memang tak dapat berborak dengan yang jauh seperti Kharis, Zainudi, Uji.. Terharu saya bila 3 orang ni datang.. Kita di kl dan melaka akan selalu berjumpa...Mudah2an Allah akan permudahkan urusan kita dan pertemuan kita. Semalam Sara dah mula menziarah saya di kajang... Datanglah wahai kawan2 ....

Maznah said...

Mas, smlm Sara ajak gi kedai kau kat Kajang, aku gi org kahwin kat Putrajaya dan terus ke Serdang umah Norlida Baba....maaf le Mas...rasanya aku nak ke kajang juga, mungkin Sabtu, nak tempah baju kat Kak Zah Tailor (sederet dng Czip Lee)
Dia Jahit sedap pakai, walau pun mahal... aku tempah 1 tahun 2 helai aje, sbb mahal, nak tempah baju untuk raya....Klu kau cadang nak ajak kita mkn, beritahu le....

Yag said...

Salam sahabat semua,

Saya rasa semua kita merasakan perkara yg sama teruja, ceria, gumbira, kesal pun ada pasal tak dapat sembang dgn semua al-maklum limited time hahaha....

Cumanya kita yg pangkat besau jangan sombong yg pangkat kecik / xde pangkat jangan rasa kerdil kita anggap semuanya kawan setia kita selamanya.

Tkasih Basir & geng coz dah emailkan info & contact no ex-SMMA78........

Saya baru saja menghubungi Darussallam,pengarah penjara kajang rupa2nya dia tinggal di sec tambahan je dekat bebenau dgn gumahku hehehe
Lepas ni kita dah plan nak mengeterrrrrrrr kat restoran Ulam sec8 hohoho......
Gitulah hebatnya kau Ali bikin blog bisa kumpulkan kekawan lama .... semuga ALLAH jua yg membalas jasamu.... muga seraimu bertambah wangi ...mukamu bertambah seri....kekekek...

mansor said...

Semalam, aku bermalam di seksyen 7, Bangi. Kontak Razak Kanapiah. Lebih kurang pikul 10 malam, Razak K sampai dan kami berborak di Restoran Yus sampai lebih kurang 12.45 malam. Macam-macam yang kami sembangkan, terutamanya tentang reuniaon kita yang lalu. Macam tak percaya bahawa reunion kita mendapat sambutan walaupun 31 tahun tak jumpa. Cuba bayangkan.. ada yang sama kampung, tapi jarang berjumpa. Ada yang sebelah kampung, tapi tak pernah bersua... Ada yang bersaudara, tapi dah lama tak bertemu muka. Hanya 10 Mei 2009 yang dapat mempertemukan mereka. Walaupun hati teringatkan kekawan lama, tapi tak tau dimana mereka dan juga bagaimana mahu menghubungi mereka. Tiba-tiba ilham menjelma untuk mengadakan reunion. Terima kasih kepada sahabat yang mengutarakan idea. Syabas dan tahniah juga kepada tenaga kerja, samada yang berada dibarisan hadapan, mahupun dibelakang tabir. Tanpa usaha kalian semua... dari sekecil-kecil usaha hingga sebesar-besar sumbangan, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kepada komen-komen samada yang positif mahupun yang negatif, terimakasih juga diucapkan. Tanpa komen-komen dari sahabat, blog kita tidak akan meriah. Kepada saudara moderator, saya rasa saudara sudah amat masak dalam soal ini. Kepada kekawan yang terasa, anggaplah komen-komen yang negatif sebagai perangsang kepada kita dalam memperbaiki diri. Kita tidak boleh memaksa mereka.
Dalam sembang-sembang ngan Razak tu, ada juga timbul idea kalau AJK KL yang anjurkan nanti, cuba kalau boleh elakkan perjumpaan kita diadakan di hotel. Kalau boleh kita buat ditempat yang lebih santai.... misalnya di Pengkalan Balak ke.. atau di Tanjung Bidara. Masa tu kalau ada pasangan dan anak-anak, mereka boleh menghabiskan masa dipantai... takde le terasa menunggu lama..oklah nanti aku sambung lagi.

maznah said...

