Cikgu Kamisah Abdullah, guru sejarah 1978 dengan penuh gembira hadir Reunion Munshi 78, semalam. Beliau macam tak hendak balik, asyik berbual dengan rakan-rakan Munshi semalam.
Cikgu Tan masih ingat motor Zakaria Osman, tetapi Zakaria tak nampak hidung pun.
Dia ingat Mastura yang skor subjek Ilmu Alam.
Dia juga mula ingat daku yang nakal. Nakal apa saya tak tahu. Rasanya dah cukup baik dulu. Ha ha.
Cikgu Ng guru BI. Katanya Datuk Kamaludin, Sharifah Nuri, Amin dan Zaini sahaja yang menjadi pelajar kelas khas BInya. Betul ke?
9 comments:
Tak sangka Miss Ng ingat lagi , cadang aku dgn Zaini nak gi gempak Cikgu Ng tapi Zaini malu2 kucing sbb dia kata dia sorang aje buat spoil.Jadi sbg hormat kawan aku lupakan niat nak bersalaman dgn Miss Ng.Cikgu Ng ajar begitu tekun sekali dan kalau tak silap keputusan kitaorang ok jugale bolehle pergi seberang laut betul tak Amin.
Salam..kesihan nasib Sharifah dahlah teruk kena kutuk,sebenarnya aku dng Datuk Kamaluddin dpt melambai Cikgu Ng ketika beliau balik dan dia tersenyum..sebenarnya aku lulus juga subjek BI tu cuma tak secemerlang kau berdua..
Betul Pah. Kita dapat pergi seberang laut - naik feri. Tambang 30 sen.
Salam,
Zaini aku sebenarnya nak kejar juga Cikgu Ng masa dia balik tu tp tersangkut kat Cikgu Kamisah apa nak buat tak sempat lambai dia.Betui masa kita ambil result paper kalau tak silap paper 121 tu Cikgu Ng happy sbb keempat2 student dia lulus.Tapi Amin betulke naik feri masa dulu 30 sen aje .Ini nak minta confirm dari Zainudin.
Wahai geng2 saya sempat bersembang dengan cikgu kamisah dia kata tahun78 tahun terbaik subjek sejarah lebih 16 orang yang dapat prcpal yang baik... He he dia masih ingat bech kita..
Hang dah tak ingat ka Pah. Tahun 79 masa tu 3 kupang saja. La ni 2009, dah 7 kupang kot. Tak tau lah sebab beberapa kali pi lepaih tu, saya dok nak kereta ja. Hang dah tak pi lai ka ?
Amboi Amin pekatnya bahasa penang hang.Aku pun macam hang gak gi penang naik kete aje jd tak tau dah tambang feri.Aku kalau gi Penang tak sah kalau tak merayau kat penang road pekena rojak mamak.Tp yang pastinya aku masih ingat kita orang berempat(freshie masa tu) terpaksa bergadai golok sbb makan di Restoran Minah di Gelugok.Ingat ambik udang seekok paling mahai pun RM 10/sorang rupa2nya kena RM100 lebih.Pucat...
Kesiannya. hang dok kena tipu kot? Bila hang sebut Penang Road, aku teringat kat Zai. Hang tau tak, dia menjerit bila jumpak aku kat panggung wayang di tgh2 orang ramai! Dia salam dan peluk aku. Malu aku tika tu. Rindunya dia kat kawan2. Aku masih ingat hang cerita, dia nak salam hang bila jumpak di Penang Road. Lepaih tu kami jumpak lagi beberapa kali di Penang Hill pulak. Zai.... Zai.... rupanya kita jumpak lagi lepaih 31 tahun no ? Lepaih hang dah dpat gelaran datuk! Satu lagi, Sham pun sepatutnya boleh cakap loghat Penang kan sebab dia pun mengaji di sana.. ?
Amin,
Ramai lagi yang mengaji kat Penang hang tau selain Sham,pemuisi kita pun kat Penang juga dah makan pasemboi Penang katakan.Hang ingat lg cete dulu no,awat aku banyak yang dah lupa mungkin dah banyak kena ubat bius kut sampai orang yang kena peringat kat aku.Ini kena tanya Dr Majezan.Zai sembang dengan aku malam tu pelawa gi rumah dia bukan kat Baling tau tp dekat Kampar Perak.Tp dia sendiri tak tau bila nak dok sana.
Post a Comment