Ramai berkata janganlah reunion pada 10 Mei 2009 lalu akan menjadi perjumpaan kali terakhir. Berdasarkan kaji selidik blog ini tempoh minggu, majoriti bersetuju menubuhkan koperasi. Banyak istimewanya jika sebuah koperasi khas untuk geng kita sahaja. Antaranya:
Sekarang, bilangan anggota koperasi memadai dengan 50 orang sahaja,. Maka kita hanya perlu 25 orang bekas pelajar Munshi dan pasangannya sahaja untuk menggenapkan 50 orang. Jika seorang menyumbang modal RM 500.00, maka kita akan mengumpulkan modal sebanyak RM 25,000.00.
Projek telah di kenal pasti, iaitu serai. Pasaran dah ada. Penjaga dah ada. Tanah dah ada. Jika buat 2 ekar - modalnya RM 20,000 sahaja. Untung dah boleh agak, RM 20,000. Maka tahun hadapan kita dapat dividen dan menginap percuma sambil borak hingga ke pagi. Ha ha. Mesyuarat setakat 2 jam aja.
Koperasi dah ada, itu biar saya dan Suhdi uruskan. Jika setuju sila respon melalui comment.
Saya lebih suka koperasi kita jangan lebih 100 orang - mudah diurus.
- Sebuah koperasi wajib mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan, maka secara otomatik kita akan berjumpa setiap tahun - 2 dalam satu.
- Kos perjumpaan tahunan kita ditanggung oleh koperasi.
- Sebahagian keuntungan koperasi boleh digunakan untuk kebajikan anggotanya.
Sekarang, bilangan anggota koperasi memadai dengan 50 orang sahaja,. Maka kita hanya perlu 25 orang bekas pelajar Munshi dan pasangannya sahaja untuk menggenapkan 50 orang. Jika seorang menyumbang modal RM 500.00, maka kita akan mengumpulkan modal sebanyak RM 25,000.00.
Projek telah di kenal pasti, iaitu serai. Pasaran dah ada. Penjaga dah ada. Tanah dah ada. Jika buat 2 ekar - modalnya RM 20,000 sahaja. Untung dah boleh agak, RM 20,000. Maka tahun hadapan kita dapat dividen dan menginap percuma sambil borak hingga ke pagi. Ha ha. Mesyuarat setakat 2 jam aja.
Koperasi dah ada, itu biar saya dan Suhdi uruskan. Jika setuju sila respon melalui comment.
Saya lebih suka koperasi kita jangan lebih 100 orang - mudah diurus.
36 comments:
Setuju. Aku cadangkan kita utamakan geng munshi '78 dulu. Kalau tak cukup 50 orang baru kita buka untuk pasangan...
setuju..wow ! mudahx2 an allah merestui dgn hajat kita ni dan mendapat keberkatan..amin !
Setuju gak. Ahli geng 78 dulu.. kita ramai lebih 50 orang. tak kan tak cukup..
Yang baik boleh dipupuk dan disemai.
Buat bancian dulu.. ramai-ramai beri pandangan.
Ok rakan..
Slm, Aku pun setuju, harap2 projek ini berjaya dan semua mempunyai sikap yang bertanggung jawab dan amanah. Aku cadangkan:
1. Khairat Kematian
2. Bantuan ketika sakit (bentuk sumbangan)
3. Bantuan Pelajaran utk yg tidak mampu khasnya
rakan kita yg telah ditinggalkan suami.
(khasnya anak yatim )
Jng marah ye kwn, ini cadangan aje.. jangan kita kira untung aje. Amal jariah nak kira juga, kan itu dituntut apabila kita sudah mati nanti.....
Amin
Salam, saya sangat setuju tapi offer dulu pada semua munshiabdullah78 tengok response. Pasal kalu ada yg tak dpt join takut kecik hati pulak. Saya cadangkan limit 200 members. Initial investment RM1,000.00. Boleh propose mcm2 investment U ... apa pun buat permulaan kita cuba Seraiiiiiii Pak Ali hehehe
Setuju..dulukan utk Geng MA78 dan seharusnya ada sekurang2nya seorang penama... senang berurusan jika sesuatu terjadi..
Saya setuju pendapat Mansor, keutamaan pd geng munshi78. Tetapkan time frame, setelah tamat tempoh, jika jumlah ahli masih kurang, offer pd pasangan pula. Pelaburan rm500 kita setkan sebagai 1 lot. Ahli boleh beli lebih dari satu lot. Tapi nak tau juga berapa ekar yg ada sekarang supaya ahli boleh set berapa banyak yg mereka nak labur.
Setuju sangat sebab dah ada dalam perancangan awal Ali dan saya. Saya pun dah invest sikit dgn Ali. Insyallah tahun depan REUNION free.
Memadailah kita buat 2 ekar sahaja dengan kos RM 20 ribu aja. So, dengan RM 500 seorang, kita perlu geng Munshi seramai 50 orang aja. Bukan nak niaga sangat - just ada duit untuk biaya perjumpaan tahunan sambil dapat dividen tahunan.