Mansor, klu setakat makan kat Restoran Yus, tempat kami sekeluarga je tu, knap tak ajak sekali kwn2 yg dekat dng Bangi, boleh mereka join sekali. Tentang cadangan buat kat Pengkalan Balak and Tanjung Bidara, memang teman setuju bebenor... kerana kampong teman tu (maaf cakap longat Perak pasal suami teman org Kuala Kangsor- Sayong). Nanti saya, Mastura, Maimunah dan kwn2 yg sama waktu dngnya akan jadi org kuat menjayakan majlis itu nanti. Insyallah, klu diberi kesihatan yg baik....Amin

Yag said...

Salam sahabatku Mansor.....

Ngapa kau sembang tak panggil aku Yag_0193564397 24hrs on...... Lain kali kalu hang takde secret apa2 personal ke jangan lupa ajak AKU join sama tadi pun Darussallam (rumah dia kat sec4 tambahan) ajak jumpa kat restoran YUS tu aku pun tak tahu apa pasal dia suka kat situ mungkin Teh pekat kot.....
Opp lupa pulak malam tadi kami AJK penduduk sec8 meeting kat gumah aku di no84, jln8/7 sec8 bbbangi kami selesai meeting 11.59pm ni kerje orang2 nak pencen SUKA RELA hahaha....

Puteri tegar said...

SIR WINSTON Churchill berkata: “A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty.”

(Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran).

Hang Jebat Baik said...

Puan Hayati,

Mahatma Gandhi berkata: “Fear has its use but cowardice has none."

(Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna.)

mAZNAH said...

Slm, saje aku nak bagi pandangan... apa yg diperkatakan oleh miskin harta kaya budi bahasa itu bukanlah dari hatinya...cuma gimik aje..Dia nak tengok adakah kwn2 kita ni mempunyai satu perasaan, sikap serta semangat yg begitu utuh dalam mempertahankan kwn2 mereka yg terinaya. Dia nak tengok, ada kwn yg bila susah sama-sama susah dan bila senang sama-sama senang. Bak kata perpatah CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN TERASA....

ALI MAIDIN said...

Saya suka "menunjuk perasaan" dijalanan tetapi tak suka melahirkan "perasaan hati". Oleh kerana Amin dah luahkan perasaan, maka saya luahkan jua.

Selepas solat subuh - saya gembira kerana nak jumpa kekawan yang langsung tak pernah jumpa - Aziz, Anuar, Yahya, Norsir, dan tak tertulis nama lain.

Tetapi semakin hampir di tol Melaka - hati rasa sebak kerana teringat nak jumpa cikgu lak.

Selepas reunion, selepas solat maghrib, makin sedih kerana teringatkan betapa Cikgu Jaafar sanggup datang ke reunion kita dan terkesal saya tak hantar dia sehingga ke keretanya sebelum beliau balik, lantaran sibuk dengan ramai rakan yang juga sibuk nak balik juga.

Inilah yang saya nak postmortemkan program kita ni - ada tak kita iringi cikgu sehingga beliau balik.

Amin, kau buatlah sajak ke surat ke kepada cikgu kita yang datang tu dan mohon maaf jika kita tak dapat melayan mereka secukupnya.

Che Pah said...

Betui Maznah aku pun nak cakap Perak juga,sebagaimana aku kata semalam dalam menjayakan 10 hb Mei memang tidak lari dari tercuit dan terusik itu sebab aku tekankan yang baik jadikan teladan yg buruk jd sempadan.Maznah kau nak gi Kajang hari Sabtu datangle hari Ahad aku tunggu kau ajak Ida sekali,Mas dan sesiapa yg sudi nak ajak En Sudhi kita dah jauh kalau gitu Md jadi pun tak apa pasti jadi.Nak keghumah aku pun boleh pilih saje mana kenan dihati.Nanti aku boleh order satay Pak Man.Hari Sabtu aku kena gi 3 tempat org kahwin lepas tu sebelah petang aku kena hadiri majlis kenduri tak gi tak patut pulak.Boleh kau antor sekali Alpha lipid kau tu.Kalau jadi kata jadi tetapkan masa.Mas kau kontek daku sekali rumah dia dekat2 rumak kita tau.Sarah dgn Hanim rasanya no problem Wani adakan Sarah jd dah ada driver.

Sahara said...

