Saya tak ada anak bersekolah lagi dan tidak berkhidmat dengan kerajaan, maka bab-bab cuti umum ini memang lemah. Sahara ingatkan saya esok Hari Guru. Ketika di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dulu, saya sering jadi wakil murid memberi ucapan sempena Hari Guru. Ha ha.
Kini, ramai sungguh kawan saya jadi guru. Tak larat nak catat namaya di sini. Yang penting, orang pertama yang saya tahu jadi guru ialah Rohana Hashim dan kelakarnya dia mengajajar pada peringkat awalnya di SK Datuk Abdullah, Gemencheh, di mana saya belajar d situ 1966-1971. Ha ha.
Ok, SELAMAT HARI GURU kepada semua kawan-kawanku. Separuh kelasku 6 sastera 1 adalah guru- Rani, Norsir, Maria, Han, Maimunah, Abdullah, Kamsiah, Norjan, Rohana, Marhamah dan Yaakob. Wau.
Guru seperti lilin membakar diri.
Kini, ramai sungguh kawan saya jadi guru. Tak larat nak catat namaya di sini. Yang penting, orang pertama yang saya tahu jadi guru ialah Rohana Hashim dan kelakarnya dia mengajajar pada peringkat awalnya di SK Datuk Abdullah, Gemencheh, di mana saya belajar d situ 1966-1971. Ha ha.
Ok, SELAMAT HARI GURU kepada semua kawan-kawanku. Separuh kelasku 6 sastera 1 adalah guru- Rani, Norsir, Maria, Han, Maimunah, Abdullah, Kamsiah, Norjan, Rohana, Marhamah dan Yaakob. Wau.
Guru seperti lilin membakar diri.
32 comments:
Kau tengok lah Ali , nama kita sikit dia tak sebut. Kharis, Razak, Zul... kurang asssam betul..
saya ingin mengucapkan hari guru kepada isteri saya cikgu maimunah ali d kuching dan rohana hashim d seremban..guru adalah pelita dlm hidup....guru adalah lilin....wow
Alahai, melampuh nama cikgu nak ditulis kan...
Terima-kasih atas ucapan Selamat Hari Guru dari kawan-kawan. Pastinya hp para guru macam pasaran saham menjelang malam dan esok. Ali mengingatkan saya semasa mengajar di SK Datuk Abdullah,Gemencheh. Tak tahu pulak rupanya itu sekolah rendah Ali rupanya..Nostalgia di sana,suatu pagi saya terima kiriman salam dari Juita dan Tajudin (aruah).Rupanya Tajudin mengajar di SM Datuk Taha.Sehingga akhir hayatnya tak pernah minta ditukarkan walau jauh berulang dari Tampin.Kecilnya dunia ni kan..
SELAMAT HARI GURU kpd kengkawan ku yg kebanyaknnya CIKGU..
Semoga kalian dapat mengekalkan kecermelangan, mendidik & mencurahkan ilmu kpd anak bangsa.
Istimewa kpd Cikgu MASTURA,SALAM DAN SELAMAT HARI GURU dari anakanda ku IMRAN nanti kalau IMRAN free,Imran jumpe Cikgu Mastura di Kajang.
Untung taw jadik Cikgu ni....sampai pencen pon kalian akan dipanggil Cikgu...Cikgu...Cikgu...
Macam kite panggil cikgu kite masa jumpe kat reunion hari tu kan...
Selamat Hari Guru kpd kengkawan.Dulu pun aku sepatutnya dah jadi guru ditawarkan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor .Tp aku sambut cabaran ke Utara tak jadile guru.Anyway aku kagum dengan profesyen guru dari muda sampai otai orang kenal dan panggil cikgu...Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda.Esok adalah impian yang belum pasti.Hari ini kenyataan bagi kita hadapilah ia walaupun ......
Selamat hari guru kepada semua sahabat2 GURU. Aku wakili geng lelaki 6 USA 2.
