Oleh kerana sudah ramai yang bercerita hal-hal berkaitan dengan Cikgu Mat Daud, maka saya pun nak bercerita hal saya dengan dia pula. Jeng jeng jeng...
Saya tak tau kerenah cikgu ini kerana saya hanya menyertai Munshi pada awal tahun 1978. Maka saya tak ada sebarang anggapan negatif terhadapnya walaupun ada juga terdengar kesah-kesah yang kurang menyenangkan.
Entah macam mana pada satu hari saya diberitahu bahwa di Dewan SMMA ada pertunjukkan atau pertandingan ratu cantik Mak Nyah. Kononnya dianjurkan oleh Perstuan Bahasa Melayu SMMA dan yang jadi orang kuatnya ialah salah seorang AJK Persatuan Ugama Islam SMMA juga. Apa mahu jadi da..
Saya rasa sebuah sekolah tak patut mengadakan pertandingan ratu cantik. Program itu hanya layak dianjurkan oleh persatuan belia kampong sahaja. Ha ha. Program di sekolah hendaklah lebih kepada pogram semi-intek le misalnya syarahan, drama atau teater. Wooo.
Pada malam itu saya mengajak penghuni asrama lelaki untuk mengboo program berkenaan. Riuh rendahlah sikit. Tetapi kami buat sekejap aja. Namun, esoknya heboh di sekolah dan bermulalah kesahnya saya dengan Cikgu Mohamad Daud.
Selepas tamat kelas, kurang lebih jam satu, saya dijemput oleh Cikgu Mat Daud ke kantin sekolah untuk berbual-bual. Saya rasa cikgu Mat Daud memanggil saya atas kapisiti beliau sebagai Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu.Entah macam mana pada satu hari saya diberitahu bahwa di Dewan SMMA ada pertunjukkan atau pertandingan ratu cantik Mak Nyah. Kononnya dianjurkan oleh Perstuan Bahasa Melayu SMMA dan yang jadi orang kuatnya ialah salah seorang AJK Persatuan Ugama Islam SMMA juga. Apa mahu jadi da..
Saya rasa sebuah sekolah tak patut mengadakan pertandingan ratu cantik. Program itu hanya layak dianjurkan oleh persatuan belia kampong sahaja. Ha ha. Program di sekolah hendaklah lebih kepada pogram semi-intek le misalnya syarahan, drama atau teater. Wooo.
Pada malam itu saya mengajak penghuni asrama lelaki untuk mengboo program berkenaan. Riuh rendahlah sikit. Tetapi kami buat sekejap aja. Namun, esoknya heboh di sekolah dan bermulalah kesahnya saya dengan Cikgu Mohamad Daud.
Lama sekali kami bertukar hujah. Dia mengaku program itu tak islamik tetapi katanya cara saya salah apabila mengganggu program itu. Sepatutnya jika tak bersetuju program itu, maka hendaklah dilapurkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.
Saya mengatakan jika nak buat laporan, dah terlambat, malah program itu akan berjalan tanpa halangan. Saya mengibaratkan rumah tengah terbakar, siram aja air dari sumber sedia ada. Jika nak report polis dan pejabat bomba yang tak mungkin datang pada malam itu, rumah dah habis terbakar.
Dalam dailog ini, cikgu Mat Daud dan saya cool aja. Mesra sekali. Langsung tak nampak karektor yang dia tu kaki penampar, seperti terjadi kepada Shamsudin. Selepas lebih sejam rasanya, kami berpisah tanpa keputusan muktamad.
Dan dua hari selepas itu, saya dijemput ke pejabat Pengetua, Cikgu Husin Markom pula. Waduh-waduh pak, apa yang akan terjadi kali ini...Sambung cerita di lain kali ya...
(Gambar: Pak Haji itu ialah Cikgu Mat Daud. Beliau dan isterinya membuka kelas Tadika. Anak Hidayah Bahari belajar di situ. Ha ha)
0 comments:
Post a Comment