Salam semua Sekarang ssaya dah naik tingkat bukan pangkat. Dah pindah ke Jab. Belia Dan sukan Negara. Kena belajau perkara baru jadi masa saya sibuklah sikit, nak berblog pun nampaknyas kurang.

noorsir said...

Sahabat semua..
Aku (orang melakakan) kadang kala rasa kalau boleh nak jumpa selalu.. tetapi masa tak mengizinkan..
Baru buka blog.. lama tak buka . out station ke trengganu kita.Terperanjat dan teruja melihat rakan-rakan kita kita beri pandangan.Aku melihat usaha Pak Ali kita perlu diteruskan.Blog ini perlu terus hidup walau apapun yang berlaku.Medan terbaik untuk kita berbicara tanpa melihat wajah,medan terbaik untuk kita mengetahui perkhabaran sahabat kita.Medan terbaik untuk kita memujuk rayu rakan kita yang merajuk.Biarlah orang nak kata apa apatah lagi sahabat.. biarlah.Saya dah lali memikirkan apa orang kata.Apa yang penting saya boleh bercakap dengan Ali,Bashir,Majezan,Mokhtar,Amin,Karim dll sahabat saya .Moga blog ini dapat lebih merapatkan hubungan.30 tahun berpisah tidak boleh diubat hanya berjumpa setakat 4 jam..Mohon pada sahabat yang berlalu kalau ada silap dan kalau ada terkehel tinggalkan di Ayer Keroh.. biarlah air di sana terus keroh..asal kita akan terus jernih.. untuk kita kongsi bersama pengalaman,cerita suka duka dan mungkin ada di antara kita bakal berbesan... syukur. panjang persaudaraan.
Pada sahabat yang telah bersusah payah menjayakan reunion kita.. biarlah apa yang sahabat lakukan sebagai Ibadah untuk amalan kita.Ikhlaskanlah.Semoga jumpa lagi sahabatku kalian.

mansor said...

Lain kali kalau modal dah cukup, kita jangan biarkan cikgu kita drive sendiri untuk datang reunion. Kalau boleh kita hantar limo untuk jemput dan hantar balik. Kita tunjukkan pada cikgu-cikgu kita bahawa kita memang menghormati mereka, dan tidak akan membiarkan mereka keseorangan ketika kita bersembang ngan rakan-rakan. Kalau boleh kita tetapkan seorang LO untuk menjaga setiap orang cikgu cikgu kita. Amacam, ada setuju ka...

noorsir said...

Ai.. bab tu aku setuju Mansor.Senang nak urus.Takle cikgu dan isterinya agak bersendirim. Tapi aku rasa hari tu dia dikelilingi oleh rakan-rakan kita cuma aku je tak dapat lama ceta dgnnya. Meja untuknya dah disi oleh rakan kita.. tak apa aku pun tak kecil hati.. raikanlah guru kita.dan jadi tanggung jawab kita raikannya.. tak gitu.

ALI MAIDIN said...

Emel dari Haris bahari:

ANA UCAPKAN TAHNIAH DI ATAS USAHA ANTA EGITU KAGUM SEKALI MENGANJURKAN REUNION INI. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA ANTA INI. ANA SEKELUARGA TERHARU DAPAT BERTEMU SEMUA SAHABAT LAMA YANG DAH LAMA TAK JUMPA. ANAK BERANAK ANA BEGITU KAGUM SEKALI DENGAN KEMESRAAN ANTARA KITA WALAUPUN SUDAH 30 TAHUN TAK JUMPA. SEMOGA KITA DIKETEMUKAN LAGI. TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA ANTA SEBAGAI MODERATOR, KEPADA SEMUA AJK YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN REUNION INI. ANA TABIK KEPADA ANTA SEMUA. MAY ALLAH BLESS YOU ALL.

HANG JEBAT BAIK said...

Jika nak mudah tetapi kena ada understanding semua - kita buat badan amanah 9 orang saja. Bagi duit kat mereka. Mereka uruskan. Setakat satu projek tak payah tubuh koperasi ke syarikat ke. Lagi jimat belanja.

Maznah said...

Slam, kwn2 semua, tak payah le nak guna nama samaran.... tulis aje nama sendiri, mcm Mastura Bachik tulis nama penuh.

Ok nak masuk Maghrib, aku nak tunai solat berjemaah dgn suami.

