Assalamualaikum, Semalam, 16 Mei 2009 bersamaan hari guru, AJK Reunion 2009 telah mengadakan majlis kesyukuran 3 dalam 1 iaitu meraikan kenaikan pangkat Lt. Kol. Basir, sambutan hari Guru dan kejayaan reunion 2009.
Terima kasih daun keladi juga diucapkan kepada Lt. Kol Basir kerana menaja majlis tersebut.
Meraka menjamu selera di Restoran Tomyam Klasik. Yang kiamatnya Zakaria Osman pun ada. Ha ha ha. Tu macam la...
35 comments:
Slm, Zakaria, apa masaalahnya tak dtg majlis Reunion...majlis kesyukuran dtg pulak....
Lain kali jangan hampakan harapan kawan2 lebih2 lagi dah 30 tahun tak jumpa.....Kata pepatah, Peluang Hanya Datang Sekali, betapa indah dan cerianya Reunion kita ari tu....
Pagi-pagi makan cendawan,
Cendawan digoreng berperisa kari,
Biar kita ramai kawan,
Musuh seorang jng dicari,
Ok lah Zak, aku nak gi kerja ni........
Klu aku tak cukup beras kirimkan pada Basir klu dia balek ke Melaka ye......
Aziz tak nak berenggang dgn isteri dia. Rupanya ada rahsia ngapa dia jadi gitu. Rahsia dah terbongkar Aziz oi. He he.
Tahniah Sahabat.. tuan-tuan telah menjalankan tugas dengan cemerlang.Tanpa kalian siapalah kami nak jumpa seramai ini..
Tapi kenapa ye, tarikh yang kalian pilih tiap kali mesyuarat aku tak diberi kesempatan,asyik out station aje... tak dapatlah makan bersama Kol. Tahniah buat Basir moga lebih cemerlang.. aku dapat Dry Rattion untuk masuk hutan berburu pun jadilah... nanti boleh panggang landak makan dengan kacang panggang..
salam...Noorsir tak payah nak masuk hutan memburu landak....masa reunion Johari ada cerita nak buat jamuan landak masak cili padi kat rumah dia..apamacam Md. Jadi bila kita nak serang rumah Johari kat Dallas (Nyalas)...jangan marah Jo...
Jo kita orang sememangnya tunggu je jemputan dari kau tau...tak kisah kena kejar landak ke, kena punggut durian jatuh dari lori ke takpa..asalkan kami dapat pegi Nyalas
Yati...Masa kat TomYam Klasik hari tu, sapiah, Isterinya En Aziz kita, hutang satu cerita baik dengan kitakan? kau pandai2 le dapatkan ceta tu, pastu kau kabau kat aku ye..
sape maznah ni ye ? allah u akbar..smga allah merahmati hidup mu sekeluarga..amin
Hasnah, begini cerite nye blah..blah .., kesimpulannya: husband tak nak berenggang walau seinci pun. Tengoklah Aziz hari tu kan. Itulah rahsie nye. Sebab tu sampai sekarang Suhdi & Basir masih pegang lesen L lagi. He he, saja nak usik dia org.
Slm, Zakaria, tak perlulah kau nak kenal aku. Cukup kau mendoakan kesejahteraan aku dan kwn2 selepas solat semoga semua berada didalam keredaannya. Aku pernah tel kau seblm Reunion untuk tanya majlis ni, blum sempat aku tanya, terus kau suruh tel Ali...... Kesimpulannya memaafkan semua org itu adalah yang terbaik.
Wassalam...
Aziz dasyat tak boleh berengang.. Saya lagi best suami sentisa ada di rumah , dia da tak berkerja.. Bergelumang dengan saya.. Lagi hebat.. Anak2 da tak mengacau.. Yati , Hamzah da bersara boleh buat ceta hindustan setiap masa.. Hasnah kau jangan jelus... Ali dan isteri berkepit sejak kawin, anaknya satu je.. Aziz main2 je enam.. Itu bukan cobaan...ini betul2
Assalamualaikum zakaria,
MaRIA SUKA dengan jawapan Zakaria, macam orang-orang alim menjawab...Alhamdullah klu sudah berubah..Tak sabar nak jumpa...nak ambil berkat...he....
