Cikgu Abd Rashid Hj Yaakob menjemput semua bekas pelajar Munshi 78 ke majlis perkahwinan puterinya bernama Shahrul Mashita pada Ahad, 7 Jun, 2009, jam 12 tengahari hingga 5 petang di Pos 10, Jalan Masjid, Batu 3, Parit Bunga, 84000 Muar.
Ramai kekawan Melaka akan ke sana pada masa yang sama. Mereka akan menunggu di Tol Tangkak antara jam 2-2.20 petang dan berangkat bersama-sama ke rumah Cikgu Rashid. Ketua rombongan ialah Mohamad Amin, no tel: 012-222 9607. Sila hubungi beliau jika mahu bersama dari Tol Tangkak.
Manakala Shamsudin Yusof akan pergi sekeluarga kerana rumah kakaknya dekat sahaja dengan rumah Cikgu Rashid tu.
Nampak gaya banyak lagi kenduri kahwin kita akan pergi selepas ini. Ha ha.
Ramai kekawan Melaka akan ke sana pada masa yang sama. Mereka akan menunggu di Tol Tangkak antara jam 2-2.20 petang dan berangkat bersama-sama ke rumah Cikgu Rashid. Ketua rombongan ialah Mohamad Amin, no tel: 012-222 9607. Sila hubungi beliau jika mahu bersama dari Tol Tangkak.
Manakala Shamsudin Yusof akan pergi sekeluarga kerana rumah kakaknya dekat sahaja dengan rumah Cikgu Rashid tu.
Nampak gaya banyak lagi kenduri kahwin kita akan pergi selepas ini. Ha ha.
27 comments:
Slm, buat cikgu Rashid, Selamat menyambut menantu dan didoakan majlis berjalan dengan baik.
Insyallah.
Utk kwn2, dlm keseronokan kita berblog, sekali sekala bukalah blog bulan Februari, dan cari tajuk AKU TAK LAYAK MASUK SYURGAMU....banyak yg kita dapat apabila menghayati lagu2nya. Puji-pujian bagi allah semoga kita sentiasa berada dlm keredaannya. Aku paling suka ayat INGAT LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA..banyak maksud yg tersirat didalam kita meniti usia emas ini..... Amin
Salam kawan2,
Setakat ni nak pegi saya, Aziz, Mokhtar, Yati dan Shamsuddin. Ali dan Basir bagaimana? Yang lain2 tak kontek pun? Kalau nak pegi, responlah dalam blog, supaya cikgu tahu berapa orang nak datang. Cikgu Rasid memang harap kita datang. Apa pun saya tunggu di Tol Tangkak hingga 2.20 ptg. Kalau tak, boleh pergi sendiri berpandukan alamat yang cikgu beri. Berjumpa kita di rumah Cikgu Rasid nanti....
Amin kalau jadi aku akan tel. Niat hati nak gi, kabau nya rumah cikgu ni banyak buah duku. Lepas kenduri kita serang kebun dia kot. Amin, Senah, MEM BESAR kita tu 2/3 hari ni senyap ye. Dia kursus dimana dan bila.
Basir, senah terlebih makan cucur udang, kepedasan agaknya. Itulah aku suruh minum alpha lipid tak nak..... Aku baru balik dari umah Che Pah, Kami bertemu bertiga sahaja, aku ,pah masturah. berborak dari kul 3 ptg sampai 6 ptg, nasib baik suami aku dan suami Pah orng Perak, senanglah kami bercerita....seronok sangat.
Terlanjur tu aku hantar alpha lipid pada Che Pah dan Mastura...pada kwn2 yg betul cuba, cont aku ye...
Min, nanti aku pandai-pandai le pujuk suami aku malam ni nak ajak gi rumah cekgu rashid nanti.Walaupun lambat lagi tak sabarnya nak jumpa kawan2 semula . Aku nak bayar balik masa aku yang terbuang masa kat reunion tu..Kau dah sampai rumah ke..atau ajak Mashita dan anak2 keluar makan malam...
Hasnah jangan lah cakap macam tu reunion tu pahalanya dan faedahnya dalam jangka panjang. Orang yang menghidangkan makanan lebih besar pahalanya dari orang yang memberi makanan. Setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya. Kalau kau datang kl saya dan pah bawa kau jalang2 zoo negara, muzium negara, tugu negara... Ha ha tadi best makan me pandai Che Pah . Dia pandai buat puding sedap ... Pergi lah guma cikgu Rashid saya banyak nya kenduri kat sini... Kenapa la orang ni tak sabar nak kawin hanya cuti sekolah.. Hari lain pun sah kawin juga...
Mas, nanti klu ada jodoh, aku akan buat majlis kahwin anak aku bukan hari cuti sekolah. Tadi masa umah Pah lupa nak tanya, anak lelaki kau dah ada yg punya ke.... klu susah2 kita berbesan aje... org kampong senang berunding....
Hasnah, jadi ke beli blender tu? Khusyuknya merenung Cina tu buat temberangnya. Lama kami perhatikan gelagat awak. Cuma awak tak perasan.
Pukul 11 mlm tadi baru sampai sebab singgah di rumah orang tua di Bukit Katil. Kami mungkin tak jadi beli 1 dapat 1 percuma tu.... Orang rumah saya seronok dapat jumpa awak... ramah dan mesra katanya. T kasihlah.