Anuar dan Karim sahabat karib,
Jom, kita sembahyang Maghrib,

mohdaminrohani@ymail.com said...

Salam Ali dan rakan2.

Memang betul kata Noorsir tu. Sebenarnya memang cikgu2 kita tak keseorangan sebab ramai kekawan kita secara bergilir-gilir melayan cikgu2 kita tu. Macam dirancang2 pula. Shamsuddin, Zolkapli, Kamaluddin, Aris, Mokhtar, Mansor, Ali sendiri dan beberapa orang lagi termasuk isteri Aziz dilihat menghampiri meja cikgu2 kita. Cuma bak kata Ali, kita tak terpikir nak escort mereka hingga ke kereta masa pulang. Memang tak perasan.
Tapi kata kawan2 kita yang ada di luar dewan, mereka sempat melambai-lambai cikgu2 kita masa kereta mereka beredar.

Ok Ali, aku sambut saranan kau. Aku akan buat kad ucapan terima kasih daripada kita untuk mereka dan minta maaf jika ada apa2 kekurangan.
Wassalam.

noorsir said...

Ok. Min baguslah.Kau buat kad terima kasih pd cikgu kita... (sori brader macam arahkan kau je). Sebab aku bab tu ade tak pakar.Minta maaf pada meraka jika ada kekuranga. Tak ada duit stem kau email kat aku atau SMS nanti aku ajak kau minum kat Jasin .. member lain boleh join.

mohdaminrohani@ymail.com said...

Beres Noorsir. Aku rasa elok jugak kita buat reunion untuk member Jasin aje... Kita pun ramai kat sana...Tamaii, kau, aku, Aziz, Johari, Kaveri. Kalau boleh kita ajak cikgu Md Daud sebab dia kan orang Nyalas. Member2 lain yang ada bau2 bacang orang Jasin macam Zainah Bakar pun boleh join sama. Amacam ?

mansor said...

Amin, aku pun orang Jasin jugak. Boleh join tak?

noorsir said...

Ok Gak tu. Tapi ada sahabat kita lepas tu doik diam aje.Tak respon kat blogpun. Asyik-asyik kita aje,maznah,basir Yati,mansor,Ali,Sara,..Dulu ada juga Karim,Zakaria,Kharis.. tulislah sesekali bang oi.Rasa rindu sahabat macam kita selalu jumpa.Ini dok beku aje. apahal ni sahabat..

mastura bachik said...

Maznah aku respon pendapat mu. Dalam dunia hanya ada satu Mastura Bachik yang lahir tahun 59. Aku tak perlu nama samaran untuk berjaya dan naik pentas... Ibu bapa kita dah sempurna memberi nama kepada kita.

Razak Kanapiah said...

hIDUP mASTURA!!

maznah asnawi sabri said...

Slm, Mas, noorsir, org yg sama tulis dalm blog ni,
asyik2 kita aje, mcm pelajar AF pula, maklumlah tengah popular, cuma tak ada Afundi aje....

amin said...

Mansor nak join ? Boleh, ditanggung beres ! Yang lain2 nak join pun boleh. Tapi orang KL jgn dtg sb jauh. Nanti abis duit tol aje...

Che Pah said...

Mas,
Hari ni kau pegi makan tengahari ke?.Macam Maznah juga ada pesanan penaja kalau kau pegi tolong ambik cd sekali ya.Insyaallah dlm minggu terdekat aku gi kat kedai kau.Hati ni teringin sgt nak pegi nak jumpa Kak Odah, hari reunion tak sempat nak berbual panjang tp nasib tak baik dah kena buat sesuatu yg tak dpt dielakkan.Insyaallah kalau diizinkan Allah kalau tak hari ni di lain masa.

zainiSMN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
noorsir said...

T.Kasih Zaini.. Saudara sahabat yang hebat.
Itupun sudah cukup beri peranan untuk kita sama-sama berjumpa.Malah lebih besar dari yang lain.
Biarlah ianya menjadi kenangan yang manis buat kita.Buat Yati dan rakan-rakan lain yang telah bersusah payah melaksanakan program ini.Kami rakan-rakan yang lain-lain hanya doakan apa yang telah diusahakan mendapat ganjaran yang setimpal.Begitu juga sahabat lain yang telah menyumbang tenaga,masa dan air liur untuk memujuk rakan lain.

hasnah said...