Guru, dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diam ada bijaksana
Masa terus pergi
tapi perjuanganmu tak pernah mati
Murid datang dan pergi silih berganti
Tapi guru tetap sentiasa berbakti
Selamat Hari Guru rakan-rakan yang bergelar GURU
Komen di atas daripada kharis bukan kharia. Aku masih lagi teringatkan reunion kita. Masih lagi terharu dgn keramahan teman semua. 50 tahun berpisah seolah-olah baru semalam sahaja. Aku rasa macam berada di Munsyi lagi ketika itu. Mas, Yati, hanim, Hasnah, basir, Ali. Mokhtar, Saari dan semua JK reunion jasamu tak dapat ku balas. Aku dan keluarga ku sangat terharu dengan pertemuan ini. May god bless you all.
Kharis kami pun terharu bila kau dari jauh dapat meluangkan masa .. Hilang penat kami semua bila melihat kau datang dengan keluarga.. Kalau dulu kita tak ada peluang bergurau.. ada blog ini menceriakan kita.. Siapa lagi yang boleh mendengar dan berkongsi kalau tidak persahabatan yang iklas.. Sejak bila pulak kau pandai berpantun dan bersajak.. aku nak balas tak reti..
Aku pandai bersajak setelah balik dari reunion. Rupanya aku dapat satu pelajaran daripada reunion ini. Rani ajau aku jadi penyajak. Lepas ini kalau ada buat lagi, aku akan baca sajak. Sorrylah Rani. Aku nak kalahkan dia pulak. Dulu dia kalahkan aku dalam debat antara maktab kat USM. Jaga kau Rani..........
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman awang
Murid duduk guru mengajar mesti berdiri,Bila murid diseligi cikgu pula kena gari,murid datang naik BMW 7 siri,cikgu dengan motor buruk roadtax pun dah mati,murid dah belajar sampai PHD guru baru berkira-kira nak ambil digree,namun di dunia cikgu berbakti,moga di syurga tempat kita kekal abadi...Selamat Hari Guru...
Syurga khas untuk guru tak ada, sebab di dunia guru bergaul dengan pelbagai golongan.
Anna, sek aku sambut hari guru pada 22.05.2009. Ada acara tukar-tukar hadiah, tapi yg peliknya aku bukan guru pun kena sertai juga, tema baju warna biru. Aku masuk acara main bowling, suka2 aje, kalah pun dpt hadiah. Main bowling kat Mines
Worldland Sri Kembangan. Yg tak best kena bayar RM 15.00, kau doakan aku dpt nombor satu ye,
"SELAMAT HARI GURU UNTUK ANNA"
'SELAMAT HARI GURU UNTUK ANNA"
Razak bila kengkawan kita tanya kita jadi apa? Kita selalu jawap, "guru je!" Tak pe le.. jadi le. Kurang2 golongan kita yang paling kurang kena penjara....Air liur je melayakkan kita masuk syurga.. Golongan kita je yang paling suka reunion..
Hai mas, kau cerita apa ni, aku tak fahamlah. Golongan mana yg suka reunion- golongan guru ke?
Habis kami yg bukan guru ni apa halnya. Golongan kami yg bukan guru nilah yg jadi pengerak dlm semua carta organisasi pejabat. Contoh mcm aku, Pembantu Tadbir di sekolah, A hingga Z aku uruskan mereka.Dari Lapur diri hingga pencen. Buat gaji guru pd tiap-tiap bulan. Apa2 pun aku memang tabik kat cikgu, banyak kerja, itu sbb mereka dpt banyak elaun......jng ye mas, org kg kita lebih kurang aje le...
Assalamualaikum semua rakan-rakan dan guru-guru,
pantun dariku,
Cek kodok tepi perigi,
Ditangkap orang anak beranak,
sungguh pun buruk sikarat besi,
Boleh menebang kayu yang banyak,
Itulah cikgu.....
cikgu maria...besok sambutan akan diadakan di sek
Sahabatku kalian... jangan digaduh pasal kita atau dia atau rakan kita guru..sebabnya kita semua guru..yang mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada diri kita dan orang lain..
Moga menjadikan diri kita sebagai guru di rumah kita.. dan menjadi guru pada anak-anak kita dan paling penting guru pada diri kita.. agar kenal diri dari mana kita dan ke mana kita.
Itulah Guru... buat saya..