Jgn bsedih ya Maznah klu Zakaria tak ingat awak maklumlahlah dah lama bpisah.....
eeee jealousnye tgk kau orang...
insy allah mariah..ada umur dan ada pertemuan kita akan dapat berjumpa..sy doa pd allah s.w.t .semuga kita semua pjg umur dan dapat bertemu semula,amin ! allah maha pengaseh dan allah maha penyayang..
ida jangan jealous nanti kita buat bbq di rumah chek pah.. rumahnya tenang dan cozy .. Romantik lagi.. Pah biar orang melaka jelous...Yahya dan Majezan jangan lupa sponsor..
Mas,
kau jangan canang lebih2 nanti indah khabar dari rupa kan susah.Sekarang ni nak tengok kawan kita kak Mon memang susah cuma ada di zoo tp di rumah saya gerenti banyak sampai line tm dah tak larat nak bertandang.Ida, Mas dengan bbqnya,Maznah dgn nasi lemak dan sambalnya,Yahya sup gearboxnya Dr Majezan ??? sambil tu Mat Jd dan Maznah boleh buat promosi.Ali pulak boleh kempen business serai,Sahara bagi menu teh tarik,saya sediakan perut, org Melaka yg tak nak ke KL pun akan dtg kalau dengar cete nikan.
Menu ni nak naikkan darah dgn nak maniskan kencing orang je. Saya dgn Senah boleh makan punya, tak de pantang larang, tapi... bmi ada lebeh le.
Yati Hasnah Mas kau jgn tak tau aku ni sdg honeymoon kali kedua.Faham2lah ari cuti aku jarang ada di rumah.Org kata syg isteri tinggal2kan,tu yg tak boleh berenggang,korang jgn jelous pulak.
Reunion taun depan kalau Aziz pegang baby, jangan tanya tu cucu ke.
Yati kau nasihatkan si Aziz tu baranak ramai tak pe takut re union akan datang yang di bawa bukan cucu tapi anak dari lain ibu.. Jangan di bagi rapat Aziz dengan si pengedar borang.. Sapiah memang pakai parang panjang.. Aziz cari lah sunnah yang lain...ha ha
Mas, aku rasa sunnah yg paling besar jaga solat 5 waktu berjemaah, sayangi,kasihi dan doakan ibu bapa. Sunnah yg kau cakap tu tak tahu kedudukan nombor berapa. Nak lebih lanjut tanyalah Sheikh Ali dia lebih arif. Bab yang lain ibu tu jgn cakap .... sensetif ooi.
Senyap2 je Aziz. Aku dekat dengan gumah Razak K, aku boleh tolong mintakan.. Dia Imam satu kat sini... Pasal Sapiah tu jangan bimbang kitaorang tak beritahu punya...Aku, Yati dan Hasnah boleh tolong jadi pengapit.. Ha ha ha
Mas, isteri satu pun dah cukup, tambahan pula usia dah setengah abad. Cuma aku nak belajar agama dgn Razak K, bukan nak minta borang tu. Dulu aku belajar main gitar dgn dia, skrg aku nak belajar jadi imam pula.Boleh Razak K tolong ajarkan, boleh Zak ? Razak Husin pun boleh join sama.
Taniah..Tuan Basir kerana kenaikan pangkat.muga murah rezeki...boleh lah belanja aku....he he
Tahniah juga untuk penjawat awam yg dinaikkan gred dari N17 ke N22 (time basd) seperti yg diumumkan oleh Perdana Menteri pd Hari Pekerja yg berkuatkuasa mulai 01.07.2009. Jnglah asyik nampak pada Tuan Basir saja naik pangkat, kami yg bawah2 ni bagilah sikit peluang untuk ditonjolkan......
