RAZAK TAHAN KERETAPI

Ini aksi istimewa sehari sebelum reunion pada 9 Mei. Razak Husin datang awal untuk sembang dan makan malam bersama geng sekteriat reunion. Razak datang dengan motor rempitnya. Balik Serdang pada malam tu juga dan sampai rumah jam 3 pagi.. Esoknya datang lagi untuk reunion pula. Tak ke gila namanya tu. Kawan punya fasallah....

18 comments:

Razak Kanapiah said...

Motor kapcai putih depan dia tu lah motor rempit dia. Itu yang sampai rumah pukul 3 pagi. Air Keroh - Serdang ambik 4 jam. Nasib baik esok tu aku tumpangkan dengan F1 aku. Respon Zak, respon. Jangan tak respon.

razak.hussin said...

Selamat Hari Guru,
Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang begitu indah semasa reunion tempuh hari. memang ianya telah memberi & meninggalkan kenangan yang begitu indah sekali.

Bayang kasturi aku tanggalkan
Daunnya lebat aku lurutkan
Sayangkan isteri aku tinggalkan
Kehendak sahabat aku turutkan.

Cikgu Razak sebenarnya takut sesat,jadi dia ajak aku temankan.Hari Sabtu pula aku servey dahulu supaya hari Ahad kami tak sesat.Sama2 le cover line.Kalau moto capcai putih tu betombong bontot aku nak menyampaikan.he he he...

CT NUUR said...

Slm, bukan sayang isteri kau tinggalkan, pasal naik motor kapcai, naik 2 org, takut tak samapi ke Ayer Keroh.....aku balas pantun kau ye...

En Razak pergi ke Pekan,
Pergi ke Pekan membeli ragi
Gembira sungguh bertemu rakan,
Insyallah,tahun hadapan buatlah lagi.

mastura said...

Bila ditanya Razak Husin kenapa tak bawa bini, bukan dia takut bini , dia jawap apa?... bukan re union dia... ye tak ye juga.. kalau re union bini kau razak jangan kau mengada-mengada nak mengikut pulak.. Dua dua selamat .. Aku da lama setuju.. tiba2 pulak jadi skema.. Saya baru cadang Ali, ada ketika kita berjumpa hanya ahli sahaja...Ali kata "dia terima je".. Razak aku bimbang Ali yang takut bini.. he he

CT NUUR said...

Slm, mas, aku pun setuju jumpa ahli sahaja. Tapi dewan ari tu sempitlah, nak jln jumpa kwn2 pun tak selesa nak jln. Lain kali kita buat kat dewan lebih besar. Bayar lebih pun tak apa....
Ali tu bukan takut bini, tapi sayang bini daa...

kharis said...

Sebenarnya kita belajar dari pengalaman. Apa yang berlaku adalah pelajaran yang terbaik bagi kita. Oleh itu untuk tahun depan kita boleh buat yang yang lebih baik. Walau bagaimanapun ia tetap hebat. Biasanya yang pertama inilah yang akan tersemat kukuh dalam ingatan kita.

hayati said...

Masa nak buat reunion, lebih kurang 50 orang yg confirm nak datang, termasuk keluarga 120 orang. Dewan ditempah untuk 150 orang, kalau datang 120 orang, memang besarlah dewan tu. Sebab ada sesi pujuk memujuk rakan2, jumlah yang nak hadir hampir 190 orang. Tak dapat tukar tempat lain, sebab deposit dah bayar lebih 2 ribu. Itu pun jenuh juga kami nak dapatkan sponsor dari rakan2 untuk top-up perbelanjaan sebenar reunion. Perbelanjaan yg disponsor dalam 5 ribu. Itu tak termasuk kambing, sumbangan rakan kita Samiah Salim. Kalau fee reunion RM 50 perhead, kot dewan tu jadi tersangatlah besaaau dan sejuuuk pulak. He he.

CT NUUR said...

Slm, Yati, aku tak dpt bagi sponsor apa2lah, sekadar meraikan aje.....walau mcm mana pun jutaan perhargaan utk AJK khasnya untuk Yati, Senah, Mastura, Hanim, Saripah, Marhamah,Sarah dll (klu terlupa) yg sanggup tinggalkan suami, anak2 demi meraikan hari yg bersejarah itu.