Selamat Hari Guru buat aku,isteriku,anakku dan generasiku..dan sahabatku yang bergelar GURU.
Rasanya belum terlambat untu aku ucapkan selamat hari guru kepada rakan-rakan guru sekelian. Untuk itu aku sertaka sajak oleh Sn usman Awang untu kalian sesua.
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sorry sbb banyak kesilapan ejaan dalam posting di atas. Nak cepat le tu. Kalau ambil periksa menaip gerenti fail punya...
Pasti hari ni, kenkawan aku yang berjawatan GURU diraikan oleh anak-anak murid disekolah masing2. Dapat hadiah lagi. Ada tak acara main bolajaring..macam dulu2 team murid campur chegu pasti gamat...Anna, Maria, Norjan,Mai ,Mastura dan Marhamah..joint tak? atau dah tak larat lagi nak lari..minum le Alpha lipid Si Maznah tu hari-hari..
Tak lama lagi kitaorang guru akan bercuti bole lah bersoping2 dan bermain boling... Hasnah , Yati, Maznah, Che pah... Jangan jelus kami nak gi bercuti.. He he he. Maznah tak habis2 mengira dan memotong gaji cekgu.. Jangan salah potong nanti kena maki... Alpha lipid kansel tak jadi beli. Cuba kau datang kajang biar aku cuba, kot bole slim aku jual pula kat senah , marhamah dan cek pah.. He he.
Mas, aku ada gi Maidin,tak jadi2 aku nak singgah kedai kau, aku tengok dari jauh aje, Aku jadi segan nak singgah, kenapa aku pun tak tahu....
Pasal alpha lipid nanti aku singgah...klu kau tak ada aku buat2 singgah kat Maidin. Kau nak join ke Koperasi kita tu. AKU setuju aje, pelaburan masa depan. Banyak org dah slim, tapi tak kan 1 tin dah slim, kurang2 3 tin....
Ha ha datang je lah .. Kau bole bagi harga murah.. No 6-1 jalan jelok 6. Sebelah mydin. Sebelahnya seven eleven jugak..
Aku mahu jadi guru
ta'dib kepada muridku
ta'lim kpd mereka
mengajar ilmu pengenalan
mengajar ilmu pengetahuan
membentuk insan yang insan
bukan hanya modal insan
biar muridku kenal dirinya
biar mereka kenal penciptanya
membina jambatan kukuh
untuk mencapai puncak jaya
Usaha sampai Jaya
InsyAllah.
Wow... bravo.. Dr M dah pandai bersajak... kalu macam ni Rani dan orang-orang sastera tak boleh cari makanlah jawabnya.
Majezan dah puas jumpa org, dari yg tak betul sampai yg jadi betul. Kali ni biarlah dia bernostaljiah dgn sajak2 pulak. Kita yg asyik bersastera, kali ni biarlah uruskan peha. Peha bukan sebarang peha, serai peha ayam yg kita nak teroka. Tengok dalam gambau ye, ori nya tak tengok lagi.
Ti,
Agaknya saban malam kau asyik mimpi peha,tapi tak apa mimpi peha ayam jgn mimpi yg lain dahle.Berhajat besor semua orang En.Ali oi jgn bagi semua orang dok mimpi cepat realisasikan macam kau kempen2 dulu.Yg pastinya Yati dah survey dkt saya agaknya dgn Tuan Basir jugak dah tak sabar dia ni.
Saya saja provoke, nak tau apa komen rakan2 lain. Yg ketara, ramai rakan2 aliran sains pandai berpantun, bersajak, jadi kita yg aliran sastera yg dah tak reti bersastera lagi buatlah keje lain. Tapi jangan buat keja main2 macam Aziz tu.
Dah ada 18 0rang setuju. Cukup 50 kita jumpa semua lantik ALP le. Baru rasmi jalankan koperasi.
Aku ahli ke 5O tau. Aku da mimpi ada ong nombor tu.. Ha ha Ali jangan lupa saya nak nombor 5O tau..Yati orang sains berpantun tak kena lansung, mana rima, mana bunyi, mana saudu.. hentam je..
Post a Comment