DIMANA REUNION KITA?

Tarikh reunion besar-besaran dicadangkan ialah pada AHAD, 10 MEI 2009, JAM 10 PAGI HNGGA 2 PETANG.

Agendanya:

10-11 pagi - Raptai Mengenal Rakan Lama Dan Berpelukan Antara Anda - laki dengan laki, perempuan dengan perempuan le.

Well come drink

11-12.30 thari - Ucapan Ketua Kelas, Ketua Murid dan Pengerusi Persatuan dan Wakil Guru.

12.30 - 1 petang - Bacaan Puisi Islam

1- 2 petang - Makan Tengahari

Sesiapa nak bawa hadiah, bawalah. Ha ha. Siapa nak bayar hutang pun bayarlah hutang hari ini. Hanya hutang budi dibawa mati.

Isunya ialah tempat dan kos.

Jika di Dewan Mushi, mungkin RM 20 seorang, tetapi tak selesa dan tak ada hiasan serta suasana tak grand. Ha ha. Dan katanya banyak surat saman dari pihak Sekolah akan sampai kepada anda semua.

Jika di hotel, kos seorang paling kurang RM 40.00. Jika seorang dua ok. Tapi jika bawa anak kena tambah kos le. Tak apa kot, 30 tahun sekali. Ha. Ha,

Sila beri pandangan anda.

Jawap segera melalui catatan di comment atau sms ke 012-2104244 atau telepon saya terus.

18 comments:

Anonymous said...

Setuju sangat tu. Yang duduk di melaka cadangkan lah tempat yang sesuai. Hasnah dan Hayati bincanglah. Kita dari Kl terima je. Bayaran no problem sekali sekala. Kharis kau tak turun ,buang sedara...Bawakan aku pisang salai johor,nenas serawak he he. Kalau banjir kau naik tongkang.

Anonymous said...

Reunion di mana-mana hotel di melaka dengan suami/isteri. Masa 8.30pm - 10.30/11.00pm. satu keluarga rm100/. Selain dari bayaran hotel, baki perbelanjaan derma kepada rakan-rakan yang sedang menerima rawatan/anak-anak istimewa/beli hamper & album kepada semua.

Anonymous said...

Minta Zakaria cari hotel yg sesuai, sebab dia terer bab ni. Jgn lupa Zek minta diskaun, jadi boleh guna wang lebih tu utk apa2 yg patut.

Anonymous said...

Setuju dimana2 saja asalkan semua sahabat dan keluarga dapat hadir

Anonymous said...

Melaka Bandaraya Bersejarah dan kita juga akan membuat sejarah " Pertemuan Semula SMMA78". Datuk-datuk dan nenek-nenek jangan lupa bawa cucu, barulah meriah. Tapi aku datang sorang kot.

Anonymous said...

Senanglah kau nak merempit sorang2. Kata Kharis dia suruh kau bawak "bantal peluk".

Anonymous said...

Aku setujuuuuuu ! Buatle kat mana aje. Janji bawak bantal peluk masing-masing. Jangan cuba nak bawak yang baru. Razak jangan nak merempit sorang aje, bawak bantal peluk kau sekali. Mastura nanti aku bawak nenas johor untuk jadi bantal peluk engkau. he..he..he

Anonymous said...

Buatlah dimana pun asalkan kita dapat berjumpa.Bayaran tu kisah. Saya terima apa saja cadangan ramai kawan-kawan

Anonymous said...

Hi kawan-kawan terutama saudara haris,
Kalau satu (laki setia?) bawak bantal peluk.
Kalau dah ada dua takkan nak panggil bantal peluk jugak.
Mestile yang no. dua jadi bantal pelok dan yang no. satu jadi bantal ape ye?
jawab jangan tak jawab...

Anonymous said...

Kharis kalau tak datang sapa nak ganti ucapan bekas ketua kelas 6sas2. Undi tak percaya kalau tak datang. Letak jawatan. Cari bantal pelok kota tinggi sapa suruh..He he

Anonymous said...

Asyik bantal peluk.. je kau orang ni. Aku tetap datang sorang. Ish ish ish, masa tu lah nak berpeluk, macamlah kat rumah tak boleh.

Anonymous said...

3 razak bertemu . Razak L, Razak K, Razak H, Siapkan posisi dia Ali Hoi. Pas tu masuk Blog. Tajuk 3R. Rosak, Remok, Redam. Boleh buat puisi tu. Arbaeyah ada, gitar kapok jangan lupa bawak razak hoi. Bunga Tanjung..

Anonymous said...

No. 2 si bantal peluk
No. 1 si bantal bucuk keh...keh...keh...

Anonymous said...

Hi Haris,
Syabas engkau memang berani. Aku tabik Spring satu. Orang pompuan janganlah terasa, gurau aje. Kan dah 30 tahun tak bergurau.

Anonymous said...

aku suggest kita jemput Cikgu Rosti mistam, warden kesayangan kita. Amacam? Razak Kanapiah boleh uruskan, engkau kan pelajar kesayangan sampai kena tendang waktu mlam. Tukang sponsornye Pengetua Tun Mutahir sebelah tu. Takkan setakat baca doa je...

Anonymous said...

Cikgu Rosti Mistam asal Paya Dalam, sama spesis dengan Kharis. Setahu saya dia pernah jadi pengetua di sek. Tun Tijah, skrg ni tak tau samada masih sek.yg sama ke. Kalau Md Jadi & geng beria2 nak ajak cikgu kesayangan ni, saya cuba dapatkan maklumatnya.

Anonymous said...

Md Jadi sengaja nak jemput cikgu Rosti ada makna tu,dendamnya masih belum berbalas. Md Jadi tolong cerita pada kawan2 apa yang hang dapat dari cikgu rosti dekat kantin dan disaksikan oleh junior2 5 Sains.

Anonymous said...

Hp Cikgu Rosti 012-2741791, sekarang di Jabatan Pendidikan Bkt Beruang. Katanya akan bertukar ke Sekolah Dato' Bendahara, Jasin, sebagai pengetua. Ada 5 anak, 4P 1L. Pernah mengajar math moden masa saya f5. Bagi saya dia seorang guru yg baik. Tak taulah bila jadi warden asrama, dia "belasah" kau orang tak bersebab. Itulah ujian hidup, sebab tu semua yg dah kena, MENJADI ORANG akhirnya.