PUAN HANAFIAH MAT

Guru BI Munshi 1978, Puan Hanafiah Mat yang kini pensyarah di UITM Shah Alam sempat bersama program kita. Beliau pun merindui kita semua dan sanggup bersusah payah memberi masa kepada program kita ini. Beliau mengikuti perkembangan blog kita.

Beliau no 3 dari kiri. Sahara puas bercerita dengan Puan Hanafiah nampaknya.

9 comments:

maznah said...

saya nak minta maaf pada cikgu Hanafiah kerana ari tu tak berapa kenal, sehingga sy bercakap dgn dia secara tidak formal sebagai seorang guru. dia lewat sampai n tanya majlis kita. bila sy amati rupanya cikgu Hanafiah, sy terus meluru padanya dan peluk terus minta maaf, sy hantar di tempat majlis dan serahkan dia pada En Shamsudin.
klu cikgu baca blog ni, sy minta maaf sekali lagi.

Ab.Karim Bin Harun said...

Yang No 3 dari kiri itu bukan ke Fauziah Hashim ?

maznah said...

yang no 3 dari kiri tu, Cik Hanafiah lah, masih nampak mudakan.... memang Fauziah pun pakai tudung biru juga ari tu...

ALI MAIDIN said...

Fauziah datang lambat, maka kurang gambarnya.

Maznah said...

Aku yg dtg cepat pun tak ada gambar,puas aku dan Munah tunggu kot2 Ali ambil gambar masa daftar, maklumlah org tak popular masa di th 78. Gadis ayu le kata kan..

Karim Harun said...

Tak apa maznah dalam CD yang telah diedit oleh tuan Bashir berlambk gambat awak nanti hubungi yati.

Maznah said...

En Karim, terima kasih diatas keprihatinan anda.

Buat Tapai gunakan ragi,
Ragi dibeli bersama ceri,
Ramai sahabat tidaklah rugi,
Musuh seorang jangan dicari.

mastura bachik said...

Maznah kau asyik berbelog je dah sembahyang magrib ke belum ? Aku masih ingat lagi Ustaz Asnawi ayah kau mengajar Ugama kat sekolah rendah lubuk redan. Kau berlagak sungguh maklum lah ayah ustaz mengajau kau.. Arwah kelakar masa mengajar tapi kadang kala garang jugak... Dia suka melibas dengan rotan. he he

Maznah said...

Mas, aku boring ari ni, psl aku dapat PTK III juga. Itu yg aku berblog sakan. Solat - biasalah dpt cuti. Aku panggil bapaklah... dia baik.. tempat aku mengaku masaalah dan klu dulu aku sesak duit, dia lah org pertama akan bantu..
Sekarang tinggal kenangan dan aku selalu sedekah al-fatihah dan semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin.
Kau join tak projek Serai yg dicadangkan oleh Ali tu...