Rasanya tak ada lapuran hal kekawan yang baru lagi menjelang 10 Mei ini. Kini Hayati sedang mengira-ngira secara tepat berapa jumlah yang akan hadir ke majlis reunion nanti. Jika baget tak cukup, kita lancar derma kilat nanti. Ha ha.
Terima kasih kepada semua sehingga berjayanya program reunion Munshi 78 yang teramai ini.
Terima kasih kepada anda yang berjaya menjejak kekawan kita.
Terima kasih kepada anda yang respon dengan panggilan kita.
Terima kasih kepada dermawan yang menampung belanja program kita ini.
Terima kasih kepada Sekteriat Reunion yang dibuat secara ad hoc dan berkali-kali membincangkan persiapan reunion.
Terima kasih kepada suami yang mengizinan isterinya hadir ke program ini, malah ada yang sanggup bersama.
Terima kasih kepada isteri dan anak yang sedia ditinggalkan pada 10 Mei ini.
Dan paling penting, anda layanlah semua tetamu yang hadir kerana ini program anda, bukannya program sekteriat reunion. Anda semua adalah tuan rumah.
Kekurangan dan kelemahan program pasti anda. Tidak dapat kita memenuhi semua kehendak dan cita rasa. Lelapkan mata dan bertolak ansurlah. Tak payahlah jadi tukang kritik. Ini program macam adik beradik. Apa nak kecoh-kecoh benda titik bengik.
Yang penting kita bersalam, berpeluk, bermesra dan bernostalgia.
Yang penting kita bertemu semula dan berpisah lagi kerana Allah.
Tak mampu saya menyebut nama anda semua untuk menyatakan terima kasih. Yang pasti, walaupun tanpa disebut nama anda di sini, Allah pasti membalasnya.
Maaf dari saya dan sahabat-sahabat sewaktu dengan saya yang berusaha menjayakan program ini sehingga mengganggu privasi anda. Maafkan kami.
JUMPA 10 MEI. Tiada lagi posting sehingga 10 Mei ini. Ingat, jumpa di Air Keroh Country Resort. Pendaftaran mulai jam 9.30 pagi. Program bermula tepat jam 10 pagi. Jika tersesat, talipon Zakaria Osman 012-6815050.
Dan jangan lupa adab pergaulan lelaki perempuan. Lelaki bersalam dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Jika lelaki dengan perempuan, memadai menaruh tangan di dada sendiri, ala Iran dan telah diperkenalkan oleh bekas Menteri Pelancungan Kadir Sheikh Kadir dulu.
Klik banner untuk lebih jelas.

35 comments:
TQ Ali, aku dah buka blog peribadi, zolkaplyyunus.blogspot.com
Tahniah kepada semua rakan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Hanya Allah saja yang membalas segala usaha anda. Selamat berjumpa di Ayer Keruh Country Resort .
Bagus Imam teruskan sekurang2nya kita dapat bersembang dialam maya nanti.
Kwan2 semua sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka pada 10 Mei kita tanamkan semangat,lupakan dan tinggalkan sementara pangkat, status dan gelaran kita di rumah atau di pintu pagar sebelum masuk ke dewan. Kita serupa 31 tahun lalu.
Assamualaikum semua
1. Saya cadangkan minta semua kekawan buat sembahyang hajat. Semoga Allah SWT
memudahkan urusan kita. Selamat perjalanan pergi dan balik. Semoga atur cara yang
kita rancang berjalan dengan lancar.
2. Cadangan untuk Basir. Kita adakan ruangan/sudut khas untuk mengambil gambar semua
kekawan yang datang. Selepas mendaftarkan diri, terus ambil gambar dulu bersama keluarga
sebelum mereka masuk ke dewan.
3. Minta tolong Ali dan Mokhtar highlightkan tentang pentingnya meninggalkan pangkat, status
dan gelaran di rumah atau di pintu pagar sebelum masuk ke dewan. Ada kekawan, yang sangat
berjaya, ada yang sekadar berjaya dan ada yang ala kadar saja. Untuk jaga hati semua, kita kena
anggap kita semua sama. Tiada protokol. Jangan kecil hati kalau gunakan bahasa aku dan kau
semasa berbicara. Ini nasihat daripada kawan saya yang pernah mengadakan program seperti ini
tapi akhirnya semua kecewa sebab yang 'rendah terasa rendah diri' melihat yang tinggi meninggikan
dirinya. Lepas tu mereka tak pernah mengadakan rerunion lagi sebab kawan sudah tak mahu datang.