Aku rasa akulah orang paling rugi hari tu sebab tak sempat nak berbual dan bermesra dengan rakan sekelian yang hadir hari tu . Apa tidaknya hanya sempat sekadar peluk cium rakan-rakan perempuan dan bertanya kabar dengan rakan lelaki,lepas tu sebok kembali menguruskan tugas yang telah diamanahkan.

Nasib baiklah ada sessi bergambar dan rakaman video utk hari tu,kalau tidak tentu saya terlepas utk merakamkan saat-saat bahagia kita semua.

hilang rasa penat dan letih semasa melayan rakan2 sekelian, bila melihat kerenah rakan-rakan yang dah 31 tahun tak jumpa. Macam Astro lak..macam-macam ada, kecil tak besar-besar macam sarah dan Norlida, yang besar2 macam jaamat dll ,yang dah jadi pembesar pun ada.

Kenangan tidur serumah walaupun utk setengah malam bersama Mas,yati,sarah,hanim dan pah takkan dilupai. Juga pada Sapiah yang rajin bawa kami gi round2 malam tu.

Semuga apa yang dirancangkan (spt pertubuhan koperasi Munshi 78 dan perjumpaan Hariraya) terkabul hendaknya dan bolehlah kita semua bertemu kembali. InsyaAllah .

maznah said...

Ape hal mcm nak gaduh aje dlm blog ni.....harap jng dipanjangkan perkara ni. Hayatilah lirik lagu P. Ramlee, Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih, Baru teguh siratulrahim kita.

Insyallah. Makin kita dewasa,makin kita matang dalam banyak perkara. makin kita belajar, masih banyak perkara yg kita tak tahu....
Memaafkan semua orang adalah satu perkara yg sangat mulia.

Pesanan Penaja: MINUMLAH ALPHA LIPID untuk
kesihatan anda.

amin said...

Salam Zaini,

Kaulah orang yang Hayati maksudkan tu! Dia ada beberapa kali sebut dalam mesyuarat hari tu, tp tak sebut nama. Aku ucapkan terima kasih bagi pihak kawan2. Apa pun, yang penting kita dapat teruskan persahatan. Memaafkan orang yang bersalah kepada kita satu perkara yang mulia di sisi Allah SWT. Spt kata Maznah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Wassalam.

hayati said...

Amin, yg saya sebut dlm mesyuarat bukan dia. Tu kawan kita dari KL, yg sponsor door gift, dia pun tak bagi sebut nama.

zainiSMN said...

Salam..sebenarnya saya telah meminta pihak mederator blog ini utk memadamkan komen saya sahaja..kerana saya rasa telah hampir menjejaki siapa miskin harta kaya budi bahasa tu...

mastura bachik said...

Syarat2 reunion ialah no kelas, no politik, no pangkat, no Dr, no Dato... kita ada lah f6 78. Tak ada perasaan cemburu, prasangka dan tersirat.. Semua berperanan.. melahirkan persahabatan yang kurang pada tahun 78.. Kita da biasa hidup dengan protokol, undang2, pangkat dan kedudukan.. Biarlah Re union memaniskan hidup kita.. membetulkan jalan2 yang bengkok, meredakan kesakitan antara kita.. Tak gitu Razak Kanapiah?. Aziz da nak belajar mcam mana dari Hotel Califonia kepada Imam satu dan juru nikah

Razak Kanapiah said...

hIDUP mASTURA!!!

mastura bachik said...

Pertemuan lebih bermakna dari makan yang lazat . Ia datang dari dorongan Allah jua. Kalau Allah tidak meniupkan nur macam mana sibuk dan penting ke kita ia akan berjumpa. Razak k tak pernah kenal Ali Maidin pun.. Ali hanya kenal Roy dan Mastura 6a2.. Semua ini yang menjadikan reunion kita bermula dan bererti... Tak payah di tanya apa faedahnya kita bersama.. Pahalanya Allah je yang memberi.

Razak Kanapiah said...

hIDUP mASTURA!!!!

mansor said...

