EMEL PENGARAH MAJLIS REUNION

Kepada Saudara/Saudari sahabat seperjuangan MunshiAbdullah78 sekelian,

Hari bersejarah semakin hampir, masa semakin suntuk untuk yang masih belum buat keputusan, cuasa sentiasa panas, perasaan bertambah excited. Saya selaku Pengerusi bersama seluruh warga Jawatankuasa Pengelola yang telah diamanahkan untuk mengadakan persiapan majlis kita ini, dengan ini menyeru kepada semua sahabat agar tidak melepaskan peluang keemasan untuk hadir ke majlis kita ini.

Setelah dua kali majlis yang serupa diadakan dalam skala kecil-kecilan, maka majlis yang akan datang ini, bak kata Ali Madin dalam blog kita adalah yang terbesar, termeriah, teramai dan satu lagi saya tambah, yang ’terkenang2’ selepas anda menghadirinya nanti. Bersekali dengan hari Ibu, maka banyak ada acara kejutan akan mengejutkan anda.....kebetulan, kebanyakan AJK Pengelola duduk di Melaka, dan salah satu pantun yang popular di pintu masuk ke Melaka (yang saya ubahsuai) ialah :

Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari dekat dan jauh sahabat datang
Kami sediakan majlis yang tercanggih diabad ini....

Jangan menyesal jika tidak hadir sebab tengok gambar tak sama dengan menjadi sebahagian peristiwa bersejarah ini.....

Jumpa anda di sini.....

Mokhtar Ahmad
Security Executive, HSE & Security Department,
Petronas Penapisan (Melaka) Sdn.Bhd.
DL : 06-3522359; FAX:06-3522
HP : 019-6567567
e-mail : mokhtar_ahmad@petronas.com.m

4 comments:

anak jati melaka said...

Gua caya lu lah Mokh

cuba teka said...

super mokh,
jasa mu, ali dan semua yang sama-sama berusaha menjayakan reunion kita, akan tetap dikenang oleh pelajar-pelajar munshi '78.

hayati said...

Mokhtar bagi detail biau korang senang nak kontek dia, kot anak nak praktikal kat petronas ke, mintak keje ke. Bukan senang nak dpt tempat kat sana oi. Tak de kabel, kirim salaaaaam je.

orang gurun said...

Yati, jangan lupa kalau kabel kau kabel telefon dan nak sambung kabel tiang letrik nanti casnya lain macam eje. Kita kena baik dengan orang atas( itu allah ) baik dgn orang dalam ( jiwa dan pemikiran )Haaa apa-apa pun bolehle