Janganlah hendaknya reunion kita ini menjadi yang pertama dan terakhir angkara perkara
yang boleh kita elakkan dari awal lagi. Maaf, saya bukan nak mengajar, tapi saya sayangkan kawan-
kawan saya semua.
Wassalam.
Tq Ali, Basir hendaknya begitulah tiada yang membawa pangkat dan gelaran bersama di hari yang penuh bermakna ini sebab saya salah seorang dari mereka yang berjaya ala kadar tidak masuk U dan tidak seperti anda semua, perasaan takut dan rendah diri bermula sejak dihubungi untuk hadir ke reunion sehingga sekarang pun perasaan tu masih ada dan kekadang berfikir untuk tidak hadir kerana takut tidak dihirau macam-macam bermain di fikiran tapi bila fikirkan teringin untuk berjumpa kengkawan rasa nak pergi.....
Saya adalah orang yang paling rendah pencapaian berbanding dengan semua kengkawan. Tapi bila saya berjumpa Ali dan Basir, saya baca blog setiap hari, saya sanggup menjamin, kawan-kawan jangan bimbang dengan perjumpaan 10 Mei. Ayuh! Mari kita membalas dendam pada mereka. Tuntutlah hutang, pial telinga, tarik janggut, ncang, sergah dari belakang, laga punggung. Buat! lanyak! balik baru puas hati!
Hi kawan-kawan semua,
Selamat berjumpa dan kalau ada yang tak perasan atau yang tak ingat tu. janganlah terasa hati sebab dah lama sangat tak jumpa. Almaklumlah umurpun dah 50th. Kalau nak SERGAHPUN janganlah kuat sangat,kang kok pengsan kerana ada DARAH TINGGI DAN SAKIT JANTUNG. Kalau nak COCOKPUN jangan le kuat sangat sebab kalau-kalau ada KENCING MANIS - LUKA PAYAH NAK BAIK.
Bukan ape cuma nak mengingatkan aje......
Salam Zol, dah buka blog kau tu ...syukur keluarga bahagia .....
Kaya miskin, rendah tinggi pangkat, jaya gagal - adalah sebab utama ukhwah terjalin, bukannya alasan nak menjauhkan diri. Semua kena ingat - bekalan yang akan di bawa ke destinasi terkahir ialah amal saleh- termasuk amal jariah. Apakah amal jariah group Munshi 78 nak buat di Melaka. Fikir2kan...
Yati, Rosnah Mat Isa datang katanya.
Ingatk awan-kawan, tiada orang yang mulia di sisi Allah kecuali orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah. Kuat dan tinggi imannya kan mulialah kedudukannya di sisi Allah. Insyallah semoga kita mendapat pertunjuk dan hidayah dariNya.
Kita dapat kawan dalam peringkat umur yang berbeza-beza ,dari kecik sampailah ke tua ni, ikhlas dari hati ini hanya GENG2 MA78 ni lah yang paling berkesan dihati..akan ku ingat sampai akhir hayat nanti.....
Aku rasa geng munshi '78 merupakan geng yang terbaik dan tidak akan membawa pangkat dan darjat ke reunion nanti.
Kawan-kawan, jangan panggil lagi aku Imam, tu kat asrama dulu..... dah letak jawatan....dekat sekolah dan kat rumah kena juga jadi Imam ha, ha...
Zol, aku ingat kau fasal imam. ha ha. kena kekalkan nama tu.
aku la yg plg truk skali drpd semua org...keje pgang cgkul,tolak kereta sorong,keje tgh pnas,yg lain2 sume dlam bilik besar..aircond..smakin tue smakin itam aku dibuatnya...
Ye lah md jadi buka bisnes bawah matahari, gambar kat gumah sham hari tu ingatkan orang Indon or Mindano . Kulit 78 macam perkim tapi da macam orang asli... Tapi pulus mashooo
Salam,
Saya baru balik berkursus 3 hari di Broga tup-tup hari ini dah demam doakanlah cepat sembuh sp dapat gi reunion.Md Jadi jgn risau aku pun macam kau juga skejap kena aircond sekejap di Supermarket sekejap berpanas terpaksa ikut arahan tp kau lain kaule pekerja kaule boss lg syok. Mas asal senyap aje jd ke plan kita?.
