BERAKHIRNYA PENCARIAN AMIN

Sebenarnya Mohamad Amin membawa isteri dan anaknya apabila menziarahi bekas guru-guru Munshi 78 untuk menjemput mereka ke program reunion kita pada 10 Mei.

Selepas puas mengembara, anaknya bertanya adakah lagi pencarian itu. Amin merakam peristiwa itu seperti berikut:

Anak-anakku terkesan dan terharu
melihat indahnya bibit-bibit pertemuan itu
Abah, cikgu mana lagi kita nak jumpa?
dah habis, kita balik saja...
syukur kupanjatkan kepada-Nya
mengizinkan aku bertemu mereka.

Oh Tuhan kupanjatkan doa
Kau anugerahkanlah
kesihatan dan kesejahteraan buat mereka.

Moga-moga anak-anak kita dapat mengambil pengajaran, agar mereka sentiasa mengingat jasa guru-gurunya walaupun selepas tiga dekad. Moga-moga itulah faedah terbesar program reunion kita ini. Moga-moga jua. TQ Amin, tak terdaya kita melakukannya. Engkau menggantikan kami, untuk membolehkan guru-guru kita sebak, yakin dan menghormati generasi pelajar Tingkatan Enam Atas Munshi 78 yang masih merindui dan mengingati mereka.

Kita jumpa jumpa 10 Mei wahai guruku...

Gambar: Cikgu Hanafiah Mat ketika mengajar di Munshi. Kini Pensyarah di UITM. Beliau akan hadir reunion kita. No Tel : 017-8724565.

5 comments:

razakhussin said...

Assalamualaikum semua,
Aku secara peribadi memanjatkan syukur kepada Nya dan terima kasih bebanyak kepada semua ahli j/kuasa reunion. Mula-mula rasa amat seronok,tetapi semakin dekat rasa terharu berbaur sedih le pulak! Apapun insyaAllah aku akan sampai pada 10/05/2009. Eh!mungkin pada 9/05/2009 untuk bersembang dgn kawan-kawan. Jangan lupa DI SANA...DI SANA...DI SANA...

geng 6a2 said...

Razak bawa motor berhati -hati.. Jalan raya bukan kamu yang punya..Selamat sampai selamatlah bersembang...

zolkaplyyunus said...

TQ Amin, Basir, Mansor, Hayati, Moktar, Karim, Zakaria, Suhdi, Marhamah,Shaari, Md Jadi, Kamaruddin, Abdullah, Johari, Aziz, ..............

razakhussin said...

Assalamualaikum geng 6a2,
Syukur dan terima kasih kerana ada kekawan yang nak mengingatkan. InsyaAllah kita jumpa nanti.

kharis said...

Yati le orang yang mula-mula konteks aku. T/kasih yati.Baik dia dah masuk Parti Jawa. Sebab itu dia ingat kat aku.