Tapi jng sebut selalulah dlm blog kau org mkn ikan bakar kat Muara SG Duyung, meleleh air liur aku..... takut kempunan aku buat ikan bakar sendiri kat umah cicah air asam dan kicap campor cili api.

basir said...

Wahai CIK CT NUUR siapa mak dara ni guna le nama sebenar.

majezan said...

Tahniah untok kesemua wargakerja Reunion,saya rasa apalah salahnya kita bawa keluarga,sekurang2nya boleh anak2 kita belajar dari pengalaman kita dan merapatkan silaturrhim.Bak kata siAli,manalah tau kita bebesan sesama kita.
Maaf lah; BETA POHON SEMBAH DERHAKA,sbb lain kali beta akan bawa kerabat beta jua adanya.

(sorry lah,malaslah asyik jadi hamba rakyat je ,sesekali nak juga rasa jadi raja,Ali jadi mamak bendahara aku)

CT NUUR said...

Wahai Basir, CT NUUR kwn kau kat KL aje... Belum masa aku nak perkenal diri, takut langgar pantang. Untuk makluman kau, CT NUUR tu nama singkatan anak2 aku....Yg perempuan dimulai dng SITI dan lelaki dimulai dng NUUR, cuba teka. agak2 siapa ye....

basir said...

Hayya cik CT NURR perempuan dekat2 tua
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memang takut jalan kalau tutup mata
Sebab takut terpijak lubang indah water.

Jawab22222. Ingat pesan orang Ivory Coast.

KGB ,FBI n M I6 aku info CIK CT ni nama bermula J...... Macam tukang tilik lak ada pantang2. Tukang urut kita Dollah tak de pun pantang2.....

CT NUUR said...

Tuan Basir, tak payah nak teka, nanti bila kau dah pindah kat SG Besi dan buat Reunion kat umah kau, klu dijemput aku akan menyerah diri, masa tu dak ada pantang2 dah.

Takut terpijak lubang Indah water,
Jangan jln tutup mata,
Masa Reunion silap kata-kata,
Harap maaf, semoga semua sejahtera.

Aku memang suka pantun, itu sebab aku masuk kelas 6 sastera.....

noorsir said...

Aaaa aku setuju kata Majezan dan mamak Bendahara Ali.. bawa bini dan keluarga ..Aku tak bawa anak,semua kat asrama.
Tak ape yati dewan tu.. Yelah jemputan dan panggilan terakhir kenkawan.. maka ramai last minit ramai datang.. oklah.Yang penting kita jumpa..tak kira bawah pokok pun tak apa lepas tu buat main sorok-sorok macam anak kecil, dan main jelon atau hantu galahlagi seronok.
Manatau nanti boleh berbesan.. kata isteri Aziz.Panjang persahabatan..

Razak Kanapiah said...

Komen ini membatalkan komen no 1 di atas. Masa aku nak ambik Razak pagi 10 Mei tu, ada dua biji motor besau tu kat rumah dia. Dia suruh aku bawak satu. Aku kata, takut terlepas ke JB, tak perasan susur Air Keroh. Bila patah balik, terlepas lagi sampai ke Bukit Kayu Hitam. Dari Mat Rempit jadi Samseng Jalanan kitorang. Last sekali kat Sepital Melaka. Re-reunion.

mastura bachik said...

Razak k, kau tengoklah yang sedang menunggu kedatangan dia ialah aku.. Masa dia datang dengan motor ninja dia haram semua orang tak perasan ingatkan budak kutu mana.. Mat jadi macam nak gila menunggu dia.. Melopong mulut si Aziz tengok si Razak .. Rosyam Nor pun kalah... Petang kat restoran siti zubaidah bergelas2 mat rempit ni minum... malam sambung kat muara pulak.. Ninja ni memang kuat makan rupanya..

Anonymous said...

lawa la moto pak cik razak.....
nak pinjam boleh??

mastura bachik said...

Hoi anak ku , jangan buat keja motor ninja dia tu kena pinjam baju dan seluarnya sekali.. Sebiji macam ninja...