CIKGU HANAFIAH MAT DAN RAZAK CHE NGAH HADIR REUNION


Guru BI, Cikgu Hanafiah Mat dan guru 6 sains, Cikgu Abdul Razak Che Ngah akan hadir ke majlis reunion Munshi 78 pada 10 Mei ini. Demikian dilapurkan oleh Amin kepada saya malam tadi.

Kini Cikgu Hanafiah bertugas sebagai Pensyarah di UITM, Shah Alam.

Cikgu Abdul Razak pula kini adalah Pengetua di Sekolah Tinggi Melaka.


Sementara itu Cikgu Jaafar Ab Hamid hanya dapat dihubungi melalui talipon oleh Amin. Beliau telah bersara dan kini menetap di Johor Bharu. Beliau sudah bersetuju untuk datang walaupun memandu seorang diri kerana isterinya tidak dapat hadir lantaran kurang sihat.

Dengan ini sembilan orang bekas guru Munshi 78 akan memeriahkan program kita nanti. Spoting sungguh guru-guru kita ini.

Wau tak sabar nak dengar Cikgu Jaafar punya kelakar. Ha ha. Dia cakap sikit dan pelan tapi penuh makna tu. Ha ha.

Amin merakamkan perasaannya apabila menalipon Cikgu Jaafar tempohari seperti berikut:

Kau terkejut bila kuhubungi
melalui telefon
kau tanya
bagaimana aku memperoleh nombormu?
suaramu menggambarkan rasa gembira
dan aku diberi alamat di bawah :

Alamat : No.2 Jalan Padi Mahsuri,
2/5 Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru.

No Tel Cikgu Jaafar : 07-2388899

Gambar terkini: Cikgu Abdul Razak Che Ngah. No Tel: 06-2824466.
Gambar lama: Cikgu Jaafar mengajar Kesusasteraan Melayu

1 comments:

zolkaplyyunus said...

Ali, cikgu Razak Che Ngah bukannya Razak Ngah. Sekarang Pengetua SMK Tinggi Melaka