Dari kiri: Razak Kanapiah, Basir dan Razak Husin. Mereka pernah makan sate Kajang bersama sebelum berjumpa lagi di majlis reunion ini. Dan... paling penting Razak Husin dah "rasuah" Razak Kanapiah tiket Formula One yang bernilai RM 1,000.00 demi mendapatkan borang nikah ...He he. Jom kita buat report ke SPRM ramai-ramai.
27 comments:
Razak H kawan lama aku, Basir kawan baru aku. Sir, aku dapat sepaku tauliah ROTU dulu, lepas tu aku bertapa kat Gunung Ledang, sampai sekarang nak koman kawad pun tak ingat, no one dress pun tak muat, kiwi kasut pun tak kilat, chamber M16 pun dah karat.
Razak dak Aziz kata muka razak da lebau ye, yang aku perasan dia main gitar dangan bakyah... Aku jawap apa nak heran... Mcam2 dia boleh jadi.. Saya tanya Aziz pulak "anak kau berapa?" kau tau dia jawap apa? " Main2 je enam".. Belum betul2..Kalau dia mengisi borang ..mahu mahu 2 team...Kau sembunyi kan borang tu Razak.. Orang tablik ni mudah kesian...
Assalamualaikum kawan2,
Terasa rindu pulak kepada semua terutama yang tak sempat nak berbual panjang.Rasa masa begitu suntuk dan akhirnya ramai yang saya tidak sempatpun nak senyum dan bertegur sapa. Maaf kalau2 ada yang tak berkesempatan hari itu.Kepada semua Guru2 Selamat Hari Guru.Cikgu Razak K,sepatutnya kita bergambar dgn tiga Razak.Takde can lah nampaknya!!
Razak Husin, Aziz kata apa bila kau datang dengan motor ninja? Hei orang kl muda-muda ye...Mana ke tidak semua litar dia punya.. Itu lah kau Aziz kau asyik bertablik.. dia tak tau pengangkutan da berubah.... Bukan naik unta...
Mas,main2 pun bukan, betul2 pun bukan, itu COBAAN.Aku jalankan tanggungjawap ye. Tak mainlah moto dan unta, tapi sekarang main kapal terbang.
Basir orang umah kau kata nak pindah KL bila?Ajakle dua orang Razak tu tolong kau masa pindah nanti sorang dekat Kajang sorang lagi dekat2 Serdang kau pulak dkt Sg Besi kan dah cun.Saya boleh tumpang sebok2 aje dah dekat dgn umah Maznah bolehle makan nasi daun pisang dia amacam Mas setuju tak?Kalau ada kawan yang nak join cepat2 bg nama.
Setuju-setuju.. Aziz ini bukan cobaan ini betul2..Tahniah lah kau Aziz kau banyak duit nanti bila padi malinja da menjadi , tiap2 bulan kau cek barapa banyak duit di bank..
Slm, Pah, kau mcm teringin betul nak rasa nasi lemak daun pisang dgn sambal tumis. Ada ape2 ke... Kau cubalah resepi yg aku bg tu dulu, klu tak jadi,terpaksalah aku masak.....Klu umah kau dekat boleh aku antar....
Pah, jgn lupa promote Alpha lipid pd kwn2 kau di LHDN. jng marah ye ....upahnya sambal tumis ikan bilis....
Buka www.alphalipid.blogspot.com
Klu dah tengok, jng beli dng org lain ye.
Cik Pah aku mungkin pindah Sg besi bulan Jun. Nanti aku jemput geng kl ,kajang dll kita buat mini REUNION lagi. Mas boleh supply satay, maznah nasi lemak special ok...........
Slm, tuan Basir, Sungai Besi dah dekat dng Balakong tu.(tempat tinggal aku ) Kali ini kita buat mini Reunion, masing- masing bawa makanan, makan ramai2....nasi lemak dengan teh tarik....barulah best
Nasi lemak dengan teh tarik dah hebat dah.... janji jadi. Kalau tak jadi, panggil Md Jadi.
Sharipah, offerlah rumah awak jadi tempat reunion. Boleh le saya dgn si Senah 'mandi' air terjun kat rumah awak tu. Basir, jangan lupa jemput kita orang. Saya dgn Senah akan datang dengan bodyguard kami. Elakkan tarikh 19 - 21 Jun, saya out station.
