MAKAN BERSUDU DI ASRAMA

Sesiapa yang tinggal diasrama, memang ada agenda seminggu sekali makan bersudu dan bergerpu. Hanya pisau sahaja yang tiada. ha ha.

Seingat saya makan bersudu di Munshi ialah pada makan tengahari selepas solat jumaat. Maka makan bersudu ini hanya dengan berkain pelikatlah pada hari tersebut. Kalau diasrama lain kena bergaya dengan pakaian rasmi bertie sekali atau berbaju Melayu lengkap.

Saya menyokong penuh mendidik pelajar makan bersudu dan bergerpu ini. Ianya latihan apabila selepas tamat sekolah nanti apabila menjadi "orang-orang besar". Rasanya Leftenan Kolonel Rashid Ahmad dan Mejar Basir taklah kekok makan bersudu setelah dilatih di Munshi selama lebih satu tahun setengah. Ha ha.

Ketika di Munshi, pada satu hari saya terlepas cakap mengulas lauk yang disediakan untuk makan tengahari cara bersudu ini. Saya mengatakan, bagus makan bersudu ini tetapi ianya tak akan memandaikan bebudak asrama ini kerana lauknya ialah gulai labu!!! Kalau gulai ayam ke, daging ke, barulah bebudak ini akan meningkat skill makan bergerpu. Ha ha.

Saya ingat ulasan saya habis di situ aja. Rupa-rupanya dalam satu perhimpunan asrama, warden asrama telah berucap dan menjawab isu yang saya ulas itu. Dia mengatakan "sengaja diberi gulai labu supaya mudah dimakan dan jangan ada yang bunyi bising jika makan lauk ayam atau daging". Dalam hati saya berkata "apa punya cikgu ini, disinilah latihan untuk bebudak ini belajar makan sehingga sudu tak berbunyi lagi. Bila keluar nanti sudah cekap makan bergerpu oi".

Yang menjadi misteri saya ialah siapakah yang mengadu komen saya itu ke warden sehingga beliau terpaksa menjawab di perhimpunan asrama itu. Zaini atau Redzuankah? Kerana depa berdua selalu berjumpa warden. Ha ha.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..sungguh saya tak ingat peristiwa itu,sebagai Pengerusi Asrama dan Redzuan sebagai AJKnya tentulah saya mempunyai imunitinya yg tersendiri..kalau tak puashati court sana cerita,lawyer kasi pasang...ha..ha..ha

Anonymous said...

Lain pulak di asrama puteri sebulan sekali makan ais kerim. menu wajib "ikan berenang di air tenang". Nak tau menu apa he he ikan jekit cencaru masak air. Hari ahad masak kangkong lemak putih , sambal belacan. Ikan sadin or selar goreng. Aku ajk makanan dan bila uper six jadi pengerusi asrama. Hai geng2 masaih ingat tak?