Sekarang ni kita tak tau siapa yang dah dapat tawaran kenaikan pangkat. Beritaulah, senang nak ucapkan tahniah pada tiap2 orang. Nak ucap secara umum tak kicklah.
Yati...jng fikir banyak2, yg penting kau dah cuba ke resepi sambal tumis aku tu ....Mlm tadi senah tel aku, saja sembang.... happy aku rasa. Hari ini aku sarapan nasi goreng dan lawan dng sambal tumis ikan bilis, air teh tarik (buat sendiri, tarik tinggi2). Ptg semalam aku ke rumah Norlida Baba, saje ziarah. Klu tak ada Reunion, aku pun tak tahu dia tinggal dekat Taman aku.... kecil nya dunia ini..
Maznah,
Seronok juga penangan reunion siapa lagi kengkawan kita yg dekat2 sini mungkin satu hari nanti kita boleh jalan2 sama-sama.
Pah, Norlida tinggal kat Serdang,(dekat dng Pasar Borang Serdang), Nyaros kat Cheras, Khatijah kat Pantai Dalam, aku kat Balakong-dekat dng Jusco. Pah... aku nak tanya, cuba jawab kenapa kawasan tempat tinggal aku dinamakan BALAKONG, klu kau dtp jawab, aku belanja makan cucur udang cicah sambal tumis ikan bilis.....kau boleh gunakan talian hayat..rujuk pada mastura ke....
Kena belangkong .. betul tak. Semalam sarah datang ke kedai aku. kau bila lagi nak datang.. Nanti bole pah datang sekali... Kita makan sushi king.. Depan kedai aku ada restoran jepun tu. Dari kecik makan sambal bilis long munah, katin sek rendah.. Bawa lah produk kau tu, ....
Slm, Mas, biarlah aku tulis dari hati aku yg ikhlas ni, aku sebetulnya segan dng kau Mas...
Tak tahulah kenapa....Aku tak nak mkn sushi king, satay...tapi nak mkn kat Restoran David Teo, apa nama Restoranya aku lupa lah....
Bila kau cakap sambal long Munah, kau ingat cara kita mkn, mkn nasi dulu, sambal kita mkn kemudian..sedapnya.....
Amboi Mas Sarah datang tak bagi tau pun merajuk dgn akuke?.Takpe aku dah buat jemputan peribadi dkt kau orang kalau dgn Mas kau malu dgn aku buangkan malu kan hari tu aku dah bersoreh dgn suami kau dan tahu sekapal kita orang.Mas kata sbb kena belangkong jd aku kena ubah bala sebab banyak kongsi gelap (bala... kong.Aku sebenarnya kurang suka kalau kita kecoh kat kedai sbb nanti semua pandang kat kita kalau kat ghumah tak ada siapa atau pun di Sg Ramal Dalam ada juga Restoran Yus santai juga tempatnya.Kau kenapa tak bagi no.tel pejabat ni.
Slm,Pah, nak juga nombornya 03-89614553
sambung kemudian, baru balik kerja, solat dan layan suami minum petang.. klu tak dia merajuk...biasalah orang dah pencen, merajuknya lama.... ok bye.....
Ok Maznah terima kasih.Aku masih kat pejabat nasib baik suami aku tak merajuk... kalau merajuk ana kahwin dua... habis aku.Nak balik dah ni malam ni tutup operasi sbb nak hantar anak tusyen.
Maznah, kalau tak nak suami merajuk, kena ambik petua dari Sapiah dgn Mastura. Gerenti suami kau tak teringat nak merajuk lagi.
Yati....tak payah minta dgn Piah dan Mastura,dia berdua tu ambil petua aku dah.....
Pasal dia dah ambil, aku cari petua lain....
Bagi aku suami aku yg terbaik utk aku, masa aku sakit selama 6 tahun dulu dialah banyak bantu dalam banyak perkara....setelah aku sihat, inilah masa terbaik utk aku membalas segala jasanya. Semoga allah harmonikan rumahtangga kami dengan keempat2 cahayamata.... Amin..
Post a Comment