CIKGU MOHAMAD DORAMAN

Dah habis reunion baru terjumpa bekas guru Tingkatan Enam Sains 1978. Yang paling kelakar guru tu depan mata hari-hari. Bacalah emel Mansor Kasim selanjutnya:

Assalammualaikum geng.

Kau tau tadi aku jumpa dengan cikgu Mohamad Doraman yang sama-sama mengajar di IPPM.

Dia tau kita buat reunion pada hari ahad lepas. Dia dapat info dari cikgu Razak Che Ngah.

Haram aku tak tau bahawa dia pernah mengajar kelas kita orang pada tahun '78 dulu. Aku dah tua agaknya. Yang paling dia ingat ialah Md Jadi. Katanya di pernah bagi penampau kat Md Jadi sbb tidur atas lantai kelas. itu aku tak tau.. kena tanya Md Jadi.

Sorang lagi yang dia ingat ialah imam. So... aku pun minta maaf banyak-banyak kat dia sbb terlupa yang dia pernah mengajar kita orang. Aku janji kat dia yang aku akan minta maaf melalui blog kita

Kepada Cikgu Mohamad Doraman, hari ini saya telah menunaikan janji untuk meminta maaf banyak-banyak pada cikgu... next reunion kita orang janji tak akan lupakan cikgu.
Kepada kekawan terutamanya Md Jadi, Zul dan lain-lain disertakan gambar aku ngan cikgu Mohamad Doraman (cikgu fizik kau orang)

Mansor Kasim

11 comments:

zolkaplyyunus said...

Aku pun baru ingat Cikgu Mohamad Doraman. Masa aku bertugas di Munshi tahun 2003, dia selalu datang ambil/hantar isterinya mengajar di Munshi. Sorrylah Mansor

ALI MAIDIN said...

Mansor, boleh kira murid derhaka ke? Ha ha ha.

mansor said...

Dari cikgu Mohamad Doraman jugak aku berjaya dapatkan nombor telefon Cikgu Wahid Abd Rahman, guru tingkatan 6 sains 1.

kenapalah lambat sangat aku tahu cikgu yang pernah mengajar aku dan kekawan yang lain berada begitu hampir dengan aku. kalau tidak reunion kita ahad lepas tentu akan lebih meriah dengan kehadiran cikgu Mohamad Doraman dan jugak cikgu Wahid Abd Rahman.... Tak de le pelajar sains menumpang cikgu-cikgu USA 1 dan USA 2 aje... nombor telefon cikgu Wahid Abd Rahman (0196281046.

zolkaplyyunus said...

Kita buat majlis "apa-apalah" lagi , nanti boleh jemput cikgu-cikgu tu. Mansor jadi AJK jemputan pulak. Ajaklah budak-budak yang kata sangat sibuk dengan kerjatu, hingga tak boleh datang reunion. Termasuklah budak-budak 6Sains2 yang masih belum dapat dikesan.

hasnah said...

geng 6 sains jangan putus asa, cari lagi kawan yang masih hilang,lepas tu kalau dah jumpa boleh le kita buat perjumpaan utk hari raya pulak bersama-sama dengan cikgu2 yg baru dikesan. Masa tu kami dari 6 sastera akan bantu habis2an. Perkara yang baik tu selalu diizinkan ALLAH..

basir said...

Geng2 pompuan ni cepat pick up belajar komen Kak Umi, maznah, Ida begitu juga yang lelaki noorsir,karim n dll. Hasnah kau sanggup tak tidor kot komen jam 1 pagi. Terima kasih diatas kerja kuat kau, Yati, Dollah, Marhamah dll masa hari reunion. Nanti aku belanja makan. Tapi makan kena berpada2 cov kita dah besau2.

majezan said...

tq pd mansor krn dpt kawat cam cikgu mohd deraman.bila kita ada rapat umum lg,jgn lupakan cikgu2 ni.

Sahara said...

Mansor , perkara dah lepas ,tapi kita semua kena buat muhasabah diri. Apa pun Selamat Hari Guru kepada mantan guru,kawan-kawan yang jadi Guru . Nak mudah takut lupa atau tak ingat Cikgu A hingga cikgu Z. Yang jauh ,dekat yg dtg dan tak datang reunion.Terima Kasih kerana mendidik anak bangsa , teruskan usaha murni you all.

md jadi said...

tahniah mansor kerana menjumpai ckgu yang mengajar kita dulu. yang tk sedapnye name aku naik..saudara ali, aku nk gne khidmat datuk k yg sepanjang aku blaja di tingkatan 6 di munshi abdullah, aku mempunyai rekod yg terbilang baiknya..dalam sijil berhenti sekolah dia tulis seorang pelajar yg berdedikasi dan bertanggungjawab..haha..apa2 pun selamat hari guru untuk mantan guru dan kenkawan yg menjadi guru..semoga usaha anda diberkati allah.

mansor said...

Aku dah tau kenapa aku tak ingat cikgu mohamad deraman. Terima kasih Aziz kerana membuka rahsia semasa majlis kesyukuran di Tomyam Klasik semalam. Biar aku, Aziz dan beberapa orang aje yang tahu.....

noorsir said...

Tahniahlah Mansor dan kenkawan 6 Sains.. Apapun usahakan cari cikgu-cikgu dan rakan-rakan lain.Jangan putus asa.Cikgu jiwanya pemaaf.kau jangan risau tak jadi derhaka..
Buatlah apa yang patut untuk perjumpaan kali kedua dan kali-kali lain.

Sorry. Baru respon kat blog kita.. Aku out stationlah..