Oh ya, setiap koperasi wajib ada 50 orang tetapi modal terpulang kepada induvidu. Yati macam nak beli 10 lot aja tu. Kita offer satu orang satu lot. Jika tak cukup, kita tambahan lot kepada siapa yang nak tambah lagi. Koperasi ni macam sosialis - sama rata sama rasa. Ha ha.
Ok, saya joint. Terangkan dlm blog cara nak transfer dana rm500 dgn detail. Biar rakan2 lain tau apa nak buat lepas ni.
Kabarnya ada rakan kita yg dah labur 5K, yg sorang tu 20K, entah2 lebih lagi. Tu dlm koperasi lain, tapi hal ehwal serai jugalah.
Dah ramai kawan2 yg offer suruh I invest dgn project serai wangi ni .....
Basir, Ali punya serai tu wangi ke busuk????
Slm, Ali, aku setuju nak join, knp 50 org aje,klu lebih 50 org mcm mana? Maknanya siapa dulu isi borang dialah yang daftar dulu ke?
Pada kwn2 kita yg tak buka blog mcm mana.....
Aku harap org mcm aku yg tak berapa popular ini jgnlah di cicirkan dari senarai projek SERAI...
Aku ada masa 5 tahun nak kerja? bila pencen dah ada projek.....tak jemu sangat. Bila kau nak kumpul geng2 KL bagi dengar ceraman Koperasi dan projek SERAI ni?
Sahabatku Ali, Ingatkan macam nak dev 200ek ladang serai wangi je hehehe
Ngapa tak mau buat besar2an?????
Yahya, mulakan langkah pertama. Sukses pertama akan memberi melahirkan 1000 sukses lagi. lu.
Yati, slow and steady - kita mau 50 orang setuju dulu. Kena mesyuarat agung, lantik lembaga pengarah, buka akaun bank atas nama koperasi, baru on line duit. Ha ha.
Ali, kita bagi le hayati register no_1 nampak gaya dia suka benau tu cuma Majezan je yg tertinggal nasib kau le ...........hohoho
Ali ni asyik mula dengan 50 aje. Nak buat reunion dulu pun mula ngan 50 orang. Nak bangunkan koperasi pun mula ngan 50 orang. Mungkin ada rahsia disebalik angka 50 tu... Aku rasa mungkin dia nak mulakan pada usia 50 tahun.. betul ke Li... atau ada rahsia lain... tak ape asalkan ianya baik untuk kita semua, aku sokong 100%.
Ali, oleh kerana kau berpengalaman dlm hal ni, aku beri sepenuh kepercayaan pada kau. Bila semua telah ok, hubungi aku ye... harap nama aku tak tercicir dlm projek ni..
Tanam serai rapat-rapat,
Kalau join dividen dapat.
Jng marah ye
Tok Ali dan rakan-rakan yang lain,saya setuju didalam cadangan penubuhan koperasi tersebut dan cara pelaburan pun saya setuju.Cuma saya ingin bertanya sejauh manakah kejayaan tananaman serai ini telah mendapatkan kejayaanya,dimanakah tempat serai ini ditanam sebelum ini,sejauh manakah pasaranya dan berapa lama kah projek ii telah berjalan.Bagi saya yang kurang ilmu tentang projek ini cuma ingin tahu sahaja.
Assalamualaikum,
Wah satu cadangan yg baik. Maria pun setuju.
Saya pun macam Karim juga nak tahu lebih lanjut lagi, harap dapat jelaskan.
Tentang cadangan Maznah tu bagus juga, nasib org tak sama dgn nasib kita, eloklah kita saling ingat-mengingati, tolong-menolong, bantu-membantu. Semoga kerja amal kita akan sentiasa diberkati Allah. Amin....
Ali, kalu silap tolong betulkan ye....org kata busines SERAI WANGI ni risknya kurang pasai binatang tak suka orang pun tak suka perompak pun lagi le tak suka hehehe
YAG serai Wali Sogo ni wangi tau, jenis peha ayam dll.Ali kau iklankan semula projek tu. Sambutan macam goreng pisang panas hoiiii. Janji tahun depan rezeki kita murah dan jumpa lagi kita bawa badan je.
YAG kalau leh minggu ni (Rabu/Khamis)aku nak edarkan DVD REUNION. Kau orang di Bangi/Kajang/Serdang jumpa di Sate Samuri, Mastura kan dah janji nak jemput semula kwan2 yang tak dapat datang tempuh hari. Kalau tak jadi kena panggil MD JADI.
hey geng2 78,utk koperasi kena ada perlembagaannya.Kena ada jumlah keanggotaan,kena ada objektif utama dan objektif tahunan.Kena dptkan kelulusan dari JPK.Aku cadangkan kita masuk mana2 koperasi secara en masse,jadi secara tak langsung kita boleh pengaruhi supaya diadakan mesyuarat luarbiasa,juga boleh luluskan draf perlembagaan baru atau tambahan.Lepas itu bolehlah kita buat cadangan apa2 projek,nk tanam serai ke,buka stesen minyak ke,buka restoran 24 jam ke dsbg.
Harap Ali dpt kita berbincang dulu.
