CIKGU ABD RASHID YAAKOB

Guru terakhir yang Amin temui untuk menyampaikan kad jemputan reunion ialah Cikgu Abd Rashid Yaakob yang kini tinggal di Muar. Berkorban Amin untuk kita semua demi menyampaikan hajat kita bersama. Baca cetusan hatinya:

Berkat temu janji kutiba
di rumah yang mirip
kediamanmu di Chicago, Amerika
tapi bertangga Melaka!

Kau pulang dan dari jauh
tersenyum melihatku
senyuman yang biasa kulihat di Munshi dahulu
kita berpelukan mesra.

Kau rancak bercerita
tentang kariermu dari seorang guru biasa
menjadi pengetua dan jawatan-jawatan
yang berkaitan penolong dan pengarah itu dan ini
yang tak dapat kuingat semua.

Kau bertuah
dapat menaung di Amerika
dan meraih jawatan JUSA hingga bersara
aku kagum dan bangga.

Cikgu Rashid adalah guru Ekonomi. Beliau mengajar dengan penuh semangat. Tak silap saya, beliau juga Guru Koperasi dan Maria Ibrahim menjadi pembantu beliau yang paling setia. Apabila saya bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi dan melawat Koperasi Sekolah, maka teringatlah dan tahulah saya akan apa yang Cikgu Rashid dan Maria buat di Munshi dahulu. Hanya kenangan sahaja. Ha ha.

Dan selepas keluar Munshi, saya dan Mat Aris Bakar menyertai kursus ekonomi tetapi berlainan Universiti. Kini, Mat Aris jadi tauke besar dan saya tauke kecil sahaja. Woo.

Apa pun kini, saya
terus berbicara hal ekonomi dengan kekawan dalam sembang-sembang di restoran mamak. Ha ha. Teori dan isu isu ekonomi terus relevan untuk diperkatakan walaupun ianya dipelajari ketika di Tingkatan Enam dahulu. Hanya anda pelajar sastera tak perasan atau sudah lupa kerana kariernya sudah berubah.

Oh ya, jangan tak tahu Si Dr Majezan tu sepupu dengan Cikgu Rashid dan pada 1978 dok jadi setinggan dalam bilik tuisyen ekonomi apabila Cikgu Rashid mengajar hinggakan pelajar lain menganggap Dr Majezan juga mengambil subjek ekonomi. Ha ha. Lu mana tau ini rahsia wahai Razak Kanapiah. He he.

Cikgu Rashid berbangga apabila budak bernama Majezan tu jadi doktor tau. Kita tunggu drama Dr Majezan berpeluk dengan Cikgu Rashid pada 10 Mei. Camera ready!!!!!!

Cikgu Rashid tinggal di Parit Bunga, Muar dan nombor taliponnya: 012-3736175

13 comments:

Anonymous said...

Saudara LensaPR, tabahkan hatimu...

manja said...

Ya ALLAH tak sabarnya nak jumpa cikgu kesayangan saya ni kerana dia saya berada di kejayaan ini sekarang.....Rasa bagai nak ku peluk saja masa reunion tp mengenangkan diriku seorang wanita ku batalkan saja hasratku....tahniah dan terima kasih saudara Amin

Razak Kanapiah said...

Ooi Tuan LensaPR (KantaPR), aku ni.. banyak yang lupa, banyak lagi yang aku tak tahu. Blog ni dah jadi buku subjek Sejarah Dunia rupanya. Tabik getar spring dengan Tuan. Tuan Lt Kol Basir lebih arif tentang tabik getar spring.

budak takut lintah,majezan said...

Sebenarnya sbb aku kagum cara Cikgu Rashid bekerja,samada bergelumang dgn lumpur disawah atau mengajar dikelas,katanya kalau taknak masuk universiti,tak yah dtg sekolah.

tak takut lintah said...

Budak takut lintah, masuk universiti tu kejayaan dalam pendidakan , itu harapan kita semua. Tapi ingat kebahagiaan hidup bukan hanya pada segulung ijazah. Ada orang bahagia walau tak ada apaapa, contoh mereka yg duduk di Hospital Bahagia.

projek lintah kantoi said...

Budak projek lintah,
Ya benar;pada wktu dulu wadah motivasi kpd murid ialah masuk U,supaya rajin belajar.Ia sungguh berkesan dlm usaha menggalak murid2 belajar.Skrg ni pelik sikit,tak payah belajar quat2 pun OK,
bahagia klu ada baik punya kontek,boleh dpt memacam habuan,faham2 jer ler.
Lagipun yg masuk hospital gila tu nnti jadi ahli syurga,sbb tkda kontek baik punya didunia.

tak takut lintah said...

Projek lintah kantoi,Jadi you setuju le yg masuk ospital bahagia tu yg lebih siksa ialah dr yg masuk U nak merawat mereka. Tapi yg sakit jiwa kita tengok dia bahgia saje . Tak ada apa-pun....
Ha inilah dunia sebab manusia selalu kata wang adalah segala-galanya. segala-galanya perlukan wang sampaikan manusia jadi beruang bukan berwang.

CIKGU CUN said...

Guru dulu2 single level jer,guru skrg,bnyak level tau,,,,,,,,

ALI MAIDIN said...

Wahai semua jenis lintah,

Jangan mencekik darah sudah le.

He he he

budak nakal said...

apa guru2 ini.. mentang2 aku keja penjanah letrik baru sambut hari buruh 1 mei kengkawan sampai hati menghina ... nanti aku stop letrik bergelap kau semua...Ali aku bukan lintah

kharis said...

sabau budak nakal. kat mana kita berada itulah kita.Kita semuanya dah diberikan peranan olehNya. Jadi tugas kita ialah laksanakan peranan dan tggjwb yang telah diamanahkan kepada kita kerana setiap makhluk yang dijadikan oleh Yang Maha Kuasa saling memerlukan antara satu sama lain.

Hj AbRasid Hj Yaakop said...

Asm. Saya dan isteri nak ucap bebanyak t.k. pd jk penganjur reunion.Tak sangka ramai yg hadir. Usaha gigih ajk berbaloi.terkilan juga x dpt sembang dgn semua pelajar. Moga hubungan silaturrahim dpt dteruskan. Kalau ke Johor singgahlah ke rumah saya. Musim buah duku, dtglah ke kebun saya. Jika nak tanya pengalaman kerja, saya sedia kongsi bersama.

basir said...

Askum cikgu, tolong beri alamat email saya nak hantar gambau cikgu semasa REUNION.