NYAROS ALIAS 6 SASTERA 1

Memang saya tak kenal langsung sehingga diberitahu bahawa ini Nyaros Alias walaupun saya masih ingat namanya sebagai pelajar sekelas saya pada 1978.

Maznah yang tahu dimana beliau bertugas - KDN; geng politik takut dengar nama KDN ni oi. Ha ha.

Nyaros di hadapan sekali.

21 comments:

maznah said...

sejak berpisah thn 78, aku memang tak pernah jumpa nyaros, hanya berhubung melalui telefon saja. sehinggalah 10.5.09 barulah dpt jumpa nyaros secara dekat, terkejut sbb badan dia telah berisi. kdg2 rasa pelik 30 th berhubong melalui telefon walaupun dia tinggal dekat dng aku di Cheras. terima kasih nyaros uruskan pencen suami aku dulu semasa kau bertugas di Bhg Pencen.

Ab.Karim Harun said...

Nyaros saya hampir tak kenal tapi bila tengok dekat baru saya teringat gadis bercermin mata dan rambut mayang mengurai tahun 1978 telah bertambah angun.Nyaros ada amal senaman ponco ponco kot.

Ab.Karim Harun said...

Saya teringat Norlida Baba semasa ada sedikit kemalangan antara dia dan saya tapi mujur tak masuk hospital.Masa itu saya nak keluar kelas Sas 1 bila tiba disas 2 tiba-tiba Norlida keluar berlaku lah kemalangan rasa nak pecah kepala rasa. Maaf sekali lagi untuk Norlida.

noorsir said...

Aku hampir tergamam bila lihat Nyaros..Dulu aku rasa dia celoteh sikit .. tapi ni dah agak pendiam.. agaknya kerja kat KDN.. tak boleh celoteh banyak..Ha ha ha kena tanya Ali skop mana boleh cakap..

Sorry ye Nyaros..... dulu lagi dan tempoh hari.

NORLIDA said...

saya pun ingat juga peristiwa 30 tahun dahulu.
Masa itu saya tahu nama awak Karim sahaja.
Hari itu saya tengok awak jauh bezanya, betul la kata Ali tolak pun tak jatuh. Yang budak kecil tu cucu ke anak? kalau cucu cepat betul awak kahwin ya.

Maznah said...

Norsir, mungkin Nyaros kawin dng orang ala2 VVIP kot, itu sebab dia sangat protokol dlm bicara dan tingkah lakunya. Rasanya aku yang lebih banyak cakap dari dia.

mastura said...

Maznah dasyat sungguh da pandai berbelog sekarang..ada kemajuan..

maznah said...

Slm, Mas, mana boleh tahan kena kutuk dgn kwn2, aku mesti balas, barulah happy. Aku baca comment Ali dan Hasnah, mcm mana nak bls, aku belajar buat blog dari kul 11.30 mlm sampai kul 1.00 mlm, tak jadi, Esok lepas solat subuh aku sambung, tak jadi juga, tel Ali dia mcm tak nak jawab, penat agaknya. sms Hasnah, kul 10.00pg dia tel dan ajar. Ana pun ada ajar. Ari Isnin aku dpt sms bertalu2 dari kwn2, mcm mana kau boleh bergambar dng 6 sastera 2. Ari ni aku dah boleh beritahu apa yg telah terjadi, Jng marah ye Mas - gurau aje- tak pandai bikin ayat - kau lain org Universiti.

Karim Harun said...

Ida yang saya bawa tu anak kecil saya seorang 7 tahun dan seorang lagi 5 tahun.Anak yang tua ada kat U tahun akhir dan yang kedua ada kat UITM baru nak masuk tahun ini..Kata orang buah penghujung !

majezan said...

aku nk tanya hari tu pasal anaknya malu,ingatkan cucu

hayati said...

Kata orang, kalau buah penghujung, nak terjadi tu satu je. Ni sampai 2 pulak. Betui ke?

maznah said...

aku terus tangkap anaknya,tanya anaknya, ayah ke datuk, dia kata ayah, aku tanya Karim dia kata anak, tak percaya lagi tanya isteri dia, betul isterinya mengaku memang anak dia. Orang kata klu buah penghujung memang masaknya ranum, patutlah anak dia cantik. Anak aku yg bongsu umur 19 tahun...nak tunggu cucu pulak.

hayati said...

Maznah, Karim tu orang kg saya. Saja nak provok je, biau geng2 lelaki lain rasa teringin..... Ha..ha...

Anonymous said...

Norsir,aku tahu sebab kau terkejut tu sebabkan aku dah gemok tak macam dulu kurus keringkan.bukan aku pendiam cuma dah tua ni jagalah sikit sopan santun tu he....he....he...

CT NUUR said...

Cantek sungguh bunga Melati,
Di siram air setiap hari,
Apa lagi yg kita nanti,
Carilah ilmu utk akhirat nanti,

Klu memikat burung tempua,
Ajak sekali dng Cik Nyonya,
Kita semua semakin tua,
Sentiasa bersyukur dgn nikmatnya....

Ab.Karim Harun said...

Kenapa pula kawan-kawan kita cepat mengalah kan perlunya kita ramaikan umat Mohamad.Saya kalau boleh nak 12 orang tapi mungkin alah belum beri lagi.

mastura said...

Maznah sekali pandai berbelog, macam novel dibuatnya. Cuba kau ber email dan berbelog dengan Dr Hanipah kita tu.. Dia lagi tinggi manara gadingnya.. aku guru kecik je... Selamat mencuba. Kau tau tak Hasnah pun belajar dari aku berbelog.. Aku pulak belajau dengan bro Ali.. Tak tahan kena sindir2 lama2 gian pula kalau tak buka blog...

hasnah said...

Maz, ilmu tu kan bagus di panjang2kan..Ali ajar Mas, Mas lak ajar aku, lepas tu aku ajar kau..buktinya kau pun dan gian berblog.. kalau leka berblog suami marah ,kau suruh dia cari Ali..Biar Ali settle...

maznah said...

Slm, Senah, suami aku tak marah aku berblog, dia dah pencen, org pencen ni jiwa tenang..janji aku dah siapkan menu kegemaran dia...Lagi satu dia pesan, sambil berblog jangan lupa promote alpha lipid.....

mastura bachik said...

Sambal tumis tu bila nak suruh kita rasa..

Maznah said...

Slm, mas, sambal nanti aku hantar kat kedai kau kat Kajang....kita makan sama2, biar senah dng yati meleleh air liur dia. Hujung bln ni aku nak balik kg, aku nak suruh senah belanja cucur udang Alor Gajah....tapi cucur udang skrg tak sesedap zaman akan bekerja di Pej Tanah, Alor Gajah pada tahun 1979 hingga 1984. Betul tak senah.... tak original sos dia..