Sebelum Reunion, aku memang tak cam Ali, Yati, Senah, Suhdi, Jaamat, Super Mokh dan ramai lagi kekawan kecuali member-member Sains. Namun semasa mesyuarat reunion pertama, barulah aku berjumpa mereka. Tak sangka, geng munshi '78 adalah yang terbaik. Yang lain-lain, walaupun hanya berkomunikasi melalui blog, seolah-olah memang dah kenal lama.
semasa reunion, suasana seolah-olah kita dalam satu keluarga besar yang begitu mesra. tanpa mengira pangkat, darjat dan kedudukan. Itulah istimewanya geng munshi '78. Semoga kemesraan terus berkekalan. Kepada Zaini, tak pe lah.. tak payahlah dicari siapa si MHKBB, kerana beliau juga adalah ahli dalam keluarga besar kita. Sikit-sikit terasa tu adatlah, kerana dalam keluarga yang besar, bukan semuanya akan bersetuju dengan cara kita. Wlaupun kita telah buat sehabis baik. Begitu juga dalam AJK Reunion, kita juga adakalanya tidak sekata.
Apa-apa pun geng munshi '78 adalah yang teerrbaaiiikkk.

amin said...

hIDUP mANSOR!!!

maznah said...

Slm, aku pun setuju apa yg dikata oleh mansor. Peristiwa esok , kita tak pasti apa yg akan berlaku, manalah tahu dalam kita dihimpit musibah, musuh kita yg akan membantu. Itu semua kerja allah....
Biasalah Zaini, adik beradik ada kalanya tak sependapat dan sehaluan....itu dalam perut ibu yg sama... ini kan pula orang lain...
Bagi aku kwn2 munshi 78 adalah yg terbaik.
Wassalam.

mastura bachik said...

Hidup Maznah! Pandainya orang kampong aku ni bermadah siapa lah yang mengajau dia... Mansor nanti saya balik kampong kita mengeteh kat pengkalan balak, suami si maznah pandai berborak.. Saya selalu beli ikan dan bawa balik ke kajang kat telok gong tu . Suami saya suka ikan parang dan ikan duri atau mayong buat asam pedas... Fresh .

maznah said...

Mas..kita kan kelas sastera, setakat bermadah ini mainan bibir aje... Mas, klu kau masak asam pedas kau gunakan rempah melaka ke (ketumbar), kerisik. Aku mesti guna rempah Melaka dan kerisik barulah best. Bila kuahnya lebih, esok panaskan cicah dengan cucur atau lempang....
Klu balik kg, aku beli rempah tu kat Masjid Tanah kedai Kak mon...buat stok...
Telok Gong - laluan kita masa sukan merentas desa dulu - lalu tepi laut....

hayati said...

Maznah, kuah asam pedas tak masuk ketumbar dgn kerisik. Yg awak sebut ni masak lade namanya. Telok Gong tu kg mak saya, ramai suku sakat saya kat sana.

maznah said...

Hey,Yati, kau belum rasa lagi asam pedas campor ketumbar (goring dulu baru Blender) campor kerisek, tradisi turun temurun mak aku...tumis isi alba sikit....mungkin asam pedas kau lain kot...Masak lade tu aku memang tahu le...
Cuba kau bg resepi asam pedas dan masak lade tu...aku nak cuba dan apa bezanya dng asam pedas mak aku... Aku pun ada saudara disebelah nenek di Telok Gong tu, entah2 kita sama2 ada saudara disana....

hayati said...

Asam pedas tu guna cili je, jangan lupa sedikit kunyit, dulu2 pakai kunyit basah, sekarang yg serbuk - cari yg ori. Bhn tumis bwg putih ,bwg merah, kalau suka tambah halia,halba atau halba campur. Kuantiti agak2 le, yg biasa masak tau le nak agak byk mana. Lain2 samalah dgn kuah asam pedas awak tu. Nak tambah bau boleh isi serai dgn daun limau purut, atau daun kesom, atau apa2 yg sesuai. Masak lade guna cili, ketumbar,lada hitam, jintan manis &jintan putih, kunyit - blender. Payah2, beli rempah kari yg dah siap, adabi, alagappa, dll. Bahan tumis macam nak buat kuah asam, tapi tumis sekali kulit kayu manis & bunga lawang. Bila rempah dah garing, masuk sikit kerisik, masuk air asam pekat, masuk ikan, didih sikit - tambah air asam yg cair - rasa asam garamnya ikut selera masing2. Ikan yg sesuai, ikan tenggiri, ikan duri, ikan otek, cencaru, atau mana2 ikan yg awak suka.

maznah said...

