DR MAJEZAN DAN ISTERI

Dr Majezan sedondong merah dengan isteri dan seorang puterinya hadir ke program reunion kita tempohari. Walaupun kami se UKM pada 1979, tetapi berlainan kursus. Maka kami tak pernah tau kewujudan masing-masing sehinggalah usaha reunion ini dibuat.

Isteri beliau orang Batu Pahat tetapi bukan "uwong jowo"

( Baru dapat berita, ibu Dr Majezan meninggal dunia sebentar tadi)

11 comments:

zainiSMN said...

Salam..takziah buat keluarga Dr Majezan,dimana kampung arwah ibu beliau akan disemadikan?mungkin ada kawan2 yg berhampiran boleh pergi menziarahinya..Alfatihah

noorsir said...

Salam.. Takziah buat Dr Majezan sekeluarga..Kami rakan-rakan menumpang rasa sedih atas pemergian ibunya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama golongan solehin.
Alfatihah.....Amin.

Anna said...

Khas buat Dr.Majezan dan keluarga,
Salam takziah buat Dr dan keluarga,semoga redha dengan pemergian bonda tercinta.

Yahaya said...

Salam sahabatku Majezan,
Takziah dari kami sekeluarga semuga ALLAH limpahkan rahmat ke atas rohnya & ditempatkan bersama kalangan solehin

AL-FATIHAH ............ Ameen

kharis said...

Takziah untuk sahabatku. Semoga Roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah. Amin.....

JayJay said...

Salam buat semua.
Lama saya tak buka blog kerana tak berkesempatan langsung. Pagi ni saya buka banyak citer baru. Takziah buat sahabat kita semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya...Saya juga berhasrat untuk menyertai program koperasi tu. Ali jangan pulak kau cicirkan nama aku nanti k

Karim said...

Takziah sekali lagi buat Dr Majizan.Saya dan jaamat berkesempatan pergi ziarah tapi Dr belum sampai kata adik nya dalam perjalanan.Terimakaseh Tok Ali kerana beri maklumat.

aziz said...

Salam Takziah buatmu Majezan drp saya sekeluarga. Semoga roh ibumu ditempatkan dikalangan org yg beriman, Amin.

Che Pah said...

Salam,
Mungkin saya paling ketinggalan zaman.Rasanya masih belum terlambat ucapkan takziah.Semoga allah tempatkan allahyarhamah dikalangan orang yang beriman.Amin.

majezan said...

Kpad semua rakan2,saya ucapkan terima kasih atas takziah yg anda sampaikan kpd saya dan keluarga.Terima kasih kpd Karim dan Jaamat yg sempat singgah menziarah.Terima kasih kpd Ali yg bersusah payah menyebarkan berita.
AlhamduliLLah,semua dpt diurus dgn lancar,pengebumian selepas solat Isyak.
Terima kasih kerana bersama2 mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T

mastura bachik said...

Majezan , ibu saya da lama juga meninggal, bila da jadi ibu dan bapa baru kita sedar kenapa Allah meletakkan orang leleki selama2nya dari kecil mesti taat kepada ibu bapa. Pada mereka yang masih mempunyai ibu jaga lah keramat hidup itu.. Isteri jangan marah kalau suami selalu membelahi ibunya . Itu aturannya.