Terharu - semua guru dijemput hadir. Cikgu Rashid, Cikgu Tan, Cikgu Kamisah, Cikgu Ng, Cikgu Hanafiah, Cikgu Mohamad Daud dan Cikgu Jaafar hadir tepat pada masanya. Tak boleh saya bayangkan kekuatan jiwa dan fizikal Cikgu Jaafar yang memandu seorang diri dari Johor Bharu ke Melaka, walau umurnya kini sudah 63 tahun.
Semua guru kita masih ingat "perangai", "kenakalan" dan "kehebatan" kita sebagai pelajar pada 1978 dulu. Ya, dapat jua kita merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru kita selepas 31 tahun beripisah. Di hati kita sentiasa mengingat akan guru-guru kita tetapi pada pada tarikh bersejarah; 10 Mei 2009 sahaja dapat kita berhimpun beramai-ramai merakamkan pernghargaan kita kepada mereka.
Semua guru kita masih ingat "perangai", "kenakalan" dan "kehebatan" kita sebagai pelajar pada 1978 dulu. Ya, dapat jua kita merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru kita selepas 31 tahun beripisah. Di hati kita sentiasa mengingat akan guru-guru kita tetapi pada pada tarikh bersejarah; 10 Mei 2009 sahaja dapat kita berhimpun beramai-ramai merakamkan pernghargaan kita kepada mereka.
Gembira - semua sahabat Munshi 78 dapat berjumpa kembali tanpa menghiraukan apa status kita di dunia ini. Nilai persahabatan kita terlalu mahal. Bertemu dan berpisah kerana Allah terlalu tinggi nilainya yang tak boleh difahami oleh insan biasa. Mat Aris Bakar membisikkan sebuah sajak hindustan kepada saya, yang maknanya "aku bukan seorang penyair tetapi apabila terpandang wajahmu, aku bisa menjadi penyair". Ha ha. Lain kali Aris pula membaca sajak. Naik gian kami apabila melihat Rani membaca sajak semalam. Ha ha.
Memanggil anda datang ke reunion mudah. Menyahut panggilan reunion yang payah. Terima kasih kepada semua yang menyahut panggilan.
Amin yang merakam gambar guru-guru dalam kelas pada 1978. Rupa-rupanya ia menjadi sejarah untuk ditayangkan semula pada 2009. Dan Amin juga orang yang bertanggung jawab menjejak guru-guru itu semula. Pelik, benar dan bersejarah kan..
Tak tahu entah bila lagi kita dapat berjumpa seperti semalam...
Gambar: Cikgu Abd Rashid Yaakob menerima cenderahati.
12 comments:
Tahniah dan syabas kawan-kawan sekelian terutama semua AJK yang telibat. ANDA MEMANG HEBAT! Rasanya inilah antara adegan terindah yg turut mewarnai perjalanan kehidupanku...impian ini telah lama ku lakarkan dalam diari dan semalam ia menjadi satu kenyataan. Emm...kalian memang kurindu!
Sedap lagu Alleycat tu ye, bikin haru hati dibuatnya.
Jan, nampak gayanya dorm maut benar-benar dah setangah idup setengah maut. harap tak putus asa..nanti kita calling2 kawan yang tak dapat bersama hari tu ye..
Kwan2 selepas REUNION ni kalau boleh jangan samarkan diri lagi.Kan lebih manis bahasakan diri sendiri dari dok guna nama lain.
Tahniah dan syukur kepada semua yang hadir terutama semua guru subjek kita yang dapat hadir pada hari tersebut. Tak sangka dapat bertemu mereka dan kawan-kawan se kelas .Ada yang dah lama berjumpa terutama yang jadi guru di Melaka tapi yang lain maaf masih terpingga-pingga. Sorry le...Kalau boleh tambahkan lagi koleksi gambar-gambar reunion agar dapat aku download semuanya. ok.
Kiamat kecil fasal Yaakob dah pandai komen. He he.
Wahai si LensaPR,
Kan Basir dah pesan guna nama betul. Tak main lagi nama samaran...
Ali, Basir dan mmber yg lain, aku banyak gembira dan sedikit sedih Reunion kita ni. Yang banyak gembira tu tak payah aku cakapkan sbb semua org dah tahu dan dah merasainya. Yang sedihnya si Mazlan dan si Adam tak dapat hadir bersama dgn kita. Kalau mrk ada kan best.
Busu, kuatkuasa peraturan. ha ha. menjelmalah engkau
Ali aku ingat bukan dia nak nyamar.. tapi orang lesen L baru nak belajar buat komen..tu yang jadi haru dan macam-macam kaedah.. nasib baik aku ada mak we boleh tolong ajar kalau tidak lagu agaknya.
Tahniah buat semua... Jan jangan lupa cari kawan pempuan kita yang lain tu.. aku nak cari bolehge tp takut husbennya.. nanti dok risau.. capetu!....Tapi kalu dpt kesan aku pas kat kau.
Hehehehe,Hebatnya Ali,
tuan hamba laksana hudud terus on the spot.
Ali,kau ingat lg tak kuliah Ayatollah Ruhullah Jaafar At Taghami[tulis jawi lagi cun]di seksyen 17,PJ yang kata[kalau Syiah,jadi sabda] kita jgn selindung2,nnti org nak tegur tak leh,tkut salah org.
Post a Comment