Yati, mlm tadi aku jumpa Mastura di kedainya. Aku tanya dia, yati kata masak asam pedas dia tak isi ketumbar dan kerisik, Mastura pun kata, kita punya isi. Aku hadiahkan dia sedikit ketumbar, kerisek n belacan....tak tahu le dia buat ke belum.... Tapi elok juga kau bagi resepi, boleh kita pelbagaikan....
Klu rajin buka laman web MYResepi- pelbagai resepi....
Mas, suami aku dan Kak Long anak aku ucap terima kasih belanja makan sate...

Che Pah said...

Maznah,kalau balik lg kampong belikan aku rempah kak Mon kau tu aku nak masak asam pedas pulak.Suami aku ada keturunan Minang jd gulai lomak cili api kegemaran dia aku dah biasa diPenang & Melaka kari dan asam pedas paling aku suka selain gulai tempoyak org perak.Kalau ikan parang masak asam pedas mak mertua lalu depan matapun tak nampak tp tak apa mak mertua aku dah tak ada.
Sarah semenjak naik tingkat ni diam aje.

Maznah said...

slm, yati, ikan otek tu ikan ape ye....agaknya aku kenal, mungkin kg aku sebut lain kot

Razak Kanapiah said...

Ikan otek? dah 40 tahun aku tak dengau. Boleh tak sapa-sapa engkau orang cerut dalam plastik masak asam pedas yang engkau orang ulang-ulang tu, kemudian masukkan ke pigeon hole 84 PPDHL, baru real. Air liuh aku sampai jatuh berjejes kat atas keyboard ni. Kalau tidak, ambik gambau satu pinggan, antau/ he-mail pada Ali, biau dia buat satu posting. Kan Ali? Ha ha.

maznah said...

Kesian kau Razak, nanti aku masak, letak kat kedai mastura sbb dia ada peti ais (sejuk beku) isi aneka makanan utk dijual. Kau dah lap ke air liur yg berjejes sampai ke keyboard tu, nanti rosak key board, tak dapat berblog lagi...

Sudah difikir berkali-kali,
Ikan Otek tidaklah dikenali,
Tel saja sama si yati,
Tidaklah menjadi teka teki,

Penat sudah kita meneke,
Bukan sekali, tapi berkali-kali,
Ikan Otek ke, ikan parang ke,
Masak asam pedas sedap sekali,

Che Pah said...

Amboi Che Nah kita pandainya berpantun,kesian tengok Razak K tu takpe nanti kita tukau menule dari buat sambal kau buat masak asam pedas ikan otek ke parangke yg penting pakai rempah Kak Mon kau tu.Nanti Razak kempunan susah, meleleh aje air lior dia macam mana nak buat perhimpunan pagi depan guru & murid.

hayati said...

Maznah, ikan otek tu sama spesis dgn ikan duri, cuma saiznya kecik, sekor boleh kerat 2 je. Macam ikan parang juga, yg kecik disebut ikan cabuk. Aziz tak tau nama ikan ni, sebab masa kat kg dia banyak benda yg tak makan. Tapi bila dah kawin, dah kena air tangan Sapiah, semua dia belasah.

Maznah said...

Yati....Klu ikan duri memang le sedap masak asam pedas.
Ikan cabuk memang aku kenal sangat. T/K le Yati sbb menjelaskan jenis2 ikan. Pah, klu kau nak sikit rempah kak Mon tu, kat umah aku ada stok, nanti dtg umah, sambil makan asam pedas, nanti aku bekalkan bahan2 utk asam pedas...

mastura bachik said...

Ikan otek tu sedapnya buat asam pedas taruk bendeh. Dia macam ikan mayong atau ikan duri.. Kalau dia bertelor aku merajok kalau dioarang tak simpan untuk aku. Hoi Razak kau kawin dengan orang mana sampai ikan otek pun tak pernah naik kat rumah kau.? Belum lagi ikan tamban cekek leher, ikan belanak, ikan sisa nabi, haram kau tak kenal agaknya..