Zol, kau ingat tak masa sembahyang maghrib imam terdudukkan kucing. Engkau ke masa itu. Habis semua makmun tergelak tak jadi sembahyang. Aku rasa masa itu kat surau asramalah kalau tak silap.
Ya ka Kharis, aku pun dah tak ingatlah
sorry aku nak pantun sat..
Buah cempedak masak sebiji,
Bangan disimpan didalam peti,
Nanti busuk tak boleh dimakan;
wahai bebudak '78 munshi,
10 mei tarikh yang dinanti,
kita boleh enjoy sakan.
amacam dr m, berapa markah kau nak bagi aku...
kharis, sorrylah aku main belasah aje.. saja nak meriahkan blog kita. tak pe kan..?
OK Kawan-kawan mulai petang ni hingga malam, ramai dah datang awal. Md Jadi mungkin sampai jam 2 ptg di Puteri Resort. Si Johari pun nak turun 'mengeTEA'. Bila sampai contactlah kawan-kawan. Kita boleh sembang-sembang sampai pagi esok...
Hai Mam ikutkan hati petang/malam ni juga aku nak cabut tapi terpaksa berkorban kena gerak pagi esok bawa 3 orang makcik Roy, Jamilah Jamian dan Jamaliah Yusof.Nak juga aku mengopi dengan kau orang.
Hai Mansor,
Oleh kerana ada perkataan Munshi dan angka 78,maka aku bg kau 95 markah kali ni.
Baik punyer!!!!!!
Saya sampai kat rumah pukul 7.45 malam. Dari Ayer Keruh terus balik Pengerang.Tidak terasa penat pun malah masih terasa keseronokannya.Tahniah kepada semua rakan Munshi. Satu pertemuan yang paling bermakna bagi kita semuaa. Aku merasa hari ini aku berada di tahun 78. Masih lagi teringat kau orang semua macam kita diketika itu.Semoga kita dipertemukan lagi dilain masa. Tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan kepada Jk reunion. Tanpa anda semua, ia tidak akan sebegini jadinya. Mas lain kali kalu kita juma aku bawak pisang salai.
Cepat kau sampai Kharis. Nanti kau buka email kau aku dah hantar gambau REUNION
Tkasih basir. Aku dah buka Email. Maka terserlahlah wajah-wajah setengah abad kita....
Tq Basir,aku dah buka email utk tengok gambar2 yg kau pos.Bebanyak lah bual kerja amal.Memang bnyk yg kita dpt dari Reunion ni,selain dari Allah juga bagi kita pahala dan diampunkan dosa kita.
Assalaimualaikum.
Lepas dok jumpa semalam,aku terus belajar nak uat komen.kalu tak jadi jgn marah.
Tahniah pada semua sahabat.Walaupun tak dpat sembang dgn korang semua .tapi aku rasa cukup seronok jumpa almaklumkan dah lama tak jumpa.
Pada kwn yang low profile tu tahniah moga persahabatan akan terus kekal.... rindu akan terus meresap.
Moga akan ada perjumpaan seterusnya ,khasnya kawan2 yang kurang bernasib baik agar dapat kita kongsi pengalaman hidup bersama..
Norsir, satu kemajuan.
Kharis kau masih henseme!
Tq kharis kerana kenal lagi budak2 perempuan yang da berlainan saiz ni.. Aura kita masih ada walau pun da lama tak jumpa.. aku ingat lagi tali pinggang besar dan seluar besar..Tahniah ada anak yang ramai.. Aku miskin dua je. Datang la kajang. Bawa keluarga mu makan sate , aku belanja..
Tq semua yang dpt jumpa mas, yati, umi, dak senah , jenap, hidayah, norlida, nuri, sarah, saodah, dan yang lain sorry tak ingat. Mas tolong aku beri nama kawanita yang datang ari tu.Yang jantan semua dlm kepala aku.
Ali,Basir,A.Mokhtar mintalah nasihatkan kpd semua utk guna nama betul punyer,bukan nama samaran.Susah kita nak kenal,takut tersalah panggil nama nanti.
Post a Comment