Basir, Yati ada bgtau isteri aku, dia pergi kursus di Pulau Pangkor. Dia bawa suami dan anaknya tp tak tahu berapa lama.. Jangan kacau orang nak honeymoon (entah kali yg ke berapa..)
Kali ke barapa Yati??
Senah,bukan setakat zoo negara kitaorang bawak kau pegi aromaterafi kedai Ali mengancam u tp kena bgtau masa dan hari baru boleh rancang.Aku,Mas dan Cik Nah kita nak gi kedai Ali tapi harinya suprised....
Mas,hari tu aku dah cuba nak bersoreh dengan anak Cik Maznah kita tu umurnya baru 23 tahun aku bukan apa sbb anak aku tengah belajau lagi yg sulung tu 22 tahun tengah buat degree di UITM tp dia kata lepah ni dia nak ambil ACCA.Jadi aku tak jadilah nak besan dengan Cik Nah kita nanti andartu pulak anak dia jd aku nak rekomen kat kau.Buat kata Mazanh org sekampung senang.
Pah, ini semua jodoh, allah dan susun.Kita sebagai ibu bapa berdoa yg terbaik utk anak-anak,
insyallah akan dimakbulkan. Yg penting kita mohon senantiasa berada dlm keredaan dan rahmatnya.
Pesanan: Ingat lima perkara sebelum dtg lima perkara
Maznah, Pah, Mas, korang cadang nak berbesan2 ni anak2 dah setuju ke. Anak2 kalau mak dah suruh, kena patuh pulak cakap mak bapak. Jangan paksa anak, nanti dapat cucu banyak (ambil kata Razak Husin)
Amin, saya tak dpt pegi rumah cikgu Rashid. Hari tu 3 staf saya kawinkan anak. Saya pulak kena handle kursus mulai 7 - 26 Jun ni, sibuk sikit le masa tu. Saya kurus di Pangkor 2-5 Jun, sambil tu bawa sekali family. Saya banyak keja skrg ni, nak batal kursus tak sampai hati pulak, sebab dah janji dgn anak2 nak bawa dia org ke Pangkor. Sebab tu nak minta tolong Karim & Jaamat edarkan dvd pd rakan2 lain.
Kursus sambil merayau, syok oi...
Yati,sembang2 aje dng Pah, bak kat P.Ramlee dlm filemnya...kita tengok siapa yang kena....
Gi Pangkor jng lupa beli sotong, aku nak yg ada kosong, tak nak yg ada gula..
amin..kau pkul brape smpai umah ckgu rashid??aku dgn fmily aku ada kat muar mse tu..bleh trus peg..
Kita target sampai pukul 3.00 petang.
Wahai Ali bawa lah saya ke rumah cikgu Rashid , balik nanti saya belanja cendul dan air kelapa. Saya paling jauh drive melaka je... Lagi sikit nak masuk Geng kereta sorong.. Yati, sarah , hasnah, hanim. Sorang lagi ada lesen gantong Che Maznah kita . Azam pak we dia jadi drebar. Suka sangat suaminya pencen awal.. senang dia nak beli blender dan ikan bilis nak buat sambal...
Aku jadi perwakilan muktamar Pas le. Ha ha. Takkan tak tau...
Dijamin kalah.
Mastura, awak beri ceramah SPM subjek apa? Jadi pemeriksa kertas ke?
Sejarah spm, stpm, pmr pun. Cuti ini saya da mula beri ceramah teknik menjawap pmr di kem2 motivasi yang di buat oleh sek atau swasta.. Kenapa? Dulu memang saya pemeriksa tapi sekarang da tak larat.. Tapi saya selalu hadir kursus panel soalan selangor .. Saya banyak modul2 Kadang kala saya beri ceramah dengan Razak K di surau atau madrasah.. Kemah2 Ibadat diorang. Teknik jawap upsr, kafa.. Saya nak berbakti ...Bukan kerna duit...
Salam, Saya Hari Sabtu akan ke Batu Pahat dan Muar ada kendurikahwin staf suami. Balik ari tu juga sebab Ahad jiran pula buat keunduri kahwin anaknya. Agaknya kalau saya singgah hari Sabtu rumah cikgu Rashid tu boleh ke. ?
Salam Amin aku tak dapat hadir rumah cikgu, ada tugasan penting di Kelate.
Basir,Klu ke Kelate, beli keropok ikan yang sedap bila digoreng. Nanti letak kat kedai Ali, sbb aku and the geng nak ke kedai Ali dlm cuti sek ni, Tarikh tak tentu lg....nak bagi GEMPAK...kat Ali,
Nak pekena Ali belanja mkn kat Restoran Haslam, sbb aku tak dpt makan pada 27hb ari tu...Ali, klu terbaca ini cerita, sila ambil perhatian dan tindakan selanjutnya....
Sarah jadi pegi rumah Cg Rasid hari Sabtu ke? Nampaknya kena tolong rewang la. Agaknya nenas yang kami makan hari Ahad tu, kau lah yang potong ke? Patut le semuanya senget !
Mastura, saya saja aje tanya soalan tu. Drpd jawapan awak, saya tau le awak ni cikgu yg glamour/popular atau tidak.
Post a Comment