Slm, Yati, Kali ini kita buat reunion suruh taukeh Md Jadi buat lanskap yg cantek. Buat ala2 taman, moden dan ada konsep serta tema. Pakaian, warna sedondon mengikut tema. Buat persembahan nasyid, Marhaban dll mengikut kelas.....boleh tunjuk bakat
Lagi satu menu, mee Bandung yg mana mee disponsor oleh taukeh mee kuning - JUITA
Kalau tu baik buat kat rumah Md Jadi je. Tapi takut tak jadi kalau nak buat kat rumah dia. Menu jangan banyak2, nasi lemak, mee goreng bodoh, teh tarik jadi le. Bekas makan, guna polystren/paper cup je. Toksah buat apa2 persembahan, kita boleh borak sakan. Reunion hari tu saya tak dapat jumpa dgn semua kawan2, sebab terikat dgn program.
Ti,sebenarnya Mas kan dah buat offer bagi pihak saya dan dia nak sponsor barbeque .Md Jadi rasanya boleh promosi lanskap dekat kita.Basir kan tak lama lg nak pindah tentu dia nak ada tema taman macam yg Maznah cakap tu.Apa susah kita yang pompuan masak sama2 dan Maznah boleh jadi cikgu memasak.Betui Ti,reunion tu saya dok tunggu cikgu2 di luar masuk dah tak ada tempat nak mencelah2 segan pulak maklumle badan dah comel lote.
Yati, aku ingat aku aje panggil mee goreng bodoh, kat Melaka pun mcm tu juga. Klu aku gi kantin, tanya, hari ini apa menu, taukeh kantin jawab "Mee Goreng Bodoh aje"...tapi sedap pulak tu.... Lain kali aku beri resepi nasi goreng bodoh pulak, cepat, mudah dan enak....
mak dare kte ni skrg nk wat menu sume yg bdoh2 je ni..knp???tkut nanti pggil sume kwn kang diorang sume wat bdoh plak karang baru taw..
Basir je yang belanja habis ceta.. Elaun dia banyak.. Kita tambah2 je . Jadi jangan tak jadi.. Razak k, baca doa makan sudah..
Mas, maaf, aku terkeluar dari cerita dlm blog ni. nak tanya Ibrahim (dak Ahim) kat mana skrg?
Dia kawin dng org mana. Last jumpa masa aku di RTM dulu, skrg aku tak tahu cerita nya.
Dia masih ka RTM lagi.. Masa Dato Halim kawinkan anaknya di Hotel Istana saya terjumpa dia. Bukan main gemok lagi dia.. Kelakar dan loyar buruk dia belum pernah kurang lagi. Kau nak jumpa dia balik raya mesti dia ada...
Mas, klu dia balik dia duduk rumah besar tu ke (warna hijau). Aku teringin nak masuk rumah tu...
Klu raya dia ada buat rumah terbuka kan? Kau masih ingat tak nasi lemak Cik Munah dengan kueh bom. Kita makan kueh bom, dak ahim pegang kuahnya, kita celup banyak2. Punyalah dia marah... masa tu kita sek rendah. semlm dak Leha kawinkan anak dia, aku tak gi, ada hal...
Maznah! Mastura!. Ape ke halnya bercerita org kg kat dlm blog ni. Nak cite macam2, email ke, chatting ke, baru ump.
yati.maaf le.. aku teroverlah...minggu ni aku rehat berblog....bg peluang kwn lain pulak.
wassalam...
Kalau kau berehat Maznah, sape lagi yg nak meriahkan blog ni. Nak harapkan 4 Din kelas 6 sastera 2 tu nak beri komen, entah tau ke tidaknya nak hantar komen. Dia org terer bab lain je, yg ni.... hmm.. hampeh.
Yati kalau lah maznah masuk group kita datang awal kat aptment tu alamat tak tido lansung lah malam tu bercerita... Re union sure tertido mengantok.. Saya walau pun sekampong tapi jarang berjumpa.. Nasib ada blog ni..Bagi lah dia peluang bercerita..
Maznah,saya pun nak cuba try produk yang kau jual untuk member ada diskaunke?.Cadang nak jumpa Mas sbb ada utang perlu dilunaskan tp entah bila tak tau.Kau kalau ke Kajang beritau aku bolehle bawa produk untuk cuba.Aku tak minta jd ramping mohon Allah kurnia dlm kesihatan yg baik bolehle jumpa kengkawan nanti.En.Ali masuk topik lain pulak 18 orang tu dah masuk sayake?
Slm, Pah, apa salahnya mencuba,dah cuba baru tahu...Aku Bg harga RM150.00 setin. Aku bukan tak nak bermlm Kat Melaka ari tu, maklumlah nak tinggalkan suami ( lebih2 lagi org dah pencen, mcm2 kerenah nya. Aku bila2 aje boleh ke Kajang, ckp aje bila, tapi Sabtu and Ahad memang aku free, kdg2 boring duduk kat umah....
Post a Comment