ANAK REMBAU DI KOTA TINGGI

Jauh sekali Fauziah Hashim 6 Sastera 1, merantau, dari Rembau ke Kota Tinggi. Bukan Haris Bahari sahaja anak Munshi yang berkelana ke Kota Tinggi. Haris pernah membawa anak Fauziah ke Batu Pahat tanpa mengetahui itu adalah anak Fauziah. Kedua-dua anak mereka terkejut bila jumpa di program kita tempoh hari dan barulah tahu mak paknya se Munshi. Ha ha.

Fauziah Hashim bawa kueh baulu dan kueh bangkit untuk kita semua pada 10 Mei lalu.

Jenuh saya merenung gambar-gambar reunion tetapi tak ada gambar beliau seorang. Nampaknya nasib beliau sama seperti Norjan. Nasib baik ada juga gambar kelas. Beliau no 7 dari kiri.

Dia berkawan rapat dengan Mastura sejak Tingkatan 4 Sains di Munshi. Semua rahsia mereka berkongsi sama dan sempat beliau bertanya Mastura " Burn dengan kau lagi ke?". Ha ha.

Fauziah menjadi balu pada tahun lalu. Almarhum suaminya tu orang Kg Kota, Rembau. Pak mertuanya itu kenalan rapat saya sejak awal 90an dahulu apabila saya aktif parti di Negeri Sembilan. Kecilnya dunia ini kan. Menjerit Fauziah apabila saya katakan saya "konal bonar" dan tau kesah pak mertuanya sedikit sebanyak.

11 comments:

mastura bachik said...

Uji tabahkan hatimu menempuh segalanya.. Ibu mu saya masih ingat, mengalami nasib yang sama.. Kita pernah tidur bersama di rumah mu dan di rumah ku... Perkhawinan adalah ikatan yang mulia yang ditentukan oleh Allah. Ia juga meleraikan dengan sebab dan kehendakNya . Insan yang tabah diuji sedemikian rupa. Allah tidak pernah menolak doa insan wanita yang lemah.. Percaya lah kehadiran kita ke reunion bukan nak mencungkil rahsia tetapi ingin memelok insan yang luka, derita, di tinggalkan, di madukan, kesakitan, anak yang malang... Kita rasa dan dengar besama.. Bertemu dan berpisah kerana Allah.

kharis said...

Mintak maaf banyak-banyak Jie. Haram aku tak kenal kau sebelum reunion ni. Dua tahun ulang alik antau ke Muar langsung tak sedau kita se Munsyi. Inilah hikmah dari reunion yang kita hadiri.

ab.karim 6 sas 1 said...

uJI TABAHKAN HATIMU ITU DAN SABARLAH SEBANYAKNYA HANYA TUHAN YANG LEBEH MENGETAHUINYA..aLLAH LEBEH MENYAYANGINYA NYA.yANG PERGI TAK AKAN KEMBALI DAN YANG HIDUP KAN TERUSKAN PERJUANGAN BAGI JENERASI KITA KINI DAN SELAMANYA.uJI DARI RIAK WAJAHMU DAN SEMYUM TAWA MU TERSIRAT SERIBU KENAGAN YANG TAK BISA KAU LUPAKAN SEMASA HIDUP BERSAMA.sUDAHLAH SEGALANYA TELAH BERLAKU DIA YANG MENCIPTA DAN DIALAH YANG MENGAMBILNYA.uJI KAU DALAH WANITA DAN SEORANG IBU YANG TABAH DAN SANGUP MENGURBANKAN MASA DAN TENAGA KERANA INGIN BERSAMA KAWAN-KAWAN LAMA DAN INGIN MERASAI NOSTALGIA MASA PERSEKOLAHAN DULU,MAAF DAN TERIMA KASEH.

mariah ibrahim said...

Assalamualaikum Ujiku sayang,
Takziah, sekali lagi.Bersabarlah, setiap insan yg hidup pasti akan mati cuma masanya sahaja yg berbeza. Syukurlah, uji masih dapat meneruskan kehidupan tanpa org yg dikasihi disisi, semoga suami uji digolongkan dlm golongan org2yg yg beriman. Amin...
Terima kasih atas pemberian kuih tempuh hari, Insyak-Allah nanti giliran Maria pulak ya..

Salam sayang selalu...

mastura bachik said...

Kharis jangan lupa jenguk selalu rakan kita di sana ye.. Berilah tunjuk ajar anak2 nya.. Siapa lagi yang ada kalau tidak kawan2..

kharis said...

Insyaallah Mas. Sebenarnya anak Jie dan anak aku satu sekolah di SM Sains Muar dan dua-dua akan sambung belajar ke luar negara dalam bidang perubatan.

ALI BUDAK BATANG MELAKA said...

Alhamdulillah ramai anak geng kita ambik perubatan.

mastura bachik said...

Tahniah lah Kharis dan Uji anak2 berjaya dalam bidang perubatan.. Allah tau pada siapa Ia patut beri.. Kalau ada kelapang saya nak ikut suami yang selalu ke Johor Bahru dan Kota Tinggi. Nak ziarah kau orang berdua Kharis dan Uji lansung nak tumpang sembahyang... Boleh ke?

kharis said...

Kalau dtg ke KT tak datang rumah aku, putus sedara. Sampai KT telefon aku, nanti aku jemput dengan bot pancung tau.......

Anonymous said...

Ha ha pastikan aku datang bukan musim banjir ye...

mastura bachik said...

La tertekan Anonymous plak. Kharis kau tau si Jie tu lucu masa kat hostel , bila berjalan dia tak larat ,mudah pening, satu hari aku baw dia bejalan kampong aku berliku2 dia muntah abis keta pak we aku , terpaksa berhenti tepi jalan.. bukan sekali tau ,..kesian sungguh jie . Dia memang jiwang dan sensetif orgnya.. Aku menangis bila re union memeloknya ..