AMIN JUMPA CIKGU HASSAN JAALAM

Kini ikuti lagi syahdunya perasaan Mohamad Amin apabila berjumpa Cikgu Hasan Jaalam ketika menyampaikan kad jemputan reunion Munshi 78. Malangnya Cikgu Hassan ada urusan lain pada tarikh berkenaan:

Depan isteri dan anak-anakku
kau rangkul erat tubuhku
tanpa kuduga kaucium pipiku
aku jadi malu.

Raut wajahmu bercahaya gembira
berbaur terharu

senyuman terukir sepanjang pertemuan

keramahanmu membuat aku bahagia

Saat berpisah
kau cium pipiku sekali lagi
aku sempat mencium pipimu
aku terharu.

Kini Cikgu Hassan Jaalam tinggal di Bukit Beruang.
No Tel. 012-9065215 @ 06-2323253)

Nampaknya Rani tak boleh cari makan kerana Amin sudah mula berpuisi. Ha ha.

16 comments:

orang sempadan said...

Ini cikgu kertas am 78. Sekarang Husin Awang pelajar 5 Sains 78 pula yang ngajat kertas am di Munshi. Tau siapa yang "guru" Husin Awang tu. Harap mastura tolong jawab. Jika tak betul, akan ku minta cikgu mohamad daud .....

mastura said...

Adik ku Wahai Husin Awang sama persatuan Agama .. Kecik sungguh dunia ini.. Kita sama beusrah dan bersekolah pondok.. Pusing2 kat situ juga.. Husin kawan Hasnah Meon jugak.. Walaupun kita reunion f6 tapi ramai adik2 kita yang rapat pada 78. Indahnya kekeluargaan kita sekarang..

kharis said...

masih ku rasa suaramu menusuk di setiap ruangku
masih ku ingat senyum mesra melayan putera puterimu
masih ku dengar lunak suara mu menerjah gegendang telingaku

segalanya masih kusimpan
menjadi pemandu dalam hidupku
hingga aku jadi sepertimu
cikgu.........

zakaria os said...

macam mana cikgu hasan ni tak dapat hadir ni ????laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tinggal cikgu md daud dg rasid jer terkontengx2..apa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

budak nakal said...

Hai Kharis pandainya kau menghayat dalam blog bil styrmik kau da bayar ke? ha ha

kharis said...

Aku dah rizabkan sebahagian gaji aku untuk melayari blog ini. Baru tau.......

budak nakal said...

Laptop entah2 Kerajaan yang punya.. ha ha

kharis said...

Hoi, jgn tuduh aku gitu. Kerajaan punya cikgu aku yang pegang. Aku tak pakaipun. Aku dah pakai 3 laptop kerana blog ali ni....ha ha..ha... satu utk anak aku dan bini aku punya.

mastura said...

Laptop kena banjir, he he

kharis said...

Berani kau cakap gitu mas. Baik. nanti aku beritahu Muhyiden. Dia kan orang aku. Nanti aku suruh dia cari orang yang kata laptop johor kena banjir. Yang kena banjir ada kat gudang. Satu gudang. Kalau nak konteks aku, aku kasi aje sebab kami kat johorni hanya pakai yang latest aje he..he...he...

mastura said...

Laptop Cop Ayam... Kau tau kharis aku masih pakai pc lama . Senang tak sakit pinggang. Kau tanya Basir Laptop dia bergaya tu entah2 Kem Trendak yang punya... Da hapus kira... hu hu

kharis said...

Basir, pulangkan balik laptop Kem Trendak kalu betul le si mas tu cakap.

hayati said...

Kabaunya, kalau keje sojar, yg pangkat2 besau, tiap taun boleh dapat laptop baru tau. Tak caya, cuba tanya Basir dgn Rashid, betol ke tidak.

basir said...

Hai sedap betul kau orang buat radio karat. Jumpa nanti disesi munshi lama2, wajah baru kita Tinggal kenangan dan Guru Kita. Nanti ku bawa Laptop baru ku. Kwan2 pompuan bawa tisu lebih takut ada yang leleh nanti. Upahnya murah je senyuman dan kegembiraan dipertemuan keramat ini.

budak nakal said...

Itu lah sebab kau Naik Pangkat wahai Basir... Kuat bekerja dan sedia berbakti. Tahniah ! Jahat sungguh mas, kharis dan yati tu... Dia cemburu kot awek si basir cun...Basir kalau lebih laptop tu pas2 kat kawan kita yang kuno tu biar diorang boleh berbelog.. he he

hayati said...

Basir, sebenaunya yg nak laptop lama tu si budak nakal le.