Projek serai kita ni ada kontrak pasaran dengan pengekspot yang telah berpengalaman selama 10 tahun. Ianya dikespot ke german untuk bahan pepsi cola, pewangi dan ubat kanser. Yang syoknya pengekpot tu dah kahwin pompuan german yang mengurus impot di sana. ha ha. Laki bini jadi pengekspot dan pengimpot wei. mana ada cerita niaga ni macam.
Isu yang Dr majezan bangkitkan itu semuanya akan dibereskan kerana kita akan take over sebuah koperasi untuk dijadikan 100% milik geng Munshi.
Salam,
Memang benar kata Dr Majezan kalau nak tubuh koperasi atau persatuan kita kena daftar dan ada resolusi sama ada tujuannya untuk perdagangan atau manafaat sesama ahli.Perlu ada dulu perjumpaan sp dapat lantik Pengerusi,Setiausaha,bendahari AJK dll.Ali dah beritau ditanggung beres jadi apa tangguh lagi mesti jadi jangan tak jadi.So Ali kena buat movement secepat mungkin.
Ali Maidin, sbg de facto Munshi78 bersama Basir dan cadre2 lain boleh coup de tate koperasi yang sedia ada.Maka akan wujudlah sebuah koperasi secara impromtu,tk yag susah2 nak daftar tubuh koperasi baru.Ini cuma hasutan subversif aku jer pd mu warga munshi78,mungkin kauorg ada cara lebih baik lg.Ala kita kan belajar dari Rizam dan Jibna di benua Karep tu.
Mata duitan sungguh geng 78. Betul kata Razak kanapiah tentang huruf 59 dan genap 5O tahun.. Jangan jadi lebai malang dan mat jenin sudah! Yati macm tak sabau2...Hoi Basir tak habis2 kes sate.. Ok je
Perkara baik kena dipercepatkan, kalau lambat2 nanti disambau helang. Lagi pun kalau cepat ditubuhkan, cepat projek berjalan, dapat 2 kali panen, macam serani bungaraya lah kita bila reunion taun depan.
Bendahari cari yang garang2 dan kaki pukul.. Ha ha baru bejaya.. Che pah tukang kira untung, maznah jadi promoter, hanim boleh buat cendermata.. Aku ambik untung je...
Dalam projek pertanian ini kt jgn terlalu excited sgt..kt harus tahu semakin tinggi jangkaaan untungnya semakin tggi risiko ruginya juga...kalau kt sggup untung 100%, kt juga kena sggup rugi 100%.. kt punya effort hanya 50% saje..selebihnye dtg dr ALLAH.. kerana hujan, angin, ribut, banjir dan penyakit di luar jangkaan kt.. cara Ali kira untung 3600 rumpun per ekar x lapan kilo serumpun x 85 sen sekilo..anggaran dituai ialaha 80%... sy juga menyokong saranan Ali yg menanam secara kecil-kecilan dahulu bagi mengurangkan risiko dan untuk menimba pengalaman..cadangan sy..kalau kwn2 setuju, kt kumpul duit dahulu bagi yg setuju..dan kt kna lantik bendahari..dan buat kerja penanaman secepat mungkin sebelum musim tengkujuh - 6 bulan.. hal ini kerana serai mengambil masa 6 bulan untuk matang..kalau tubuh koperasi dan baru nak buat penanaman..kiranya agak lewat..kerana kt akan kena dengan musim tengkujuh..makne nye kt tubuhkan koperasi bersamaan dengan kerja penanaman dijalankan..
Md jadi cakap selalunya menjadi.Dia beri pandangan melalui 7 tahun pengalaman menanam kobis dan asparagus di Kundasang, Sabah.Gunakan pengalaman anda untuk bantu projek ini menjadi kenyataan dan memberi manafaat kpd kita semua. Mas, calun tetap bendaharai Dollah tukang urut ,Jaamat dan Marhamah.
Projek ni kan kira main2 je, dpt profit boleh buat reunion yg gah taun depan. Kalau dpt ciput, kena top-up lah kos reunion. Tak perlu minta sponsor pd kawan2 lagi. Org KL siap sedialah jadi pengelola reunion yg berikutnya. Calun tetap jurugambar reunion, Lf Kol Basir le.
Satu idea yang baik. Semua sahabat Munshi boleh menceburi bidang keusahawanan hanya sebagai pelabur. Koperasi ini akan diurus oleh tauke Ali Maidin, seorang usahawan dan pakar di bidang pengurusan koperasi. Saya juga boleh membantu bagi pengurusan perniagaan ini. Saya harap penubuhan koperasi Munshi Abdullah 78 menjadi kenyataan. Sekian.
Salam..penubuhan Koop adalah baik..tapi bak kata orng tak semudah itu utk mengapainya ianya perlu komitmen yg tinggi dan kepakaran dlm bidang yg hendak diceburi bukan sekadar utk mendaftar atau sekadar mengambilalih sebuah koop..rekod koop di M'sia tidaklah membanggakan sangat, takut nanti kerana koop kita kehilangan rakan2 yg kita kasihi..almaklumlah bila sudah berdaftar akan bermulalah politikingnya..
Post a Comment